BANGI, 9 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Kerajaan Pakatan Harapan perlu segera melakukan siasatan berhubung kegiatan penyebaran dakyah Kristian yang dipercayai menyasarkan umat Islam.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Haji Aminuddin Yahaya berkata, polemik isu ini sekiranya tidak diatasi akan terus merebak dan berleluasa.
“Kalau kita marah ada orang kata kita bias dan rasis. Mereka kata kita tak perlu takut selagi iman kita kuat. Tambah mereka lagi, kalau orang Islam boleh mengislamkan orang kafir kenapa orang kafir tidak boleh memurtadkan orang Islam?
“Isunya kalau kita tak tegur lama-lama akan merebak. Lagipun memang ia menyalahi Perlembagaan. Kita cuma minta pihak kerajaan segera buat siasatan, dan jangan hanya sibuk kira hutang saja.
“Ini kerana kita lihat isu agama seolah-olah tidak diberi perhatian langsung oleh pemerintah, sebaliknya isu ekonomi saban hari di lontarkan. Bukan kita tidak kata isu ekonomi tidak penting tetapi biarlah seimbang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Beliau berkata demikian mengulas kegiatan pihak tertentu mengedar kitab Bible dan risalah Kristian kepada umat Islam, antaranya di Puchong, Pulau Pinang dan Kedah.
Justeru, Haji Aminuddin berkata, pihak kerajaan, terutama menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam seharusnya mengemukakan penyelesaian yang bernas demi menjaga kesucian agama Islam.
“Bapak Menteri Agama diharap dapat mengemukakan pandangan yang lebih bernas untuk menjaga kesucian Islam, bukan asyik hendak layan orang lain,” katanya.
Komen org KAFIR mmg macam ni lah selalunya
ReplyDeleteBetul tu. Liberal ni bab duit sangat ambil berat. Bila bab aqidah, semua nyer jadi ringan. Ni akibat bila menteri agama islam cetek bab agama. Semua agama katanya sama. Menteri agama sama level dengan non muslim bila kait bab aqidah.
ReplyDeletePergh....Azizol Sisol...awak masuk syurga kelas mana?
ReplyDeleteIslam apa....dengar pasal bible pun takut.....tengok lambang salib pun takut...
Bab demo Icerd tahu lah sape champion.
ReplyDeleteBila Allah uji sikit pasal bikini Mat Salleh, terus mengaku kalah nak jaga harmoni dgn dasar BN dulu dan hormat hak bukan Islam lah.
Cakap tak serupa bikin sahaja.
Si bodoh mana yg tanya kelas syurga?
ReplyDelete