Anggota penguat kuasa sedang menyoal siasat pasangan itu yang menyewa bilik di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya di sini.
Isteri orang dicekup bersama kekasih
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang berstatus isteri nombor dua dicekup dalam keadaan mengaibkan bersama kekasih selepas bilik di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya di sini, di sewa mereka di serbu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kuala Terengganu, pagi tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 7.40 pagi itu, wanita berusia 22 tahun dari Kemaman dikatakan sanggup memandu sejauh lebih kurang 160km semata-mata hendak melepaskan rindu kepada buah hatinya, 24, yang bujang.
Menurut sumber, pasangan yang mengaku sudah menjalin cinta ketika belajar sama-sama di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kemaman menyewa bilik hotel berkenaan sejak petang semalam dan berhasrat kononnya untuk keluar hari ini.
Jelas sumber, mereka mengaku mengambil kesempatan cuti umum sempena Maulidur Rasul hari ini untuk berjumpa kerana sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan. Kata sumber lagi, penguat kuasa terpaksa mengambil masa lebih kurang enam minit menunggu pintu utama dibuka setelah beberapa kali mengetuknya dan memberi salam.
"Sejurus pintu dibuka, pemeriksaan lanjut dijalankan sebelum mendapati pasangan itu berada dalam keadaan mengaibkan tanpa seurat benang di atas katil.
"Setelah disoal siasat, mereka juga mengaku sebelum ini pernah beberapa kali terlanjur dan kononnya sedang merancang untuk berkahwin sementara menunggu wanita itu bercerai dengan suaminya," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Sementara itu, Pemangku Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mohd Azam Awi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu.
"Pasangan itu akan didakwa di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah," katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Pasangan itu akan didakwa di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah." Sekilas mengenainya..
Kata Nabi SAW..
Kata Nabi SAW..
- “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, jangan sekali-kali ia berdua-duaan dengan wanita (ajnabiyah/ yang bukan mahram) tanpa disertai oleh mahram si wanita kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
- Rasulullah SAW telah bersabda,
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita, melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”
No comments:
Post a Comment