Dua ADUN DAP desak parti itu bertegas
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berpandangan, jika parti itu mahu menjadi sebuah parti untuk semua rakyat, ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Dalam satu kenyataan bersama, ADUN Tras, Chow Yu Hui dan ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong berkata, seterusnya DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional (BN) secara beransur-ansur sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.
Desakan menerusi kenyataan bersama itu dibuat ketika DAP mengadakan kongres di peringkat negeri.
Berikut merupakan kenyataan penuh kedua-dua ADUN berkenaan yang disiarkan di laman sesawang dapmalaysia.org, kelmarin:
Setahu kita, pengisytiharan Deklarasi Setapak yang dirumuskan oleh pelopor DAP pada 1967 adalah satu bukti kepercayaan DAP bahawa prinsip kesaksamaan antara kaum mesti diterapkan dalam proses pembangunan negara terutamanya apabila kita berada dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
Dalam Deklarasi Setapak, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label bumiputera dan bukan bumiputera.
Kalau kita melihatnya dalam konteks hari ini, ideologi DAP pada ketika itu adalah satu pendirian yang bersifat inklusif dan berpandangan jauh.
Namun begitu, lihat balik kepada dasar dan polisi yang kami kemukakan pada hari ini, adakah DAP semakin beranjak ke hadapan? Atau sebaliknya kami tidak lagi melihat kepada ideologi yang diperjuangkan selama ini?
Perlu ingat, Deklarasi Setapak adalah satu deklarasi yang telah membentuk hala tuju perjuangan DAP bagi merealisasikan impian Malaysia untuk rakyat Malaysia.
Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa.
Sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin parti kita, sudah tentu boleh menjadi sebuah rujukan bagaimana penolakan dasar diskriminasi kaum dilakukan.
Visi DAP adalah membina sebuah masyarakat yang tiada pengasingan di antara warna kulit atau kaum. DAP memperjuangkan masyarakat yang memberi peluang saksama kepada setiap individu untuk mengejar dan merealisasikan impian masing-masing.
Itulah sebabnya DAP masih tetap berdiri teguh di atas tanah air ini sehingga hari ini dan kini berjaya mendapat mandat rakyat bertukar dari parti pembangkang ke parti memerintah selepas PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) pada Mei lalu.
Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.
Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing.
Ini bukanlah erti kesaksamaan untuk setiap rakyat tetapi ia namanya ialah asimilasi semua rakyat.
Kita mesti tahu, perbezaan warna kulit bukannya satu dosa atau alasan untuk menafikan hak seseorang.
Tetapi politik yang berasaskan prinsip perkauman dan diskriminasi barulah penyumbang kemerosotan negara, dan sekali gus memusnahkan perpaduan negara kita yang tercinta ini.
Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah parti untuk semua rakyat, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum.
Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD.
Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransur dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.
Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama. (Utusan)
Pelembagaan negara malaysia di deraf sedemikian rupa utk win-win situation kalau masih ada SRJK cina/india tetap mdesak utk stu perkara yg againts pelembagaan satu demi satu sedangkan matlamat msatukan bahasa/budaya masih jauh dr sasaran apa alasan group ultras kiasu??halo penjilat2 tegar kerjn pakatandap dan semua bngsa malaysia telah terlamapu jauh dijajah race gap takfiran barat dan kpd org islam marilah bersatu menegak addin demi kebaikan sekian malaysian tak kira mlayu/cina/india boleh faham ker ni..conclusion kpd seluruh org malaysia kalau kita dperintah oleh org islam yg beiman dgnsndiri nya hak semua kaum/agama agak tertegak
ReplyDelete