Ah long ugut rogol isteri kalau tak langsai hutang
KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik dan keluarganya kini diselubungi ketakutan, berikutan gangguan tanpa henti daripada ah long.
Lelaki berusia 42 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, dia meminjam wang daripada beberapa ah long untuk tujuan peribadi, pada Jun tahun lalu.
"Saya dapat membayar balik RM3,600 daripada pinjaman sebanyak RM5,000.
"Bila saya tanya untuk selesaikan hutang itu, peminjam tuntut RM12,000.
"Bila saya tak dapat langsaikannya, dia ugut nak siarkan gambar isteri saya dan edarkan risalah kepada jiran-jiran.
"Pada 3 November lalu, dia juga mengancam untuk mendapatkan seseorang untuk merogol isteri saya," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Awam dan Aduan MCA di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Wong berkata, dia telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di balai polis Gombak, 3 November lalu. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah naik muak dengar cerita lintah darat ah long, sejak zaman lepas merdeka lagi sampai sekarang. Siapa sebenarnya yang berkuasa dan jadi kerajaan? PH atau ah long..
Nampaknya lintah darat bebas bermaharajalela di negara kita. Siapa lindungi mereka sehingga mereka berani bertindak sesuka hati?
ReplyDelete