Saturday, November 10, 2018

Tomok: 'dakwah tapi cara penyampaian itu...' PU Amin


PU Amin menegur tindakan Tomok yang berpakaian merupai wanita dalam video muzik terbaharu.

HALAMAN HIBURAN
Tomok... Ia bukan cara berdakwah! Haram tetap haram! 





PERSOALAN mengenai perkongsian foto Tomok berpakaian wanita pada Selasa lalu akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya menghasilkan muzik video berjudul Bekas Kekasih yang dilancarkan pada Khamis.
Selain Tomok, aktor Beto Kusyairi juga berlakon dalam karya berkenaan yang menampakkan dia turut berpakaian seperti wanita.
Bagaimanapun imej berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen malah mereka mempertikaikan tindakan selebriti itu yang dianggap tidak menghormati agama Islam yang melarang seseorang tampil dengan imej berlawanan jantina.
Mengulas hal itu, Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, biarpun video muzik tersebut ada memberi mesej positif dan unsur dakwah namun ia tetap haram dari segi agama.
Pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim ini berkata, hal itu telah disebut berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA.
"Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram.
"Menerusi hadis Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.
Beto (kiri) dan Tomok berpakaian merupai wanita untuk video muzik lagu Bekas Kekasih.
"Walaupun hanya berniat sekadar lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
PU Amin terkenal kerana keberaniannya menegur isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di media sosial sehingga menjadi perhatian netizen.
Dalam pada itu, PU Amin memberitahu apa yang dilakukan Tomok mungkin akan memberi kesan yang negatif kepada golongan tertentu dan boleh menjadi ikutan.
Katanya, ada banyak lagi cara yang lebih sesuai dan betul untuk menyampaikan sesuatu dakwah atau mesej yang baik berbanding berpakaian wanita.

Video muzik lagu terbaharu Tomok mengundang kecaman netizen.
"Video muzik itu mungkin akan memberi kesan negatif. Lagi-lagi pada gerakan transgender yang berasakan isu itu bukan lagi sesuatu yang sensitif dalam masyarakat.
"Malah, ada kemungkinan besar juga ia akan menjadi satu ikutan. Maksudnya, selepas ini, ramai anak muda atau artis akan melakukan benda yang sama dengan niat hanya suka-suka atau lakonan.
"Saya tahu Tomok bukan seperti itu. Tapi sekiranya mahu menyampaikan dakwah perlulah dengan cara yang betul. Saya perlu tegaskan yang haram tetap haram," ujarnya.
Bagaimanapun, usaha mstar Online untuk mendapatkan kenyataan Tomok mengenai video muzik itu tidak berjaya.
Namun menerusi artikel sebuah portal hiburan, Tomok mengatakan tujuan dia berpakaian sebegitu demi menghidupkan lagi jalan cerita dalam video muzik tersebut.
lagu Bekas Kekasih adalah ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

1 comment:

  1. Malanglah manusia jahil murakkab yang jahil murakkab tentang ajaran Islam tetapi mereka masih merasa bangga melakukan dosa dan mempermainkan hukum Islam. Tidak terasa bimbangkah di hati mereka jika mereka hanyut dalam kesesatan?

    Lihatlah barua-barua mangkuk ayun ternakan parti kafir harbi biaDAP yang suka menjilat sifu roket dan menyondol dedak cap roket dan menghina ajaran Islam dan menfitnah dan memburuk-burukkan ulama Islam , parti Islam PAS dan umat Islam kerana ulama Islam , parti Islam PAS dan umat Islam sedang berusaha menegakkan agama Islam.

    Bertaubatlah sebab kamu tidak tahu tarikh kematian mu dan sesungguhnya umur tua dan sakit bukanlah syarat untuk mati!

    ReplyDelete