Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
SINGAPURA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terbuka untuk merombak Kabinet selepas pemilihan PKR yang berakhir hujung minggu lalu.
Dalam wawancara bersama ahbar Singapura, Straits Times, beliau tidak menolak kemungkinan akan melakukan perubahan jika PKR mengemukakan calon baharu yang dipersetujuinya.
"Mereka (PKR) boleh hantar nama, mereka boleh membantah. Saya juga mempunyai pandangan tersendiri.
"Dan prinsipnya adalah bahawa Kabinet ini dipengerusikan oleh saya sebagai Perdana Menteri dan saya perlu mempunyai orang yang saya selesa. Oleh itu sama ada saya menerima pencalonan daripada mereka atau tidak, ia terpulang kepada saya," katanya dipetik menerusi portal berita Malay Mail hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rombakan kabinet bulan depan]
Baru-baru ini, tersebar laporan sebuah portal mengenai rombakan Kabinet bulan depan kerana dikatakan Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa menteri dari Bersatu. (SH)
2 comments:
Menteri perpaduan, menteri sumber manusia dan timbalannya, menteri kelapa sawit, menteri pendidikan, menteri pertahanan, menteri ikan membuang 3 billion, menteri kewangan WAJIB disingkirkan dengan segera kerana tidak menyumbangkan apa2 kepada rakyat Malaysia. Mereka juga PERLU bertanggungjawab kerana menyebabkan ekonomi negara terus MERUNDUM!
ni cita menteri2 zaman najib aritu ke. ye mereka sedang tunggu giliran buat audition di sprm. sabar ye
Post a Comment