Sunday, November 11, 2018

Wanita Termuda Kongres AS 
XMampu Sewa Rumah Atau Pembohong?

ALEXANDRIA OCASIO-CORTEZ mendedahkan beliau tidak mampu menyewa
ALEXANDRIA OCASIO-CORTEZ mendedahkan beliau tidak mampu menyewa sebuah rumah walaupun bakal menjalankan tugas sebagai anggota Kongres pada Januari nanti. AGENSI


WASHINGTON 10 Nov. – Wanita termuda yang pertama dipilih ke Kongres, Alexandria Ocasio-Cortez mendedahkan be­liau tidak mampu menyewa sebuah rumah dalam satu temu bual bersama New York Times. Lapor BBC, masalah itu akan berlanjutan sehingga beliau memulakan tugas baharunya pada Januari ini.
Namun semalam, penyampai berita Fox News, Ed Henry mendakwa Ocasio-Cortez tidak bercakap jujur selepas beliau didapati memakai ‘pakaian bernilai jutaan dolar’ ketika menjalani penggambaran sebuah majalah baru-baru ini.
Ocasio-Cortez bagaima­napun membalas dakwaan berkenaan di Twitter dengan menyatakan pakaian itu dipinjamkan kepadanya.
“Saya hanya merayau di sana sini dan kemudian berharap akan dapat menyewa sebuah rumah pada Januari nanti,” jelasnya di Twitter.
Dilahirkan di Bronx dalam keluarga Puerto Rico, beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kuat bekerja dan bekerja di restoran sehingga awal tahun ini untuk menampung pendapatannya sebagai aktivis komuniti.
Penyata kewangan Ocasio-Cortez menunjukkan beliau hanya memperoleh kira-kira AS$26,500 (RM110,876) pada tahun lalu.
Ocasio-Cortez dipilih dalam Kongres daerah New York ke-14, selepas kempen pilihan rayanya memfokuskan kepada isu kemiskinan, ketaksamaan pendapatan dan pendatang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah corak kepemimpinan di AS.

No comments:

Post a Comment