AHLI Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya. - Arkib NSTP
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
SIBU: Lawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ke Julau, di sini semalam mencetuskan pertikaian dalam kalangan kepemimpinan parti itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya, berkata lawatan berkenaan, biarpun atas kapasiti Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, adalah tidak kena pada masanya, lebih-lebih lagi menjelang pemilihan terakhir parti itu di negeri ini.
Malah, katanya, pemilihan yang bakal berlangsung di Julau antara yang hangat diperkatakan ketika ini susulan kontroversi membabitkan isu keahlian di cabang berkenaan.
“Di Sarawak, proses pemilihan yang bakal berlangsung di Julau, 10 November ini menjadi sangat kontroversi. Bahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat isu peningkatan mendadak jumlah keahlian di cabang berkenaan.
“Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang turut bertanding bagi jawatan ketua cabang itu dalam pemilihan kali ini juga sedang disiasat SPRM berhubung kontroversi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Cabang Julau menjadi perhatian selepas berlaku kenaikan mendadak jumlah keahliannya dari 603 kepada 13,000 ahli pada 27 Jun lalu sehingga laporan dibuat kepada SPRM.
Difahamkan, anggota SPRM sudah mengambil keterangan Wei Shien dan mengambil beberapa dokumen berkaitan dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Julau di pekan itu minggu lalu bagi membantu siasatan.
Pada masa yang sama, kepemimpinan tertinggi PKR didesak agar tidak bersikap ‘sindrom penafian’ berhubung isu berkenaan, sekali gus memastikan proses pemilihan yang telus, terutama membabitkan perebutan jawatan Timbalan Presiden antara Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi.
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua dari kiri) beramah mesra dengan gadis berpakaian Iban dan penduduk tempatan pada lawatan beliau ke Rumah Panjang Rengayan Ng Ruyak, Julau, semalam. - Foto BERNAMA
Latheefa berkata, Wan Azizah sepanjang lawatan itu turut dilihat diiringi Wei Shien yang sebelum ini secara terbuka mengumumkan menyokong Rafizi Ramli.
Beliau menjelaskan tiada sebab kepada Wan Azizah perlu melakukan lawatan berkenaan pada hari-hari terakhir menjelang pemilihan di Sarawak.
“Kenapa Timbalan Perdana Menteri tidak melawat selepas pemilihan parti?” Harus diingat bahawa Julau memiliki 13,000 ahli yang juga cabang memiliki jumlah ahli terbesar PKR Sarawak. Maka, cabang itu berupaya menjadi ‘kuasa penentu’ kepada proses pemilihan PKR,” katanya.
Lawatan Wan Aziziah ke Julau yang terletak di wilayah tengah Sarawak turut membabitkan penggunaan jawatan rasmi beliau dalam Kabinet, selain aset kerajaan, termasuk pengumuman peruntukan RM100,000 untuk membina jalan raya di kawasan itu.
Katanya ,pengumuman itu dibuat dengan Wei Shien yang juga calon bertanding bagi Ketua Cabang Julau dan Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat.
“Adalah penting untuk Timbalan Perdana Menteri menjelaskan rasional lawatannya ke Julau pada saat-saat akhir menjelangnya pemilihan PKR di Sarawak,” katanya. (BH)
No comments:
Post a Comment