KUALA LUMPUR 14 Dis. - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita disyaki bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu di sekitar ibu negara dan Lembah Klang, di sini semalam.
Kesemua mereka yang berusia di antara 24 hingga 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.40 malam di tepi Jalan Vivekananda, Brickfields, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, selain tangkapan, pihaknya turut merampas dadah disyaki syabu seberat lebih sekilogram yang mampu dibekalkan kepada lebih 1,000 pengguna.
“Hasil siasatan mendapati suspek bergiat aktif dalam pengedaran dadah jenis syabu di kawasan ibu negara dan Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut Adnan, kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini.
Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sabu dan dadah, adakah disebut dalam Al-Quran, mengapa Islam mengharamnya?
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis).
Kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama.
Iaitu, memabukkan atau terdapat dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan……" (Surah Al-Baqarah: 195)
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al – Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Mahkluf dalam kitabnya, "Fatwa Al – Syari'iyah (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan.
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al – Quran dan Hadis para ulama menjelaskan bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadahmeliputi semua kegiatan yang berkaitan dengan seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah SAW. pernah melaknat khamar.

"Rasulullah SAW melaknat tentang khamar, 10 golongan,
- pembuatnya,
- pengedarnya,
- peminumnya,
- pembawanya,
- pengirimnya,
- penuanganya,
- penjualnya,
- pemakan wang hasilnya,
- pembelinya,
- pemesannya."
Tiada sebarang hadis berkaitan dadah seolah benda baru... Jadi hukum berkaitan dadah adalah dibawah hukum ta'zir.. Terpulang kpd ulama dan pemerintah menentukan.
Pada pandangan umum, sabit hukuman mati keatas pengedar dadah adalah wajar. Dia orang musnahkan hidup individu-individu lain... Daripada dia hancurkan hidup 100 orang lain, baik bunuh dia sorang je.. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment