Wednesday, December 05, 2018

5 Lagi Wanita Tuduh Jutawan Filem Ini Serang Seks.


Gambar diambil April lalu menunjukkan Besson bersama Van Roy ketika tayangan perdana filem ‘Taxi 5’ di Les Pennes-Mirabeau, selatan Perancis. -Foto AFP
HALAMAN HIBURAN

PARIS: Lima lagi wanita menuduh jutawan filem Perancis, Luc Besson melakukan serangan dan gangguan seksual, menurut laporan semalam, enam bulan selepas seorang aktres muda mengaku dirogol.

Tuduhan terbaharu itu datangnya daripada pelajar di sekolah filem di sini, bekas model dan bekas kakitangannya, menjadikan sembilan wanita membuat aduan terhadap pembuat filem ‘The Fifth Element’ itu.

Mereka termasuk seorang bekas pembantu peribadi yang memaklumkan laman web penyiasat Perancis, Mediapart, dirinya dipaksa melakukan hubungan seks dengan Besson di sebuah hotel mewah di sini.

Peguam Besson dan syarikat produksinya, EuropaCorp enggan mengulas dakwaan terbaharu apabila dihubungi AFP.

Bekas pembantunya berkata, jutawan itu menjemputnya makan malam di suite hotel Meurice ketika dia tidak mempunyai tempat tinggal dan membuat rayuan untuk rakannya yang mencari kerja.

Besson mengatakan akan menjadi ‘pelindungnya’ dan meminta pembantunya duduk di riba serta memberinya ‘ciuman.’

“Saya tidak tahu mengapa saya membiarkannya berlaku kepada diri saya. Saya ketakutan. Saya memiliki pemikiran positif mengenai beliau ketika itu, bagi saya beliau seperti Tuhan,” katanya mengenai hubungan seks tanpa rela selepas itu.

Besson adalah pemain paling berkuasa dalam industri filem Perancis termasuk ‘The Big Blue’ dan ‘Nikita’ serta memiliki studio sendiri di pinggir ibu kota ini.

Namun pada Mei lalu, seorang aktres Belgium-Belanda berusia 27 tahun, Sand Van Roy memberitahu polis, dia dirogol Besson, 59, ketika hubungan seketika dengan produser dan pengarah itu.

Van Roy, yang hanya muncul dalam filem Besson termasuk ‘Valerian’ berkata, dia merasa terpaksa melakukan hubungan seks untuk mengekalkan wataknya. -AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini antara gaya hidup barat yang jahiliah. Rasulullah SAW dalam Hadis Imam Muslim no: 6952 , dari Sahabat Abu Sa'id Al Khudry RA seperti berikut:

لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا فى جحر ضب لاتبعتموهم قلنا يا رسول الله آليهود والنصارى قال فمن

Maksudnya:
"Kamu akan ikuti tradisi umah sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sekalipun mereka masuk lubang dhob (sejenis biawak padang pasir) pun, kamu pasti ikut juga. "

Sahabat bertanya, "O Rasulullah, apakah maksudmu itu orang Yahudi dan Nasrani?"


Rasulullah SAW menjawab, "Jika tidak mereka, siapa lagi?"



Lihat siri 'Cuci Otak Yahudi' sebelum ini..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails