Thursday, December 20, 2018

Atlet Wanita Jangan Dedah Aurat, Menteri Sukan PH Belajarlah Ambil Tahu..



KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengingatkan semua atlet negeri ini untuk meningkatkan beberapa perkara berkait dengan etika dan kepatuhan syariat dalam bersukan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, Islam tidak membenarkan permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral khususnya kepada golongan wanita.
Menurutnya, wanita yang terlibat dengan riadah mahupun sukan hendaklah menjaga tatatertib digariskan agama bagi menjaga kehormatan.
“Saya yakin Majlis Sukan Negeri selepas ini akan menetapkan peraturan dan garis panduan yang bersesuaian supaya selaras dengan tuntutan agama.
“Ketika bersukan, mereka dilarang mendedahkan aurat semasa ia turut melibatkan lelaki. Mereka dilarang bergaul mesra dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan dibenarkan,” katanya.
Beliau hadir menyampaikan insentif kepada 103 atlet negeri yang meraih pingat dalam enam kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa di Kompleks Kota Darul Naim.
Mereka yang diraikan memperoleh kejayaan dalam Sukan Asia Jakarta 2018, Sukan Paralimpik Asia Jakarta 2018, Sukan Paralimpik Asean Kuala Lumpur 2017, Sukma Perak 2018, Sukma Paralimpik Perak 2018 dan Sukan Orang Pekak Malaysia 2018.
Hadir sama pada program berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim ialah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Wan Roslan Wan Hamat.
Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, Kelantan sentiasa prihatin dan mementingkan masa depan sukan negeri ini termasuklah atlit paralimpik dengan memberikan insentif serta sebagainya.
“Jika mahu memiliki ahli sukan yang ramai sudah pastinya kemudahan perlu dipertingkatkan. IsnyaALLAH kerajaan akan bekerjasama dengan kementerian bagi memastikan prasarananya dapat dipertingkatkan,” katanya.
Selain itu, Ahmad juga mahu masyarakat memperbetulkan persepsi terhadap sukan yang mana beranggapan ia tidak memberikan sebarang kesan ataupun tiada prospek ekonomi.
“Sukan ini sama juga seperti kerjaya lain, jika dilakukan dengan betul dan sistematik ia berupaya naikkan nama negeri dan negara serta dapat menyumbangkan sumber kewangan kepada pemain sukan,” katanya.– SINAR HARIAN 19/12/2018 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri sukan PH Persekutuan, belajar-belajarlah ambil tahu, demi keagungan Islam...
Hasil carian imej untuk atlet wanita dedah aurat

2 comments:

Anonymous said...

Madey dah tua pun jadi tenaga balik. Patutnya dah tua ,pegi masjid, bukannya merosakkan melayu dan jadi kadam kit siang. Idea dah takde, jadi tarik parasit dlm umno jadi ahli bersatu. Bersatu yg dah takda moral. Madey yg maha firaun dah mula menimbulkan ciri ciri itu demi kuasa.

Anonymous said...

Mana ko tau dia tak pegi ke masjid? Cermin muka tu sendiri la bhai. Idea dah takde? Ko ni memang dah sah gila atau bengong. Ko sapa? Dr? Lawyer? Magistrate? Sedar la diri tu sikit.
Nak kritik boleh saja tapi jangan la bengap sangat. Dah la orang dok mengata blog ni macam2. Siap kutuk admin lagi. Baca lak komen2 yang bangang dari orang seperti anon 1208 ni. Hidup Melayu!!!!
Sori la. Kalau melayu islam nak maju kenalah ubah mentaliti. Kena la ada klas sikit. Standard kena jaga. Kualiti lebih penting. Jangan samakan level ngan mereka yg sekolah pondok, lulus setakat srp spm je. Bersepah kat luar tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails