Sunday, December 09, 2018
Berbogel Di Puncak Piramid. Latarbelakang B/raya Kaherah.
Tindakan mendaki piramid itu juga adalah satu kesalahan mengikut undang-undang Mesir apatah lagi melakukan aktiviti yang bertentangan dengan moral masyarakat negara itu yang konservatif.
Mesir siasat pasangan panjat Piramid Giza dan berbogel
KAHERAH: Video sepasang warga asing yang bertindak berbogel di puncak piramid Giza nyata mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga Mesir.
Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan pasangan berkenaan bertindak memanjat piramid itu pada waktu malam sebelum menanggalkan pakaian mereka sambil berpelukan dan berlatar belakangkan bandaraya Kaherah.
Menteri Antikuiti Mesir Khaled Al-Anani dalam kenyataannya memandang serius kes berkenaan dan mahu siasatan segera dilakukan oleh peguam negara.
Tindakan mendaki piramid itu juga adalah satu kesalahan mengikut undang-undang Mesir apatah lagi melakukan aktiviti yang bertentangan dengan moral masyarakat negara itu yang konservatif.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berbogel di puncak piramid, berlatar belakang bandaraya Kaherah. Sama dengan berbogel dipuncak Kinabalu, di negara ini. Sampai begitukah kebebasan di negara umat Islam kini? Kebebasan jahiliah ala barat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bila mat salleh bogel di puncak kinabalu bumi sabah bergempa hingga tanduk kinabalu patah...
Agak2 bumi mesir bergegar tak hingga runtuh piramid?...
pakar bogel dan lucah.
Post a Comment