Sunday, December 30, 2018

Berita Biadap! Masih Pasaraya Jual Arak Terbuka. PH Buat Apa?


Kariah Bukit Sentosa bantah jual arak secara terbuka di pasar raya


HULU SELANGOR – Jawatankuasa Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, giat mengumpul tandatangan penduduk bagi menyatakan bantahan terhadap penjualan arak secara terbuka di dua buah pasar raya dekat sini.
Imam 2 masjid tersebut, Mohd Azamudin Abdul Aziz berkata, pasar raya berkenaan terletak di kawasan kejiranan yang mempunyai 98 peratus penduduk beragama Islam.
Menurutnya, pemilik pasar raya seharusnya peka terhadap sensitiviti masyarakat memandangkan arak adalah haram disisi Islam.
“Kita baharu berjaya mengumpul 800 tandatangan penduduk sejak usaha ini dijalankan setahun lalu dengan sasaran melebihi 3,000 tandatangan.”
Di sekitar Bukit Sentosa mempunyai lebih 20,000 penduduk maka pihak masjid akan terus mempergiatkan usaha agar bantahan ini dapat dilakukan secepat mungkin.
“Kita melihat tiada keperluan pasar raya terbabit menjual arak di kawasan majoriti penduduk Islam maka mereka perlu menghentikan jualan secara terbuka,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat, semalam.
Mohd Azamudin berkata, pihaknya menerima aduan penduduk berhubung perkara tersebut kerana khuatir akan mendatangkan kesan buruk terutama kepada golongan remaja.
Menurutnya, arak merupakan ibu kepada maksiat dan boleh mengundang perbuatan jenayah serta mengancam keselamatan orang lain.
“Jawatankuasa amar makruf nahi mungkar turut menemui longgokan tin minuman keras di bangunan terbiar yang menjadi lokasi anak muda melepak.
“Kita tak pasti siapa yang melakukan, kita bimbang ada orang Islam yang terpengaruh,” katanya.
Portal Pakdin.my
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH buat apa? Tidak peka, tapi pekak!
Hasil carian imej untuk arak haram
Hasil carian imej untuk arak haram

1 comment:

Anonymous said...

10.50

''Arak Tu klu haram, jgn dekat. Bagi yg lain, yg mana tidak haram bagi mereka, lantak pi la klu mereka nak beli''

Pelacuran tu haram. Pi la suh orang buat kat keliling rumah kau. Yang penting orang Islam jangan dekat. Jangan pulak bila kaum keluarga anak beranak kau dah berjinak jinak melanggan atau dilanggan lepas tu baru sibuk nak teriak pulak.

Itu pun kalau kau Islam la kan. Kalau kau bangsa dap kulup, sila berambus drpd sini. Sebab ruangan ni hanya untuk mereka yang Muslim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails