Friday, December 21, 2018

DAP Tinggalkan PH Jika Matlamat Malaysia Baharu Tak Dilaksana: -Kit Siang




BANGI, 12 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Parti anti-Islam dan tamak haloba, DAP memberi amaran tidak teragak-agak untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan, sekiranya matlamat Malaysia baharu diabaikan.
Penasihat parti rasis dan cauvinis, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan di blognya berkata, pemimpin partinya menjadi kerajaan, sekali gus boleh memainkan peranan penting untuk membina Malaysia baharu.
Ia termasuk menyelamatkan Malaysia daripada membuat demokrasi palsu, kakistokrasi dan kleptokrasi global.
“Pemimpin DAP, sama ada di dalam kerajaan atau di luar, tidak ragu-ragu meninggalkan kerajaan campuran jika tujuan Malaysia baharu ditinggalkan.
“Pemimpin-pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA,” katanya dalam tulisan bertajuk ‘Why DAP will not become a second MCA’, hari ini.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dipercayai mengeluarkan kenyataan berkenaan bagi mengulas pandangan ahli perniagaan, Clement Hii yang mendakwa, beliau resah apabila masyarakat melihat DAP seperti satu lagi MCA, sekiranya mereka tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.
Kit Siang berkata, pemimpin-pemimpin DAP tidak berhasrat untuk menjadi MCA2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.
Katanya, DAP hanya mahu pemimpin dan ahlinya berpolitik untuk berkhidmat kepada negara, bukannya untuk diri sendiri sama ada untuk mengaut kekayaan, hak milik atau kedudukan.
“DAP parti berbilang kaum untuk kesejahteraan dan kebajikan semua kaum di Malaysia dan bukan satu etnik seperti MCA.
“Kami mewakili rakyat Malaysia termasuklah Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli. Sebaliknya MCA mewakili atau mendakwa untuk mewakili hanya orang Cina di Malaysia,” katanya. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Maksud malaysia baru bila semua orang melayu tunduk pada guan eng dan kit siang mcm yg sabu dan pan buat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails