Dengan Sokongan Dr. Mahathir, Apakah Azmin Mampu Merampas PM Ke 8 Dari Anwar Ibrahim?
Walaupun Dengan Sokongan Dr. Mahathir, Laluan Azmin Mahu Merampas PM Ke 8 Dari Anwar Ibrahim Tidak Semudah Yang Di Sangka
Secara kebetulan atau memang di rancang, bersekali dengan khabar angin mengenai konon rapuhnya kedudukan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8...
Nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut di canangkan sebagai pengganti pilihan...
Di khabarkan Dr. Mahathir sendiri lebih senang dengan Azmin dan memang mahu Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menggantikan tempatnya...
Dalam erti yang lain, walaupun sudah ada perjanjian dan di persetujui dalam Pakatan Harapan bahawa Anwar adalah penggantinya, seolah2 Dr. Mahathir ketika ini tidak lagi ada perasaan terhadap Presiden PKR itu dan tidak mahu menunaikan janji peralihan kuasa yang telah di persetujui sebelum ini...
Beberapa pemimpin Bersatu dan pemain media sosial yang akrab dengan parti itu juga nampaknya tidak malu2 menyebut Azmin adalah bakal Perdana Menteri ke-8 dan terang2 telah mengenepikan Anwar...
Tidak di pastikan siapakah yang memula dan merangsang sebutan nama Azmin sebagai Perdana Menteri ke-8 itu, tapi yang nyata ia terus berlaku hingga kini...
Apakah Diam Dr. Mahathir Tanda Restu
Keadaan itu di tambah dengan tiada penafian khusus lagi tegas daripada Tun Mahathir sendiri...
Maka sebutan nama Azmin itu terus di perkatakan di merata2, malah makin di perbesar dari hari ke hari.
Keadaan ini jugalah yang kini di lihat meretakkan hubungan antara Dr. Mahathir dan Anwar sejak akhir2 ini...
Meskipun sebelum pilihanraya lalu, Dr. Mahathir terlihat begitu mengharapkan sokongan bekas timbalannya, itu sanggup merendahkan dirinya menemui Anwar di mahkamah beberapa kali serta menghantar Daim Zainuddin yang terpaksa menghidupkan lesen guamannya, bagi membolehkan pergi ke penjara untuk melakukan rundingan seterusnya...
Mengapakah setelah berjaya memperolehi kuasa, semuanya nampak berbeza?
Benarkah Azmin jadi pilihan Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar?
Dalam hal ini, sesuatu yang harus di ingat ialah proses memilih Perdana Menteri atau penggantinya adalah berbeza antara BN dengan Pakatan Harapan...
Di dalam BN, sesiapa saja yang jadi Presiden UMNO, dia adalah Perdana Menteri dan sesiapa juga yang menduduki Timbalan Presiden UMNO, dia jugalah Timbalan Perdana Menteri...
Walaupun banyak yang kecundang, tetapi daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri jugalah seseorang itu akhirnya akan menjadi Perdana Menteri...
Dalam konteks itu, Perdana Menteri boleh menggunakan kuasanya terhadap sesiapa yang di sukainya untuk di jadikan Timbalan Perdana Menteri atau bakal penggantinya dengan cara memberi kedudukan yang baik2 dalam kerajaan dan menunjukkan keakraban atau sokongan supaya orang berkenaan menang dalam pertandingan dan boleh menjadi Timbalan Presiden UMNO...
Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO antara Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan antara Tun Ghafar Baba dengan Musa Hitam, perkara itu jelas telah berlaku di mana Dr. Mahathir yang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu telah berjaya membuatkan calon kesukaannya menang dalam kedua2 pertandingan tersebut...
Musa Hitam dua kali berjaya mengalahkan Tengku Razaleigh kerana sokongan terbuka yang di tunjukkan oleh Tun Mahathir...
Begitu juga Tun Ghafar berjaya menewaskan Musa Hitam berikutan kenyataan Dr. Mahathir yang menyebut kedudukan Tun Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri akan terus kekal, meski pun kiranya tidak berjaya mengalahkan Musa Hitam...
Kemudian, ketika Anwar mahu mencabar Ghafar Baba pada 1993, di sebabkan Dr. Mahathir memberikan Anwar jawatan sebagai Menteri Kewangan serta dalam masa yang sama menampakkan kecondongannya lebih menyayangi Anwar sebagai bakal penggantinya, maka dengan mudah Tun Ghafar pula dapat di ketepikan...
Begitulah dalam UMNO...
Berjayakah Dr. Mahathir Singkirkan Anwar Ibrahim Sebagai PM Ke 8 Sebagaimana Yang Di Lakukan Untuk PM Ke 7
Tetapi keadaannya berbeza dengan Pakatan Harapan...
Pemilihan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pengganti Perdana Menteri mesti di rundingkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang di anggotai para pemimpin kanan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu...
Berdasarkan keputusan sebelum PRU 14, keputusan yang di persetujui ialah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke 8 setelah dua tahun Dr. Mahathir menduduki kerusi Perdana Menteri ke 7...
Sehingga ini, kedudukan ini adalah kekal dan tidak berubah...
Bermakna, Anwar masih merupakan calon yang di persetujui untuk menggantikan Dr. Mahathir...
Dalam hal ini, katalah jika Dr. Mahathir benar2 berhasrat mahu menjadikan Azmin sebagai penggantinya dan menolak Anwar, beliau mesti membawa perkara itu dalam Majlis Presiden untuk di persetujui terlebih dahulu...
Dr. Mahathir tidak boleh sesuka hati meletakkan nama Azmin sebagaimana ketika beliau ada banyak kebebasan sewaktu menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN dahulu...
Dalam Majlis Presiden pula, selain ada Dr. Mahathir, Anwar dan Dr. Wan Azizah, ia juga di anggotai oleh Lim Kit Siang, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan termasuk Azmin sendiri sebagai Timbalan Presiden PKR...
Dengan kapasiti keanggotaan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sedemikian itu, mampukah Azmin mendapat sokongan dan kepercayaan majoriti untuk melangkaui Anwar bagi merampas takhta sebagai Perdana Menteri ke-8?
Kredit :
Shahbudin Husin
Lihat sambungan dalam siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Ini bukan BN...PH ade majlis presiden...pengerusi PH tak ade kuasa veto...kalo madey nak azmin jadi PM azmin kena jadi oresiden PKR dulu...
ReplyDelete