Monday, December 10, 2018

Himpunan 8/12. Apa Kata Mukhriz &Abd Hadi, Mufti?



PORT DICKSON, 1 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung di ibu negara semalam, tidak menjadi ancaman kepada kerajaan Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, ini kerana kerajaan mempunyai pendirian yang sama dengan apa yang diperjuangkan dalam perhimpunan tersebut.
“Anggaran kami lebih 100,000 orang yang hadir dan angka itu tidak menggugat kami kerana kerajaan ada pendirian yang sama iaitu tetap menolak ratifikasi ICERD.
“Dalam hal ini kita tidak melihat ia sebagai satu bantahan terhadap kerajaan, lainlah kalau kerajaan dah menyatakan hasrat untuk meneruskan ratifikasi ICERD,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Perjuangan Bersatu Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Pengerusi Pakatan Harapan negeri yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Pada 23 November lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.
Mukhriz berkata, banyak lagi isu dalam negara yang perlu diperjuangkan seperti isu rasuah dan penyelewengan kuasa.
“Isu ICERD ni datangnya dari luar negara, sedangkan dalam negara ini banyak lagi isu yang menjejaskan rakyat perlu diperjuangkan dan ditentang.
“Apabila ada kerajaan yang tidak berintegriti, malah salah guna kuasa, penyelewengan.. itulah sebenarnya yang akan mengugat dan menjejas rakyat,” katanya.
Sementara itu, ketika berucap di hadapan lebih 500 anggota Bersatu Negeri Sembilan, Mukhriz berkata, walaupun sudah menjadi kerajaan, anggota parti itu tidak boleh berasa terlalu selesa, sebaliknya perlu terus bekerja mendekati akar umbi.
“Sekarang ni pembangkang pula dah ambil alih tugas kita sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas, iaitu mendekati rakyat dan menggunakan macam-macam pendekatan untuk membentuk pemikiran rakyat.
“Maka berbaliklah kepada cara lama kita dulu, adakan sesi penerangan, turun berjumpa rakyat dan gunakan media sosial sebagai medan sebenar membentuk pemikiran rakyat,” katanya.
Mengenai konvensyen ini, Mukhriz berkata, ia sebagai platform untuk mengumpul pendapat anggota Bersatu dalam menyampaikan hasrat, aspirasi dan teguran membina, untuk dibawa ke Perhimpunan Agung Bersatu pada 28 hingga 30 Dis ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.- Bernama

Ini ucapan Presiden PAS, Abd. Hadi Awang (Video)..

ISU ICERD, Akhirnya Dua Mufti Tegur Kerajaan Pakatan Harapan

5 comments:

  1. Wahai umat Islam termasuk kaum Melayu, marilah kita semua bersatu padu membela dan melindungi hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu dan hak Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dll yang sedang diancam oleh parti munafik liberal dan parti rasis kafir harbi roket.

    Marilah kita semua menyokong parti Islam PAS dan sekutunya dalam PRU14 dan memulau dan menolak pakatan munafik liberal-kafir harbi yang telah menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu dan fitnah.

    Kita melihat pemimpin dan barua parti kafir harbi roket sedang ketakutan, panik dan menyalak dan meroyan histeria setelah mereka melihat umat Islam bersatu padu menentang ICERD dan pakatan.

    Maka kita sedang melihat tentera-tentera kacang merah (RBA) kafir harbi yang sangat terdesak sedang menyamar sebagai orang Melayu dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk melaga-lagakan orang-orang Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takfiri adalah ancaman kpx unat islam. muga mereka terhapus

      Delete
  2. Semua org Melayu kena sedar...musuh kita bukan sesama kita...musuh kita ialah cina komunis DAP. Sikap mereka yg melaga2 & membodohkan kita harus disedari terutama anaj2 muda...kasihanlah kpd pak cik2 kita & generasi anak2 kita...Bersatu padu & berkasih sayang lah sesama kita ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba siasat entah2 jholow tu dap

      Delete
  3. nasib baik ada dap klu tk walaun tkde sapa nk disalahkn sentiasa.

    ReplyDelete