▼
Tuesday, December 04, 2018
Ini, Aktres Pakai Gaun Seksi, Berdepan Penjara 5 Tahun..
Rania didakwa tidak mematuhi nilai dan budaya masyarakat. -AP
HALAMAN HIBURAN
AKTRES Mesir, Rania Youssef bakal dihadapkan di mahkamah bulan depan selepas didakwa melakukan kesalahan mengenakan gaun yang didakwa 'seksi' ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Kaherah.
Gaun hitam berenda itu mendedahkan bahagian lengan dan kakinya. Sekumpulan peguam kemudiannya memfailkan aduan kepada ketua pendakwaraya, dan perbicaraan Rania dijadualkan bermula pada 12 Januari 2019.
Aduan itu dibuat berdasarkan dakwaan pemakaian Rania itu tidak mematuhi nilai dan budaya masyarakat, dan memberi gambaran imej tidak baik kepada wanita Mesir. Jika disabitkan kesalahan, Rania boleh dipenjara sehingga lima tahun, lapor Associated Press.
Menerusi akaun laman sosialnya, Rania mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan menyifatkan ia sebagai satu salah faham.
"Saya tidak berniat untuk mencetuskan kemarahan sesiapa. Pakaian yang saya kenakan adalah hasil perbincangan dengan penata gaya.
"Gaun itu dipilih kerana kami menghadiri festival antarabangsa. Saya langsung tidak menjangkakan reaksi sebegini dan saya mohon maaf," tulisnya. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hukum cara Islamkah begitu? 'Negara Islam'kah Mesir?
No comments:
Post a Comment