KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun beramah mesra dengan pelancong selepas merasmikan program Ronda Cegah Jenayah di perkarangan Pasar Seni hari ini.- UTUSAN ONLINE/ AMIR KHALID
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Tiga penganjur #DaulatHimpunan812 akan hadir petang ini bagi memberi keterangan berhubung kehadiran kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketiga-tiga penganjur himpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu akan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi proses rakaman percakapan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan itu diambil susulan satu laporan polis yang diterima mengenai perkara tersebut.
“Kita akan panggil mereka petang ini. Mereka sudah berjanji untuk tidak melibatkan kanak-kanak sebelum permit diberikan tapi tidak ditunaikan.
“Ini satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 jadi kita akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ronda Cegah Jenayah bersama Ketua Polis Negara di perkarangan Pasar Seni, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi memaklumkan, pihaknya akan menilai semula situasi di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, bagi mengurangkan jumlah anggota polis yang bertugas.
“Buat masa ini, tiada sebarang ancaman di lokasi (kuil), tapi kita tidak boleh ambil mudah mengenai situasi tersebut.
“Saya akan berbincang dengan polis Selangor petang ini mengenai tindakan selanjutnya,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
jgn bawah kanak2. apa jd nnti salahkn dap juga. mnyalak xabis2. himpunan icerd sama je dgn 355. pasni senyaplah.
ReplyDeleteMemanglah barua DA-Pig 3:32 PM suka salahkan DA-Pig setiap kali DA-Pig mengarahkan baruanya menipu rakyat dan menyebar fitnah untuk melaga-lagakan rakyat.
DeleteYang barua DA-Pig bodoh sangat buat kerja jahat tu ?kenapa
Eleh yang bawak kanak2 tu entah2 dapig punya geng2 hancing...nak sabotage terbalikkan kete tak boleh, jadi buat la cara yg lebih mudah kehkehkeh
ReplyDelete