Saturday, December 22, 2018

Kasut Sekolah Naik Harga Pula..

xMGF17122018_HUMAN-INTEREST_13-681x454
Permintaan kasut sekolah berwarna hitam meningkat apabila Kementerian Pendidikan membenarkan pelajar memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun hadapan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette mengenai persiapan awal menjelang sesi persekolahan 2019 di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 DISEMBER 2018


KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sehubungan itu beliau telah meminta bahagian penguat kuasa menyiasat perkara itu bagi mengesahkan sekiranya benar berlaku peningkatan harga barangan persekolahan berkenaan sebelum tindakan lanjut dikenakan.
“Sebab aduan itu spesifik sebab dia beritahu tempat mana, negeri mana, kedai mana, kemudian kita sahkan autoriti pengadu supaya jangan ada penganiayaan…,” katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimennya di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata berdasarkan aduan itu orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus.
— BERNAMA

No comments:

Post a Comment