Monday, December 03, 2018

Kata PM “Mustahil diterima ICERD.." Lembu Tidak Disembelih -Kata A.Hadi,

Hasil carian imej untuk Mahathir
SAYA tertarik kepada kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri yang menegaskan: “Mustahil diterima ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum)”.
Kepada mereka yang mempunyai pengetahuan asas pengajian ilmu fardhu ‘ain yang diwajibkan kepada setiap penganut Islam, memahami perkara yang dinamakan hukum akal. Bahawa perkataan mustahil mengikut hukum akal, bererti tidak sekali-kali, seperti sifat-sifat yang mustahil bagi Allah dan Rasul. Apabila dikatakan: “Mustahil adanya Tuhan yang lain selain daripada Allah”. Maksudnya tiada kemungkinan sesekali adanya tuhan yang lain selain daripada Allah. Penetapan ini dipelajari dalam semua kitab agama fardhu ‘ain.
Malangnya dalam isu ICERD ini, masih ada yang membuat kenyataan yang tidak bermaksud mustahil, mendedahkan yang tersirat dalam hati sanubarinya masih cintakan ICERD. Ada di dalamnya perkara tersirat yang sesat dan menyesatkan kerana bercanggah dengan sifat fitrah manusia.
Mungkin mereka sengaja menunjukkan belangnya yang sebenar dan mungkin juga jahil hukum akal. Walaupun dia berakal dan berijazah paling tinggi dalam bidang yang lain, tetapi menjadi jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil), masih membuat kenyataan yang hanyut pegangannya terhadap Islam. Adapun kalangan dari bukan Islam menjadikan politiknya terpisah daripada agamanya sendiri, tanpa menyedari bahawa agamanya juga akan menjadi mangsa, andai dia masih beragama.
Perkataan diskriminasi ditakrifkan mengikut bahasanya, merujuk kepada layanan yang tidak adil terhadap pihak tertentu. Takrif ini diambil pakai oleh ICERD yang berkonsep tanpa sempadan agama dan bangsa. Manakala Islam pula menetapkan takrif adil itu dengan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, mengikut konsepnya yang berlandaskan fitrah yang mana adanya perkara berbeza yang mesti diambil kira. Sepatutnya ukuran diskriminasi wajib mengikut konsep adil secara Islam iaitu tetap mengambil kira perkara yang ada perbezaan dalam kejadian manusia.
Tidak boleh dinafikan adanya perbezaan di antara Islam dengan agama dan fahaman lain yang wajib dihormati, namun umat Islam wajib mempertahankan agamanya tanpa mengganggu hak kebebasan beragama yang lain.
Perlu disedari bahawa takrif diskriminasi mengikut semua agama, tidak sama dengan kehendak ICERD yang tidak berkonsepkan apa-apa agama itu, lalu menjadikannya bertentangan dengan semua agama.
Termasuk hak Bumiputera dan hadiah kerakyatan yang diberi kepada kaum lain yang dipaksa oleh penjajah dahulu, sepatutnya mereka berterima kasih kepada Bumiputera kerana bertimbang rasa terhadap kaum lain yang dipaksa oleh penjajah itu.
Semua perkara tersebut sudah jelas mengikut konsepnya di dalam Perlembagaan kita, maka jangan dirungkaikan. Adapun jika timbul percanggahan sama ada dari sudut bangsa, agama dan kebudayaan yang berkait dengan Perlembagaan tersebut, maka hendaklah dibincangkan secara harmoni tanpa campur tangan daripada pihak luar.
Menyamakan semua agama atau berkonsepkan semuanya benar tanpa melihat banyak perkara yang berbeza akhirnya akan menghasilkan manusia tidak beragama dan tidak bermoral, maka pelaksanaannya adalah mustahil sebenarnya.
Perkataan ‘menentang diskriminasi’ tersebut, dilihat pada zahir menjadi sebahagian dari konsep Islam dan juga agama yang lain, tetapi mempunyai huraian dan objektif yang berbeza.
Contohnya agama Hindu yang berkonsepkan kasta dalam kalangan penganutnya tetap menegakkan keadilan mengikut konsepnya sendiri. Demikian juga agama Kristian yang memberi hak mengampunkan dosa kepada paderinya, sehingga boleh meminda hukum agama yang telah ditetapkan oleh kitab sucinya. Begitu juga agama-agama lain yang mentafsirkannya mengikut kepercayaan masing-masing.
Adapun Islam yang berkonsepkan fitrah, menegaskan ada perkara yang sama dalam kehidupan manusia pada zahir dan dasarnya yang umum serta adanya perkara yang berbeza.
Contohnya soal makan minum dan berpakaian adalah konsep keperluan kehidupan yang sama, tidak boleh disekat dan dihalang. Adapun perbezaan adanya halal dan haram, juga budaya, adat dan keadaan yang berbeza menjadikannya berlainan di antara satu sama lain yang wajib diberi hak yang dihormati semua. Maka konsep ICERD memaksa sejagat supaya disamakan walaupun adanya perbezaan tersebut adalah perkara mustahil untuk dilaksanakan.
Masyarakat antarabangsa tidak mungkin dapat memaksa seluruh dunia supaya adanya persamaan dalam perkara yang berbeza mengikut fitrah masing-masing dari sudut negara, kaum, bangsa dan agama. Maka masing-masing tetap mempertahankan dasar dan konsepnya mengikut agama, ideologi dan kepentingan bangsanya masing-masing.
Al-Marhum Sheikh Jamaluddin Al-Afghani dan muridnya yang setia iaitu Sheikh Muhammad Abduh menarik diri dari menyertai kumpulan Freemason yang mengheret mereka berdua dengan memperkenalkan konsep persamaan tersebut, walaupun dalam kelompok dari kalangan sama-sama menentang penjajah pada masa itu.
Para pengkaji dan pengamat Freemason serta Zionis menyedari, bahawa mereka berjaya memasukkan pengaruh yang sesat itu ke dalam setiap unit yang berada di bawah PBB yang dikuasai oleh negara kuasa besar dunia yang ditentukan arah politiknya oleh Freemason dan Zionis tersebut. Mereka hanya mahu memaksa negara lain supaya tunduk kepada perjuangan mereka bagi merungkai konsep kemanusiaan masyarakat majmuk, kecuali negara yang menjadi kiblat mereka iaitu negara Israel.
Dalam kita bermasyarakat madani, sehingga ke peringkat antarabangsa yang mewajibkan adanya hubungan di antara negara dan bangsa, tetap wajib mempertahankan dasar dan jati diri masing-masing serta kedaulatan negara masing-masing yang tidak seharusnya tunduk kepada kemahuan pihak lain. Khususnya wajib berhati-hati dalam perkara yang nama zahirnya sangat menarik seperti di atas namakan adil, membela hak, menentang diskriminasi, tetapi beracun yang boleh melumpuhkan dan memusnahkan jati diri kita secara halus.
Laksana jenama daging lembu, janganlah menganggap semuanya halal kerana banyaknya lembu yang tidak disembelih yang menjadi syarat halal kepada penganut Islam. Walaupun jenamanya lembu, namun kita tidak boleh memaksa penganut agama lain yang menghalalkannya tanpa sembelih dan juga tidak boleh memaksa penganut agama yang percaya bahawa lembu adalah binatang qudus yang tidak boleh dimakan sekali-kali.
Maka ICERD, laksana daging lembu yang tidak disembelih yang diimport, maka pihak JAKIM mestilah berhati-hati meletakkan jenama halal, jangan sewenang-wenangnya atas nama lembu itu sahaja dengan mudah diletakkan logo halal.
ICERD mempunyai konsep diskriminasi yang tersendiri tanpa menghormati adanya perbezaan agama dan bangsa. Kalau menerimanya dengan mudah, bermakna ke arah membolehkan tuntutan pihak tertentu mendapat lesen sehingga melanggar sempadan agama dan hak Bumiputera yang wajib dipertahankan, bersama hak yang adil terhadap semua kaum.
ICERD secara halusnya laksana menerima Perjanjian Pangkor yang bersejarah, lalu menempah campur tangan asing terhadap kedaulatan negara dan bangsa yang terpaksa kita memikul kesannya sehingga kini. Menerimanya adalah menuju ke arah membuka pintu kepada semua pihak supaya campur tangan dalam negara kita. sepatutnya kita perlu lebih berwaspada lagi kerana adanya kalangan kita yang sanggup menjadi agen kepada semua pihak demi kepentingan dirinya sahaja tanpa peduli umat dan negara seluruhnya.
Kepada umat Islam secara khususnya, menjadi fardhu ‘ain mempertahankan agamanya secara beradab. Adapun pihak yang lain, wajib menyedari bahawa kesabaran umat Islam ada batas sempadannya.
Adanya kenyataan longgar yang menyanggah Perdana Menteri menunjukkan bahawa perjuangan kita belum selesai, tidak boleh dihentikan dengan mudah dan dibiarkan kalangan yang tidak bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara mengikut kehendak hawa nafsu mereka.
"Islam Memimpin"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 25 Rabiul Awwal 1440 / 3 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 3/12/2018

3 comments:

Anonymous said...

Artikel amat BERNAS oleh pemimpin AGUNG Orang asal Islam/Melayu kita, PRESIDEN PAS, YAB DS Tuan Guru Hj. Abd. Hadi awang terCINTA kita ni!! SETUJU BENAQ!!

SYUKUR dgn. KEBERANIAN pejuang2 KEMERDEKAAN ISLAM/MELAYU terCINTA kita ini!!

SEBENAQnya, BUKAN hanya ICERD shj. yg. amat BAHAYA utk. ISLAM/UMATNya dan seluruh bangsa BUMIPUTERA kita, tetapi LIMA lagi UNDG2 ANTARABANGSA PBB Zionis yg. juga mahu di TANDATANGAN/SAHkan (ratify) oleh si rejim BANGKAI2 Parasit PENJAJAH/PEROMPAK/PERASUAH/PENGGANAS/PEMBUNUH Dikator madey anak beranak PAR*A/anwaqHOMO/DAPanjing KURAP HOMO JIJIK HOMO -KULI2 puaka2 ZIONIS HOMO Freemason CIA/MOSSAD-IS(IS)rael/SOROS ni!

Sbb. itu perhimpunan 08/12 ni amat PENTING – sebab kita mesti MENENTANG kesemua 6 UNDG2 ANTARABANGSA Zionis PBB amat KEPARAT tu, termsk. yg. akan bagi hak 'saksama' ZIONIS penipu pd. puak HOMO/PEMBUNUH KEJAM/PENGEDAR DADAH dan berJUTA anak2 PATI PAR*A dr, NEPAL/INDIA dan SRI LANKA/Bukan Islam MYANMAR-FILIPINA-THAI utk. jadi WARGANEGARA kita dgn. sewenangnya, dsbnya - melalui PENIPUAN ke atas UNDG2 PERLEMBAGAAN 15A!! Serta juga nak mengHAPUSkan UNDG2 SYARIAH!

Dan 117 AKTA2 baru dan lama yg. mahu diPINDA @ diTAMBAH ke dlm. UNDG2 PERLEMBAGAAN kita dgn. amat LICIK, agar SELARAS dgn. 6 UNDG2 ANTARABANGSA PBB Zionis ni - utk. MELUMPUHkan apa2 UNDG2 berkaitan HAK dan IDENTITI Islam/umatnya, dan SELURUH bangsa BUMIPUTERA, serta KUASA dan HAK DYMM YDPA, MAJLIS RAJA2 dan seluruh KESULTANAN MELAYU kita, serta MAHKAMAH SYARIAH kita!!

Lihat betapa BAHAYAnya 5 lagi UNDG2 ANTARABANGSA PBB Zionis PENIPU tu, dlm. PENDEDAHAN BERNAS oleh Ketua Penerangan PAS, YAB Ustaz Nasrudin Hassan terCINTA kita, di -

https://suara.tv/26/11/2018/tidak-hanya-icerd-ada-lima-lagi-konvensyen-sedang-menanti-detik-diratifikasi-kerajaan-kata-pas/

(Tok Terkedu)

Anonymous said...

Walaupun madey berakal dan berijazah tinggi dalam bidang yang lain, tetapi jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil), masih membuat kenyataan yang hanyut pegangannya terhadap Islam. Adapun kalangan dari bukan Islam menjadikan politiknya terpisah daripada agamanya sendiri, tanpa menyedari bahawa agamanya juga akan menjadi mangsa, andai dia masih beragama. Itulah diri sebenar madey. Dan pesonanya memukau yang taksub dan jahil murakab juga sepertinya, dan mereka itulah penyokong tegar madey.

Anonymous said...

Kalau nak batal perhimpunan..boleh aje...Tapi...syaratnya suruh PM buat surat TIDAK akan lagi mengusul dan membincangkan lagi perkara ini di kabinet...Suruh semua DAP-DAP tu dan siMurthy tu duk diam2...k...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails