Khalid Samd mohon maaf, ampun sandar kelemahan PH pada Nabi ﷺ
'Saya tidak berniat langsung untuk menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Nabi ﷺ atau menuduh Nabi mungkir janji'
BANGI, 8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad memohon maaf berhubung kenyataannya mengaitkan Rasulullah ﷺ dengan kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji manifesto pilihan raya lalu.
Khalid berkata, beliau tidak berniat langsung untuk menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Nabi Muhammad ﷺ, atau menuduh baginda mungkir janji.
Katanya, beliau menerima dengan hati terbuka dan menghargai segala teguran yang diberikan banyak pihak terhadap ucapan pengulungannya pada Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh hari ini.
“Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Nabi ﷺ atau menuduh Nabi mungkir janji.
“Jika ada yang faham begitu, saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah dan RasulNya,” katanya.
Khalid menjelaskan, ucapan beliau hanya ingin menyatakan bahawa manusia hanya mampu berusaha, namun bukan semua yang diusaha akan dapat terlaksana sepenuhnya.
Beliau berkata, dalam kes manifesto PH, kerajaan telah berusaha untuk menunaikan segala yang dijanjikan, namun kekangan kewangan menyebabkan ia terpaksa ditangguh sehingga ia kembali pulih.
Dalam kes Rasulullah menangguhkan menunaikan haji pada tahun itu, ia telah Baginda (SAW) lakukan pada tahun seterusnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian Hudaibiyah.
Terima kasih kepada Malaysiakini kerana telah mengubah tajuk beritanya dari tidak menunaikan janji kepada menangguhkan janji,” katanya.
Terdahulu, Khalid pada ucapan pengulungan Konvensyen Nasional Amanah 2018 dipetik sebagai berkata:
“Ada orang kata, kita tidak tunaikan janji. Nabi ﷺ pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Makkah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Hudaibiyah, tidak dapat. Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa.”
Kenyataan beliau itu sekali gus mengundang kritikan dan teguran banyak pihak termasuk Majlis Ulama Isma dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahli MUIS, Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan analogi Khalid Samad mengenai janji Rasulullah dengan manifesto PH adalah tidak tepat.
BERITA BERKAITAN:
Khalid adalah baruah cina dap kafir harbi,,,samaja puak2 ni,,baik anwar, nurul izzah, wan jijah,,semua mereka golobgan jahil yg berlakon hendak kpd islam,,,,phui....pesalah luwat n the gang....
ReplyDeletePh sejak memerintah banyak sangat minta maaf. Hopefully lepas ni lebih hati2 buat statement.
ReplyDeleteSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
ReplyDeletenak tunjuk pandai cakap tapi bengap
jangan jadi macam orang tu lagi dahsyat
diajaknya orang ramai jangan beterima kasih kat Nabi Muhammad saw
yang disiar secara langsung di tv
oi cilaka sungguh puak ni