Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.
Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) berkata, anggotanya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa.
“Jika ada pihak yang mahu menyiasat, silakan, kami kita menyembunyikan apa-apa,” kata presiden FLFAM, Datuk Jeffrey Ng.
Beliau berkata, penternak berhadapan cabaran kos operasi lebih tinggi dan juga kos pematuhan peraturan sekarang ini (Selepas PH ambil alih kerajaan).
Katanya, harga perlu “adil”, selain menambah bahawa murah dan mahal adalah istilah yang subjektif
“Jika pengguna tidak boleh menerima harga adil, industri tempatan akan kecundang dan itu akan memberi kesan ke atas keselamatan makanan kita. Akibatnya kita perlu bergantung pada import.
“Cuba bersikap adil, dan fahami kos yang terpaksa ditanggung serta cabaran dihadapi penternak.”
Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan, standard peraturan mengenai kesihatan dan alam sekitar yang perlu dipatuhi penternak adalah lebih tinggi.
Peraturan gaji minimum juga katanya, meningkatkan kos perniagaan.
Ng berkata, dalam tempoh 2 dekad, kenaikan harga telur adalah minimum, iaitu tidak sampai 50% berbanding barangan makanan lain.
“Bergantung kepada penawaran dan permintaan, harga kadang-kadang naik dan pada masa lain, turun.
“Apabila harga telur jatuh, penternak tidak pula bising,” kata Ng.
Harga telur dilaporkan meningkat lebih 10 sen sejak 2 bulan lepas.
Usahawan runcit terkenal, Datuk Ameer Ali Mydin mencadangkan supaya kerajaan menguatkuasakan pengharaman sementara eksport barangan perlu apabila bekalannya berkurangan.
Bagaimanapun seorang pakar ekonomi dari sebuah badan pemikir menolak cadangan itu.
Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi berkata, pasaran ayam-itik lebih tidak stabil berbanding komoditi lain, justeru faktor penawaran dan permintaannya akan mencapai keseimbangan baru dengan cepat.
Beliau berkata, keadaan ini berbeza berbanding sesetengah produk pertanian yang bekalan jangka panjangnya boleh dipengaruhi oleh faktor cuaca, misalnya.
Beliau juga berkata, kesan campur tangan kerajaan adalah perlahan kerana sifat turun-naik pasaran ayam-itik.
“Jika eksport telur dan ayam-itik dihentikan untuk sementara, maka langkah itu akan menyakitkan pengusaha tempatan semata-mata kerana anda mahu menurunkan sedikit harga untuk pengguna tempatan,” katanya.
“Lebih baik pasaran dibuka kepada pengeluar asing supaya pengeluar tempatan boleh menyesuaikan bekalan mereka bagi memenuhi permintaan, dan pada masa sama mewujudkan persaingan dengan pengeluar asing. Ini akhirnya akan menguntungkan pengguna”
(https://pakdin.my/yam-meningkat-selepas-rejim-ph-memerintah-kata-persatuan/)
2 comments:
Satu kelas lagi jadi kadam dap
Bangga sangat jadi kadam dap untuk musnahkan melayu dan tanah airnya.
Post a Comment