DR. LEE BOON CHYE (dua dari kiri) memasukkan punjut Temephos 500E bagi mengawal pembiakan aedes di dalam tangki septik semasa program goyong-royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh, Perak, semalam. BERNAMA
IPOH 26 Dis. – Kementerian Kesihatan tidak berkompromi terhadap aspek kesihatan bukan perokok, namun pada masa sama tetap menghormati hak perokok, kata Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye.
Beliau berkata, larangan merokok di semua restoran dan premis makanan mulai 1 Januari depan tidak menghalang perokok untuk merokok, tetapi dengan syarat melakukannya jauh dari kawasan larangan.
“Kerajaan amat menghormati mereka yang tidak merokok dan kita hormati hak perokok. Kita tidak halang sepenuhnya kalau nak merokok tetapi biar di kawasan lapang, jauh dari kawasan awam, jangan sampai jejaskan kesihatan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program gotong-royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan di sini, hari ini.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan pihak Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) meminta kerajaan menangguhkan larangan berkenaan kerana menyifatkan merokok merupakan kebiasaan masyarakat negara ini dan perokok tegar sukar membendung ketagihan itu.
Laporan itu juga menyebut pengusaha restoran tidak mempunyai kuasa untuk menegur pelanggan yang merokok di premis mereka, sekali gus menyukarkan usaha menghalang perbuatan berkenaan.
Boon Chye menegaskan, kementerian tetap melaksanakan larangan merokok itu biarpun terdapat desakan meminta ia ditangguhkan selain sentiasa terbuka untuk berdialog dengan mana-mana pihak bagi menangani sebarang kesulitan.
Katanya, pihak kementerian mengambil maklum pandangan semua pihak termasuk pengusaha restoran, namun terdapat beberapa perkara yang menyebabkan langkah itu diteruskan antaranya kesan mudarat asap rokok.
“Yang pertama merokok ini berbahaya dan memudaratkan kesihatan bukan setakat kepada perokok malah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok.
“Kedua trend golongan remaja yang merokok meningkat, jadi kerajaan ambil serius perkara ini dan ketiga pada 2005 kita telah menandatanganj perjanjian dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau yang menyasarkan negara bebas rokok menjelang 2045,” katanya. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH masih terus 'membunuh' rakyatnya sendiri melalui 'izin merokok'. Anih.. perkara yang tak baik sepanjang masa dilarang hanya di restoran saja. Jual boleh pula... Begitu kuatnya cengkaman kapitalis oportunis borjuis iblis!
1 comment:
Yg ramai masuk wad di sepital bukan kerana rokok..
Post a Comment