Thursday, December 27, 2018

Nasib Baik, Jika K'jaan PH Mampu Bertahan Sepenggal. -Mohd Amar


Mohd Amar: Umno 60 tahun orang benci, PH 6 bulan..


Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mempertahankan pendiriannya bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) bernasib baik jika mampu bertahan selama sepenggal.

Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan situasi di kalangan parti-parti dalam gabung itu yang dilihat menghadapi banyak masalah.

"Saya jangka mereka ini jadi kerajaan satu penggal sebab kita tengok mereka banyak masalah dalaman. PKR ada dua kem, Bersatu ada masalah dalaman sendiri, dalam PH pun ada masalah.

"Orang ni kata begini, parti ini kata begini. Hingga terpaksa Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan untuk redakan keadaan.

"Umno sekurang-kurang 60 tahun baru orang benci, tetapi PH hanya enam bulan orang dah cakap macam-macam," katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataanPresiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengatakan PAS akan menjadi pembangkang selama-lamanya.

Terdahulu, ketika pemimpin PH dilihat salingmengkritik sesama sendiri secara terbuka, ketua umumnya, Anwar Ibrahim tampil menggesa perbalahan dihentikan.

"Pemimpin-pemimpin perlu meredakan suasana dan mengelak dari kenyataan-kenyataan negatif.

"Perbalahan terbuka sama ada di antara atau di dalam parti perlu dihentikan segera.

"Pada masa yang sama, saya gesa agar muafakat PH perkukuh melalui saluran parti," katanya dalam kenyataan media malam tadi.

'PAS jauh lebih baik dari Bersatu'

Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS jauh lebih baik berbanding Bersatu yang hanya memiliki 11 kerusi.

"Kalau dibandingkan PAS dengan Bersatu, PAS jauh lebih baik. PAS secara bersendirian boleh menang 18 kerusi, Bersatu yang berpakat dengan PH hanya menang 11 kerusi.

"Kalau dia tak berpakat dengan PH sampai bila-bila pun tak akan jadi kerajaan. Kita tak berpakat pun boleh kuasai dua negeri dan kerusi parlimen kita lagi banyak.

"Jadi saya kata lebih baik kita jadi pembangkang daripada jadi kerajaan yang janji tidak ditunaikan," jelasnya selepas merasmikan Majlis Letak Kerja dan Pelancaran Logo Pusat Belia Kelantan.

Tambahan:
Video: 

USTAZ DATO' NIK AMAR - Medan Ilmu 

- Tafsir Surah Surah Al-Kahfi... 

KELANTAN TV - 30/11/2018


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails