KOTA BHARU 15 Dis. - Pas bersikap terbuka dengan sebarang kemungkinan wujudnya 'blok parti Melayu' pada masa hadapan dan bersedia meneliti cadangan itu bagi memastikan hak orang Melayu dan Islam di negara ini terbela.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, situasi sekarang menunjukkan kedudukan blok pembangkang semakin mengecil, manakala blok kerajaan pula semakin melebar sehingga mungkin membentuk majoriti dua pertiga di Parlimen.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memilih untuk bersama Pas dalam blok parti Melayu tersebut buat masa ini.
"Sekarang timbul kebimbangan orang Melayu apabila institusi-institusi agama diserang dan pelbagai isu melibatkan agama. Kita sudah mula fikir perlunya muafakat antara parti Melayu Islam dan saya fikir parti-parti ini perlu duduk bersama berbincang paling tidak pun untuk mempertahan hak sedia ada.
"Keadaan bagaimanapun belum stabil. Buat masa ini, saya fikir Bersatu akan terus berada dalam Pakatan Harapan (PH)," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kemungkinan parti-parti Melayu termasuk Bersatu akan bersama dalam satu blok yang sama, sekali gus berupaya membentuk kerajaan pada masa depan.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim mengakui terdapat dua Ahli Parlimen Pas yang dikatakan menghadiri makan malam dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam kelmarin.
Tanpa menamakan dua wakil rakyat tersebut, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pertemuan itu dan butir perbincangannya namun menyifatkan ia sebagai perkara biasa.
"Saya sendiri beberapa kali jumpa Tun atas sifat dia sebagai ketua kerajaan. Bagi saya makan malam itu perkara biasa cuma dalam situasi kini, orang akan buat pelbagai andaian," katanya. - UTUSAN ONLINE
Bagus Pas. Teliti dulu sesuatu keadaan dan tenang menghadapi walaupun keputusannya mungkin tidak menampakkan kelebihan pada masa itu.
ReplyDeleteIni terbukti sekarang dengan berlakunya pertembungan diantara tun mahathir dan dsai. Dahulu sewaktu kuat, anwar dan sekutunya mengambil sikap sambil lewa terhadap pas. Memberikan sepenuh kepercayaan kepada dap dan tun mahathir. Pas dibiarkan keseorangan terkontang kanting. Sekarang lihat apa yang telah berlaku.
Alhamdulillah pas tenang dan tidak melatah bila dilakukan sebegitu. Kepada dsai saya doakan semoga tidak tersilap percaturan menghadapi tun mahathir agar tidak dipenjarakan buat kali ketiganya.
Kepada pas, saya doakan dapat kekalkan istiqomah tuan2 dalam perjuangan dengan penuh hemah, sabar dan amanah. Kekalkanlah cara pas yang menolak rasuah bukan hanya dimulut tetapi secara penzahiran juga. Hati rakyat samada sedar atau tidak tentang usaha mulia tuan2, kita serahkan kepada Allah yang Maha Mentadbir.
P/s
DeleteKepada dr mahathir pula saya doakan agar usaha menyatukan melayu itu menjadi kenyataan
Aaminn..kita doakan yang terbaik kepada tun dan juga anwar semoga Allah sentiasa merahmati Malaysia atas usaha2 murni mereka
DeleteBagaimana mungkin mereka Yang berpuas hati penerangan arul Kanda,Dan penjelasan th ini dapat menjelaskan apa yang terjadi kecuali anda semua tertipu,,,pemimpin Yang naif
DeleteBagaimana mungkin mereka Yang berpuas hati penerangan arul Kanda,Dan penjelasan th ini dapat menjelaskan apa yang terjadi kecuali anda semua tertipu,,,pemimpin Yang naif
DeleteLompat si katak lompat. Lompat ramai ramai. Apa si katak dapat. Maruah dah digadai.
ReplyDeleteHimpunan icerd dikatakan berjaya?namum mahathir ni tidak duduk diam, dia mendiamkan mulut penentang dengan Berita bencana Dari Sabah? Siapa melopong , Dr m 2 lawan 1
ReplyDelete