Mustafa melayan permintaan peserta yang hadir untuk bergambar selepas Himpunan ICERD tamat
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta supaya berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
Pelakon, Mustafa Kamal berkata, ia berikutan rakyat sentiasa memerhatikan setiap langkah diambil kerajaan.
“Kepada kerajaan sekarang ini, berhati-hati. Rakyat sedang memerhati kamu. Apa saja keputusan yang kamu buat, kamu kena berhati-hati.
“Kalau tak nak sesuatu yang tidak diingini berlaku di negara kita, berhati-hatilah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Himpunan ICERD di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
“Saya hari ini hadir bagi mewakili anak Kelantan di perantauan bukan mewakili golongan artis bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.
“Kita berhimpun disebabkan agama dipersendakan, bangsa diperkotak-katikkan, macam-macam fitnah, tuduhan berlaku dalam negara kita ini yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Mustafa sempat melayan permintaan peserta Himpunan ICERD untuk merakam gambar kenangan bersamanya. (SH)
3 comments:
Mustapaha kamal penyokong muat pas...jena kencing dgn pas pon masih tak sedar diri
Kahkahkah... salakan Barua... lepas 812 ni ramai Barua bersahut sahutan menyalak.
DAP = ANTI ISLAM
PH = DAP PUNYA
PAN + bERSATU + PKR = MENUMPANG DALAM PH DAN JADI MACAI DAP
PKR = BAGI LOGO KAT DAP = TOLONG DAP = TOLONG ANTI ISLAM
UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM
UNDI PAN = UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM
UNDI PkR = UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM
UNDI BERSATU = UNDI DAP = UNDI ANTI ISLAM
UNDI ANTI ISLAM = UNDI ABU LAHAB
Post a Comment