Saturday, December 29, 2018
Perbuatan ‘troll’ Dilarang Dalam Islam: Mufti Wilayah
BANGI, 20 Rabiulakhir 1440H, Jumaat – Perbuatan ‘troll’ atau sindiran yang membawa ciri-ciri menyalahi hukum syarak adalah dilarang dan boleh membawa kepada dosa.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ‘internet trolling’ yang dilakukan pada masa kini bukan sahaja dalam bentuk mesej bertulis, tetapi adakalanya dilakonkan dalam bentuk klip video pendek dan gambar yang diubahsuai berserta dialog yang dicipta sendiri menggunakan aplikasi tertentu.
“Kebanyakannya didapati mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku, menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa troll.
“Jika begini yang dimaksudkan dengan troll, maka ia jelas bertentangan dengan akhlak dan adab Islam. Bahkan amat jauh sekali daripada sifat seorang mukmin yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat,” katanya dalam siri Al-Kafi yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Beliau menegaskan, seseorang tidak sepatutnya bersikap tidak bertanggungjawab dengan melontarkan apa sahaja yang mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati.
“Mungkin ia menyangkakan itu remeh tetapi di sisi Allah SWT ia amat berat,” katanya.
Justeru, Dr Zulkifli menyeru seluruh komuniti netizen, agar bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa.
“Berakhlaklah dengan akhlak Islam di mana pun keberadaan kita walaupun di alam maya. Jangan dilupa bahawa setiap gerak geri kita ada saksi yang sedang memerhatikan.
“Biarpun ia bukan percakapan lidah, tapi tangan yang menulis, berkongsi dan menyebarkan, namun yakinlah bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat,” katanya.
Komentar Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ibnuhasyim,
apa beza antara dua ni ha......
1. Ketua Negara Malaysia
2. Ketua Kerajaan Malaysia
Tolong jelaskan tuan, terima kasih.
Assalamualaikum wbt, Tuan Ibnu Hasyim, rencana/hantaran/(posting) begini sentiasa saya tunggu. Tulisan begini bersifat ilmiah dan memberi pengajaran kepada pembaca. Kalau tuan selalu memaparkan hal sebini alangkah eloknya. Syabas kepada tuan kali ini. Dalam banyak hal saya berbeza pandangan dengan tuan, namun kali ini saya bersetuju atas tindakan tuan. Terima kasih. Wassalam.
Post a Comment