Polis tiba di lokasi mayat mangsa ditemui
Dia ejek saya hitam... saya geram, rogol dan bunuh dia
LAMPUNG - INDONESIA. Gara-gara cintanya ditolak, seorang pemuda bertindak diluar kewarasan apabila merogol sebelum membunuh gadis pujaannya. Kejadian berlaku di Lampung Utara, Sumatera baru-baru ini.
Difahamkan, pelaku dan mangsa berkenalan menerusi laman sosial Facebook. Pelaku dikenali sebagai Wagiran dari Sungkai Selatan mengajak mangsa berusia 15 tahun bersiar-siar pada 30 September lalu. Bagaimanapun, keluarga mangsa memaklumkan terputus hubungan dengan gadis tersebut, RA sejak 1 September lalu.
Susulan itu polis menjalankan operasi mencari RA dan memberkas Wagiran. Siasatan polis mendapati, RA telah mati dan Wagiran mengaku melakukan pembunuhan tersebut.
"Semasa bersiar-siar, Wagiran meluahkan perasaannya dan turut menawarkan pekerjaan kepada mangsa di sebuah butik pakaian di Bungamayang.
"Bagaimanapun, mangsa menolak tawaran berkenaan selain mengejek si pelaku hitam dan hodoh.
"Kerana sakit hati, pelaku membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil dan mencekik mangsa sehingga mati.
"Sebelum dibunuh, dia mengaku memperkosa mangsa," kata Ketua Polis Sungkai Selatan, AKP Yaya Karyadi.
Tambah Yaya, pelaku melakukan jenayah tersebut seorang diri namun siasatan menyeluruh masih dijalankan bagi mengesan jika terdapat individu lain terlibat dalam pembunuhan tersebut. - Tribunnews
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dia merogol dan membunuh, hanya kerana dia diejek berwajah hitam dan bodoh. Ertinya kes-kes jenayah begitu, sudah menjadi biasa kerana hukumannya tidak memberi kesan, bahkan tidak menakutkan.
Jadi kita bersetuju dengan pandangan Dr Zakir Naik semasa berucap di Nilai, Seremban yang menyebutkan..
Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi. Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu. (FMT April 20, 2016)
Jadi, sistem perundangan Islam Hudud adalah solusi terbaik kepada ketamadunan dunia. Tetapi banyak negara umat Islam masih 'pekak dan tuli' tidak mahu melaksanakan undang-undang agamanya, di negaranya sendiri termasuk Malaysia.
Brunei termasuk negara Melayu yang baru melaksanakan perundangan Islam.. Al-hamdulillah!
1 comment:
Ikut laporan audit pricewater house TH bayar dividen guna wang pendeposit untuk tunjukjan TH untung....wajdi nafikan ....berat ni TH...
https://m.malaysiakini.com/news/455532
Post a Comment