Saturday, December 22, 2018

Rombak Kurikulum! Bukan Agama Saja, Tumpu Pada Yang 'Berguna'?


PM: Kurikulum sekolah akan dirombak, tumpuan bukan pada agama saja 

Kurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang "berguna" dan tidak bertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. 

Beliau berkata, ia penting agar rakyat Malaysia dapat maju dalam setiap bidang. 

"Kita akan tetap belajar agama tetapi bukan pada setiap waktu dalam sehari (persekolahan), mungkin satu atau dua waktu. 
"Kita perlu kuasai semua mata pelajaran lain kerana jika mahu maju, rakyat Malaysia bukan perlu ada pendidikan baik dalam baca doa (soal agama) saja. 
"Jadi kurikulum sekolah akan ditukar dan diubahsuai dan kita akan ada sekolah kebangsaan yang akan mengajar semua mata pelajaran penting yang berguna untuk mereka (murid)," katanya ketika berucap dalam satu program di Kuala Lumpur. 

Beliau juga mengeluh tentang kemerosotan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan apa yang menurutnya "kemerosotan" mutu sekolah selama ini. 

Bulan lalu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Mahathir telah mengarahkannya untuk merombak kurikulum sekolah dan kurikulum baru itu dijangka akan dilaksanakan pada 2020 atau 2021. (Klik kelaman FB Wak Labu Farm)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kata PM, kurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang "berguna" dan tidak bertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata..

Cuba fikir baik-baik, ada ke mata pelajaran agama yang tak berguna? Bukankah agama itu meliputi seluruh kehidupan? Bagaimana boleh dipisah-pisahkn? Ada yang 'berguna' dan yang tidak berguna? Itulah cara fikir yang dijajah oleh otak sekular!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails