ENAM lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya berhubung insiden kekecohan di Kuil Maha Mariamman, Seafield USJ 25, Subang Jaya pada 26 Nobember lalu, di sini, hari ini. -UTUSAN ONLINE/Abdul Razak Latif
PETALING JAYA 24 Dis. - Enam lelaki termasuk Presiden Persatuan India Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pelbagai pertuduhan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, bulan lalu.
M. Manimaran, 38, dan lima yang lain bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.
Manimaran didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menghalang tugas penjawat awam, merusuh dan mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.
Sementara itu, Mohammad Shahril Danniel Sajel, 22, Mohammad Saifullah Abdullah, 31, Muhammad Hasneezam Shah Samsudin, 29, Akmal Izzat Aziz, 24 dan Mohd. Norul Ismawi Islahuddin, 40, masing-masing atas satu pertuduhan berada dalam rusuhan dan ketika itu mempunyai senjata.
Kesemua kesalahan tersebut dilakukan dikuil berkenaan antara pukul 2 pagi dan 1.30 tengah hari, 26 November lalu.
Dalam kejadian tersebut, berlaku kekecohan antara sekumpulan 50 lelaki yang berada dalam pekarangan kuil tersebut dengan sekumpulan lagi lelaki yang berada di luar kuil.
Berpuluh kenderaan termasuk motosikal terbakar manakala sebuah kereta peronda polis turut dibaling batu oleh perusuh.
Dalam kejadian sama, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, turut dibelasah perusuh sehingga cedera parah.
Allahyarham menghembuskan nafasnya terakhirnya pukul 9.41 malam, pada 17 Disember lalu selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). - UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment