KUALA LUMPUR 18 Dis. - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim ke rahmatullah sebagai hari duka rakyat Malaysia.
Walaupun dugaan itu disifatkan sebagai amat berat untuk ditanggung, namun Zulkifli turut mendoakan supaya keluarga Muhammad Adib dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian tersebut.
Dalam masa yang sama, Zulkifli turut menuntut pihak berwajib supaya menyegerakan proses undang-undang dengan adil.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian insan yang dikasihi ini. Kepada warga bomba, kami amat bersimpati atas beberapa musibah yang menimpa sebelum ini termasuklah pemergian Muhammad Adib.
“Hari ini adalah hari berduka bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami menuntut supaya tragedi ini tidak tamat di sini sahaja. Ianya patut diselesaikan secepat mungkin oleh pihak berwajib dengan seadil-adilnya,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Rakan dan Pegawai Bomba berada di ruang legar Institut Jantung Negara (IJN) sejurus berita Muhammad Adib meninggal dunia tersebar, malam tadi. - UTUSAN ONLINE/HAFIZ JOHARI
2 comments:
Doktrin Asshobiah ialah kalangan munafik dan pgkhianat yg gagal utk patuhi perintah Allah dan rasul saw dismping fitnah dan tidak mghormati ulamak..tempat mereka adalah dasar neraka yg paling bawah skali allahuaklan bissowat
Anon 918 pakatandap kafir harbi bersuara..macam puaka bukit..jadi talibarut dan barua party kafir dap dan parti munafik mahatir n mat sabun
Post a Comment