PARA peserta memakai kain lilit kepala bertulis Langkawi Tolak ICERD ini antara ratusan ribu yang berarak menyertai perhimpunan #DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. semamalam.
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Tarikh 8 Disember mencatatkan sejarah baharu negara apabila Dataran Merdeka hari ini berjaya menghimpunkan lebih 300,000 orang Melayu.
Mereka sebulat suara menolak sebarang usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Mungkin keterlaluan menyatakan ia sebagai perhimpunan terbesar dalam sejarah tanah air.
Namun, perhimpunan raksasa #DaulatHimpunan812 mencipta rekod bahawa ia yang terbesar mengumpulkan orang Melayu dalam sejarah moden Malaysia.
Meskipun perhimpunan itu cuba diperlekehkan dan digagalkan oleh pihak tertentu termasuk menggunakan bantuan dipercayai daripada Red Bean Army (RBA), itu tidak melunturkan semangat peserta untuk datang dengan pelbagai jenis pengangkutan termasuk berkonvoi demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka yang hadir datang dari setiap pelosok negara tanpa mengira ideologi politik dan dialek bahasa, berhimpun di beberapa kawasan di ibu kota sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Perhimpunan yang bermula seawal pukul 12 tengah hari dan berakhir pukul 6 petang itu dilihat mencapai matlamatnya apabila bukan sahaja berjaya menzahirkan kebimbangan orang Melayu terhadap ICERD.
Lebih penting, ia dapat membuktikan orang Melayu boleh berhimpun secara aman tanpa mengganggu orang lain.
Sesiapa sahaja pasti menganggap perhimpunan itu sangat berjaya dengan lebih 300,000 peserta kekal tidak berganjak untuk mendengar ucapan tokoh-tokoh yang hadir meskipun cuaca panas terik ‘membakar’ kulit.
Antara kepemimpinan yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; dan Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya selaku penganjur serta beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Video Oleh MEDIA SOSIAL
Kejayaan mengumpulkan ratusan ribu peserta itu pasti memberi isyarat jelas dan amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa isu ICERD tidak boleh dipermain-mainkan.
Apa yang lebih istimewa, perhimpunan itu menggabungkan dua parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas yang selama ini sangat diimpikan oleh orang Melayu sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetuai pentadbiran negara buat kali pertama sebelum ini.
Himpunan tersebut yang mendapat liputan media antarabangsa juga menyaksikan semangat dalam kalangan orang Melayu yang tinggi dalam mempertahankan hak mereka sehinggakan ada yang hadir secara berkonvoi motosikal dan berbasikal.
Apa yang menarik, boleh disifatkan #DaulatHimpunan812 adalah perhimpunan paling bersih dan berdisiplin diadakan membabitkan parti politik, apabila peserta yang hadir tidak mencetuskan sebarang provokasi, membuang sampah di tempat disediakan, mengikut arahan pihak berkuasa selain amaran turut diberikan oleh penganjur bawah perhimpunan itu dilarang untuk merokok. (Utusan)
3 comments:
80 ribu saja puak bodoo yg hadir..
Tentera kacang merah 10:22 AM ternakan sifu kulup biaDAP bodoh berganda-ganda kerana cuba menentang fakta bahawa umat beratus ribu umat Islam telah menghadiri perhimpunan menentang ICERD secara aman.
Sebaliknya, peserta-peserta Perhimpunan Bershit anjuran parti kafir harbi biaDAP dan parti munafik liberal telah melakukan keganasan di jalanraya.
Perbezaan yang sangat jelas di antara umat Islam yang bertamadun dan pengikut-pengikut kafir harbi zaman batu.
Kita amat memahami kebodohan tentera kacang merah ternakan sifu kulup roket disebabkan oleh kegemaran tentera kacang merah menyondol dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi.
Komen 10:22 AM ditulis oleh barua DA-Pig yang sedang mabuk todi dalam festival arak roket.
Dia juga percaya matahari sedang bergerak mengelilingi bumi.
Dia juga sedang menjerit histeria selepas menelan pil kuda dalam festival arak roket konon alien dan predator sedang menyerang bumi.
Kasihan barua DA-Pig gila tahap 4.
Post a Comment