Wednesday, December 12, 2018

Tony Pua Disingkir, Suatu Mesej Kepada L/Guan Eng?


PETALING JAYA – Penyingkiran bekas pengerusi DAP Selangor, Tony Pua daripada jawatankuasa negeri itu “sudah dijangkakan ramai” kerana beberapa keputusannya untuk parti itu “tidak boleh diterima” golongan veteran, kata penganalisis politik.
Prof James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, kekalahan Pua sudah diramalkan media Cina.

“Ahli lama DAP sangat berpusatkan Cina dan tidak suka perubahan yang dibawakan pemimpin baharu seperti Pua,” katanya merujuk keputusan Pua pada 2008 untuk membuka parti itu kepada lebih ramai profesional bukan berbangsa Cina.

Beliaut turut merujuk kesungguhan Pua melatih ahli DAP yang tidak berpendidikan Cina untuk menjadi pemimpin parti itu.

“Mereka (veteran) masih hidup dalam cara pemikiran lama. Ia adalah perpecahan lama antara asas Cina dan mereka yang mahu membawa DAP ke arah berbilang kaum. Ia bukan di Selangor sahaja, negeri lain juga berdepan masalah sama.
“Ada orang lama yang berpendidikan Cina dan mereka tidak suka pemimpin berpendidikan barat yang tidak mempertahankan budaya dan bahasa Cina.”

Ahad lalu, Pua yang tidak mempertahankan jawatan pengerusi negeri, hanya mendapat 292 undi, tersingkir daripada Jawatankuasa DAP Selangor.
Chin menggesa penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi perhatian terhadap trend itu.
Katanya, jika mereka tidak membawa DAP ke arah berbilang kaum, parti itu akan mempunyai masa depan terhad dan hilang popularitinya.
Daripada keseluruhan 724 undi yang diperolehi dalam Konvensyen DAP Selangor 2018, Exco Selangor, Ng Sze Han meraih undi terbanyak, iaitu 491 undi, diikuti Tiew Way Keng (463 undi) dan Ronnie Liu (442 undi).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mendapat 393 undi, dipilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baharu.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin memberi sokongan kepada Pua. Kedua-dua menteri itu menyertai politik pada dekad lalu atas dorongan Pua.
Bagaimanapun, pakar geostrategi politik, Dr Azmi Hassan dari Sekolah Perdana di Universiti Teknologi Malaysia berkata, “agak pelik” Pua yang merupakan setiausaha politik Guan Eng tersingkir daripada Jawatankuasa DAP Selangor.
Katanya, Pua sepatutnya dipilih menganggotai jawatankuasa itu sebagai “tanda terima kasih” terhadap khidmatnya kepada parti itu.

“Punca paling utama mungkin perwakilan mahu menghantar mesej kepada Guan Eng, wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli DAP berhubung hala tuju DAP di bawah kepimpinannya.
“Ada juga kemungkinan perwakilan berpendapat Pua tidak boleh bekerja dengan Pengerusi DAP Selangor yang baharu, Gobind.
suatu“Apapun sebabnya, ia agak jelas pengaruh Pua di Selangor dan DAP nasional semakin pudar.” – FMT

6 comments:

Anonymous said...

Tony Pua harus disokong, tak sepatut disingkirkan..

Anonymous said...

: Untuk sama² kita fikir demi masa depan anak cucu kita. Inikah yg dikatakan Malaysia, tanah tumpah org melayu dan negara *islam* !!!

1.Menteri kewangan *kafir*
2.Menteri Pengangkutan *kafir*
3.Menteri Media *kafir*
4.Menteri Undang2 *kafir*
5.Menteri sumber manusia *kafir*
6.Menteri air ,tanah dan sumber asli *kafir*
7.Menteri kerja raya *kafir*
8.Menteri industri utama *kafir*
9.Menteri alam sekitar *kafir*
10.Menteri perdagangan antarabangsa *kafir*
11.Peguam negara *kafir*
12.Ketua hakim negara *kafir*
13.Pengerusi felda *kafir*
14.Pengerusi mara *kafir*
15.Menteri di jabatan perdana menteri *kafir*
16. Perdana menteri tak ber-jabatan = Kutykerala liberal. 17. TPM berjabatan kebajikan = islam liberal. 18. Menteri pertahanan = melayu prokomunis bekas tukang masak boria.

Yang melayu ada dlm kabinet pun cuma Melayukitul barua kapirharbi, melayu liberal dan melayu munafik yg cuma tahu maki melayu islam dan mengkritik pemimpin melayu atas arahan kapir tetapi bukan sahaja langsung tidak menegur ketua2 kapir samada yg besar atau yg kecil menghina melayu & islam malah memuji, menyokong serta bergalang-ganti mempertahankan segala perbuatan kapir tersebut. Inggris datang dgn beberapa 'Penasihat Sultan' je masa meneruskan penjajahan portugis & belanda, dan membawa buruh asing Keling & Sepet bagi membantu mereka mengusai Nusantara sebagai 'Tentera ekonomi Upahan' bagi memerangi orang2 Melayu yg memboikot kegiatan ekonomi penjajah British.

Mereka ada beberapa langkah shj lagi utk terus merantai kita semua setelah berjaya menguasai kita dengang bantuan Barua2 upahan mereka pada pru14 yg lalu iaitu *Pilihan Raya Kerajaan Tempatan* dan *ICERD*.....yg jelas bertujuan menafikan hak kedaulatan Melayu ditanah pusaka ini. Jadi, Ayuh Islam Melayu sedar.....dan bangkit.

Anonymous said...

Surah Aal-e-Imran, Verse 28:
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
(Melayu)

via iQuran

Anonymous said...

ini kempen politik walaun semata2. menteri yg islam pun dilabel buruk. yg suci hnya pas. boleh jln daa

Anonymous said...

Tentera kacang merah ternakan DA-Pig seperti barua 11:08 AM menghina demokrasi dan ahli DA-Pig sendiri jika kroni sifu roket tersingkir.

Maka kita tidak terkejut melihat tentera kacang merah sibuk menfitnah PAS kerana tentera kacang merah benci demokrasi.

Sepatutnya tentera kacang merah pulang ke China Komunis.

Anonymous said...

Tiada pilihan bagi Pas dan Umno kecuali memperkasakan media sosial bagi memperkuatkan kesatuan dan menepis propaganda PH.Ingatlah mereka sangat bergantung kepada propaganda media,media sosial dan cybertroper untuk cover kelemahan pengurusan dan pentadbiran mereka.Mereka ini yang sebahagian besar nya dari RBA.

Tengoklah komen mereka di you tube bertubi-tubi dengan menggunakan jenama melayu.Ini semua adalah taktik bagi memecah belahkan perpaduan melayu.Sekarang ini mereka memainkan isu tabung haji dan cybertrooper mereka begitu galak dalam memberikan komen-komen negetif dan mempersendakan Pas dan Umno.

Tujuannya selain meremehkan dan memburukkan imej Pas dan Umno tapi tujuan lain nya adalah untuk menutup kejayaan perhimpunan bantah icerd sehari sebelum nya.Siapa tak kenal dengan geng yang kencing merata-rata ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails