Monday, December 24, 2018

Tsunami Selat Sunda: Korban Lebih 222 Orang.

Tsunami Selat Sunda: Angka korban meningkat lebih 222 orang
Jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tsunami yang melanda banten di Jawa Barat, Indonesia Sabtu malam meningkat kepada 222 orang.

JUMLAH mangsa yang maut dalam kejadian tsunami yang melanda banten di Jawa Barat, Indonesia Sabtu malam meningkat kepada 222 orang. Manakala 843 cedera dan 28 mangsa masih lagi hilang dalam tragedi berkenaan.

Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, dari semasa ke semasa mengemas kini angka kematian tersebut menerusi pelbagai platform sebaran umum termasuk di akaun Twitter rasminya.

Gulungan ombak 6 meter selepas letusan Gunung Anak Krakatau - Bupati Pandeglang
Antara rumah yang masih berdiri utuh tapi turut menerima tempias kerosakan selepas tragedi tsunami di Tanjung Lesung, Pandeglang, Banten. - Antara/Muhammad Bagus Khoirunas/ via REUTERS
Tsunami Selat Sunda: Selepas 12 jam, tangisan Ali didengari, dia akhirnya terselamat
Lapor Tribunnews.com, kanak-kanak yang bernama Ali itu dijumpai berdekatan runtuhan hotel Mutiara Resort selepas pihak berkuasa Banten terdengar suara tangisannya.
Tsunami Selat Sunda: Anggota Seventeen Herman dan Ujang pula disahkan terkorban
FAN: 'Insyallah kamu Herman dan Ujang ditempatkan di sisi Allah yang paling mulia.' - Instagram @ifanseventeen
Tsunami Selat Sunda: Jumlah korban meningkat lebih 160
Sekurang-kurangnya 168 orang maut, 745 cedera dan 30 mangsa masih hilang dalam kejadian tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia malam Sabtu. - Astro AWANI
Tsunami Selat Sunda: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Kementerian Luar Negeri
Kejadian tersebut berlaku akibat gelombang tinggi yang dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu. - Astro AWANI / Google Map

Gelombang tinggi dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar pukul 9.30 malam pada Sabtu. Puluhan bangunan juga silaporkan musnah. Kawasan paling terjejas ialah Pandeglang, yang meliputi Taman Negara Ujung Kulon dan banyak pantai-pantai peranginan popular.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails