BEIJING – Sebuah syarikat menjual peralatan membuat minuman di Beijing menetapkan peraturan di mana kakitangan wanita perlu beratur dan mencium ketua mereka setiap pagi sebelum memulakan kerja, lapor Shanghaiist.com.
Peraturan itu dibuat kononnya bagi mengeratkan hubungan di antara pekerja dengan pegawai atasan.
Setiap pagi, di antara jam 9.00 dan 9.30 pagi, para pekerja wanita akan diarahkan beratur dan mencium pegawai atasan mereka.
Video serta gambar aktiviti yang tidak bermoral itu kini viral di media sosial China, mencetuskan tanda tanya netizen, bagaimana para pekerja wanita di syarikat itu masih boleh terus bertahan dengan syarat yang jelas mencabuli kehormatan wanita.
“Mengapa para pekerja wanita ini boleh menerima syarat yang tidak masuk akal ini? Teman lelaki atau suami mereka tahu ke tentang perkara ini? Nampak sangat boss mereka ini lelaki gatal yang mengambil kesempatan terhadap pekerja wanita,” kata netizen.
Difahamkan, terdapat dua pekerja wanita yang membantah untuk melakukan perbuatan itu dan mengambil tindakan untuk berhenti kerja dari syarikat berkenaan.
Sementara itu, pegawai terbabit mengakui aktiviti itu membantu merapatkan hubungan pekerja dengan pegawai atasan (seperti ikan dan air), dan beliau menyatakan ada sesetengah pekerja wanita benar-benar merinduinya apabila dia tidak berada di pejabat sehingga ada yang menghubunginya melalui WeChat.
“Saya dapat idea seperti ini apabila membuat lawatan kerja di sebuah syarikat di Amerika Syarikat,” katanya.
Mungkin syarikat Donald Trump agaknya.
Sumber Artikel : The Reporter via KLViral
Kerana kerajaan PH tidak menekankan patuh syariah dan bermaruah dalam kehidupan. Termasuk dalam sukan dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment