Sunday, December 16, 2018

Wanita Terkejut, Tangkap Ular Sawa Untuk Sambung Tidur..


TIADA apa yang boleh mengganggu tidur malam seorang wanita Australia ini, biarpun ia seekor ular sawa besar yang menyusup masuk ke biliknya.


Katjana Shoyer, 25, dari Queensland berkata, dia merasakan sesuatu yang sejuk menekan bahagian belakang badannya dan dikejutkan oleh tetamu tidak diundang berukuran sepanjang hampir empat meter di atas katilnya.

"Saya cuba lihat apakah objek itu dan melihat ular rupanya yang berada di sebelah saya.
"Saya dengan serta-merta berasa seram sejuk dan tidak percaya apa yang berlaku.
"Saya melompat kerana terlalu terkejut," kata Shoyer kepada Agensi Berita Caters.

Shoyer menjelaskan bahawa dia hanya tidur selama kira-kira dua jam sebelum 'ditemani' oleh reptilia tersebut.
Katanya, ular sawa memang biasa dijumpai di bandar Shoyer, namun dia tidak pernah mendengar bahawa ada penduduk yang pernah berkongsi katil dengan haiwan itu sebelum ini.
Jika orang lain pasti mendapatkan bantuan daripada penangkap ular apabila berdepan dengan situasi itu, Shover bagaimanapun memutuskan untuk menguruskan keadaan tersebut sendiri.
Dia memanggil ibunya untuk mengambilkan lembing ikan dan berjaya memasukkan ular seberat 20 kilogram itu ke dalam tong sampah sebelum kembali ke tempat tidurnya.

"Ular itu tidak terlalu membimbangkan saya. Saya hanya perlu keluarkannya dari bilik supaya saya dapat tidur semula," katanya.

Keesokan harinya, Shoyer membawa ular sawa itu ke sebuah padang berhampiran dan membebaskannya di situ.Inside Edition
Imej yang berkaitan

Komen Weblog Ibnu HasyimKata ulama, "Kalau jiwa kita kecil, segala masalah jadi besar, kalau jiwa kita besar segala masalah jadi kecil." Demi untuk sambung tidur yang tersekat, rupanya menangkap ular ganas seorang diri pun sudah bukan perkara besar lagi.. Sudah jadi kecil, kerana jiwanya sudah besar.

1 comment:

  1. Ibunu, ibunu........... ada mahasiswi sebar risalah puja jesus tu!!!! cepat, cepat kutuk depa tu, cepat ibunu!

    ReplyDelete