Wednesday, December 26, 2018

X Setuju Provokasi Mana-mana Bangsa, Agama... -Presiden Geras.


Penganjur himpunan kecam ucapan Azwanddin 

Presiden Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) Abu Bakar Mohamed mengecam Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah yang membuat ucapan provokasi pada himpunan di Klang hari ini. 

Azwanddin, yang dijemput berucap di pentas, menggunakan istilah "pariah" merujuk kepada menteri perpaduan P Waythamoorthy. Istilah berkenaan dianggap menghina kaum India. Selain itu, Azwanddin juga mengugut menyerang Balai Polis Klang sekiranya pihak berkuasa tidak menangkap pihak yang menjadi "penyebab" kepada rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang Jaya 25 dan 26 Nov lalu. 

Diminta mengulas perkara itu, Abu Bakar berkata, beliau tidak bersetuju dengan ucapan Azwanddin. 

"Mengenai ucapan tadi, saya pun tak setuju. Kita pun dah bagitahu kepada dia bahawa kita tak setuju pada perkara yang mendatangkan provokasi kepada mana-mana bangsa, agama dan juga organisasi. 
"Tapi bila dia cakap (perkara itu ketika berucap) kita tak boleh kawal," katanya kepada pemberita selepas himpunan berkenaan.

Tambah Abu Bakar lagi, beliau beredar dari pentas ketika Azwanddin membuat ucapan itu. 

"Pasal itu saya tadi terus tak nak duduk situ, saya duduk belakang dan saya terus turun," katanya. 

Terdahulu, kira-kira 2,000 peserta hadir menyertai himpunan anjuran Geras yang diadakan bagi menuntut keadilan untuk anggota bomba yang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan mendesak pemecatan P Waythamoorthy. (http://wak-labu.blogspot.com/)

3 comments:

I said...

Azwanddin bercakap begitu kerana tak dapat mengawal emosi. Mungkin terlalu marah dan tidak memikirkan akibatnya. Sama dengan menteri perpaduan yang bercakap tetapi seolah2 menggalakkan perpecahan dan provokasi pergaduhan kaum. Nasib baik orang2 melayu cerdik dan tak suka bergaduh...

Anonymous said...

azwandin perlu disiasat. kita khuatir dia agen CIA utk huruharakn negara akhirnya kuasa besar masuk dn caj malaysia diskriminasi kaum.... kecuali azwandin gila.

Anonymous said...

nk serang balai polis??? huk huk.. dia tu komunis bkt bkt kepong atau geng ajaran sesat yg serang balai polis bt pahat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails