Monday, December 31, 2018

Royalti T'ganu 2018: K'jaan PH Kencing Rakyat?


Terengganu belum terima baki bayaran royalti 2018, kata Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri masih menunggu baki pembayaran royalti sekurang-kurangnya RM250 juta yang belum dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan bagi tahun ini. 

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan pusat bertanggungjawab menyemak kembali jumlah royalti yang sepatutnya diterima oleh Terengganu secara keseluruhan, berdasarkan perjanjian agihan yang ditandatangani kedua-dua belah pihak pada 1974. 

Katanya, selepas berakhir pilihan raya umum ke-14 Mei lalu, ada 3 kali pembayaran dibuat oleh kerajaan pusat secara terus kepada kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan RM450 juta. 

“Kita tidak ada kepastian tentang jumlah sebenar, tetapi daripada pengiraan kasar kita jangka masih ada (baki) sekurang-kurangnya RM250 juta lagi yang sepatutnya menjadi milik kerajaan negeri.
“Jadi dengan tahun 2018 yang tinggal 2 hari lagi, menjadi tanggungjawab pihak perbendaharaan iaitu Kementerian Kewangan untuk melunaskan baki tersebut kepada rakyat negeri Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas acara Malam Penghargaan Media Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) di sini. 

Ahmad Samsuri berkata, sekiranya kerajaan negeri gagal menuntut baki royalti seperti yang dijangka, perbelanjaan negeri bagi suku pertama tahun depan masih berjalan seperti bajet yang dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November lalu. 

“Selepas suku pertama itu barulah kita akan lihat macam mana cara yang sepatutnya sama ada kita kaji semula atau tidak,” katanya. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Samsuri berkata, keyakinan pelabur terhadap reputasi syarikat milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) tidak terjejas walaupun siasatan dalaman terhadap beberapa pegawai kanannya sedang berjalan. 

Ahmad Samsuri berkata, pada masa ini tiada keperluan untuk kerajaan negeri melantik pengurusan baru bagi menerajui EPIC Berhad kerana percaya dengan keupayaan sedia ada. 

Pertengahan bulan lalu, tular di laman sosial apabila pintu bilik ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu dikunci dengan rantai besi bagi menghalang pegawai tertinggi itu memasuki pejabatnya di Jalan Pejabat, di sini.


MR :  Kerajaan PH nak kencing rakyat Terengganu 

MINDARAKYAT

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah contoh kerajaan PH yang tidak bertanggung jawab terhadap rakyatnya sendiri.  Tumbangkan Kerajaan PH dalam PRU 15 akan datang secara demokrasi!

Tun Janji Serahkan PM Pada Anwar. Adakah Tun Penunai Janji?

DR. MAHATHIR MOHAMAD menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribum
DR. MAHATHIR MOHAMAD menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kali Kedua di Putrajaya, semalam.

Tun pegang janji
PUTRAJAYA 30 Dis. - Walaupun ada usul agar beliau memanjangkan tempohnya mengetuai kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut menegaskan, sesuatu janji itu perlu dipegang dan ditepati.
“Itu pendapat mereka tapi kena pegang kepada janji,” katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Dr. Mahathir mengulas usul perwakilan Kelantan dalam sesi penggulungan secara tertutup pada perhimpunan parti itu hari ini yang mencadangkan agar beliau memegang jawatan Perdana Menteri sehingga PRU-15.
Menurut Perdana Menteri, beliau mengakui tidak tahu sejauh mana ahli parti bersetuju dengan usul tersebut.
“Mana saya tahu (bersetuju atau tidak), tetapi ramai yang berdiri,” katanya.
Dalam ucapan penggulu­ngannya, Dr. Mahathir berkata beliau perlu berpegang kepada janji untuk menjadi Perdana Menteri sementara di sebalik desakan agar beliau terus memegang jawatan itu sehingga pilihan raya umum.
“Satu ketika dahulu kita adalah pembangkang, kita menu­buhkan sebuah parti dan kita harap parti itu akan dapat sokongan orang Melayu.Tetapi kalau kita dapat sokongan orang Melayu sahaja tanpa parti lain, saya tak yakin kita boleh dapat kemenangan.
“Kita telah berunding dengan rakan-rakan kita dan satu daripada syarat yang dikenakan ialah Perdana Menteri dan bekas musuh ketat mereka ini jadi Perdana Menteri buat sementara sahaja.
“Untuk ini kita perlu korban, saya perlu korban dan terima syarat itu kerana yang utama bukan jadi Perdana Menteri tetapi menjatuhkan Najib (Datuk Seri Najib Razak),” katanya.
Ditanya mengenai perkara ini di sidang akhbar selepas itu, Dr. Mahathir berkata, ada orang berpandangan tempoh dua tahun yang disebut itu terlalu pendek untuk mentadbir negara.
Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak dibincangkan dengan Anwar bila mereka ber­temu pada jamuan malam. Beliau tidak menyatakan bila berlangsungnya jamuan de­ngan Anwar, yang beliau sifatkan sebagai bakal Perdana Menteri itu.
“Saya kira beliau rasa selesa bila beliau akan menggantikan saya mungkin dalam dua tahun, saya tak pasti, saya tidak akan menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya akan datang,” kata Dr Mahathir.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila lihat sejarah rekod lama dan baru janji-janji Tun M, adakah Tun M seorang penunai tepat janji-janjinya? Terakhir, sila lihat janji manifesto PH?, tol, kroni dan lain-lain?


Lihat sambungan dalam siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Anak Muda, Jom Gegarkan Malam Tahun Baru 10:30pm, Sogo..


FB IMG 1546141973190
Derita Rakyat: Jom sertai Hit&Run!


DERITA rakyat tidak berkesudahan. Tahun 2019 bakal menjelang menyaksikan kehidupan rakyat terus berada dalam penderitaan. Siapa boleh menafikannya. Semua peringkat dan di semua segmen kehidupan rakyat perit dan derita mengharungi hari-hari mendatang.
Anak muda tertekan dengan bebanan yuran pengajian bilamana isu PTPTN hanya tinggal kenangan. Yuran dan kelengkapan sekolah anak-anak bagi pasangan muda menghantui mereka di awal tahun ini. Mereka yang hidup di bandar berada dalam keadaan status quo iaitu kekal sebagai miskin bandar atau "mengemis di kota metropolitan". Mereka yang ada di kampung seakan tidak dipedulikan suara mereka. Suara penoreh getah, nelayan, pekebun kelapa sawit dan lain-lain menerima hasil usaha dan perit jerih yang tidak setimpal.
Inilah realitinya. Mereka yang memperjuangkannya sebelum ini diam seribu bahasa, menikus di dalam tebukan labu kekenyangan. Apa yang diperjuangkan selama ini sekadar lakonan dan sandiwara dan hakikatnya rakyat terus menderita.
Justeru, Pemuda PAS akan menganjurkan Hit & Run Mega Derita Rakyat di Kompleks beli belah SOGO pada malam Tahun Baharu 2019 bagi mengajak rakyat bangkit untuk menyuarakan keperitan ini. Suara-suara yang digabungkan ini membuktikan bahawa penderitaan ini mesti dihentikan.
"Derita Rakyat"
"4Rakyat"
"Save Ummah"
SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor  
22 Rabiul Akhir 1440H | 30 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 30/12/2018

Sunday, December 30, 2018

Berita Biadap! Masih Pasaraya Jual Arak Terbuka. PH Buat Apa?


Kariah Bukit Sentosa bantah jual arak secara terbuka di pasar raya


HULU SELANGOR – Jawatankuasa Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, giat mengumpul tandatangan penduduk bagi menyatakan bantahan terhadap penjualan arak secara terbuka di dua buah pasar raya dekat sini.
Imam 2 masjid tersebut, Mohd Azamudin Abdul Aziz berkata, pasar raya berkenaan terletak di kawasan kejiranan yang mempunyai 98 peratus penduduk beragama Islam.
Menurutnya, pemilik pasar raya seharusnya peka terhadap sensitiviti masyarakat memandangkan arak adalah haram disisi Islam.
“Kita baharu berjaya mengumpul 800 tandatangan penduduk sejak usaha ini dijalankan setahun lalu dengan sasaran melebihi 3,000 tandatangan.”
Di sekitar Bukit Sentosa mempunyai lebih 20,000 penduduk maka pihak masjid akan terus mempergiatkan usaha agar bantahan ini dapat dilakukan secepat mungkin.
“Kita melihat tiada keperluan pasar raya terbabit menjual arak di kawasan majoriti penduduk Islam maka mereka perlu menghentikan jualan secara terbuka,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat, semalam.
Mohd Azamudin berkata, pihaknya menerima aduan penduduk berhubung perkara tersebut kerana khuatir akan mendatangkan kesan buruk terutama kepada golongan remaja.
Menurutnya, arak merupakan ibu kepada maksiat dan boleh mengundang perbuatan jenayah serta mengancam keselamatan orang lain.
“Jawatankuasa amar makruf nahi mungkar turut menemui longgokan tin minuman keras di bangunan terbiar yang menjadi lokasi anak muda melepak.
“Kita tak pasti siapa yang melakukan, kita bimbang ada orang Islam yang terpengaruh,” katanya.
Portal Pakdin.my
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH buat apa? Tidak peka, tapi pekak!
Hasil carian imej untuk arak haram
Hasil carian imej untuk arak haram

Samakah 'Mengumpat' Ini Dengan 'Perbuatan ‘troll’ atau sindiran'?


Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..

SESEORANG memberi komen kepada artikel yang disiarkan di blog ini semalam Jun 20, bertajuk 'Perubahan: UMNO Macam Sumpah-sumpah.. Oleh Ustaz Idris Ahmad'. 

Komen tersebut berbunyi..

Rantong said..

Berhati-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman. "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12) June 20, 2009 8:55 AM

Terima kasih kepada kepada Rantong, kerana kita memang disuruh saling pesan memesan dan ingat-mengingati. Al-hamdulillah, anda mengingatkan penulis-penulis blog yang bukan blog ini sahaja mengenai larangan mengumpat seperti di ayat Al-Hujurat Ayat 12. Pihak kami ingin melebarkan perbincangan mengenai 'mengumpat' itu.

Di dalam Kitab Riyadus Shalihin karangan Imam An-Nawawi, Bab berkaitan Ghibah, ada 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat. Saat itu, ghibah diharuskan untuk tujuan yang shahih lagi syar’ie di mana tidak mungkin tujuan atau matlamat tersebut boleh sampai melainkan terpaksa melakukan ghibah, maka dibenarkan!

Terdapat 6 perkara yang dibolehkan mengumpat dalam kitab tersebut. Kandungan asal bab ini dipetik dari Kitab Riyadus Shalihin versi Bahasa Arab... Begitu juga dalam kitab-kitab seperti Imam Ghazali Ihya Ulumuddin dan lain-lain.


6 Perkara tersebut ialah:

Pertama: Orang yang dizalimi. Maka harus bagi orang yang dizalimi mengadu kezaliman yang dilakukan ke atasnya kepada pemerintah, qadhi dan sebagainya yang menjadi penguasa atau mempunyai kekuatan untuk menghentikan kezaliman orang itu. Contohnya, dengan menyebut : “aku dizalimi oleh fulan seperti ini... “.

Kedua: Minta tolong untuk mengubah kemungkaran atau menunjukkan ahli maksiat kepada kebenaran. Caranya dengan menyampaikan kepada sesiapa yang mempunyai kekuatan atau kemampuan untuk membetulkan kemungkaran tersebut. Contohnya, dengan menyebut : “ fulan itu melakukan begini.. “. Maka boleh disampaikan dengan tujuan untuk mengubah mungkar. Jika bukan dengan tujuan itu adalah haram.

Ketiga: Meminta fatwa. Contohnya, kita bertemu mufti dan berkata : “ aku dizalimi ayahku atau saudaraku atau suamiku atau fulan dengan begini. Maka apa pandangan mu (mufti )?”. Pertanyaan itu bertujuan untuk meminta pandangan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetapi, baik juga jika nama identiti individu tersebut tidak disebut secara terperinci kecuali dengan menyebut kesalahannya sahaja.

Keempat: Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka. Contohnya apabila kita mengetahui adanya orang yang diambil menjadi saksi dalam sesuatu kes, tetapi kita tahu kefasiqannya, maka wajib mendedahkannya demi kemaslahatan umat Islam. Ataupun seorang perawi hadith yang diketahui mempunyai masalah di sudut thiqah atau adilnya, maka boleh didedahkan kerana untuk menjaga kepentingan ramai daripada menerima hadith yang diriwayatkannya.

Ataupun dalam bab perkahwinan, dibenarkan kita menyebut keburukan seseorang jika ada orang yang ingin mengahwininya datang bertanya tentang diri individu itu pada kita, atau dalam urusan untuk berpakat berniaga, maka dibenarkan kita menyampaikan keburukan seseorang yang ingin melakukan kerjasama dalam perniagaan agar terselamat dari amalan buruknya, atau dalam urusan menyimpan barang, maka boleh kita maklumkan keburukan seseorang yang kita tahu dia tidak amanah dan sebagainya dan lain-lain.

Atau kita memaklumkan kepada orang ramai agar tidak berguru dan berhati-hati dengan seseorang yang kita tahu dia sering berulang-alik belajar dari guru yang bid’ah. Atau ilmunya diambil dari orang yang fasiq kerana kita bimbang akan timbul mudarat darinya nanti. Ataupun kita memaklumkan pada orang ramai tentang keburukan seseorang yang ingin diangkat menjadi pemimpin kepada satu kaum, tetapi dia fasiq, lagha (lalai) dan sebagainya. Maka wajib memaklumkan pada orang ramai.

Kelima: Orang yang melakukan maksiat atau bid’ah secara terang-terangan seperti minum arak, mengambil cukai (peras ugut dan sebagainya), ambil harta orang secara zalim, menjadi kepala utama dalam melakukan kejahatan, maka harus didedahkan kejahatan mereka ini. Namun, perbuatannya jahat yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja perlu disebut, bukan selainnya.

Keenam: Pengenalan diri . Apabila ada manusia yang dikenal dengan gelaran seperti mata berair, tempang, pekak, buta, juling dan sebagainya, maka harus memanggil mereka dengan gelaran itu dengan tujuan untuk mudah dikenali. Jika bukan dengan tujuan untuk mudah mengenali, sekadar untuk menghinanya, maka hukumnya haram. Adapun, jika gelaran-gelaran itu tidak diredhoi oleh mereka, maka tidak dibenarkan memanggil gelaran itu dan usahakan dengan panggilan lain jika ingin mudah kenal sekalipun.

Inilah 6 keadaan diharuskan ghibah (mengumpat) oleh ulama'-ulama’ dengan pelbagai dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Hadith masyhur yang telah mereka sepakati. Maka pandai-pandailah kita menilai dan meletakkan mengumpat kita dan anda, sehingga tidak terjerumus jadi 'pengumpat' yang dilarang pula!

Sekian, Harap maklum, wassalam... dari editor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Samakah 'Mengumpat' ini seperti yang diterangkan di atas dengan dengan 'Perbuatan ‘troll’ atau sindiran' seperti yang disebutkan Mufti semalam dalam artikel di bawah? 

Kita buka kapada perbincangan dan penjelasan..


Lihat..

Masjid 99 Kubah 1 Dari 30 Masjid Unik Di Dunia. Ikon Baharu Sulawesi.

MASJID Raya 99 Kubah di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia,
MASJID Raya 99 Kubah di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia, dijangka siap tahun hadapan. AGENSI

JAKARTA 28 Dis. – Masjid Raya 99 Kubah dekat Makassar bakal menjadi ikon baharu Sulawesi Selatan selepas kerja pembinaannya dijangka siap, tahun hadapan.
Ketua Jabatan Sumber Air, Pe­nempatan dan Perancangan Ruang Sulawesi Selatan, Andi Darmawan Bintan berkata, masjid itu bakal siap sepenuhnya pada 2019 jika tidak berlaku penambahan kepada kos bangunan berjumlah 176 bilion rupiah (RM50.3 juta) itu.
Detik News melaporkan, kerajaan Sulawesi Selatan sedang menyediakan bajet berjumlah 58 bilion rupiah (RM16.6 juta) untuk menyiapkan projek ber­kenaan.
Dana itu diperuntukkan untuk membina 17 buah kubah yang belum siap termasuk menara masjid dan kawasan ruang solat yang boleh menampung sehingga 10,000 jemaah pada satu-satu masa.
“Konsep ruang solat ini akan menyamai Masjidilharam yang boleh memuatkan ramai orang. Kemudian akan ada tangga yang bakal dibina untuk jemaah pergi ke ruang solat tersebut,” kata­nya.
Andi mengakui masih me­nunggu laporan audit untuk tahun ini sebelum dana berjumlah 58 bilion rupiah (RM16.6 juta) disalurkan susulan berlakunya proses peralihan kuasa di wilayah berkenaan yang dike­tuai oleh Nurdin Abdullah.
Andi mendakwa, masjid itu yang terletak di kawasan Cen­ter Point of Indonesia (CPI) di Makassar, akan menjadi satu daripada 30 masjid paling unik di dunia.
“Di Indonesia, masjid ini akan tersenarai dalam 10 yang terbaik,” ujarnya. – AGENSI

Tun M Dan Peguan Negara Lindungi Pembunuh Adib? Ikuti Himpunan 4 Jan..


Apakah Dr. Mahathir Dan Tommy Thomas Melindungi Pembunuh Adib

Pertubuhan Pemantau Malaysia (Pemantau) amat kecewa dengan kegagalan pihak Peguam Negara, Tommy Thomas mengambil tindakan mendakwa semula keempat2 tertuduh yang sebelum ini di dakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas pertuduhan cubaan membunuh...

Pemantau mengesyaki, Peguam Negara sengaja melengahkan atau cuba melindungi keempat2 tertuduh yang sepatutnya sudah di dakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Allahyarham Adib semasa rusuhan di Kuil Maha Mariaman di USJ, Subang Jaya...


Sekiranya pendakwaan di ubah seperti mana di minta oleh pihak Polis Di Raja Malaysia, keempat2 tertuduh secara automatik hilang kelayakan untuk di ikat jamin sehingga kes selesai...


Rusuhan di Kuil Maha Mariaman bukan isu perkauman... Ianya tercetus atas pertikaian pihak pemaju dengan pengurusan kuil yang sudah pun menerima tanah gantian dan pampasan sebanyak RM1.5 juta...

Sehubungan dengan itu, adalah tidak masuk akal untuk kerajaan Pakatan Harapan merahsiakan laporan bedah siasat ke atas Allahyarham Adib dan memutuskan untuk mendedahkannya di dalam Mahkamah sepertimana di umum oleh Menteri Dalam Negeri semalam...

Pemantau khuatir, ianya mempunyai kaitan dengan maklumat yang kami terima daripada pihak PPBM bahawa beberapa menteri berketurunan India telah meminta agar laporan sebenar punca kematian Adib tidak di dedahkan demi menjaga keharmonian kaum...

Atas dasar itu, Pemantau menjemput seberapa ramai NGO dan Individu yang cintakan keadilan, agar dapat bersama2 pada tarikh, masa dan tempat sepertimana berikut untuk membuat satu laporan polis ke atas Dr Mahathir kerana di syaki melindungi Wayta Moorthy, Kulasegaran dan Ghanabathirau yang telah mengeluarkan ucapan2 menghasut dan menuduh umat Islam sebagai penceroboh sehingga rusuhan di sertai oleh lebih ramai individu di hari kedua...

Dan kami juga akan membuat satu laporan ke atas Peguam Negara kerana di syaki melengahkan penukaran pendakwaan ke atas 4 individu yang di syaki membunuh Allahyarham Adib sehingga memungkinkan 4 individu ini melarikan diri ke negara yang mengharamkan hukuman mati:

Tarikh : 4hb Januari, 2019 (Jumaat)

Masa. : 9.00 Malam
Tempat Berkumpul : Depan Bangunan SOGO, Jalan Tengku Abdul Rahman, KL
Repart Di : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Sebelah Kompleks Campbell, KL

Pemantau juga ingin melahirkan rasa bimbang terhadap kehancuran yang di bawa oleh Tommy Thomas sepanjang beliau menjawat jawatan Peguam Negara...Selain tindakan memalukan Jabatan Peguam Negara yang melakukan pendakwaan sebelum siasatan di lakukan, pengguguran kes2 yang melibatkan pimpinan Pakatan Harapan dan kegagalan Jabatan Peguam Negara mendakwa insividu seperti Kadir Jasin serta Hishammuddin Rais yang telah memfitnah DYMM Yang Di Pertuan Agong...

Dalam kes Pembunuhan Anggota Bomba Adib yang merupakan kes kepentingan rakyat, jelas terbukti Peguam Negara juga gagal memberikan kelulusan segera  kepada pihak PDRM untuk meminda pertuduhan yang telah di daftarkan dalam mahkamah keatas 4 tertuduh mengakibatkan pihak PDRM tidak boleh membuat tangkapan semula secara sah...


Survival Pekerja Loji Air Di Sabah Perlu Dibela.


Hasil carian imej untuk loji rawatan air di sabah
BERIKUTAN penamatan kontrak enam syarikat yang mengendalikan 58 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sabah baru-baru ini, lebih kurang seramai 1,335 orang pekerja telah terjejas dan terdapat ura-ura mengatakan mereka bakal diserap dengan menggunakan skim pekerja sambilan harian (PSH).
Secara asasnya, kita bersetuju langkah Kerajaan Negeri melakukan penjimatan dalam mengendalikan pengurusan loji tersebut yang disebutkan memakan kos yang tinggi sebanyak RM15 juta sebulan dan menjimatkan kira-kira RM186 juta setahun.
Kenapa masih ada masalah air, elektrik di Sabah kalau Shafie cemerlang?  Artikel Penuh: http://www.u MOHD. YAKUB MAKEE 65, masih menggunakan air perigi yang dibinaya sejak tahun 1983 sehingga kini.Menurut beliau lagi,air perigi ini lah menjadi sumber minum mereka dan untuk kegunaan harian mereka sekeluarga selama 30 tahun.Tinjauan Utusan mendapati,rata-rata penduduk kampung di sini kebanyakannya menggunakan air perigi.Malah ada sebahagian daripada penduduk tempatan terpaksa meredah hutan sejauh 2 kilometer untuk mendapatkan sumber bekalan air iaitu air sungai untuk kegunaan mereka di Kg Sungai Intan. - UTUSAN/IRWAN MAJID
Namun, Pemuda PAS melihat jika skim pekerja sambilan harian (PSH) dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terhadap pekerja yang diserap itu, maka ia dijangka memberi kesan lain kepada pekerja tersebut dari segi kadar pembayaran elaun yang hanya setaraf kerja-kerja am, jaminan perlindungan keselamatan di tempat kerja sedangkan mereka merupakan anak tempatan mempunyai kemahiran tinggi dan bekerja di lokasi yang berisiko di loji-loji.
Justeru, Pemuda PAS mencadangkan agar skim PSH ini digantikan dengan alternatif yang lebih menjamin masa hadapan yang selesa kepada pekerja yang terlibat seperti lantikan kontrak untuk suatu tempoh masa tertentu yang sesuai atau lantikan secara tetap sebagai penjawat awam dengan penawaran posisi mengikut kelayakan melalui proses temu duga.
Sebagai entiti yang melihat akan survival kepentingan Bumiputera Sabah, Pemuda PAS mendesak agar Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini secara wajar sebelum melaksanakan skim PSH kepada para pekerja yang terbabit dan memberikan suatu jaminan survivalpekerjaan yang lebih baik untuk rakyat Sabah sendiri seperti yang dicanangkan-canangkan sebelum daripada ini.
"Terus Mara"
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 29/12/2018

Simon Cowell Membuat Tanding Bakat "The X Factor" Mendunia?

Hasil carian imej untuk The X-Factor
DIADAPTASI lebih daripada 40 buah negara di dunia membuat The X Factor. Dilaporkan, pelopor X Factor Indonesia, telah menjadikannya sebagai salah satu pertandingan nyanyian terbesar di dunia.. yang dilahirkan dari penciptaan King Television, Simon Cowell. 

Pertandingan muzik “the X-Factor” ini, aslinya diciptakan oleh Simon Cowell, seorang keturunan Yahudi dari Inggeris, dan diproduksi oleh perusahaannya bernama:SYCOtv. Acara ini telah tersebar keseluruh dunia, tidak hanya di negeri aslinya iaitu:Inggeris, tetapi juga ke 40an negara lain termasuk Indonesia

Selain berkecimpung dalam “the X-Factor Show”, Simon Cowell berpengalaman sebagai juri pada acara “Pop Idol” dan “American Idol”. Simon Cowell sendiri oleh media Barat adalah sebagai anggota Freemasonry Yahudi, sebagaimana faktanya terungkap dari jetski berlogo Masonik Jangka dan Kompas yang dikendarainya (sumber: http://www.davidicke.com/forum/showthread.php?t=174355)

Simon Cowell
Menurut sejarah, pada akhir tahun 2001 pertandingan bakat pop idol muncul di England. Peraduan ini berbeza dengan pertandingan lain yang sudah wujud. Sebagai contoh, untuk menarik penonton, Pop Idol bergerak di sekitar England untuk mencari bakat baru. 

Bukan sahaja mereka yang mempunyai suara yang menawan, mereka yang mempunyai suara biasa atau tidak boleh menyanyi sama sekali juga ditunjukkan dalam program Pop Idol dengan tujuan menghiburkan penonton. Satu lagi perbezaannya ialah Pop Idol membentangkan juri yang sangat berkebolehan di dunia nyanyian.


Seperti pengeluar muzik Pete Waterman, Simon Cowell - pada masa itu berkhidmat sebagai Artis dan Repertoire di Sony Music Entertainment.. Terkenal dengan komen tajamnya yang cenderung kejam, dan promotor penyanyi dan penyanyi radio Nicki Chapman, Neil "Dr." Fox.


Walau bagaimanapun, apa yang membezakan Pop Idol dari pertandingan terdahulu adalah penentuan pemenang pertandingan yang sepenuhnya di tangan penonton. Penonton boleh menentukan pemenang pertandingan dengan mengundi melalui panggilan telefon dan juga melalui laman web. Hanya selepas musim kedua menggunakan suara melalui mesej ringkas. 

The X-Factor

Rancangan TV
Hasil carian imej untuk The X Factor (U.S.79% menyukai rancangan TV ini
Pengguna Google







Hasil carian web

Format peraduan baru menjadikan pelopor popular American Idol.
Selepas musim kedua, Pop Idol berada di hujung minggu. Alasannya, Simon memilih untuk memberi tumpuan kepada acara serupa dalam kerjayanya, The X Factor. Simon, yang kini dijuluki King of Television kerana dia sering membuat program televisyen yang berjaya, memutuskan untuk membuat The X Factor kerana dia mahu mengadakan pertandingan nyanyian bahawa dia mempunyai hak untuk menyiarkannya. 

Nama Simon The X Factor telah dipilih kerana dia ingin menarik para peserta yang mempunyai "sesuatu yang belum ditakrifkan", yang menjadikan seseorang menjadi bintang. Program ini dihasilkan oleh Thames (dimiliki oleh FremantleMedia) dan SYCOtv, rumah produksi Simon, dan disiarkan di rangkaian televisyen ITV.


Walaupun "serupa", pembungkusan The X Factor berbeza daripada Pop Idol. Di The X Factor, peserta penyanyi dimasukkan ke dalam beberapa kategori. Pada musim pertamanya, The X Factor memaparkan peserta terbahagi kepada 3 kategori: kategori penyanyi solo berusia 16-24, penyanyi solo lebih dari 25 tahun, dan kategori kumpulan atau duet. 


Dalam perjalanannya, pembahagian kategori ini terus berubah. Menariknya, di The X Factor, hakim tidak hanya ditugaskan menilai suara para peserta tetapi juga bertindak sebagai mentor.

Sejak ditayangkan pertama kali pada bulan September 2004, The X Factor dengan serta-merta menarik perhatian masyarakat awam. Hampir setiap musim persembahan ini dilihat oleh kira-kira 10 juta penonton. 

Puncak itu berlaku pada musim keenam. Pada musim itu terdapat sekitar 200 ribu peserta yang mengikuti ujian. Semasa di pusingan akhir terdapat sekitar 19.7 juta penonton, dengan bahagian sekitar 63.2 peratus, yang melirik pada pameran ini. Merekodkan terdapat 10 juta undi yang memasuki akhir musim keenam yang menimbulkan Joe McElderry sebagai pemenang. 


Rekod ini membuat The X Factor disenaraikan sebagai acara pertandingan muzik terbesar di Eropah. Sehingga kini, The X Factor UK telah memasuki 9 musim. Pemenang masing-masing menerima kontrak rekod bernilai 1 juta pound dengan Syco Music, sebuah syarikat rekod yang dimiliki oleh Simon yang dikaitkan dengan Sony Music Entertainment. 


Dalam 9 musim, The X Factor UK juga menyumbang kepada dunia muzik. Pertunjukan itu menghasilkan penyanyi rekaman yang agak berjaya seperti Leona Lewis dan juga sensasi pop terkini, One Direction. Kejayaan di England membuat persembahan ini disesuaikan di pelbagai negara. Pada tahun 2005, Australia mengadakan acara yang sama. 


Malangnya, kerana penarafan itu tidak memuaskan, The X Factor Australia telah dibuang kerja. Hanya lima tahun kemudian program itu kembali ke udara. Itali juga menyesuaikan rancangan ini pada tahun 2008. Di sana, program ini telah berlangsung selama 6 musim dan menghasilkan penyanyi terkenal seperti Giusy Ferreri, dan Marco Mengoni. 


Bukan sahaja di Eropah dan Australia, pertunjukan ini juga disesuaikan dengan negara-negara di Afrika dan banyak negara di rantau Asia, termasuk Indonesia. Di sini program yang disiarkan di saluran RCTI baru sahaja memasuki musim debutnya.

Ini pun ada kaitan dengan Yahudi..

Bruneian singer Fakhrul Razi's 2016 

Bollywood video goes viral, earning him praise 

around region.


(IH) Bersambung..


Lihat sebelum ini..