Saturday, February 17, 2018

Skandal Seks PM Australia. Hubungan Sulit Pembantu Peribadi..

Skandal Seks 'Gegar' Parlimen Australia


CANBERRA – Parlimen Australia bergolak susulan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Barnaby Joyce menuduh Perdana Menteri, Malcolm Turnbull ‘tidak cekap’ kerana mengkritik hubungan sulitnya dengan pembantu peribadi.
Joyce, 50, pemimpin Parti Kebangsaan yang memerintah bersama Parti Liberal pimpinan Turnbull, minggu lalu mengaku mempunyai hubungan sulit dengan penasihat medianya yang dikatakan sedang mengandung anak mereka.
Turnbull semalam mengkritik Joyce kerana melakukan tindakan mengejut di luar pertimbangan dengan mengadakan hubungan sulit dan membuatkan isteri, empat anak dan kekasihnya, Vikki Campion menderita.
Ketua Parti Liberal itu mengakui tidak berdaya untuk menyingkirkan Joyce yang menjawat jawatan sebagai timbalannya dan pemimpin parti kecil yang diharapkan untuk mentadbir bersama.
Bagaimanapun, Turnbull bertindak mengisytiharkan larangan rasmi hubungan sulit antara anggota kabinet dengan kakitangan mereka sebagai tambahan kepada kod kelakuan menteri.
Susulan itu, Joyce menyerang balas pada sidang media di sini hari ini dengan menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan malah menuduh Turnbull mengganggu hal ehwal dalaman partinya.
Katanya, komen perdana menteri itu adalah satu tindakan ‘tidak cekap’, ‘tiada keperluan’ dan boleh mengundang bahaya.
“Saya tidak percaya seseorang perlu meletak jawatan hanya kerana masalah peribadi.
“Di mana-mana saja tempat bekerja di Australia, masalah peribadi sering menjadi penentu kerjaya, saya berpendapat kita bergerak ke arah satu keadaan yang amat menyedihkan,” kata Joyce.
Pada masa sama beliau turut menyangkal dakwaan menyewa sebuah pangsapuri secara percuma daripada seorang jutawan selepas rumah tangganya bermasalah.
Katanya, kediaman itu hanyalah sekadar bantuan yang dihulurkan oleh seorang rakan.
Skandal seks yang menjadi tajuk utama media tempatan itu mencetuskan perdebatan umum berhubung budaya di tempat kerja ketika gerakan #MeToo global berkempen menentang gangguan seksual. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya itulah hikmahnya Islam mengiziin poligami, paling kurang untuk menyelesai masalah-masalah skandal begini yang mungkin wujud di mana-mana. 

Judi Sabung Ayam Di Kebun Sawit.. 65 Lelaki Ditahan.

Hasil carian imej untuk Remaja 17 tahun judi sabung ayam

ALOR SETAR: Polis menahan 65 lelaki, dipercayai terbabit dengan kegiatan judi sabung ayam di Kebun Kelapa Sawit Tanah Licin, Kuala Ketil dekat Baling, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata semua lelaki berusia antara 17 tahun dan 60 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Limau, pada jam 7.45 malam ketika pertaruhan judi itu sedang berlangsung.
Hasil carian imej untuk Remaja 17 tahun judi sabung ayam
Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM50,000 dan 40 ekor ayam sabung serta pelbagai peralatan sabung ayam seperti taji, kelambu, ubat-ubatan ayam, khemah serta pengasah taji.
"Sebuah generator dan wayar serta lampu dan dadah jenis syabu turut dirampas," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Mior Faridalathrash berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Judi sabung ayam di kebun sawit masih ada lagi.. Malam tadi 65 lelaki ditahan. Termasuk dadah jenis syabu turut dirampas. Sampai bila, judi-judi kecil begini boleh dihapuskan habis oleh pihak pemerintah? Kalau begini pun masih tak mampu, bagaimana nak hapuskan judi yang besar-besar?

BN/UMNO nampaknya tak boleh diharap untuk menjaga Islam di negara ini..

Friday, February 16, 2018

Dakyah Kristianisasi Bebas Terbuka! Dalam LRT &Bas Awam..



Petaling Jaya, Selangor: Beberapa pendakyah Kristian berbangsa kulit putih didapati sering berlegar-legar di dalam perkhidmatan awam LRT mencari sasaran bagi dakyah Kristianisasi, dedah Zikri Zainudin di laman Facebook miliknya.



Kafilah Dakwah Kristianiti
Beberapa pemerhatian:
 1. Di tangan mereka akan ada bible dalam 3 bahasa, English, Chinese, dan Indonesia.
...Lihat Selengkapnya

Beliau mendapati para pendakyah tersebut yang disyaki berasal dari Amerika Syarikat berdasarkan loghat pertuturan mereka turut membawa bersama kitab Bible dalam 3 bahasa iaitu bahasa Inggeris, Cina dan Indonesia sewaktu menjalankan aktiviti penyebaran dakyah Kristianisasi. 

Beliau mendedahkan, 

“Ini bukan kali pertama, kalau naik LRT biasa mereka turun di Stesen Taman Jaya. Tidak pasti ada International School atau sekolah mubaligh di kawasan sekitar.” 

“Antara perbualan yang dapat didengar, adakah anda percaya pada Jesus Christ dan di akhir perbualan mereka akan minta nombor telefon, mungkin untuk follow up.” 

Pendedahan Zikri Zainudin tersebut telah memberi inspirasi kepada orang ramai untuk tampil bersuara berkongsi pengalaman dan pendapat masing-masing mengenai ini. 

Aktiviti pendakyahan Kristianisasi ini tidak hanya terbatas dalam perkhidmatan awam LRT sahaja, malah ia juga berlaku dalam pengangkutan awam yang lain. 

Nur Maziha Muzakir mendedahkan pengalamannya menyaksikan para pendakyah Kristianisasi sedang melakukan aktiviti penyebaran agama mereka di dalam perkhidmatan bas awam. 

Seorang lagi saksi, Mimi Mizisya mendakwa kawasan Petaling Jaya menjadi lubuk kepada aktiviti Kristianisasi sebegini. Beliau berkata, 

“Banyak sangat aih dalam LRT dan dalam bas. Depa turun kat LRT Taman Jaya, lepas tu jalan-jalan area PJ plak. PJ kan port Kristianisasi. Tengok la berapa banyak gereja kat PJ. Sek sek ni kalau lalu sebelah kita dia akan senyum mesra and tegur Hi kalau yang perempuan tu.”

Beberapa netizen turut menyuarakan kebimbangan mereka tentang risiko penyalahgunaan sekolah-sekolah antarabangsa di kawasan Lembah Kelang ini sebagai lubuk penyebaran dakyah Kristianisasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. 

Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, 

“Saya dari dulu memang meragui kewujudan sekolah antarabangsa seperti Matrix Global School di Sendayan, UCSI International School di Springhill Port Dickson.

” Kebisuan golongan peguam liberal dan mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia mengenai aktiviti pendakyahan Kristianisasi secara terang-terangan ini dan hanya akan meloncat membantah usaha dakwah agama Islam telah ditempelak oleh seorang aktivis Muslim, Nurul Aizam Zaini. Beliau berkata, 

“Menariknya, tidak ada satu pun NGO “Hak Asasi Manusia” atau Peguam-peguam Liberal yang marah dan bisingkan perkara ini.” “Sebaliknya, jika yang disebarkan itu adalah agama Islam, maka gegak gempitalah satu dunia bahawa ini “Hak Asasi Manusia”, “Kebebasan Beragama” dan macam-macam hujah.” “Apa makna semua ini?”

(https://www.menara.my/dakyah-kristianisasi-terbuka-dalam-lrt-dan-bas-awam/)



Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Thursday, February 15, 2018

Isu Murtad: Polis Pun Dibuli Badan Kristian Antarabangsa..


Setahun Kehilangan Pastor Koh, Evangelis Buat Video Kronologi 

Setelah setahun kehilangan Pastor Koh, kumpulan evangelis semalam mengadakan upacara memperingati beliau sambil menayangkan video penerangan yang antara lain menyatakan bahawa Susanna Liew isteri kepada Pastor Koh disiasat selama lima jam oleh pihak polis berhubung dengan kehilangan suaminya dan pihak polis pula sering bertanya tentang aktiviti Kristianisasi.

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight semalam, sejumlah 200 orang hadir di Gereja Evangelical Free di Petaling Jaya bagi mendoakan supaya pendengaran awam SUHAKAM yang ditangguh setelah seorang suspek ditangkap, diteruskan semula.

“Kami mahu siasatan SUHAKAM ada penutupnya. Dengan 12 hari yang dihabiskan dan sudah banyak yang dilakukan, penutupnya masih tergantung. Perlu ada penutup yang sewajarnya untuk perkara ini,” kata Pengerusi Pastor Gereja Evangelical Free, David Low.

Sebelum ini semasa pendengaran awam SUHAKAM, pegawai penyiasat berkongsi pengalaman beliau ditengking dan dijerit isteri Pastor Koh apabila bertanyakan perihal keterlibatan suaminya dalam aktiviti Kristianisasi. 

Pihak polis juga cuba dibuli oleh sebuah badan Kristian antarabangsa, Christian Solidarity Worldwide yang mahu pihak berkuasa tersebut menghentikan sebarang siasatan terhadap Pastor Koh daripada Damansara Utama Methodist Church (DUMC) yang pernah terlibat dengan isu permurtadan Muslim suatu ketika dulu.


Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Wednesday, February 14, 2018

Tak Perlu Babitkan PM Najib, Guan Eng….




LIM GUAN Eng baru-baru ini menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk projek terowong dasar laut Pulau Pinang pada April 2011 dengan Perdana Menteri China, Wen JiaBao.
Pada penyokong Pakatan Harapan, seolah-olah foto ini adalah bukti konkrit untuk membebaskan sepenuhnya isu kontroversi projek terowong dasar laut Pulau Pinang daripada sebarang tuduhan rasuah dan penipuan.
Gambar itu diambil sebelum RFP telah dipanggil, sebelum CRCC disalahertikan sebagai pemegang saham, sebelum BUCG juga meninggalkan projek tersebut, sebelum kos laporan RM305 juta ditentukan dan telah dibayar, sebelum laporan tersebut masih belum selesai selepas 5 tahun, sebelum mana-mana pembinaan jalan bermula, sebelum projek GDV RM800 juta diluluskan dalam masa 8 hari, sebelum perjanjian konsesi tol 30 tahun paling besar di dunia ditandatangani, sebelum tanah bernilai RM3 bilion telah dijual atau sebelum Projek GDV bernilai RM15 bilion dilancarkan oleh SPV Terowong Pulau Pinang.
Najib berada di sana untuk menyantuni kehadiran Perdana Menteri China. Ia hanya protokol.
Sejak awal lagi keseluruhan projek itu diberikan, dilaksanakan, dan diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang dengan kerajaan Persekutuan pula langsung tidak memainkan peranan dalamnya.
Sekarang, kerana Guan Eng suka menunjukkan gambar mungkin dia juga harus melihat kedua-dua gambar ini?

Foto pertama bertarikh Ogos 2015, di mana beliau menyaksikan pelancaran projek hartanah mewah GDV bernilai RM15 bilion oleh SPV terowong di tanah rizab negeri untuk diberikan sebagai pembayaran kepada SPV.
Foto kedua bertarikh Januari 2016 di mana Guan Eng menyaksikan pra-penjualan hak negeri oleh SPV Terowong Pulau Pinang bernilai RM2.83 bilion kepada syarikat tersenarai.
Bagaimanakah kerajaan negeri boleh terlibat dalam kedua-dua penandatanganan?
Mungkin dia harus menjelaskan mengapa dia berada di sana untuk projek hartanah mewah bernilai RM15 bilion dan bukannya memastikan projek terowong dan 3 jalan raya diteruskan mengikut jadual? –MYNEWSHUB.CC/Eric See-To.
Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
Hasil carian imej untuk gambar Guan  Eng dan najib
UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Bongkar! Projek Terowong P.P Tak Wujud, Hanya ‘Scam’ Hartanah...




Satu demi satu keraguan muncul dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion kerajaan DAP Pulau Pinang semenjak ianya dilancarkan pada 2013.
Bermula dari bayaran diluar kebiasaaan mahal, RM304.9 juta bagi mengeluarkan senaskhah kertas kerja kajian kebolehlaksanaan pembinaan terowong dan tiga lebuh raya, kepada isu syarikat komponen konglomerat yang ditugaskan menjalankan projek mega tersebut.
Disebalik keraguan-keraguan berkenaan, maka muncul persoalan mega samaada Projek Terowong Dasar Laut ini merupakan skandal penipuan besar-besaran kerajaan negeri Pulau Pinang teraju Ketua Menterinya merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?
Penganalisis politik Raggie Jessy mendakwa, Guan Eng sebenarnya langsung tidak berniat untuk membina projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dihubungkan ke terowong berkenaan.
“Walaubagaimanapun, apabila diserang, anda (Guan Eng) membuat keputusan untuk mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertengkaran dengan mendakwa Perdana Menteri membantu Gerakan dan MCA merosakkan reputasi anda?
“Tapi apa kaitan Najib dengan kes ini? Adakah beliau yang memperdaya CRCC sehingga mereka fikirkan akan diberi bayaran penuh RM69 juta?” soalnya dipetik blog The Third Force.
Bayaran RM69 juta (USD22 juta) kepada China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dimaksudkan Raggie adalah upah untuk menyiapkan kerja-kerja reka bentuk terowong dan tiga lebuh raya berkenaan yang merupakan sebahagian daripada peruntukan kajian kebolehlaksanaan bernilai RM304.9 juta.
Namun, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, CRCC hanya diberi bayaran RM3 juta sahaja semenjak projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat konglomerat pelaksana projek tujuan khas (SPV) itu, lima tahun lalu.
Sungguhpun benar dakwaan kerajaan negeri bahawa CRCC dibayar RM69 juta, baki bayaran kajian kebolehlaksanaan RM236 juta kata Raggie, masih terlalu besar dan melampau mahal bagi projek berkenaan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof turut mempertikaikan mengapa kerajaan negeri membuat pembayaran kepada syarikat konsesi pada 2013 sedangkan hasrat mereka untuk melaksanakan projek berkenaan pada 2023.
Exco kerajaan negeri, Lim Hock Eng pada sidang DUN mengakui bayaran sebanyak RM219.99 juta sudah diserahkan bagi menjalankan kajian dan agihan RM208.75 juta diserahkan kepada Zenith Construction Sdn Bhd sementara baki RM11.23 juta kepada HSS Intergrated Sdn Bhd.
Guan Eng juga mengakui bayaran RM208.75 juta kepada Zenith adalah dalam bentuk penyerahan dua lot tanah persisir pantai berkeluasan 5.67 ekar di Bandar Sri Tanjung, Pulau Pinang milik kerajaan negeri kepada Zenith.
The Star dalam pada itu melaporkan, tanah tersebut dijual semula kepada syarikat pemaju dengan nilai 10 jali ganda lebih mahal iaitu RM2.83 bilion bagi projek pembangunan perumahan ‘super’ mewah dengan nilai pembangunan anggaran RM15 bilion.
“Jadi jelaskan kepada saya, Guan Eng, mengapa CRCC cuma dibayar RM3 juta semenjak projek tersebut mula?
“Bukankah jelas bahawa anda tiada tiada niat untuk membina tiga batang jalan dan terowong dasar laut?” tegas Raggie.- mD
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Sunday, February 11, 2018

Penari Gelek Lucah Ditangkap Di Mesir, M'sia Pun Ada.



SEORANG penari gelek telah ditangkap di Mesir kerana melakukan perbuatan tidak bermoral dengan bergelek dalam keadaan seksi serta menjolok mata yang keterlaluan.

Ekaterina Andreeva, 31, yang menari di kelab malam di Giza, telah ditangkap selepas video yang menunjukkan dia bergelek telah menjadi tular di negara berkenaan.
Dalam video itu, dia yang menggunakan nama pentas Gawhara, memakai pakaian yang menjolok mata manakala gelekannya itu pula dianggap kelucahan yang melampau.
Dia ditangkap kerana disyaki menggalakkan golongan muda untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
“Peraturan menetapkan bahawa penari perlu memakai pakaian dalam dan Gawhara tidak memakainya, jadi sudah tentu ia satu provokatif,’’ kata pendakwaraya, Hatim Fadl.
Ekaterina bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin. Dia merupakan seorang penari dan mempunyai studio tarian di Moscow yang dimiliki bersama suaminya.
Selain melakukan provokasi, Ekaterina juga tidak mempunyai permit kerja. Dia kini dilaporkan diharamkan menari untuk sementara waktu. – MYNEWSHUB.CC


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam suasana umat Islam disuruh memperjuangkan Islam di negara umat Islam yang ditindas, tiba-tiba anak-anak muda mereka dihanyutkan lagu-lagu hiburan yang tidak Islamik. Inilah antara kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, bagi menjajah pemikiran umat Islam. 

Di Malaysia pun ada, lihat program parti DAP Pulau Pinang, dan Selangor PKR dan lain-lain, kecuali Kelantan.

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?