Saturday, February 24, 2018

Mereka Akui Kekuatan PAS, UMNO, DAP &PAN Juga...

Hasil carian imej untuk Mereka Akui Kekuatan PAS, UMNO, DAP &PAN Juga...

Betul ke PAS ada kekuatan untuk hadapi PRU-14 nanti. Lihat apa kata UMNO.Walaupun PAS kini bergerak solo, kekuatan parti itu tidak boleh dipandang rendah, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurutnya di sebalik status PAS tidak menyertai gagasan pembangkang lain, parti itu tetap mempunyai ramai pengikut fanatik.

Itu UMNO, Kita dengar apa kata DAP musuh PAS paling lantang kritik PAS. Meskipun Pas kini sudah bergerak solo, namun kekuatannya tidak boleh dipandang rendah kerana parti itu mempunyai pengaruh tersendiri.

Agaknya Macai DAP sokong tak kenyataan ini. Mereka malu nak cakap tapi tersalah cakap secara tak langsung akui kekuatan PAS terutamanya PAS Kelantan. Dengar apa kata Husam Musa.

Sementara itu, Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, kehadiran Tuan Ibrahim untuk bertanding di Kelantan disifatkan sebagai 'mencari tempat selamat'.

"Dia terpaksa cari tempat air tohor (selamat). Di Pahang (PAS) tak yakin boleh menang, terpaksa hantar orang bertanding di kelantan.

Bila Husam sebut bahawa Kelantan adalah tempat selamat bagi PAS ini bermakna tidak selamat bagi HARAPAN (termasuk PAN) dan UMNO.

Apa kata penganalisis politik.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata biarpun PAS kerap kali dilihat menyokong dasar yang dilaksana kerajaan Persekutuan, parti itu tetap berikrar untuk menentang Umno BN pada PRU14. 


"Orang sentiasa nak lihat Pakatan Harapan (PH), nak porak perandakan PH, tetapi selalu terlepas pandang tentang PAS. PAS pula seolah berpura-pura nak berbaik dengan Barisan (BN) tetapi tak buat (berbaik) sebab dia tahu dia punya status quo pada Umno BN. 

"Jadi dalam diam-diam dia  (PAS)mengumpul pengaruh dan mungkin kita tidak duga, kalau kita tidak awasi dia (PAS) dia boleh menang. 
"Sebab ada banyak beberapa perkara berkenaan dengan Islamik, dengan agama Islam sebagainya, yang diputuskan mahkamah baru-baru ini banyak menyentuh sensitiviti umat Islam. Dia (PAS) boleh mengambil peluang disitu untuk memperkuatkan pengaruh PAS di kalangan pengundi," katanya.

Apa Kata Penganalisis UMNO pula.

Perebutan undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.


Beliau berkata berdasarkan landskap politik semasa, ada empat parti yang akan bertarung untuk undi Melayu iaitu Umno, PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Namun, kata Shamsul Amri, hanya Umno dan PAS mempunyai akar umbi yang kukuh. Yang lain hanya sekadar memeriahkan pertandingan sahaja.

HANYA MACAI DAP, PAN YANG DUDUK DEPAN KOMPUTER SERANG PAS KONONNYA PAS LEMAH. MEREKA NI DAFTAR MENGUNDI ATAU TIDAK TAK TAHU. POSTING BODOH TANPA ILMU. Dapatlah sikit dedak.


XOXO - Makin PAS jelas prinsip perjuangan menegakkan Islam, makin rakyat faham dan sokong. Bukan sahaja Islam, malah PAS juga berusaha memertabatkan bangsa Melayu, itu membuatkan PAS pimpinan Abdul Hadi makin dipercayai oleh cerdik pandai Melayu Islam malah ada yang akan bersama PAS untuk memastikan PAS menguasai Malaysia. 
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Kaum Cina, Tolong Beri Kepercayaan Bantu PAS Selamatkan Negara. -A.Hadi.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu masyarakat Cina di negara ini supaya memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui Malaysia.



Berucap pada majlis jamuan sempena tahun baru Cina 2018 di Kuala Terengganu, semalam, beliau turut mendedahkan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini, PAS berusaha untuk memerintah negara ini.
"Kita (PAS) cuba di Kelantan, cuba di Terengganu, cuba di Kedah tetapi kita tidak kuasa yang lebih. Jika boleh, kita (PAS) hendak kuasai sampai ke kerajaan pusat.

"Dalam pilihan raya ini (PRU14), PAS akan bertanding 130 kerusi parlimen, kerana untuk memerintah negara kita (PAS) memerlukan 112 kerusi. Jika PAS boleh 112 kerusi parlimen, PAS boleh memerintah negara.

"Maka, kaum Cina, kita minta supaya memberi kepercayaan kepada PAS, bukan sahaja di Terengganu juga kita mahu peringkat Malaysia,” katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Abdul Hadi berkata, PAS perlu menjadi sebuah parti yang kuat dan gagah supaya mereka boleh menghalang orang yang hendak buat huru-hara dan kacau bilau di negara ini.

Menurutnya, PAS mahu selamatkan negara ini dengan memperkenalkan kepada rakyat Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) agar tidak berlaku peperangan dan pergaduhan.

“Politik kita boleh berbalah, berkelahi tetapi tidak boleh berperang dan tak boleh bergaduh. Beza pendapat boleh tetapi bergaduh tidak boleh dan kita (PAS) nak halang sebab-sebab yang boleh menimbulkan pergaduhan itu.

"Islam sebenar mengajar pengikut-pengikutnya bagaimana kaum Cina, kaum India mereka boleh hidup di kampung-kampung Melayu. Boleh hidup berkedai satu keluarga Cina di kampung Melayu.

"Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan di Perlis. Ketika berlakunya huru-hara dalam peristiwa 13 Mei 1969. Terengganu tidak ada 13 Mei, di Kelantan tiada 13 Mei, Kedah tak ada 13 Mei.

"Tetapi, huru-hara berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Singapura bergaduh kaum. Tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam, tak ada gaduh dan tak ada huru-hara," katanya.

Pada ucapannya itu, ahli parlimen Marang itu turut mengimbau kembali ketika pemerintahan PAS di Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 lalu.

"PAS pernah memerintah (Terengganu) tahun 1999 dan saya dilantik menjadi menteri besar ketika itu. Banyak benda yang kita buat antaranya kita (PAS) hapus cukai pintu rumah kediaman.

"Kita hapus cukai peniaga-peniaga kecil. Kita beri geran tanah kepada rakyat tidak kira kaum apa termasuk orang Cina, India, Melayu.

"Di sana ada Kampung Baru Cina Bukit Berangan (Tepoh), ada Kampung Batu Lima, Dungun dan ada Kampung Air Putih, Kemaman. Mereka (orang Cina) dikurung oleh British dahulu.

"Walaupun (negara) kita telah merdeka, kerajaan tidak beri mereka geran tanah sehinggalah kita memerintah, kita (PAS) beri geran tanah. Kita bantu sekolah-sekolah rakyat termasuk sekolah Cina, sekolah Tamil, kita tolong," katanya.

Ini kerana, menurut Abdul Hadi, adalah hak semua manusia bagi menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pendidikan.


Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

DAP Tak Pandang Rendah PAS, Kecuali Balacinya..



SEREMBAN - Meskipun Pas kini sudah bergerak solo, namun kekuatannya tidak boleh dipandang rendah kerana parti itu mempunyai pengaruh tersendiri.


Setiausaha DAP, Cha Kee Chin berkata, mereka bagaimanapun bersedia berhadapan sesiapa saja lawan termasuk calon Bebas dan yakin mempertahankan 11 kerusi Dun milik DAP pada PRU14.

“Kita tak pandang rendah pada mana-mana parti sama ada Pas atau Umno, termasuk calon yang akan ditonjolkan kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri.
“Saya berpegang kata-kata ‘perkara yang paling bahaya, bila kita pandang rendah pihak lawan’. Keyakinan itu juga perlu disertai gerak kerja terbaik, tapi jangan buatkan kita rasa selesa,” katanya.

Beliau mengulas mengenai Pas negeri ini yang akan meletakkan calon bukan Melayu bertanding di empat kerusi Dun.

Katanya, Pas perlu menerima hakikat jika mahu membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan seimbang, mereka perlu bekerjasama dengan parti lain.

Katanya, sebahagian besar rakyat tetap memilih dua parti utama teraju kerajaan sama ada Pakatan Harapan (Harapan) atau BN.

“Itu dibuat Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlapang dada duduk dalam satu pakatan dengan kami (DAP).
“Jika benar Pas nak letak calon bukan Melayu untuk berdepan dengan DAP, kami tiada masalah kerana itu hak mereka,” katanya 

Komen Weblog Ibnu HasyimMeskipun Pas kini sudah bergerak solo, namun kekuatannya tidak boleh dipandang rendah kerana parti itu mempunyai pengaruh tersendiri. Kata Cha Kee Chin, DAP Seremban.

Cuma yang tak faham balacinya saja, kadang bercakap lebih tuan dari tuan yang diampu nya. Pada hal mereka berjiwa hamba, apalagi bila takut tuan yang bukan Islam mereka. 

Hanya pada yang berjiwa Islam, yakin Allah Maha Besar, lain semua kecil.

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?



 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

SPRM Didesak Kemuka Hasil Siasatan Kekayaan Keluarga Dr M..

Hasil carian imej untuk kekayaan Dr M & keluarga
KOTA BHARU, 23 Feb (Bernama) -- Anggota akar umbi PAS Kawasan Kubang Kerian hari ini mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan hasil siasatan terhadap dakwaan kekayaan anggota keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wakilnya, Azmi Mat Husin berkata kemewahan yang dimiliki oleh keluarga berkenaan sangat luar biasa kerana seorang anak Mahathir, Tan Sri Mokhzani turut tersenarai antara orang terkaya di Malaysia.

"Saya hairan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri sehingga anaknya memiliki kekayaan luar biasa.

"Justeru, kami mendesak agar siasatan SPRM sebelum ini dapat didedahkan kepada umum kerana ramai yang nak tahu mengenainya," katanya selepas mengadakan perhimpunan mendesak perkara tersebut di depan Masjid al-Fattah, Jalan Pintu Geng di sini, hari ini.

Kira-kira 20 anggota PAS Kawasan Kubang Kerian turut menyertai perhimpunan tersebut yang berlangsung selepas solat Jumaat.

Dalam pada itu, Azmi turut menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis dalam kejadian lebih 30 tahun lepas itu.

Beliau berkata rakyat Malaysia ingin mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ketika itu dan mereka yang terbabit dengan kes berkenaan perlu dihukum jika dibuktikan bersalah.

-- BERNAMA



Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

Rundingan Kerusi HARAPAN PP Gagal..




Pakatan Harapan Pulau Pinang belum menyelesaikan agihan enam kerusi negeri untuk pilihan raya umum akan datang, dan ekoran kebuntuan itu, tiga parti komponennya menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa pusat mereka.


Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi untuk ditandingi. DAP adalah penyandang di 19 kerusi, PKR (10), Umno (10) dan PAS (1). DAP tidak terlibat kerana kepada parti itu, status quonya kekal. Pada tahun 2008 dan 2013, parti itu bertanding  19 kerusi dan menang semuanya. Enam kerusi yang belum selesai itu kebanyakannya kerusi majoriti Melayu yang diintai oleh PKR, AMANAH dan BERSATU.

Kerusi-kerusi ini ditandingi PKR dalam pilihan raya umum ke-13, tetapi parti itu gagal memenanginya. PKR bertanding 16 kerusi pada 2013 dan menang 10 kerusi. Agihan enam kerusi yang gagal diselesaikan itu ialah Bertam, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, Sungai Acheh, Pulau Betong dan Telok Bahang.

Selepas kebuntuan dalam rundingan mereka, parti-parti komponen tersebut kini menyerahkannya kepada majlis presiden mereka untuk memutuskan perkara itu. ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata parti-parti itu tidak dapat mencapai persetujuan mengenai jumlah kerusi "minimum".



"Ini akan diputuskan oleh majlis presiden. PKR sedia berkongsi kerusi dengan BERSATU dan AMANAH," katanya kepada Malaysiakini.

"Bagaimanapun, kami ingin bertanding di beberapa kerusi di mana kami telah melakukan kerja-kerja persediaan asas, kerana kami yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi kali ini, walaupun kami mungkin menghadapi pertarungan tiga penjuru," kata Afif, yang juga timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat.

Pesuruhjaya AMANAH negeri, Datuk Mujahid Yusof Rawa pula berkata parti itu berharap untuk bertanding di lima kerusi negeri, yang sebelum ini ditandingi PAS. AMANAH merasakan ia mempunyai peluang menang di kerusi-kerusi berkenaan kerana pengundi di sana lebih cenderung untuk memilih calon HARAPAN dan parti serpihan PAS itu telah melakukan kerja-kerja persediaan asas di kawasan berkenaan sejak 2015.



AMANAH ditubuhkan pada tahun 2015, selepas sayap progresif PAS, yang diketuai oleh bekas timbalan presidennya, Mohamed Sabu, tidak sehaluan dengan kepimpinan parti itu. Permatang Pasir (yang kini dipegang oleh PAS), Permatang Berangan (Umno), Penaga (Umno), Sungai Dua (Umno) dan Bayan Lepas (Umno) adalah kerusi-kerusi yang mahu ditandingi AMANAH, kata Mujahid.

"Walaupun kita semua ada tuntutan masing-masing dan kita merasakan bahawa kita perlu lebih praktikal dengan angka, tetapi kita tidak dapat mencapai penyelesaiannya. Jadi kita menyerahkan keputusan itu kepada jawatankuasa pusat kita," tambah ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Rundingan telah dilaporkan terhenti apabila BERSATU mahu bertanding di semua kerusi Umno. Umno, yang berdepan dengan PAS dan PKR, memenangi 11 kerusi negeri pada 2008 dan 10 pada 2013.

Dalam responnya, ketua BERSATU Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata: "Tidak, kami belum lagi menyelesaikan agihan kerusi, kami mungkin akan menyelesaikannya pada minggu depan."

Marzuki enggan mendedahkan bilangan kerusi yang bermasalah atau lokasinya apabila dihubungiMalaysiakini.Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa negeri-negeri yang tidak dapat menyelesaikan agihan kerusi sehingga hari Jumaat (hari ini) mesti menyerahkannya kepada majlis presiden untuk diputuskan.

Mahathir juga berkata agihan kerusi parlimen di negeri itu telah diselesaikan tetapi agihan beberapa kerusi negeri belum dapat diselesaikan di kalangan parti-parti berkenaan. Di Pulau Pinang, DAP akan bertanding di Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong dan Bukit Gelugor, manakala PKR akan bertanding di kerusi parlimen Bayan Baru dan Balik Pulau.

Di tanah besar di Seberang Perai, AMANAH akan bertanding di Kepala Batas, BERSATU di Tasek Gelugor, PKR di Permatang Pauh dan Nibong Tebal dan DAP di Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Bagan.

Empat lagi kerusi parlimen - Tanjong (yang disandang oleh DAP) di pulau itu serta Bagan (DAP), Permatang Pauh (PKR) dan Batu Kawan (DAP) di tanah besar Pulau Pinang kekal status quo seperti pada PRU13.


 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

DAP ‘King Maker’ PH. - T/P'jaya PAS S'gor


AIDCNews -23/02/18 –Parti Amanah Negara dilihat ‘terpukul’ dengan hujah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Ustaz Zamri Zainuldin yang mendakwa DAP adalah ‘king maker’ dalam Pakatan Harapan (PH), sedangkan parti-parti lain termasuk Amanah, PKR dan PPBM sekadar pengikut sahaja.
Akibat sakit hati dengan hujah ustaz Zamri itu menyebabkan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad tampil untuk menjawabnya.
Bagaimanapun, Khalid tidak menjawab hujah ustaz Zamri sebaliknya mengecam isu peribadi dengan melabel sebagai ‘ustaz muda’ yang hanya sesuai untuk program ‘mari mengaji’ di televisyen sahaja.
Selebihnya, Khalid dilihat bercakap di luar topik dengan membela pimpinan DAP termasuk Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Sebelum ini ustaz Zamri yang juga dikenali sebagai Zamri ‘Mantop’ berhujah PH adalah Pakatan DAP kerana DAP merupakan ‘king maker’ PH apabila pimpinan parti-parti komponennya, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM), Mohamad Sabu (Amanah) dan Anwar Ibrahim (PKR) kesemuanya tunduk kepada Lim Kit Siang.
“PAS dahulu yang paling kuat antara ahlinya adalah Mat Sabu..Mat Sabu akhirnya tunduk di bawah Lim Kit Siang dan DAP
“Di dalam UMNO yang paling kuat, Tun Mahathir Mohamad, ketika itu Tun Mahathir Mohamad juga akhirnya tunduk di bawah Lim Kit Siang dan DAP.
“Orang yang paling kuat dalam PKR, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tunduk dengan Lim Kit Siang dan DAP,”katanya.




LGBT: Betul Ke Kenyataan KSU KPWKM Disalah Tafsir?

Suriani Ahmad
KSU K/Pembangunan Wanita pun tak bertudung?

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suriani Ahmad menegaskan, kenyataannya berhubung layanan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah dipetik di luar konteks oleh sebuah portal berita semalam.

Beliau menjelaskan, portal berita berbahasa Inggeris itu kurang memahami konteks yang mana kenyataan tersebut dibangkitkan pada sesi Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Ke-69 di Geneva, Switzerland kelmarin.

“Mereka harus faham bahawa golongan LGBT sama seperti rakyat Malaysia yang lain, tidak kira lelaki dan perempuan, semua akan dilayan sama rata.

“Pihak berkuasa akan ambil tindakan yang sewajarnya sama seperti orang lain sekiranya golongan ini berasa mereka terancam atau memerlukan perlindungan,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Portal berita terbabit mela­porkan bahawa wakil kerajaan telah memaklumkan kepada CEDAW bahawa golongan LGBT di Malaysia dilayan ‘sama rata’.

CEDAW seperti dilaporkan oleh portal tersebut telah bertanya kepada wakil Malaysia berhubung bagaimana undang-undang negara ini boleh melin­dungi golongan LGBT apabila ia dikategorikan sebagai jenayah serta sumber-sumber yang dibe­lanjakan bagi pendekatan-pendekatan anti-LGBT.

Dalam pada itu, Suriani berkata, sesi dialog CEDAW tersebut boleh disaksikan di laman web Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, kementerian dalam satu kenyataan berhubung konvensyen tersebut memaklumkan, Malaysia telah memberi jaminan kepada CEDAW berhubung komitmennya dalam mengukuhkan jentera ke arah kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita termasuk melalui penglibatan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Komitmen itu jelas kementerian, adalah selaras dengan agenda kebangsaan berkaitan wanita yang dicerminkan melalui Dasar Wanita Negara dan Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18).

“Pada konvensyen tersebut, Malaysia telah berjaya membentangkan laporan berkala ketiga hingga kelima yang memberi maklumat mengenai dasar, inisiatif dan langkah-langkah kukuh yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dan menyediakan ruang serta peluang untuk mereka berkembang dengan baik,” katanya.

- UTUSAN ONLINE

 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails