Saturday, March 03, 2018

“Saya Rela Jadi ‘Umpan’ DAP..." -Tun M.



TERBONGKAR... Sebelum ini Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan nada bangga pernah mendakwa dirinya konon merupakan Top Dog atau pemimpin tertinggi dalam hierarki Pakatan Harapan (PH).
Ramai pemerhati politik tempatan meragui perkara tersebut kerana semua maklum bahawa blok pembangkang itu diwujudkan DAP setelah berjaya membubarkan Pakatan Rakyat pada 2015 demi ‘menyingirkan’ sekutunya, PAS.

Namun satu demi satu insiden tidak disengajakan membongkar siapa sebenarnya Top Dog terutama isu agihan kerusi menyaksikan DAP ‘gembira’ dapat banyak kawasan selamat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Lebih memalukan penyokong tegar PH terutama Melayu apabila segala keputusan besar perlu terima ‘restu’ DAP terlebih dahulu manakala Mahathir waima beliau ialah pengerusi pakatan itu pula terpaksa akur tanpa banyak soal.

PPBM yang sehingga kini belum disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di samping PKR dan serpihan PAS iaitu PAN cuma layak menjadi boneka konon PH lebih baik daripada Barisan Nasional yang teguh diterajui oleh UMNO.
Terbaharu hari ini Mahathir yang sudah berusia 92 tahun itu akhirnya mengakui pencalonan beliau sebagai perdana menteri sementara jika PH menang PRU ke-14, sebenarnya sebagai umpan untuk tarik sokongan pengundi Melayu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bahkan memberitahu bahawa pemilihan beliau juga kerana banyak pihak sukar percaya kepada pakatan berkenaan dan memerlukan ‘khidmat’ dirinya untuk meraih sokongan.


“Kalau saya jadi umpan untuk tarik Melayu sokong pakatan, saya rela jadi umpan. Kalau hendak saya pegang jadi Perdana Menteri (ketujuh), saya sedia pegang la (jawatan sementara tersebut),” kata Mahathir dengan penuh yakin.

Beliau dipetik media tempatan sebagai ‘terlepas cakap’ perkara itu ketika berucap pada Majlis Kenduri dan Doa Selamat bersama Pengerusi PPBM di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Baru di ibu kota lewat Jumaat.
Pengakuan bersahaja Mahathir yang pernah dikutuk pembangkang sebagai diktator Mahafiraun itu, ternyata amat memeranjatkan hadirin dan membuktikan beliau tergamak mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara!

Untuk rekod, Mahathir dahulu pernah mengecam DAP sebagai rasis cauvinis, bahkan perlembagaan parti itu sendiri dengan terang mahu menghapuskan segala hak istimewa Melayu yang dilindungi Parlimen sejak negara merdeka.
DAP juga diketahui pernah berhasrat membuka Kedutaan Israel di Kuala Lumpur dan sehingga kini enggan saman bekas tokoh Melayu parti itu yang mendakwa ia menerima dana RM1.2 bilion dari Zionis bagi ‘guling’ BN pada PRU.

Malahan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP selain Selangor, banyak tindakan parti tersebut jelas meminggirkan masyarakat Melayu dan syiar Islam menerusi pelbagai dasar oleh kerajaan negeri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

DAP Perlu Pohon Maaf Kepada SPRM – Eric See-To




Tidakkah Kerajaan Pulau Pinang mempunyai sebarang komunikasi langsung dengan SPV Terowong Pulau Pinang lagi sehinggakan terpaksa bertindak melalui media?
Mereka tidak lagi boleh menelefon untuk bertanya kepada syarikat yang mana mereka telah menganugerahkan projek bernilai RM6.34 bilion itu? Atau adakah mereka cuba menjauhkan diri mereka dari SPV walaupun mempertahankan mereka dengan hebat sekali selama bertahun-tahun?


Selama ini, Kerajaan Pulau Pinang mendakwa penyiasatan SPRM adalah penganiayaan politik. Kini terbukti betul bahawa SPRM mempunyai asas dan betul tindakan mereka untuk menyiasat. Saya juga pasti lebih banyak isu akan timbul apabila SPRM menyelesaikan siasatan mereka.
Lim Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang patut meminta maaf kepada SPRM sekarang kerana menyerang mereka dan dengan palsu mendakwa bahawa SPRM secara politik menganiaya DAP.
Walaupun saya percaya anda juga berhutang permohonan maaf kepada kami di BN kerana mengatakan bahawa kami telah mensabotaj projek anda, saya tidak akan pun meminta anda memohon maaf.
Sementara itu, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) telah menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk menamatkan kontraknya dengan Zenith atas dakwaan pembayaran sebanyak RM22 juta.
Pengarah C4, Cynthia Gabriel memberitahu the Sun bahawa kerajaan negeri itu mesti menunjukkan komitmennya menentang dakwaan rasuah dengan menamatkan kontrak dengan Zenith.
Beliau berkata C4 mendapati ianya aneh bahawa negeri itu tidak tahu mengenai transaksi tersebut. Oleh itu, kerajaan negeri itu mesti bertindak dan menamatkan kontrak dengan Zenith untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai terhadap perkara itu.
“Sekiranya ini tidak dilakukan, maka orang ramai mungkin keliru mengenai perkara itu,” katanya.
http://m.thesundaily.my/news/2018/03/01/we-want-explanation-zenith-guan-eng-updated


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya..



Rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan dikatakan hampir selesai dan nampaknya DAP tidak diperuntukkan sebarang kerusi di negeri itu.


Ia bertentangan dengan hasrat DAP Kelantan sebelum ini yang menyuarakan hasrat untuk kembali bertanding di negeri itu selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1986.

Menurut sumber HARAPAN Kelantan, setakat ini hanya tinggal tiga atau empat kerusi yang belum dimuktamadkan dan DAP tiada dalam senarai pembahagian.
"Perbincangan akhir memberi bayangan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding 23 kerusi, PKR 10 kerusi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 12 kerusi.

"Ia mencukupkan 45 kerusi DUN di Kelantan dan DAP tiada dalam senarai," kata sumber yang enggan namanya disiarkan kepada Malaysiakini hari ini.
Pada September lalu, Timbalan Pengerusi HARAPAN Kelantan Chua Chin Hui (gambar) yang mewakili DAP menyuarakan hasrat parti itu untuk bertanding di dua kerusi DUN iaitu Galas dan Kota Lama.



Kota Lama adalah DUN dengan pengundi Cina paling ramai dan satu-satunya kerusi DUN yang ditandingi MCA pada pilihan raya umum
(PRU) ke-12 dan ke-13.

DUN Galas pula terletak dalam Parlimen Gua Musang dan DAP dikatakan bercadang meletakkan calon Orang Asli di situ. Namun, sumber itu berkata keputusan yang dicapai hanya di peringkat HARAPAN negeri dan ada kemungkinan kepimpinan pusat akan memperuntukkan kerusi kepada DAP.

"Sebelum ini kerusi-kerusi DUN (dewan undangan negeri) yang gagal diputuskan dibawa ke peringkat pusat.
"Kini namun masih ada beberapa kerusi belum dimuktamadkan dan kita jangka akan selesai dalam jangka masa terdekat," katanya.

Sementara itu Chua berkata pihaknya kesal jika DAP tidak diperuntukkan sebarang kerusi di Kelantan dan menunggu keputusan akhir daripada  Majlis Presiden HARAPAN.

"Tetapi kita terima apa juga ketetapan dan bersedia untuk bekerjasama dengan rakan dalam HARAPAN demi kemenangan di Kelantan,"
katanya ketika dihubungi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP dah tahu akibatnya jika DAP bertanding di Kelantan. Ambil buat apa kalau tak menang, beri saja pada PAN.


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Pakatan DAP Mahu Pinda Undang-undang Murtad. Bagaimana Atasi?



AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.
“Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang mediatersebut.
Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.
Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.
“Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.
“Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri,” katanya.
Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.
Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah nasib 'tahap peribadatan' umat Islam  di negaranya sendiri, apa lagi bila dibiarkan parti yang anti Islam memenangi PRU 14 akan datang. 
Bagaimana mengatasinya? Didepan kita cuma ada dua pilihan, undi parti Islam atau parti yang bukan Islam. 
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Seks Oral: Pegawai Kanan Polis Paksa Pegawai Wanita Bawahannya.


ALOR SETAR: Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan seorang pegawai kanan polis melakukan serangan seksual ke atas seorang pegawai wanita bawahannya, baru-baru ini.
Beliau berkata, siasatan dijalankan pasukan penyiasat dari Bukit Aman susulan laporan dibuat inspektor percubaan berusia 28 tahun itu bagi mengesahkan kesahihan dakwaan terbabit.
Azisman juga mengesahkan pegawai berkenaan sudah ditukarkan bagi memberi laluan kepada siasatan yang dijalankan.
"Ia masih dalam siasatan. Kita pun tidak tahu sama ada ia betul atau tidak..atau tohmahan.
"Pihak Bukit Aman yang siasat kes ini dan sudah mengeluarkan arahan supaya pegawai terbabit ditukarkan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai tindakan seorang inspektor polis wanita membuat laporan terhadap pegawai atasannya, yang didakwa memaksanya melakukan seks oral.
Laporan media yang memetik sumber melaporkan, wanita 28 tahun itu dijemput makan malam bersama pegawai atasannya kira-kira jam 8 malam pada 25 Februari di sebuah restoran di Perlis, tetapi premis itu tidak beroperasi.
Pengadu mendakwa pegawai tersebut kemudian memandu ke tempat terpencil sebelum mengambil kesempatan ke atasnya.
Dalam laporannya, inspektor percubaan itu mendakwa dia takut untuk melawan kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
Mangsa mendakwa pegawai atasan itu kemudian menghantar dia pulang ke keretanya sebelum mengasa bergegas terus membuat laporan di Balai Polis Arau sambil mendakwa pegawai itu juga pernah mengancam menyusahkan tugasannya jika enggan keluar makan malam bersama.
Malah, pengadu turut mendakwa pegawai tersebut pernah menyentuh badannya di pejabat tahun lalu.
Difahamkan pegawai atasan terbabit turut membuat laporan polis mendakwa inspektor wanita itu cuba mencemarkan imejnya yang sebelum ini tidak berpuas hati terhadap prestasi kerja pengadu.
Pegawai terbabit turut mendakwa inspektor percubaan itu mungkin dipengaruhi "orang luar" untuk membuat laporan polis itu susulan tindakannya mengambil tindakan ke atas aktiviti perjudian haram di sekitar Arau. (BH)
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Pendidikan: Hantar Gambar Bogel Ke Pelajar, Trump Bekal Senjata Api?

Guru ditahan hantar gambar bogel, adakan hubungan seks dengan pelajar 14 tahun
Stephanie Peterson, 26 tahun, ditahan pada pagi Rabu di New Smyrna, Florida. - Foto dailymail.co.uk 

SEORANG guru sains wanita di Amerika Syarikat telah ditahan selepas menjalinkan hubungan seksual dengan pelajar lelaki berusia 14 tahun. Stephanie Peterson, 26 tahun, ditahan pada pagi Rabu di New Smyrna, Florida setelah pelajar berkenaan mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Memetik laporan Daily Mail, pelajar itu berkata guru tersebut yang telah pun berkahwin kerap menjemputnya di rumah pada 11 malam. 
Mereka kemudiannya menghabiskan masa selama berjam untuk berdua-duaan.

Guru itu juga dilaporkan sering menghantar gambar-gambar bogelnya kepada pelajar tersebut, serta membelikan ganja untuknya. 
Atas kesalahan yang dilakukannya itu, Peterson kini ditempatkan di sebuah penjara di daerah Volusia.

Siasatan mendapati, hubungan antara Peterson dan remaja itu bermula pada November tahun lepas, namun ia tidak jelas sama ada remaja itu salah seorang dari pelajarnya. 
Peterson bagaimanapun meletak jawatan pada Isnin, sehari sebelum dia ditangkap.

Dia dan suaminya, Brandon, seorang anggota bomba telah berkahwin sejak 2015 namun tidak mempunyai anak.


Trump Cadang Guru Bawa Senjata Api Di Sekolah. Huru-haranya Pendidikan AS.

Trump

Sebelumnya, di Washington, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercadang untuk membekalkan senjata api kepada guru bagi menangani kejadian tembakan rambang di sekolah di negara itu.

Beliau berkata demikian pada pertemuan dengan mangsa yang terselamat dalam kejadian tembakan yang mengorbankan 17 mangsa di sebuah sekolah tinggi di Florida baru-baru ini.
Pada masa sama, Trump berjanji untuk memperketatkan pemeriksaan latar belakang pemilik senjata api, selepas berkongsi kesedihan yang ditanggung keluarga mangsa dan pelajar yang berjaya melarikan diri dalam insiden itu.
“Sekiranya anda mempunyai seorang guru yang mahir dalam mengendalikan senjata api, mereka mampu menamatkan serangan dengan segera. -AFP/myMetro Online.

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Friday, March 02, 2018

Muzium LGBT Pertama Bakal Dibuka Di Britian.




LONDON: Sejarah dan pencapaian golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender) di Britain akan diabadikan di muzium LGBT pertama yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Muzium yang bakal dinamakan Queer Britain itu dijangka dibuka pada 2021 di London selepas selesai siri jelajah seluruh negara bagi mendapatkan bahan untuk pameran.
"Album foto keluarga kami di negara ini belum lengkap sepenuhnya, malah halamannya masih bertaburan.
"Ini adalah peluang untuk mewujudkan sebuah institusi yang bermula dengan penindasan tetapi bergerak ke hadapan hingga mampu melahirkan tokoh yang memberi impak besar dalam kalangan masyarakat kami," kata Joseph Galliano yang menjadi tulang belakang di sebalik projek itu kepada Reuters.
Galliano yang juga bekas editor Gay Times berkata, muzium itu bakal menawarkan pengalaman mendalam menerusi penggunaan realiti maya bagi mencipta empati terhadap kisah yang dipertontonkan.
"Saya mahu masyarakat lebih memahami, misalnya seorang perempuan muda boleh membawa ibunya ke muzium ini untuk membina persefahaman antara satu sama lain," katanya.
Galliano berkata, beliau mahu membina momentum bagi memperingati ulang tahun ke-50 hak homoseksual yang dinafikan England pada 1967.
Sebelum ini, muzium LGBT hanya boleh ditemui di New York dan San Francisco, Amerika Syarikat serta Berlin dan Amsterdam di Eropah.
Sementara di Toronto dan Melbourne mempunyai arkib khas bagi golongan LGBT. - Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ini suatu proes menghidupkan kembali 'sunnah punah' kehidupan kaum Lut yang telah diterbalikkan Allah SWT buminya.
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Gambar Pelakon Lucah Boleh Tingkatkan Hasil Ladang.. Ini!

Petani guna gambar pelakon lucah untuk tingkatkan hasil ladang
Chenchu percaya dengan meletakkan poster pelakon-pelakon filem lucah di ladangnya, sayur-sayuran yang ditanamnya akan menghasilkan kuantiti yang banyak dan berkualiti.

ANDHRA PRADESH: Kebiasaannya, petani menggunakan pelbagai helah untuk menyelamatkan hasil tanaman mereka daripada dicuri dan dimakan haiwan.

Di sawah padi amnya, pesawah menggunakan patung yang dikenali orang-orang bagi mengelakkan hasil padi di makan oleh burung-burung.

Namun seorang petani di Andhra Pradesh, India mempunyai kaedah yang sangat berbeza.


Chenchu Reddy, 45 tahun, percaya dengan meletakkan poster pelakon-pelakon filem lucah di ladangnya, sayur-sayuran yang ditanamnya akan menghasilkan kuantiti yang banyak dan berkualiti.

Mempunyai ladang berkeluasan 4 hektar, Chenchu berkata idea untuk meletakkan poster-poster tersebut adalah bagi membolehkan penduduk di kampungnya fokus terhadap wanita dalam gambar itu dan tidak lagi mencuri hasil tanamannya.

Untuk menjayakan misi ini, Chenchu memilih menggunakan gambar bekas pelakon filem lucah terkenal iaitu Sunny Leone yang berposing menggunakan bikini berwarna merah.

Menerusi Irish Mirror, Chenchu berkata teknik ini sangat berkesan dan penduduk di kampungnya lebih focus kepada poster berkenaan berbanding hasil tanamannya.

Tambahnya, dia tidak takut sekiranya pihak berkuasa memintanya untuk menurunkan poster tersebut kerana percaya mereka tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Ini kerana sebelum ini mereka tidak pernah mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi golongan petani di sana.

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Thursday, March 01, 2018

Buka Tudung Ketika Bergambar, 3 Wanita Diganti RM707,528.



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT: Mahkamah Brooklyn pada Isnin mengarahkan bandar raya New York membayar pampasan berjumlah AS$180,000 (RM707,528) kepada tiga wanita beragama Islam.

Pampasan itu dibuat sebagai ganti rugi selepas dipaksa menanggalkan tudung ketika gambar wajah mereka diambil polis.



"Setiap wanita berkenaan akan menerima AS$60,000 (RM235,842)," kata peguam mereka, Tahanie Aboushi.

Dua daripada mereka diberkas pada 2015 dan seorang lagi pada 2016.
Ketiga-tiga kejadian berlaku di Brooklyn, wilayah paling padat penduduk di New York.

Mereka mendakwa hak kebebasan beragama dilanggar, menyaman bandar raya itu dan Jabatan Polis New York, pasukan polis terbesar di Amerika Syarikat, yang diwakili jabatan undang-undang bandar raya berkenaan.



Sementara jurucakap jabatan undang-undang bandar raya New York, Kimberly Joyce, berkata penyelesaian itu adalah untuk kepentingan bersama semua pihak terbabit.

Polis New York sejak itu mengubah garis panduan untuk membenarkan tahanan yang memakai tudung memilih gambar mereka diambil secara tertutup oleh anggota polis yang sama jantina.
- Daily Mail/Sinar Harian


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Isu Robert Kuok, Mesyuarat Kabinet Tegang.




Mesyuarat mingguan jemaah menteri semalam dilaporkan tegang dengan pertikaman lidah antara menteri-menteri Umno seperti Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan rakan-rakan mereka dari MCA dan Gerakan, menurut laporan beberapa akhbar Cina.


Ini susulan serangan baru-baru ini terhadap jutawan berpangkalan di Hong Kong, Robert Kuok yang didakwa menaja parti DAP.

Menurut China Press, tiga menteri MCA - presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong dan setiausaha agung Datuk Seri Ong Ka Chuan - serta presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong - meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Nazri, yang mencabar Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan menghina jutawan berusia 94 tahun itu.


Apabila kedua-dua enggan mengalah, laporan itu mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.




Sementara itu, Nanyang Siang Pau memetik Wee (foto, atas) sebagai berakata bahawa menteri-menteri MCA menuntut agar Nazri memohon maaf berhubung kemelut yang berlaku itu.



Wee, yang menyifatkan mesyuarat semalam sebagai tegang, dan berkata bahawa kabinet juga mengarahkan semua pihak supaya berhenti menjadikan Kuok sebagai sasaran.

Jutawan itu sebelum ini juga telah menafikan beliau menaja DAP dan membiayai portal The Malaysian Insight.


Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar itu tidak menyebutkan jika Nazri, yang adalah menteri pelancongan dan kebudayaan, ada memohon maaf semasa mesyuarat itu.


Liow (foto, bawah), ketika mengulas soalan dari akhbar Sin Chew Daily mengenai sama ada kabinet mengarahkan Nazri memohon maaf, berkata: "Ini adalah sesuatu yang kamu perlu tanya Nazri sendiri."


Presiden MCA itu turut mendedahkan bahawa kabinet mengakui sumbangan Kuok kepada negara.




"PM merakamkan rasa hormatnya kepada Kuok semasa mesyuarat itu dan mengiktiraf sumbangannya kepada negara," katanya.



Akhbar Oriental Daily pula memetik Nazri sebagai berkata bahawa isu itu telah diselesaikan dan hubungannya dengan menteri-menteri MCA tidak terjejas.

Disoal sama ada kabinet mengarahkannya untuk memohon maaf, Nazri pada mulanya mendakwa bahawa mesyuarat tidak membincangkan isu itu, tetapi kemudian menambah bahawa beliau tidak sepatutnya mendedahkan butiran mesyuarat itu.

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Malu, Kapal Layar Jho Low Dirampas Indo.. -Tuan Ibrahim.

Hasil carian imej untuk tuan ibrahim

PETALING JAYA: PAS berkata kerajaan Malaysia patut berasa malu dengan tindakan Indonesia merampas kapal layar mewah milik peniaga Low Taek Jho atau Jho Low, antara yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sebagai aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB.

“Kerajaan patut malu dengan tindakan pelbagai negara yang bertindak ke atas dana diselewengkan itu,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, tindakan kerajaan Indonesia menyita kapal layar bernama “Equanamity” bernilai RM1 bilion itu wajar dipuji kerana selaras dengan peraturan antarabangsa.
“Tanpa tindakan undang-undang, maruah negara dan pemimpin akan terus tercemar.”

Indonesia semalam menyita kapal layar itu di Bali, dalam siasatan rasuah berbilion dolar dikaitkan dengan dana 1MDB, kata polis. Media Indonesia menyiarkan gambar pegawai Indonesia dengan kru di atas kapal layar mewah itu yang berlabuh di Teluk Benoa.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata tindakan kerajaan Switzerland mengambil alih wang berkait hasil rampasan 1MDB sebagai untung “atas angin”. Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer dilaporkan berkata dana itu disalurkan kepada Perbendaharaan Persekutuan negara itu kerana tiada pihak menuntutnya.

Tuan Ibrahim berkata Malaysia rugi kerana melepaskan peluang bertindak menyelamatkan wang tersebut. DoJ sebelum ini dalam permohonan sivil di mahkamah AS mahu merampas aset lebih AS$1.7 bilion, yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB.

DoJ kini menangguhkan permohonan itu selepas melancarkan siasatan jenayah ke atas 1MDB. Jho Low dinamakan sebagai orang penting dalam tindakan AS itu, dan didakwa menggunakan wang diseleweng daripada 1MDB untuk membeli kapal layar sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Menurut laman web sewaan mewah, yachtcharterfleet.com, bahagian dalaman kapal itu dihiasi marmar dan daun emas, serta dilengkapi sebuah spa dan sauna, kolam renang sepanjang 20m di atas dek, teater filem, lif dan helipad.


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails