Saturday, March 10, 2018

Lelaki Cina Ini Edar Akhbar Harakah Percuma..



Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Asap

Hari ni pergi farmasi nak beli ubat.   Tak ramai pelanggan.   Cuma ada seorang lelaki berbangsa Cina sedang duduk. 

Aku menyapa,  'beli ubat uncle'?  Periksa tekanan darah jawabnya.

Sebelum keluar aku ambil sisipan akhbar Harakah yg diberi percuma kepada pelanggan.   Wa, minat politik?  
Tiba tiba uncle tu menyapa.   

Suka suka je kataku.    

Sekarang politik manyak pening.   Orang Melayu sekalang sudah pecah lima.  Ini macam kita orang Cina pun susah hati.  

Aku tersenyum mendengar kata kata uncle tu yang masih tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan betul.   Dah 60 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan dengan betul.  Aku menepuk lengan uncle tu dan bertanya,  'uncle sokong siapa?' 

PAS katanya.   Aku malas nak tanya apa sebabnya dan berlalu keluar.   Di dalam kereta,  terdetik di dalam hati,  kalau orang Cina boleh sokong PAS,  tak kan orang Melayu tak boleh.

Kalau orang Cina boleh nampak kebaikan dalam PAS tak kan orang Melayu tak nampak.  Kepada pemimpin pemimpin orang Melayu,  hendak dibawa kemana bangsa ini?   Mengapa dicarik carik bangsa ini?

Bangsa lain tahu mereka tidak akan dapat menerajui negara ini tanpa menggunakan parpet parpet yang terdapat di dalam kalangan orang Melayu.  Orang Melayu perlu keluar dari agenda perut untuk tidak menjadi abu jika Menang,  menjadi asap bila kalah.

Jangan sampai satu hari nanti ada ilmuan Melayu  yang menulis buku tentang Melayu dan Islam berjodol 'PERMATA YANG HILANG'.  (TKO)



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

PAS Tak Menang 1 Kerusi Pun, Menurut Kajian Lucu Invoke Rafizi Terbaru.



Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu menang di lima negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, menurut kaji selidik Invoke Malaysia.
Negeri tersebut adalah Kedah, Perak dan Johor selain mengekalkan kemenangan di selangor dan Pulau Pinang, kata pengasasnya Rafizi Ramli ketika membentangkan keputusan kajian, malam tadi.

Kaji selidik yang melibatkan 2,000 responden itu turut membayangkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung di Melaka dan Negeri Sembilan.

Ia juga menjangka HARAPAN akan menang di 89 kerusi Parlimen di Semenanjung manakala BN menang di 76 kerusi. Tiada responden daripada Sabah dan Sarawak dalam kaji selidik ini.

PAS pula dijangka tidak akan menang di walau satu kerusi Parlimen dan malah kalah di Kelantan, negeri yang ditadbirnya sejak 1990. Selain Kelantan, dua lagi negeri di pantai timur iaitu Pahang dan Terengganu juga dijangka kekal dipegang BN, kata Rafizi.

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Splash Punca Krisis Air S'gor? Ini Jawab Khalid Ibrahim.




AIDCNews -09/03/18 –Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh berhubung kritikannya terhadap Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) sebagai punca krisis air di negeri itu.
Khalid berkata krisis air di Selangor tidak menjadi seteruk hari ini, jika Hannah selaku Speaker DUN membenarkan isu Splash dibahaskan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
“Saya juga ingin mengingatkan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor bahawa saya pernah meminta Dewan membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tetapi beliau menolaknya mentah-mentah. Mungkin ketika itu merasakan ianya tidak begitu penting.
“Natijahnya rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab,”katanya dalam satu kenyataan.
Kritikan Khalid itu merujuk kepada kenyataan Hannah yang menyalahkan Splash yang disifatkannya telah gagal menyediakan maklumat terkini status kerja membaik pulih lalu menyebabkan lebih banyak gangguan pada rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan.
“Pengurusan tertinggi Splash harus dipertanggungjawabkan dan rakyat Selangor mahu tindakan tegas diambil,” kata Hannah.
Membidas kenyataan itu, Khalid berkata kesilapan Splash juga ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.
Menurutnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali tidak boleh lepas tangan dalam isu tersebut.
“Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya sudah pun mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
“Namun nampaknya Dato’ Besar Selangor tidak serius langsung untuk berbuat demikian. Tumpuan beliau lebih kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH; bukan untuk menyelesaikan isu air di Selangor.
“Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.
“Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah,”katanya lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk tadbir Selangor secara Islam, undilah Parti Islam Malaysia (PAS)!
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

Mengapa LGE Enggan Debat Walau Manfaatkan MCA -Dr Sivamurugan

Keengganan LGE berdebat akan manfaatkan MCA - Penganalisis

KUALA LUMPUR: Keengganan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menyahut seruan debat daripada Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong berhubung isu terowong dasar laut di negeri itu hanya akan memanfaatkan parti komponen Barisan Nasional itu, kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.

Beliau berpendapat demikian kerana isu tersebut dilihat menjadi perkara yang akan dinilai pengundi khususnya pengundi Cina dan atas pagar dalam membuat keputusan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Guan Eng tidak sedia untuk berdebat dalam usaha untuk pertahankan kedudukannya kerana merasakan Ka Siong tidak berada pada kedudukan yang sama. Walhal kita pernah lihat perdebatan sebelum ini yang tidak melihat jawatan tetapi sejauh mana masing-masing bersedia mempertahan kedudukan parti.


“Saya percaya ia (isu terowong dan lain-lain) boleh melahirkan keresahan atau kebimbangan dalam pengundi Cina sendiri mengapakah ia harus meleret sehingga tahap ini, dan jika penghinaan mengaibkan juga pembunuhan karektor melalui perbuatan seperti ini berlaku, serta boleh beri impak besar kepada prestasi atau keputusan yang bakal diperolehi kedua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Semalam, Guan Eng dilaporkan berkata bahawa dia enggan berdebat dengan Ka Siong kerana tidak mahu merendahkan martabat jawatan Setiausaha Agung DAP yang disandangnya sejak 2005 itu untuk berhujah dengan pemimpin nombor dua MCA.

Kata Guan Eng, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga pernah mengemukakan cabaran debat atas kapasiti sebagai Presiden MCA dan untuk kali ini, cabaran sama sepatutnya datang dari Liow Tiong Lai dan bukannya Ka Siong.

Ka Siong mencadangkan penganjuran debat itu berikutan pendedahan oleh kontraktor pembina projek terowong, Zenith Consortium Sdn Bhd telah membayar RM22 juta kepada dua orang individu sebagai rasuah untuk menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek mega berkenaan.

Ujar Dr. Sivamurugan lagi, beliau merasakan MCA menggunakan medium perdebatan sebagai usaha untuk memulihkan apa yang sukar diperolehi sebelum ini, sepertimana modus operandi yang pernah digunakan ketika berdepan PRU 13.

Walaupun mengakui masih sukar untuk BN kembali menguasai Pulau Mutiara itu dalam penentuan kali ini, isu tersebut dirasakannya bakal membawa perubahan prestasi kedua-dua parti terbabit.

“Perdebatan ini mahu digunakan sebagai satu alat untuk memudahkan mereka (MCA) mencapai pelbagai kumpulan sasar kerana merasakan ia akan ditonton oleh pelbagai kumpulan umur dan juga pengundi yang boleh menilai secara langsung.

“Dalam konteks ini, saya percaya dalam PRU nanti mereka mampu memberi persaingan yang jauh lebih baik berbanding 2008 dan 2013, dan mungkin akan berlaku sedikit perubahan dari sudut prestasi jika mereka mampu meyakinkan pengundi Tiong Hwa khususnya,” hurai beliau. (AA)



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Friday, March 09, 2018

Air: Lemahnya Tadbiran S'gor, Speaker DUN Salahkan Splash ..


Hasil carian imej untuk azmin Hannah Yeoh
SHAH ALAM – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mendakwa Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) yang bersalah dan menyebabkan ramai rakyat Selangor menderita tiada bekalan air sejak beberapa hari lalu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya mendakwa, Splash gagal memberi maklumat mengenai status kerja pembaikan bekalan air yang dilaksanakan hingga menjejaskan rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan
“Loji rawatan air SSP3 diuruskan oleh Splash. Splash telah dianugerahkan konsesi selama 30 tahun oleh kerajaan Selangor pada Januari 2000 untuk membina, mengendali dan menyelenggara SSP3.
“Perniagaan utamanya ialah pengeluaran air terawat yang dijual secara pukal ke Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hannah berkata, Splash sepatutnya memiliki kelengkapan yang lengkap untuk menangani insiden tersebut.
Justeru, katanya, Splash harus bertanggungjawab atas kegagalan mereka dan membayangkan kerajaan Selangor tiada kaitan dalam masalah bekalan air tersebut.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah lama digesa menyelesaikan isu bekalan air untuk rakyat negeri itu khususnya dalam soal pengambilalihan Splash.
Kerajaan Selangor semasa ditadbir bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun pernah menawarkan RM250.6 juta untuk mengambil alih Splash.
Penggantinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun didakwa mahu membayar pengambilalihan ekuiti Splash berjumlah RM2.975 bi­lion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran asal sebanyak RM250.6 juta.
Isu tersebut menjadi kontroversi kerana dilihat ada unsur ketidaktelusan menyebabkan pengambilalihan ekuiti Splash belum dapat dilengkapkan hingga hari ini. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti lemahnya pentadbiran Selangor di bawah PKR. Cuba PAS dalam PRU14 pula, membawa pentadbiran cara Islam di Selangor.
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

Bekalan Air L/Kelang Pulih Tengah Malam Ini Berperingkat.

Bekalan air  di Lembah Kelang mulai pulih tengah malam ini secara berperingkat
Bekalan air di Lembah Kelang mulai pulih tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Penduduk di Lembah Kelang yang terjejas akibat terputus bekalan air sejak Selasa, kini boleh menarik nafas lega.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) telah beroperasi dengan purata kapasiti 830 juta liter sehari (JLH).

Syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, memberitahu proses pengepaman bekalan ke Kolam Imbangan Bukit Tadun kini giat dijalankan sebelum penyaluran ke sistem utama serta kolam-kolam perkhidtmatan bagi proses pemulihan.

Sehubungan itu, bekalan air bagi semua kawasan terjejas akan bermula tengah malam ini atau awal pagi esok bergantung kepada tekanan sistem agihan.

Seterusnya, pemulihan bekalan akan berlaku secara berperingkat bergantung kepada geografi dan altitud premis pelanggan.

Sejumlah 427 kawasan di Lembah Kelang mengalami gangguan bekalan air bermula 6 Mac lalu susulan kerja pembaikan Sistem Mampatan di SSP3.


UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 


Derma, Pelancaran Manifesto PH Memalukan, Pelik, Mengapa? - Dr Kamarul Zaman



Kutipan derma yang dilancarkan pada Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan (PH) bertemakan ‘Membina Negara, Memenuhi Harapan’ pada Khamis malam jelas melemahkan semangat ahlinya dengan jumlah kutipan yang tidak seberapa.

Bukan sahaja tidak menunjukkan keseriusan PH untuk berkuasa mentadbir Malaysia, malah dengan jumlah kutipan yang dicapai turut tidak masuk akal.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff bekata, situasi itu pasti kelihatan 'pelik' kerana yang hadir pada majlis pelancaran manifesto itu bukan calang-calang orang.

"Pelik juga kerana ramai yang hadir adalah berjawatan besar di dalam kerajaan seperti Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang, Ahli-Ahli Parlimen, ADUN-ADUN, bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri mahupun berjawatan besar di dalam bidang swasta.

"Tetapi, Pengerusi Majlis, Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan kutipan derma tabung pilihan raya yang diminta daripada semua pemimpin dan semua hadirin hanyalah berjumlah sebanyak RM13,676 sahaja.

"Jumlah itu terlalu rendah jika hendak dibandingkan dengan ceramah DAP di Sekolah Han Chiang, George Town pada 6 Mac 2008, sebelum DAP berkuasa di Pulau Pinang , menurut buku Lim Guan Eng, adalah berjumlah sebanyak RM123,000," katanya sinis dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Kamarul Zaman, mustahil individu berjawatan besar yang hadir pada majlis pelancaran di IDCC Shah Alam pada Khamis malam itu hanya mampu menyumbang sebanyak RM10 atau RM20 seorang.

"Kalau saya adalah pemimpin PH, saya akan merasa malu dan lemah semangat dengan jumlah kutipan derma Majlis Pelancaran Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan yang terlalu sedikit ini kerana ia tidak selari dengan laungan untuk merampas Malaysia," katanya. - AgendaDaily 



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

206 Cawangan: DAP Diminta Daftar Baru. Lemahnya DAP!




PUTRAJAYA, 21 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – DAP dikehendaki mengemukakan semula permohonan bagi pendaftaran 206 cawangan baharu parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook berkata perkara itu disampaikan oleh Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim dalam pertemuan dan perbincangan di ibu pejabat jabatan itu, di sini hari ini.
Menurutnya, permohonan pendaftaran kesemua cawangan tersebut yang dihantar kepada RoS pada Mei 2013, tidak diluluskan susulan isu pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang hanya diselesaikan pada November 2017.

Manifesto Pakatan Terap Agenda Liberal Agama -Dr. Kamarul Zaman




KUALA LUMPUR – Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jelas berunsur liberal kerana menyebut kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan kepada negeri-negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, manifesto itu merupakan satu naratif bagi mewajarkan penghapusan institusi Islam di peringkat Pusat dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tambah beliau, Manifesto PRU14 Pakatan Harapan turut berjanji memastikan kedudukan hak asasi Malaysia dalam ‘Universal Periodic Review’ menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi Malaysia selaras dengan perkembangan dunia.
“Ini boleh dibayangkan sudah tentulah pelbagai undang-undang jenayah syariah tidak lagi boleh dikuatkuasakan di Malaysia. Sudah tentu insiden murtad akan berleluasa, begitu juga golongan ateis dan Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual ( LGBT) akan turut berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul turut mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan menjadikan kumpulan bekas penjawat awam G25 berfikiran liberal sebagai badan luar yang dirujuk dalam penyediaan Manifesto PRU14.
Kata beliau, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri mendedahkan perkara tersebut pada majlis Pelancaran Manifesto PRU14 Pakatan Harapan di Selangor malam tadi.
Menurut beliau, umum mengetahui G25 adalah satu badan yang dianggotai oleh beberapa bekas penjawat awam kerajaan yang cukup bermasalah dengan idea liberal agama mereka.
Sebagai contoh, katanya, kumpulan G25 pernah meminta menilai kembali Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia yang didakwa melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi.
Ujarnya, buku terbitan G25 antara lain mengandungi saranan memperjuangkan sistem politik sekular, peranan Islam di dalam pentadbiran kerajaan dikurangkan dan umat Islam diberikan kebebasan untuk murtad.
“Termasuk dalam agenda G25 yang juga menjadi agenda DAP ialah penghapusan institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang tertera dalam kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, iaitu Zairil Khir Johari,” katanya.
Justeru, Kamarul berkata, komitmen Pakatan Harapan untuk mendaulatkan Islam di Malaysia jelas meragukan berdasarkan kandungan Manifesto PRU14 Pakatan Harapan.
“Pada 6 Februari lalu, saya sendiri mempersoalkan komitmen Pakatan Harapan mendaulatkan Islam di Malaysia kerana kegagalan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan JAKIM dalam Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Bila ditanya wartawan mengenai pendirian Pakatan Harapan terhadap JAKIM, beliau hanya menyebut: “Itu (sama ada JAKIM itu diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal)
“Semoga Allah selamatkan umat Islam di Malaysia dari ancaman golongan liberal,” katanya. – Mynewshub.cc

10 Jutawan Saudi Tiada Dalam Senarai Majalah Forbes. Mengapa?



NEW YORK, 21 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Majalah yang menyenaraikan individu terkaya di dunia, Forbes,mengumumkan tidak memasukkan nama Putera Alwaleed bin Talal, dalam senarai terbaharu keluarannya.
Forbes berkata, tindakan itu dibuat kerana mereka tidak dapat mengira dengan pasti jumlah kekayaan taikun Arab Saudi itu setelah beliau ditangkap dalam operasi membanteras rasuah tahun lalu.
Putera Alwaleed dibebaskan bulan lalu selepas dilaporkan bersetuju menyerahkan sebahagian kekayaannya kepada kerajaan Arab Saudi.
Majalah itu juga tidak menyenaraikan semua taikun Arab Saudi dalam senarai tahunannya selepas sesetengah mereka ditangkap dalam operasi itu.
Kebanyakan yang ditahan itu dibebaskan selepas mereka bersetuju menyerahkan sebahagian kekayaan bernilai lebih AS$100 bilion dalam bentuk aset kepada kerajaan Arab Saudi.
Namun, kerajaan Arab Saudi hanya memberi sedikit sahaja maklumat mengenai individu yang ditangkap, tuduhan yang dikenakan dan berapa jumlah yang mereka bayar untuk pembebasan itu.
Forbes awal minggu ini berkata, adalah mustahil untuk mengetahui secara tepat siapa yang membuat bayaran dan berapa jumlah yang dibayar.
Berikutan itu, Forbes berkata, mereka mengeluarkan nama 10 jutawan Arab Saudi, termasuk Putera Alwaleed, yang sebelum ini dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18.7 bilion, dan Mohammed al-Amoudi (AS$8.1 bilion).
Dengan langkah itu juga, Forbes kini meletakkan jutawan Mesir, Nassef Sawiris  daripada keluarga dinasti Sawaris, sebagai individu terkaya di Timur Tengah dengan kekayaan peribadi mencecah AS$6.8 bilion. Empat daripada anggota keluarganya juga berada dalam senarai individu terkaya di dunia. 




Bagaimanapun, Forbes berkata, dengan kekayaan yang masih ada, semua jutawan Arab Saudi itu mungkin akan tersenarai semula pada masa depan.
Dalam kenyataan berasingan, Forbes edisi Timur Tengah hari ini berkata, kekayaan jutawan Arab Saudi itu dipercayai meningkat AS$42.1 bilion tahun lalu berikutan kenaikan harga minyak, tetapi nama mereka tidak disenaraikan kali ini selepas laporan menyebut sebahagian kekayaan itu dirampas.
Forbes menyenaraikan 2,208 jutawan di seluruh dunia tahun ini, meningkat berbanding 2,043 tahun lalu. – Agensi
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Keganasan Anti-Islam Sri Lanka Merebak Ke 4 Bandar.

 Rumah penduduk Islam dibakar oleh ekstremis Buddha di Kandy, Sri Lanka.

COLOMBO, 21 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Keganasan terhadap umat Islam mula merebak ke kawasan lain, termasuk di bandar tanah tinggi di Ambatenna di tengah Sri Lanka, hari ini. 

Ratusan ekstremis Buddha etnik Sinhalee bersenjatakan kayu, batu dan bom petrol menjerit-jerit sambil menuju Ambatenna, tanpa mempedulikan darurat yang diisytiharkan kerajaan Presiden Maithiripala Sirisena. Puluhan anggota polis dan askar hanya mampu melihat kumpulan itu merosakkan dan membakar rumah serta premis perniagaan milik umat Islam di kawasan Welekada. 

Ekstremis dianggarkan sehingga 500 orang dilaporkan memasuki Welekada tanpa mempedulikan perintah darurat, serta memusnahkan sekurang-kurangnya 15 rumah penduduk muslim dan masjid. Empat bangunan dan kenderaan juga dilaporkan dibakar.

Serangan itu mencetuskan kebimbangan konflik di Sri Lanka berulang, kurang sedekad selepas Colombo mengakhiri perang terhadap kumpulan pengganas Tamil.

Pertelingkahan terbaharu itu bermula Ahad lalu apabila seorang pemuda Buddha etnik Sinhalee, maut dipukul sekumpulan lelaki muslim dalam satu kemalangan di Teledeniya, Kandy – daerah tanah tinggi yang popular dengan ladang teh, dan didakwa sebagai salah satu tapak suci Buddha. 

Hari berikutnya, ratusan ekstremis Buddha, kebanyakannya dari luar daerah itu menyerang umat Islam dan membakar puluhan rumah, kedai dan masjid di Kandy. Seorang pemuda muslim berusia 23 tahun ditemui mati dalam bangunan yang dibakar, menyebabkan kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung.
Keganasan, bagaimanapun, berterusan dan malam semalam beberapa kejadian dilaporkan berlaku di empat bandar lagi, termasuk kejadian di Menikhinna menyebabkan tiga anggota polis cedera.
Sehari kemudian, bandar Ambatenna pula diserang selepas seorang lelaki Sinhalee yang membawa sebutir bom tangan terbunuh apabila bom itu tiba-tiba meletup.
Polis melaporkan setakat ini, 35 individu ditahan dalam siri keganasan itu.
Kerajaan Sri Lanka masih menyekat perkhidmatan internet dan menghalang akses kepada Facebook serta aplikasi pesanan media sosial yang lain, termasuk Whatsapp dan Viber.
Penduduk Islam di kawasan terjejas dengan keganasan berkata, mereka hidup dalam suasana harmoni dengan penganut Buddha selepas perang menentang kumpulan pengganas Tamil.
“Kami tidak tahu apa yang berlaku. Kumpulan penyerang itu berasal dari luar. Kami tidak kenal mereka. Tetapi mereka tidak mampu melakukan serangan ini tanpa bantuan penduduk di kawasan kami, kerana mereka tahu mana rumah orang Islam dan bukan Islam,” kata Shukry Cassim.
Penganalisis berkata, ketegangan itu tercetus di antara kedua-dua pihak kerana kebangkitan kumpulan nasionalis Buddha berikutan berakhirnya perang tiga dekad dengan pengganas Tamil. Kumpulan itu, termasuk yang diketuai oleh sami Buddha, Bodu Bala Sena, yang ada hubungan dengan ekstremis Buddha di Myanmar.
Kumpulan ini dilihat mendapat sokongan bekas Presiden Mahinda Rajapakse, dan menuduh umat Islam, yang populasinya adalah 10 peratus daripada 21 juta penduduk Sri Lanka, memaksa orang ramai memeluk Islam dan memusnahkan tapak suci Buddha.
“Sri Lanka berada di ambang keganasan anti-Islam. Serangan ini teratur dan terancang. Ini adalah alasan baik untuk mempercayai bahawa ia adalah sebahagian daripada rancangan provokasi untuk menyaksikan tindak balas umat Islam, yang kemudian akan menyebabkan lebih banyak keganasan antimuslim dilakukan,” kata penyelidik Kumpulan Krisis Antarabangsa, Alan Keenan. – Agensi
Hasil carian imej untuk Keganasan anti-Islam di Sri Lanka merebak ke empat bandar
Gambar bawah Ibnu Hasyim di Sri Lanka..
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Negeri Paling Maju, Tapi Penduduk Tadah Air Hujan. Hi Hi Hi.




Malaysian Digest – Mendapat gelaran sebagai negeri paling maju dan paling kaya di Malaysia, Selangor bukanlah negeri menawarkan perkhidmatan infrastruktur terbaik – daripada jalan raya paling teruk sehinggalah perkhidmatan membekalkan air kepada rakyatnya.
Utusan Online melaporkan, gangguan bekalan air yang menyebabkan lebih 2 juta pengguna terjejas baru-baru ini berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3)
Apa yang memeranjatkan adalah, Loji SSP3 sudah mengalami kerosakan semenjak 2016 lagi dan kontraktor hanya diarahkan menjalankan kerja membaik pulih pada Januari lalu.
Pengurus loji SSP3, Azman Abd. Aziz dalam temubualnya kepada Utusan turut mendedahkan bahawa empat unit pam di Loji SSP3 sudah tidak boleh dibaiki lagi berikutan kekurangan tenaga pakar dalam syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
“Bagi pam nombor lapan yang mengalami kerosakan bearing yang dikesan pada Januari lalu gagal berfungsi sepenuhnya, sementara pam nombor empat yang rosak sejak Mei 2017 masih belum dapat dibaiki kerana melibatkan masalah kos.
“Kerja memperbaiki ini sedang dijalankan namun perlu dibuat secara berperingkat-peringkat kerana memerlukan pemantauan rapi,” kata Azman.
Loji SSP3 membekalkan air kepada 427 kawasan meliputi Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat.
Hal ini menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana kemampuan kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi perkhidmatan membekalkan air bersih terbaik kepada rakyat, selain sekadar mempolitikkannya sepanjang masa.
Mudah bagi kerajaan negeri memberi jaminan menghantar bantuan dengan mengerah lori tangki air ke kawasan terjejas, tetapi ianya turut memberi kesukaran kepada rakyat untuk mengangkut berbaldi-baldi air ke rumah masing-masing.
Bagaimana pula dengan penduduk rumah pangsa? Bagaimana mereka yang menetap di tingkat 20, 30? Ternyata ianya sukar.
Sebagai langkah penyelesaian, ada antara penduduk rumah pangsa Selangor yang mengalami gangguan bekalan air terpaksa bergantung kepada air hujan sepertimana ditunjukkan pada 2 keping gambar yang tular di media sosial semenjak 6 Mac lepas.
Bukan untuk menyalahkan kerajaan negeri semata-mata, namun perkara ini tidak akan berlaku sekiranya projek Langat 2 tidak dipolitikkan kerajaan PKR Selangor dan Azmin segera menamatkan proses pengambilalihan pegangan Splash yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.















Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sama saja DAP/PKR dari sudut khidmat kebajikan untuk rakyat, cakap tak serupa bikin! Oleh itu dalam PRU14 akan datang, tolak saja parti-parti itu, pilihlah PAS. 
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails