Saturday, March 17, 2018

Solat Tahajud, Hafaz Al-Quran Rahsia Kejayaan SPM. -Nilia Nur 11A



KUANTAN, 27 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Mendisiplinkan diri dengan tidak pernah meninggalkan solat tahajud dan solat hajat setiap malam adalah kunci kejayaan Nilia Nur Mohd Ramlan, 18, yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Bagi pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) itu, dorongan kuat daripada ibu bapanya yang tidak pernah memberi tekanan dalam soal pelajaran, membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk belajar bagi membuktikan dirinya mampu berjaya dan mengharumkan nama keluarga.


"Syukur Alhamdulillah sebab memang tidak sangka dapat keputusan 11A. Apa yang saya amalkan setiap hari menghafaz al-Quran serta berbuat baik kepada orang lain dan mungkin kerana itu Allah permudahkan saya untuk mencapai keputusan cemerlang," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2017 Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang Airulamri Amran dan Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang Datuk Zulkifle Ali Al-Hafiz.

Muhammad Aliff Furqan Abdul Ghani, 18, yang muncul sebagai pelajar cemerlang sekolah berkenaan dengan turut memperoleh 11A, pula berkata faktor membahagikan masa dalam pelajaran dan bersukan amat penting untuk membolehkan pelajar aktif sepertinya memperoleh keputusan yang baik.

"Sekiranya waktu bersukan, saya akan fokus kepada aktiviti itu sahaja dan tidak mencampur-adukkan dengan pelajaran, begitu jugalah sebaliknya. Kebiasaannya saya lebih gemar belajar dalam keadaan senyap supaya pelajaran yang diulang kaji lebih mudah difahami," katanya.

Anak keempat dari lima beradik itu juga merancang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Of Cambridge, London. 

Seorang lagi pelajar yang memperoleh keputusan 11A, Muhammad Aiman Nasaruddin, 18, dari Temerloh, berkata memberi fokus kepada pelajaran yang sukar seperti Matematik Tambahan dan kerap bertanya kepada guru menjadi antara resepi kejayaannya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

"Selain itu, banyakkan berdoa dan sentiasa cuba untuk dekatkan diri pada Allah. Ibadah juga jangan tinggal kerana bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita," katanya yang ingin menyambung pengajiannya di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah. - Bernama


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Prinsip Islam Lindungi Hak Hak Bukan Islam. -K/Penerangan PAS


PAS mengakui akan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya yang ada di negara ini. Justeru itu, PAS menegaskan bahawa variasi masyarakat ini mesti dipelihara dan diolah menjadi sumber kekuatan bagi memacu kemajuan negara dalam pelbagai aspek.

2. Amat tidak wajar sekali perbezaan yang lahir secara semulajadi ini diperalat dengan cara mencetuskan sentimen perkauman dan menyentuh sensitiviti agama semata-mata untuk meraih kepentingan tertentu sehingga mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Sedang Allah swt. berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

  • ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu pada sisi Allah swt ialah insan yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui. (Al-Hujuraat : 13)

3. Islam dengan syariatnya yang sejagat telah menggariskan hak terhadap orang bukan Islam yang mesti diberikan dan dilindungi oleh pemerintah Islam. Betapa pentingnya menjaga hak bukan Islam sehinggakan Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

  • “Ketahuilah bahwa orang yang menzalimi bukan Islam sedang ia menjalin perjanjian dengan kerajaan Islam atau mengurangi haknya atau membebaninya di atas kemampuannya atau mengambil darinya sesuatu yang ia tidak relakan, maka aku adalah orang yang akan membelanya pada Hari Kiamat." (Riwayat Abu Daud)

4. Islam juga melarang orang bukan Islam dipaksa meninggalkan agamanya bagi menganut agama Islam. Orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menganut kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.

5. Orang bukan Islam juga berhak untuk menganggotai badan eksekutif dalam pemerintahan Islam terutamanya bagi mentadbir pelaksanaan sesuatu dasar dan juga penggubalan dasar-dasar yang melibatkan kepentingan orang awam secara umum.

6. Sama ada orang Islam atau bukan Islam, semuanya wajib bekerjasama menjaga keamanan dan keselamatan negara terutamanya daripada ancaman musuh negara.

7. Selain itu, cukai yang dikutip daripada orang bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam seperti jizyah adalah bagi menjamin orang bukan Islam mendapat hak perlindungan dan penjagaan yang sebaiknya terhadap nyawa, harta dan maruah mereka.

8. Sekiranya tidak berupaya menjamin perkara ini, pemerintah Islam wajib mengembalikan semula cukai yang telah dipungut itu kepada mereka.

9. Demikianlah betapa prinsip Islam memberikan perhatian yang sangat istimewa terhadap orang bukan Islam. PAS komited dan konsisten untuk memperjuangkan dan menterjemahkan prinsip-prinsip ini sehingga menjadi dasar penting negara.

Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat 



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Dalang Agen Asing Muncul Lagi Menjelang PRU.




AIDCNews -15/03/18 –Setiap kali menjelang PRU dalang agen asing akan muncul untuk menyemarakkan berita palsu dengan harapan berita itu akan memburukkan pemerintah dan memberi kredit kepada Pakatan DAP @ Hope.
Bagi menghadapi PRU 14, Cynthia Gabriel menggunakan flatform NGO C4 (Centre to Combat Corruption and Cronyism) menggunakan isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Cynthia yang juga salah seorang ‘master mind’ BERSIH bersama-sama dengan Pengarah Global BERSIH, Bala Chelliah telah pergi ke Switzerland berkomplot dengan ahli politik pembangkang, Carlo Sommaruga kononnya dana wang RM430 juta dari IMDB dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan negara itu.
Bagaimanapun IMDB menafikan wang tersebut adalah milik mereka.
Sebelum ini, ketika menghadapi PRU 13, Cynthia menggunakan flatform SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) menggunakan isu kapal selam Scorpene bagi menjatuhkan PM Najib.
Cynthia ketika itu melalui SUARAM telah mengupah seorang peguam dari Perancis untuk memburuk-burukkan Malaysia dengan mengaitkan PM Najib dengan kematian Altantuya Sharibu.
Peguam Peranchis itu kononnya mempunyai ‘bukti’ yang boleh di bawa ke mahkamah Perancis dan Cynthia mendakwa PM Najib akan disapina dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun isu PM Najib akan disapina dan bakal dibicarakan di mahkamah Peranchis adalah berita palsu semata-mata.
Selepas PRU 13, isu kapal selam tidak lagi dimainkan oleh Cynthia.
Pada tahun lepas, Cynthia telah menerima Anugerah Demokrasi 2017 yang diiktirafkan oleh NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan demokrasi milik Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Katanya, dia bersedia dituduh sebagai ‘ejen asing’ atau ‘agen CIA’ ketika menerima anugerah itu di Washington DC.
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Rendahkan Islam, Manifesto PH Ditolak Mahasiswa.



Kuala Lumpur: Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pihaknya menentang keras manifesto Pakatan Harapan (PH) yang merendahkan agama Islam atau menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain serta turut menjalankan kempen kepada anak muda untuk memboikot manisfesto Pakatan Harapan itu.

Menurutnya, hal ini boleh menjadi bukti bahawa PH yang dikawal DAP sememangnya tidak akan memperjuangkan Islam seperti yang terzahir pada manifesto PRU14 mereka. 

“Apa yang kita tengok yang mendominasi hala tuju Pakatan Harapan memang DAP kerana yang pertamanya DAP adalah parti yang besar dan hakikatnya jika dicampur kuasanya di Semenanjung dan Sarawak dia mempunyai bilangan yang kuat dan secara nombornya dia mempunyai kuasa yang cukup untuk mendominasi hala tuju terhadap Pakatan Harapan.” 

Beliau berkata, GAMIS tetap konsisten menolak PH kerana trek rekod DAP di dalam Parlimen sebelum ini kuat menentang pemerkasaan Syariah Islam terutamanya dalam isu RUU355 dan setakat ini belum ada penafian dari kalangan pemimpin DAP yang bersetuju dengan RUU355. 

Menurutnya, selagi mana DAP tidak memberi laluan kepada umat Islam untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, GAMIS akan tentang DAP dan untuk PRU14 ini, sesiapapun yang bersama DAP juga akan GAMIS tentang sekali untuk menidakkan agenda mereka merendah-rendahkan kedudukan Islam daripada berlaku. 

“Kita akan kempen anak muda untuk tolak Pakatan tersebut dan gerak kerja itu sudahpun kita mulakan termasuk ke Sabah dan Sarawak untuk meneruskan kempen bersama anak-anak muda di sana.” 
“Sebelum ini kita telah turun ke Kelantan dan kawasan utara, seterusnya akan ke bahagian selatan iaitu Johor pula meneruskan kempen menolak Pakatan Harapan ini,” tegas beliau. 

Beliau berkata, PRU14 ini adalah penentuan kepada misi dan hala tuju kepada survival umat Islam dan kedaulatan Islam maka, seharusnya seluruh Muslim di Malaysia menolak secara keseluruhan Pakatan Harapan yang jelas berusaha merendahkan kedudukan Islam termasuk di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Justeru, “Kita minta umat Islam semua untuk bersatu menolak sepenuhnya Pakatan Harapan kerana kalau kita tidak bersama untuk menolak tidak ada peluang lain lagi untuk kita selamatkan kedaulatan Islam selepas ini.” 

Sementara itu, sebuah lagi pertubuhan pelajar, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas dan mengutuk keras tindakan pemimpin Pakatan Harapan yang cuba merendahkan Islam dan meletakkan kedudukan Islam sama taraf dengan agama-agama lain seperti yang dilaporkan oleh blogger cilik, Ahmad Ali Karim sebelum ini. 

Presiden GPMS, saudara Zamri Mohd Isa berkata, sememangnya kedudukan agama-agama lain tidak boleh dinaikkan kedudukannya menjadi setaraf dengan kedudukan Islam kerana kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah amat tinggi berbanding agama-agama lain. 

Menurutnya, manifesto PH ini jelas cuba mempermainkan rakyat negara ini selain cuba berselindung dengan beberapa ayat agar tidak disedari bagi memudahkan mereka memperjuangkannya dikemudian hari jika disokong dan menang PRU14 kali ini. 

“Perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam agar kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak diubah oleh pihak PH yang mempunyai perancangan licik dan agenda tersembunyi,” katanya. 

Zamri berkata, “Pendirian Pakatan Harapan tidak bertepatan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan saya menyeru kepada seluruh umat Islam di seluruh negara agar menyedari bahawa gerakan kerja dan perancang di belakang Pakatan Harapan adalah DAP yang sudah lama berniat untuk menyamaratakan semua kedudukan agama dan kedudukan semua bangsa-bangsa di dalam negara ini. 

“GPMS membidas dan mengutuk keras tindakan PH yang cuba mengaburi rakyat dengan manifesto yang mempunyai agenda tersirat dan licik mereka agar tidak disedari oleh rakyat secara keseluruhannya.” 

Jelas beliau, perkara ini amat merbahaya bukan sahaja kepada negara malah kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan yang termaktub di dalam Perkara 3(1) dan juga kedudukan istimewa orang Melayu yang sudah tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Justeru, seluruh Muslim di Malaysia tidak boleh terpedaya dengan janji manis PH serta wajib menolak secara keseluruhan Pakatan Harapan yang jelas berusaha merendahkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, jangan langsung memberi peluang kepada mereka kerana mereka tidak berminat memperjuangkan Islam.” 

Menurutnya, “Kebanyakan pemimpin Islam yang berada di dalam Pakatan Harapan boleh saya kategorikan sebagai pengkhianat agama dan pengkhianat bangsa sebenarnya kerana mereka ini sanggup menjadi kuda tunggangan DAP hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa.” 

Bagaimanapun, beliau yakin orang Melayu dan orang Islam di negara ini akan menolak mereka pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti.
(menara.my/)


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Hukum Wanita Berdasar Zakar, Menteri Belia Wajib Berpurdah..– Asiah Jalil



Kuantan: Tidak berpuas hati kerana kononnya ulama mengharamkan golongan wanita daripada memakai wangian, Asiah Abd Jalil menuduh kebanyakan hukum hakam yang melibatkan kaum wanita adalah berpandukan kepada zakar lelaki.

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian di laman media sosial Facebook beliau baru-baru ini lantaran terpesona dengan wangian seorang wanita yang berada di sebelahnya ketika membeli nasi lemak.


Asiah Abd Jalil berkata, “Pagi tadi masa nak beli nasi lemak, kat sebelah saya ada seorang ibu yang nak beli nasi juga. Bau dia sangat wangi, saya terpesona, tertanya-tanya apa brand perfume yang dia pakai.”
“Dua minit duduk sebelah dia, bau wangi dia buatkan mood saya jadi segar, fikiran jadi lapang dan terus rasa nak jadikan hari ini produktif. Aura positif dari bau dia berjangkit kat saya.”
“Kemudian saya terfikir, kenapa ulama’ haramkan wanita memakai bau-bauan dan berwangi-wangian? Sedangkan bukankah fitrah manusia sukakan pada haruman?”
“Lalu saya sedar, kebanyakan hukum hakam berkaitan wanita sebenarnya berpandukan zakar lelaki. Kalau sesuatu perbuatan itu mencetus ghairah lelaki, maka haram haram haram. Sudahnya hampir semua perkara yang disukai wanita secara fitrah, telah dihukumkan haram.”


Individu wanita yang pernah diiktiraf oleh Siti Kasim sebagai aset masa depan negara ini kemudian mempersoalkan keperluan untuk mengambil berat tentang zakar lelaki, sehingga mengorbankan kehendak wanita itu sendiri.


Bentak beliau, “Adakah tugas wanita yang lemah ini sememangnya untuk melindungi lelaki dari api neraka? Seolah-olah zakar lelaki begitu sukar untuk dijaga dan ditertibkan oleh otak lelaki sendiri.”
“Maka kalau boleh wanita perlu jadi halimunan, atau perlu jadi seburuk dan sebusuk mungkin, agar zakar lelaki terpelihara.”


Menggunakan logik yang sama, beliau juga mendesak golongan agamawan untuk mengeluarkan fatwa agar lelaki yang kacak seperti Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar wajib memakai purdah bagi memelihara iman beliau dan wanita-wanita lain kerana mereka tidak mampu untuk menundukkan pandangan.


Beliau berkata, “Kami bersetuju bahawa KJ sangat hot dan seksi, selain tall, dark and handsome.”
“KJ menggegarkan hati ramai wanita. Pak lebai patut keluarkan fatwa agar lelaki seperti KJ wajib pakai purdah.”
“Demi untuk memelihara iman kami para wanita, sebab kami tak mampu nak menundukkan pandangan. Barulah adil kan?”
https://www.menara.my 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kamu bersetuju dengan pandangan kumpulan Asiah Abd Jalil/Siti Kasim sesat ini, kamu anti Islam?

Kalau kamu jelas tidak mahu tersesat..
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Sokong Usul Haramkan Alkohol Bar M'sia. -Peguam Mohd Amir



Kuala Lumpur: Usul untuk mengharamkam minuman beralkohol pada majlis-majlis Malaysia Bar AGM dibawa Peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor yang mengemukakan cadangan baru untuk dibangkitkan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-72 (AGM) pada Sabtu ini mendapat sokongan majoriti peguam-peguam Muslim badan profesional itu. 

Peguam yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Saudara Aidil Khalid berkata, beliau menyokong cadangan untuk haramkan alkohol tersebut kerana melihat ianya lebih harmoni selain ahli-ahli Malaysia Bar ini terdiri daripada Islam dan bukan Islam. 

“Jadi apa-apa majlis yang diadakan oleh Bar ia perlu mengambil kira kepentingan semua.” 

Menurutnya, rasional atau tidak disebalik tindakan tersebut ia akan dibahaskan Peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor yang merupakan ahli Bar Malaysia pada Sabtu ini dan berharap ianya akan diterima baik ahli Bar Malaysia setelah ditolak pada sesi lepas. 

Beliau berkata, Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor mengusulkan perkara itu adalah sebagai hak beliau dibawah akta profession undang-undang untuk mengusulkan apa-apa cadangan yang hendak dicadangkan. 

“Saya akan menyokong usul tersebut walaupun sebelum ini saya tidak pernah hadir ke majlis Bar kerana kurang berminat disebabkan terdapat minuman arak yang dihidangkan.” 
“Pada pandangan saya sekiranya usul ini diluluskan ia akan menarik lebih ramai lagi peguam-peguam Muslim untuk terlibat dengan sebarang program termasuk makan malam atau dinner anjuran Malaysia Bar selepas ini,” katanya. 

Ditanya adakah menghidangkan alkohol ini menjadi kemestian dan sengaja dibuat bagi mengelakkan peguam Muslim hadir Aidil Khalid berkata, “Tidaklah sampai ke tahap begitu, bukan sengaja mereka menghidangkannya cuma mungkin kesedaran itu belum ada terhadap sensitiviti Muslim.” 

Aidil berkata, sebagai contoh, “Sebelum ini, dalam tahun-tahun 60an hingga 70an dahulu yang saya dengarlah daripada senior-senior peguam dan menurut mereka ketika itu di dalam majlis-majlis kerajaan juga ada dihidangkan alkohol tetapi kemudian kesedaran itu datang dan tidak lagi dihidangkan di abad ini.” 

“Cuma di peringkat Bar ini mungkin lambat sikit tetapi kita kena mulakanlah untuk tidak lagi menghidangkan alkohol memandangkan kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama tambahan, orang Islam terdiri daripada kelompok yang ramai jadi kena ambil kira isu sensitiviti orang Islam juga,” katanya. 

Sementara itu, peguam Faidhur Rahman Abdul Hadi daripada Young Professionals berkata, cadangan atau usul untuk haramkan minuman arak untuk Malaysian Bar AGM ini amat tepat pada masanya kerana Malaysian Bar AGM sebelum ini secara bebas menghidangkan minuman-minuman yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan ini mendatangkan ketidakselesaan kepada ahli-ahli Bar Malaysia yang merupakan peguam-peguam terutamanya yang beragama Islam. 

Menurutnya, jadi ini berprejudis kepada hak agama mereka juga dan agak wajar sekiranya jika cadangan ini diluluskan dan sudah pasti mereka lebih selesa untuk menghadiri acara-acara yang dikendalikan oleh Bar Malaysia. 

Beliau berkata, secara rasionalnya, peguam-peguam beragama Islam adalah majoriti ahli kepada Bar Malaysia jadi Bar Malaysia tidak sepatutnya mengadakan apa-apa acara atau majlis yang secara bebas menghidangkan alkohol. 

“Masalahnya sekarang apabila mereka mengadakan acara mereka akan dengan bebas menghidangkan alkohol tanpa mengambil kira sensitiviti peguam-peguam yang beragama Islam dalam Bar.” 

Beliau menambah, “Jadi apabila kita pergi ke majlis atau acara mereka secara terang dan depan-depan kita mereka akan hidangkan minuman beralkohol itu dan sudah tentu kita akan rasa tidak selesa.” 

Tegasnya, beliau menyokong pengharaman minuman beralkohol untuk tidak dihidangkan di majlis dan acara anjuran Bar Malaysia selepas ini. 

“Saya juga menyeru agar semua peguam-peguam yang lain untuk turut hadir pada hari tersebut dan memberi sokongan penuh mereka juga terhadap usul yang dikemukakan itu bagi keharmonian bersama,” katanya.

Read more at: https://www.menara.my/usul-haramkan-alkohol-bar-malaysia-disokong/


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1MDB Bayar RM4B Kepada Good Star Ltd Milik Jho Low. Ini Bukti?


Tony Pua: Bank Negara sahkan Good Star Limited kepunyaan Jho Low. Klik di sini

MAKA berkatalah alhusseyn51.blogspot.my..

GEMPAR!!! 1MDB TELAH MEMBUAT BAYARAN SEBANYAK RM4 BILLION KEPADA SYARIKAT GOOD STAR LIMITED YANG DIMILIKI OLEH JHO LOW!!!
Jika anda merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada mukasurat 25 dan 26 ada tertulis begini: 

"Pada 30 September 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi kelulusan pindahan dana ke dalam akaun usaha sama di J.P Morgan SA dan RBS Coutts Bank Ltd. (Geneva). 

Seterusnya pada 30 September 2009 juga, sejumlah USD300 juta telah dipindahkan ke akaun 7619400 di J.P Morgan (Suisse) SA, iaitu bank 1MDB Petrosaudi Ltd (syarikat usaha sama).

Bagaimanapun, baki USD700 juta telah dipindahkan ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd. milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dengan projek usaha sama ini. 

Berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Shahrol Azral pada 5 Jun 2015 dan kenyataan beliau semasa mesyuarat PAC pada 25 November 2015, akaun tersebut adalah milik Good Star Limited yang merupakan subsidiari (anak syarikat) Kumpulan Petrosaudi sejak 1 September 2009.

Semakan Jabatan Audit Negara (JAN) juga mendapati tiada kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB untuk pemindahan wang ini ke dalam dua akaun yang berasingan."

PEMBOHONGAN DATUK SHAHROL AZRAL KONONNYA GOOD STAR ADALAH ANAK SYARIKAT PETROSAUDI TERDEDAH APABILA BANK NEGARA MALAYSIA TELAH MENGESAHKAN MELALUI SEPUCUK SURAT KEPADA PAC BAHAWA GOOD STAR LIMITED ADALAH MILIK JHO LOW DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN PETROSAUDI

Download : Laporan DOJ di sini 

Kandungan surat tersebut sepatutnya dimasukkan ke dalam laporan PAC tetapi Pengerusi PAC iaitu YB Hasan Arifin telah bertindak memadamkan maklumat tersebut pada saat akhir, ini menimbulkan protes dari 5 orang ahli PAC dari parti pembangkang antaranya YB Tony Pua dan Dr Tan Seng Giaw

Isi kandungan surat tersebut telah didedahkan oleh akhbar Wall Street Journal (Pastinya ia dibocorkan oleh orang dalam BNM sendiri yang tidak tahan melihat kerakusan Najib dan Kuncu utamanya Jho Low merompak wang rakyat). Malaysiakini ada melaporkan tentang pendedahan WSJ tersebut namun tidak dapat menunjukkan isi surat berkenaan kerana ianya berstatus "SULIT".

Kesahihan surat itu terbukti apabila kerajaan Malaysia MENGAKUINYA tetapi biasalah di Malaysia ni walaupun surat itu dengan jelas menunjukkan bahawa NAJIB RAZAK BERSUBAHAT DENGAN JHO LOW ROMPAK RM4 BILION WANG RAKYAT MELALUI 1MDB tetapi orang yang jenayahnya telah terbongkar TIDAK MAHU LETAK JAWATAN dan pihak-pihak yang sepatutnya menangkap dan mendakwa beliau semuanya TAKUT KEPADA NAJIB TAPI TAK TAKUT KEPADA ALLAH SWT. Kerajaan Najib sebaliknya berusaha mencari siapa yang membocorkan maklumat  tersebut untuk diambil tindakan.

(Dibawah saya sertakan gambar kepala surat tersebut yg disiarkan oleh sebuah Laman Web (Laman Web ini telah disekat oleh SKMM))

Juga disertakan gambar Najib bersama Jho Low, Putera Turki Bin Abdullah Pengasas Bersama syarikat Petrosaudi serta keluarga Najib yang dikatakan diambil diatas sebuah kapal layar mewah beberapa bulan sebelum mereka melaksanakan "operasi merompak" RM4 bilion daripada 1MDB melalui projek penipuan Petrosaudi. 

(Laporan DOJ Amerika Syarikat yang diterbitkan kemudiannya memberikan butiran terperinci bagaimana Najib dah Jho Low merompak kira2 RM20 bilion wang rakyat Malaysia melalui 1MDB) 


 #HANYA KUASA RAKYAT MAMPU MENGAJAR NAJIB, JHO LOW, RIZA AZIZ, ROSMAH MANSUR DAN KUNCU-KUNCU MEREKA TERMASUK PENJILAT2 TEGAR MEREKA DARI PARTI PEROMPAK UMNOBN DAN KHADUMB MEREKA PARTI PAS 

 #UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA PASTIKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA HANYA UNDI PAKATAN HARAPAN PRU14 YANG AKAN HAPUSKAN GST, KEKALKAN BRIM DAN TANGKAP PEROMPAK-PEROMPAK BERPULUH PULUH BILION WANG RAKYAT MALAYSIA MELALUI PELBAGAI SKANDAL TERUTAMA 1MDB 

 Hj Zaidi bin Ahmad 
(Bekas Mejar TUDM)
0174164728 

# VIRALKAN DEMI TANAHAIR DAN MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT TERCINTA 
ALLAH MAHA BESAR3X!!!
Sekian dari alhusseyn51.blogspot.my
Terima kasih dari IbnuHasyim.

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Bahaya Rumah Urut, Polis S'pura Pun Kini Bebas Serbu.



JIKA di Selangor ketika ini pesat tumbuh lebih 6,000 buah rumah urut tawar khidmat seks berbanding 420 buah sahaja pada 2008, lain pula halnya di Singapura yang ada masalah sama.


Media tempatan melaporkan pihak polis republik itu kini tidak lagi perlu waran mahkamah untuk memeriksa rumah urut yang disyaki turut menjalankan kegiatan maksiat terutama aktiviti pelacuran kepada pelanggan lelaki mereka.
Langkah keras itu diambil ketika pasukan polis meningkatkan usaha penguatkuasaan terhadap rumah urut terutama beroperasi tanpa lesen setelah Akta Rumah Urut yang diluluskan Parlimen Singapura berkuat kuasa pada bulan ini.
Setakat hari ini, hanya 10 wanita berjaya ditangkap atas kesalahan di bawah Piagam Wanita dan Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing ekoran masalah birokrasi untuk mendapatkan waran bagi melakukan penggeledahan premis.
Untuk rekod, sebahagian besar rumah urut di Singapura bijak berselindung di sebalik perniagaan spa yang memang dibenarkan mengikut peraturan tetapi menawarkan perkhidmatan seks bagi menarik pelanggan sentiasa datang.



Dengan dikenakan bayaran cuma sebanyak S$50 (RM149) sehingga S$80 (RM238) bergantung kepada jenis posisi persetubuhan, kewujudan rumah urut itu dikatakan antara punca utama kadar perceraian meningkat setiap tahun.
Ia berlaku akibat ramai suami di Singapura kecewa dengan layanan ‘dingin’ daripada isteri ekoran keletihan kerja seharian, kemudian beralih menikmati hubungan batin eksklusif di rumah urut yang lazim ditawarkan warga asing.
Sementara itu, media melaporkan 14 rumah urut dikesan polis yang beroperasi secara haram hasil operasi serbuan terhadap 41 premis tersebut di 15 estet perumahan termasuk Changi, Bukit Timah, Orchard dan Upper Thomson.
Siasatan masih dijalankan. Di bawah Akta baru itu, rumah urut yang beroperasi di premis tidak berlesen boleh dihukum denda sehingga S$10,000 (RM29,806) dan dipenjara sehingga dua tahun bagi kesalahan pertama.
Bagaimanapun untuk kes sabitan kesalahan yang selanjutnya, hukuman denda sehingga S$20,000 (RM59,613) atau boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun atau pun kedua-duanya sekali. – Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Urut dan seks bebas tanpa mengikut syariat memang dilarang oleh Islam dan sifat-sifat kemanusiaan sejagat. Tetapi banyak negara-negara yang tidak mahu ikut. Maka berlakulah jenayah tersebut seperti apa yang berlaku hari ini. Termasuk di negara Malaysia.

Renung sejenak 'Hadis 40 Imam Nawawi' .. 

Hadis 34 - Amar Ma’ruf Nahi Munkar menyebutkan:
 Daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
  • Maksudnya: “Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya; jika tidak sanggup maka dengan lisannya; dan jika tidak sanggup juga dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Ahmad no. 11478, Muslim no. 49, Abu Daud no. 1140 dan al-Tirmizi no. 2172)
Pengajaran hadis:
  1. Menentang pelaku kebatilan dan menolak kemunkaran adalah kewajiban yang dituntut dalam ajaran Islam atas setiap muslim sesuai kemampuan dan kekuatannya.
  2. Redha terhadap kemaksiatan termasuk diantara dosa-dosa besar.
  3. Sabar menanggung kesulitan dan amar ma’ruf nahi munkar.
  4. Amal merupakan buah dari iman, maka menyingkirkan kemunkaran juga merupakan buahnya keimanan.
  5. Mengingkari dengan hati diwajibkan kepada setiap muslim, sedangkan pengingkaran dengan tangan dan lisan berdasarkan kemampuannya.
  6. “Mengubah dengan tangan” itu ialah jika ada kekuasaan, bukan mengubah dengan kekerasan yang boleh membawa kepada perkelahian, kekacauan, peperangan dan pertumpahan darah.
  7. Mengubah dengan lisan ialah dengan kata-kata, dakwah dan tunjuk ajar. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jihad yang utama ialah perkataan yang benar di sisi pemerintah yang zalim.” (Riawayat Ahmad no. 11159 daripada Abu Said r.a)
  8. Mengubah dengan hati ialah dengan cara tidak bersetuju sepenuhnya kemungkaran yang berlaku dan menentang serta membenci kemungkaran tersebut dengan hati.
Ibn Mas’ud berkata: “Binasalah orang yang tidak mengetahui dengan hatinya akan yang hak dan yang mungkar.”

Jadi, Apa nak buat?

Inilah salah satu cara menolak mungkar.  Iaitu menggunakan pen di tangan menolak mungkar... Dengan mengundi parti Islam se Malaysia/PAS..
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

Aceh Kaji Hukum Laksanakan Pancung Kepada Pembunuh



ACEH - Kerajaan autonomi Aceh dilapor sedang mengkaji hukuman pancung bagi kesalahan membunuh. 
Media Indonesia melaporkan, Pengarah Pejabat Undang-Undang Syariah dan Hak Asasi Manusia Aceh, Syukri M Yusuf berkata, kerajaan Aceh sudah meminta pihaknya mengkaji pelaksanaan hukuman pancung itu.

Liputan6 melaporkan, Syukri berkata, selepas kajian yang akan dilakukan pada tahun ini, pihaknya akan menggubal undang-undang. Syukri menegaskan hukum kisas itu perlu bagi mengurangkan kadar jenayah di Aceh, khususnya pembunuhan.

Menurutnya, jika hukum Syariah dilaksanakan secara konsisten, jenayah seperti pembunuhan akan menurun bahkan tiada lagi kerana ada ketakutan untuk melakukannya.

“Ketika orang takut membunuh, maka nyawa orang lain selamat, nyawa dia juga akan selamat,” katanya.

Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia melaksanakan undang-undang Syariah, termasuk sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkaitan zina dan judi. Buat masa ini, hukuman bagi jenayah lain termasuk membunuh masih menggunakan undang-undang kebangsaan Indonesia.

Menurut Daily Mail, Syukri dilapor berkata, hukuman bagi kes bunuh yang diamalkan sekarang dianggap ringan dan pesalah biasanya melakukan kembali jenayah itu selepas dibebaskan dari penjara. – Agensi/myMetro Online


Ibnu Hasyim (kanan sekali) semasa menjadi tetamu jemputan pemimpin Aceh di Dewan Undangan Negeri Aceh.

Lihat juga..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Ini Universiti Tertua Di Dunia. Bukan Oxford.




MUNGKIN Ramai yang menyangka bahawa universiti tertua di dunia adalah universiti Harvard, Universiti Cambridge atau Universiti Oxford; namun sangkaan mereka meleset sama sekali!

Universiti Al-Qarawiyyin adalah universiti pertama dunia dan ditubuhkan di bandar Fez, Maghribi pada 859 Masihi semasa pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah.

Pada tahun 1998, Guinness Book of World Records menetapkan Universiti Al-Qarawiyyin sebagai universiti tertua dan pertama di dunia yang memberikan pembelajaran akademik.

Lebih menarik lagi universiti ini telah diasaskan oleh seorang wanita Islam iaitu Fatimah al-Fihri yang lahir di Tunisia, merupakan seorang ilmuwan dan dermawan.
FATIMAH AL-FIHRI LAHIR DI TUNISIA TELAH MENGASASKAN UNIVERSITI AL-QARAWIYYIN.
Siapa sangka, niat awalnya datang ke wilayah Fez atas urusan perdagangan seterusnya telah mencipta sejarah dengan membina Universiti Al-Qarawiyyin kerana cintakan pengetahuan Islam dan sains serta menyedari akan kepentingan pendidikan dalam Islam.
Universiti Al-Qarawiyin mempunyai perpustakaan tertua yang menempatkan sebanyak 4,000 koleksi buku unik, berserta manuskrip arab kuno yang ditulis oleh ulama terkenal di rantau ini.
Antara koleksi bahan yang tersimpan adalah Al-Quran versi abad ke-9 dan manuskrip mengenai perundangan Islam yang ditulis oleh ahli falsafah, Ibn Rushd.
Subjek yang diajarkan di Universiti al-Qarawiyyin pula terdiri dari pelbagai subjek antaranya ilmu tafsir, feqh, bahasa Arab, perubatan, matematik, falsafah, muzik, sejarah, kimia, astronomi, retorik dan sains.
Direkodkan bahawa pada abad ke 14 pelajar-pelajar di universiti tersebut sudah mencapai sebanyak 8,000 orang.
Sehingga kini, universiti tersebut menampung pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit termasuklah pelajar Muslim, Kristian dan Yahudi.


Universiti al-Qarawiyyin telah mencapai kemasyhuran yang berprestij, melahirkan ribuan ulama berprofil tinggi yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap alam intelektual dan akademik di dunia Islam.
Antara ilmuwan Islam yang pernah menjadi pelajar di sini ialah Abu al-Abbas al-Zawawi, Abu Madzhab al-Fasih, Ali Africanus, Ibn al-Arabi dan ramai lagi.
Manakala antara pelajar Kristian pula ialah Gerbert Aurillac, yang memperkenalkan penggunaan sifar dan angka Arab ke Eropah, Nichola Louvain dan Deutch Golius yang juga mempelajari bahasa Arab di sana.
Bangunan universiti ini telah diperbaharui namun serba sedikit masih mengekalkan estetikanya yang asli, namun masjid dan perpustakaan masih lagi mengekalkan bangunan asal.







Dari sudut lain, bandar Fez antara bandar yang tersenarai sebagai tempat pelancongan yang menarik di dunia. Bandar ini masih mengekalkan ciri-ciri bandar lama yang dikenali sebagai “Fes al-Bali” yang sangat menakjubkan.
Jelaslah bahawa penyebaran ilmu yang berbentuk akademik sudah pun bermula pada abad ke-9 semasa era kegemilangan Islam.


Malah, penubuhan Universiti al-Qarawiyyin memberitahu bahawa dalam Islam golongan wanita tidak terhalang untuk menuntut Ilmu bahkan pengasas pusat ilmu ini juga merupakan seorang wanita.
Universiti al-Qarawiyyin seterusnya telah menjadi ilham kepada penubuhan universiti-universiti lain bertaraf dunia dan telah menjadi tempat tarikan pelajar dan pelancong ke benua Afrika itu. – (IH)



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails