Saturday, March 24, 2018

Peruntukan Adun Pas: Azmin &PKR Mengalah Atau Memang Sudah Kalah?


KLANG - “You pergi la tanya dia (Adun Pas) dah dapat ke belum.” Demikian respons Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya berhubung perkembangan isu peruntukan Adun Pas di negeri ini.
Mohamed Azmin berkata demikian selepas selesai solat Jumaat dan penyerahan bantuan kepada surau-surau di negeri ini yang berlangsung di Masjid Asy Syarif, Meru, Klang, semalam.

Sebelum ini, isu ini menjadi polemik di dalam pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan) Selangor apabila Adun Pas di negeri itu mendakwa tidak menerima peruntukan daripada kerajaan negeri.


Malah, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi sebelum ini memaklumkan pihaknya masih menunggu untuk mengadakan pertemuan dengan Mohamed Azmin berhubung isu itu.

Dalam pada itu, Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan bahawa wakil rakyat daripada parti Islam itu  telah mula menerima peruntukan berkenaan sejak seminggu lalu.
Beliau berkata, perkara itu tidak lagi menjadi isu memandangkan setiap Adun Pas di negeri berkenaan telah mula menerima peruntukan tersebut. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selepas ditekan oleh PAS, baru Azmin dan PKR akhirnya mengalah atau memang sudah kalah?


Benarkah Kajian Ini?
Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14

Doa Ustaz Dusuki Untuk Kemenangan Islam. -Zakaria Ismail.


KECOH tentang doa al-Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani pada malam munajat sempena 10 tahun PAS dalam Kerajaan Selangor pada 18 Mac yang lalu.
Pandangan saya:
Doa itu menampakkan sekali kerendahan hati seorang hamba yang serba dhaif mengadu hal dan masalah kepada tuhannya Yang Maha Berkuasa.
-     Begitulah hidup seorang mukmin, walaupun banyak yang dibuat dan diusahakan untuk mencapai cita-cita dan tujuan, namun itu hanyalah usaha yang tidak memberi bekas. Lalu dia sangat memohon agar Allah S.W.T jua yang memakbulkan hasratnya.
-     Itulah juga halnya seorang petugas dalam gerakan Islam, sentiasa mengadukan kesukaran tugasnya dan kehibaannya atas penolakan manusia untuk kembali kepada fitrah Islam, kepada tuhannya yang Maha Esa.
-     Petugas gerakan Islam tidak pernah merasakan, mereka keseorangan dalam berjuang. Ia telah dimulakan oleh para Nabi dan Rasul, seterusnya dipikul oleh generasi demi satu generasi sehinggalah hari kiamat.
-     Oleh itu, tentulah doa itu juga mengambil semangat dan sempena daripada sejarah perjuangan Islam sepanjang zaman. Kerana bukan kita yang memulai perjuangan ini. Dan bukan juga kita yang menyudahinya. Sejarah pertolongan Allah kepada pejuang Islam sentiasa disebut sebagai satu kesyukuran dan juga satu harapan.
Termasuklah peristiwa Ahzab, iaitu ketika Madinah dikepung musuh dan hampir tiada jalan keluar daripada tekanan pihak musuh yang ramai itu melainkan kebergantungan dan tawakal yang penuh kepada Allah S.W.T jua.
Akhirnya, pasukan Ahzab ditewaskan oleh angin kencang dan sejuk sehingga meninggalkan bumi Madinah yang mereka kepung. Itulah Allah S.W.T mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaanNya.
-     Doa itu antara hamba dengan tuhannya. Tidak semestinya perkara-perkara yang diminta oleh seseorang hamba akan dimakbulkan semuanya. Namun seseorang hamba akan sentiasa meminta sesuatu yang bermanfaat kepada dirinya, sama ada perkara dunia atau akhirat. Termasuk dalam manfaat itu juga, mendoakan kegagalan musuh yang menghalang perjuangan Islam, mendoakan kegagalan golongan yang berhasad dengki kepadanya dan mendoakan kegagalan syaitan dan ahli sihir mengganggu kehidupannya.
-     Jika anda setuju dan mempunyai permintaan yang sama seperti dan diminta oleh orang yang berdoa, anda boleh mengaminkannya.
Jika tidak, tak perlu anda mengaminkannya. Mintalah apa yang anda suka. Anda tidak dilarang untuk merendah diri dan berdoa kepada Allah meminta apa yang anda suka.
Saya pula, tentulah doa sebaik itu, saya akan aminkannya. Berikut doa Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang dimaksudkan itu:
"Di malam yang baik ini, ya Allah, kami berkumpul di padang ini mengharapkan kejayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, khususnya di bumi Selangor ini dalam pilihan raya yang akan kami lalui.
"Kami memohon, mengadu kepada-Mu ya Allah betapa lama bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak (dengan) cara agama.
"Kami memohon kepada-Mu Ya Allah agar diberi peluang kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, untuk memerintah bumi Selangor ini.
"Berilah peluang untuk melihat keadilan Islam, berilah peluang untuk melihat betapa indah agama-Mu ini di bumi bertuah ini.
"Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu betapa ada di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kami disekat perbelanjaan, peruntukan untuk mereka.
"Pada-Mu kami pohon untuk membuka hati-hati mereka itu. Ataupun selayaknya Kamulah yang membalas kepada mereka itu ya Allah.
"Kami pohon untuk mengadu pada Kamu Ya Allah, betapa jamaah ini dikhianati oleh mereka-mereka yang melarikan kerusi kami.
"Kami pohon Ya Allah betapa mereka ini selayaknya Kamu membalasnya. Kamulah yang sebaik-baiknya yang membalas.
"Tidakkah Kamu menyebut doa mereka yang dizalimi itu tidak akan ditolak oleh-Mu. Kami pohon kepada-Mu segala pakatan yang mereka rancang itu dihancurkan (dan) lebur mereka Ya Allah.
"Ya Allah jadikanlah pakatan yang jahat itu, pakatan yang tidak mempunyai kekuatan ya Allah, sebagaimana Kamu telah meleburkan tentera-tentera Ahzab itu ya Allah.
"Demikianlah kami akan hadapi nanti ya Allah. Demikian juga kami akan berhadapan dengan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.
"Kami pohon pada-Mu ya agar dibuka hati setiap pengundi-pengundi di kalangan kami ini agar melihat bagaimana kezaliman yang dilakukan BN sebelum ini terhadap rakyat bumi Selangor dan bumi Malaysia ini.
"Kami pohon pada-Mu ya Allah agar dibuka hati sesama kami ini agar dirapatkan ikatan ukhuwah kami ini.
"Jauhkanlah di kalangan kami berpecah sesama kami (dah) bahkan jadikanlah kami kesatuan di kalangan kami.
"Berikanlah kemenangan Islam di bumi Malaysia ini ya Allah sehingga kami lihat keindahan agama-Mu, sebagaimana kami ingin melihat al-Quran yang indah itu dalam setiap sanubari umat manusia.
"Hanya kami membawa ajaran-Mu ini ya Allah. Jika kamu rebahkan kami, siapa lagi yang mampu untuk membawa agama-Mu ini.
"Hanya kami daripada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, membawa ajaran agama-Mu.
"Dalam keadaan jerih, ada di kalangan kami telah gugur di jalan-Mu. Ada di kalangan kami yang sedang menunggu-nunggu untuk gugur. Ada di antara kami mengorbankan harta benda mereka. Ada di kalangan kami yang bangun dan sujud pada-Mu ya Allah.
"Guru-guru kami, mereka yang telah berjuang di jalan-Mu sehingga menghadap-Mu membawa perjuangan ini ya Allah. Jadikanlah saat kami menadah tangan pada-Mu ini, kuburan mereka di antara taman-taman syurga.
"Jangan jadikan kubur mereka antara kawah-kawah neraka. Jadikanlah tangan yang memangkah Parti Islam Se-Malaysia, PAS, kubur mereka menjadi damai dan tenang.
"Di atas kesaksian mereka itu, jadikanlah tangan-tangan mereka itu sebagai saksi di hadapan-Mu nanti ya Allah.
"Kami pohon kepada-Mu agar amalan yang baik ini dalam lima tahun sekali, yang mereka pangkah nanti akan bertanggungjawab di hadapan-Mu nanti, hanya melihat Islam sebagai cara hidup di kalangan mereka.
"Berilah peluang pada kami (untuk) membuktikan indahnya agama-Mu ini khususnya di bumi Selangor.
"Kuatkan barisan kepimpinan kami ya Allah. Jangan ada di kalangan kami yang cuba menikam belakang kami pula.
"Sebagaimana tusukan yang pernah ditusuk oleh sahabat-sahabat kami yang mengkhianati baiah itu.
"Kamulah sebaik-baik (yang) membalas ya Allah kerana Kamu Maha Mendengar setiap doa-doa.
"Ya Allah jadikanlah setiap rezeki yang mereka dapat itu, bahan bakar pula bagi mereka nanti, menjadi keseksaan kepada mereka nanti.
"Jadikanlah setiap apa yang kami kerjakan ini amalan soleh untuk kami. Untuk kami tunjuk di hadapan-Mu nanti betapa kami lakukan (dengan) penuh keikhlasan dan penuh ketabahan.
"Kami pohon kepada-Mu agar jangan membolak-balikkan hati kami ini, membolak-balikkan hati pengundi-pengundi sehingga mereka nampak hanya bulan untuk mereka sokong.
"Jadikanlah setiap di kalangan umat bumi Selangor ini yang beriman kepada-Mu, berikan kelapangan dalam hati mereka untuk bersama Islam.
"Berilah peluang Islam bercahaya di bumi ini ya Allah. Jika tiada lagi pertolongan dari-Mu, siapa lagi yang mampu untuk memberi pertolongan untuk kami.
"Jika tiada pertolongan dari-Mu, kepada siapa lagi kami mampu untuk mengadu.
"Izinkan bibir kami menyebut Lailahaillallah Muhammadurrasulullah di saat penghujung kehidupan kami. Kamulah yang memberi kekuatan pada kami pada saat itu.
"Jadikanlah kelapangan di saat kami menghadap-Mu nanti. Jadikanlah kubur kami bercahaya dengan cahaya yang indah, jauhkan kubur kami (daripada menjadi) kawah-kawah neraka.
"Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon untuk bangkit di akhirat bersama panji-panji Islam ini, bersama Nabi-nabi-Mu, bersama Nabi kami Muhammad S.A.W.
"(Dan) berjalan beriringan ke syurga-Mu nanti. (Kami) mengharapkan syurga Firdaus daripada kerja-kerja kami ini.
"Jadikanlah setiap daripada mereka yang bersama Parti Islam Se-Malaysia, PAS, ini semuanya dalam syurga. Jauhkanlah ahli-ahli PAS ini daripada terhumban ke nerakamu pula.
"Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah setiap usaha kami yang datang (dari) jauh (dan) berkumpul di padang yang luas ini, (sebagai) keluasan rahmat-Mu untuk kami.
"Hancurkanlah tentera-tentera Ahzab itu Ya Allah, hancurkanlah pakatan Ahzab itu ya Allah, hancurkanlah kekuatan mereka Ya Allah.
"Jadikanlah perpecahan di kalangan mereka dan jadikanlah kekuatan kami pula dan tegakkan islam di muka bumi ini.
"Inilah janji kami, inilah permohonan kami. Berilah pertolongan sebagaimana kamu telah memberi pertolongan kepada Nabi kami dalam perang Ahzab Ya Allah." - HARAKAHDAILY 24/3/2018
Penulis ialah AJK PAS Kawasan Marang

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Himpunan Besar PAS, Sebelum PRU14..



KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu akan mengadakan himpunan terbesar parti itu yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hari ini.

Himpunan Harapan Rakyat-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.8 yang diadakan di Kuala Terengganu ini bagi mencukupkan siri penganjurannya di lapan kawasan seluruh negeri Terengganu.


Pengarah Harap-PGU 3.8, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyeru seluruh pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong PAS hadir pada himpunan terakhir ini.


"Saya menyeru seluruh pemimpin dan ahli PAS serta penyokong parti ini untuk hadir beramai-ramai ke program Harap-PGU 3.8 pada hari ini bermula jam 3.00 petang sehingga 12:00 malam bertempat di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Jam 3.00 petang perarakan konvoi pemuda dan persembahan Buskers. Pada jam 5.00 petang santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan Dato' Sohok Pok Ya Cong Codei, kuliah Maghrib dan Munajat bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Hussain Awang dan Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
"Acara kemuncaknya adalah pada malam ini jam 9.00 malam. Amanat Tuan Guru Presiden PAS, pengistiharan lima manifesto akhir PAS Terengganu, persembahan lagu tema Terengganu Maju Berkat Sejahtera, penyerahan Dana RM1 Juta dan banyak lagi acara lain," ujarnya kepada Harakah, hari ini.
Kata Ustaz Wan Sukairi, ini adalah program kemuncak dan terakhir sebelum pembubaran Parlimen ke-13 pada bila-bila masa dari sekarang. 
Menurut beliau, kehadiran ahli parti sangat penting bagi mewujudkan gelombang kebangkitan PAS di Kuala Terengganu khususnya dan Terengganu amnya.

Semoga Allah S.W.T memberi kepada kita semua kemenangan kepada Islam di bumi Terengganu dan Malaysia, insya-Allah," ujarnya.
Sebelum ini, PAS Terengganu telah mengadakan beberapa siri himpunan Harap 3.0 itu sejak tahun 2015 ditujuh kawasan iaitu harap-PGU 3.1 di Kuala Nerus, Dungun (Harap-PGU 3.2), Marang (Harap-PGU 3.3), Kemaman (Harap-PGU 3.4), Besut (Harap-PGU 3.5), Hulu Terengganu (Harap-PGU 3.6) dan Harap-PGU 3.7 di Setiu. -HARAKAH 23/3/2018

Benarkah Kajian Ini?Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14

Tun M Pernah Jumpa PM Israel Secara Sulit?


AIDCNews -23/03/18 –Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel secara sulit sepertimana yang pernah didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, soal Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff.
Menurutnya, Anwar juga pernah menuduh Dr Mahathir pernah membayar pelobi Yahudi yang bernama Jack Abramoff, namun sejauhmanakah dakwaan itu benar, soalnya.
“Dr Mahathir jumpa PM Israel secara sulit?
“Bayar Jack Abramoff pelobi yahudi jutaan ringgit?,” soal Nurul Islam dalam Facebook.
Nurul Islam membangkitkan persoalan-persoalan itu berdasarkan kenyataan Anwar sepertimana dalam rakaman di bawah.


Benarkah Kajian Ini?Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14
Lihat juga.. 

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Friday, March 23, 2018

Malam Ini, Seorang Guru Pondok K'tan Kembali Sertai PAS..


PH di Kelantan khususnya PAN terus menerima tamparan apabila malam tadi, seorang ulama yang disanjungi oleh puak2 PAN iaitu Baba Zul kembali menyertai PAS secara rasmi...

Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Timbalan Presiden dalam majlis ceramah Bangkit Pertahan Kelantan di Bachok pada malam ini...

Baba Zul atau Tuan Guru Haji Zulkarnain Harun memang amat dikenali di Kelantan sebagai seorang guru pondok yang disegani....ole
h kerana sebelum ini banyak maklumat yang disampaikan kepada beliau adalah maklumat yang salah menyebabkan beliau mengambil keputusan menyokong HUSAM dan PAN...

Tapi dengan izin Allah, berkat doa ahli-ahli dan penyokong PAS...beliau akhirnya dapat melihat sendiri dan menilai sendiri manakah intan dan manakah kaca...justeru ini menunjukkan bahawa pan sudah mula mereput hasil fitnah dan adu domba yang depa jaja selama ini...

Insya Allah fenomena ini akan bertiup ke seluruh negara dan tidak mustahil ramai lagi yang akan kembali memperkuatkan PAS bagi menghadapi musuh utama perjuangan PAS iaitu umno be end serta pakatan haprak yang masih belum putus-putus menyerang PAS dari segenap sudut...

Tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di Bachok dan seluruh negara amnya...

alfaqir ilallah ppk5 Rejab 1439H

Benarkah Kajian Ini?
Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14

Idea DAP Tubuh PPBM Idea DAP. Kata Bekas Pengasas



AIDCNews -22/03/18 –Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah idea DAP, kata bekas pengasas parti itu, Kamarulzaman Habibur Rahman.

Idea DAP itu dilontarkan dalam satu post-mortem di pejabat Dr Mahathir untuk membincangkan kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun 2016.

“Cadangan telah dibuat oleh ahli mesyuarat itu termasuk DAP yang mengatakan bahawa jika kita (PH) mahu menang, kita kena pecahkan undi Melayu, kita kena pastikan UMNO menjadi lemah.
“Kalau orang bertanya saya siapa yang menubuhkan (PPBM), bukan Tun (Dr Mahathir) yang menubuhkan, bukan juga (Tan Sri) Muhyiddin yang menubuhkan. Yang menubuhkan (PPBM) termasuk juga DAP.
“DAP yang mencadangkan agar sebuah parti ini (PPBM) ditubuhkan,”kata Kamarulzaman dalam program “SEMBANG ONLINE – Klentongkrasi Pembangkang” amjuran Utusan Online

Tambahnya, sebab itu pemimpin-pemimpin tertinggi PPBM sampai sekarang tidak berminat untuk memperkasakan parti di peringkat cawangan.
Usaha DAP memecahbelahkan parti-parti Melayu turut disokong oleh jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

“DAP satu parti oppurtunis..Tadi cikgu (Kamarulzaman) mengatakan DAP lah tangan di belakang yang menggerakkan penubuhan Pribumi Bersatu (PPBM).
“Sebenarnya DAP bukan setakat (menubuhkan) Bersatu sahaja, (parti) Amanah pun, DAP adalah penggerak di belakangnya…yang memberikan sokongan, dokongan dan kewangan,”katanya.


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Tahniah Rafidah, Jangan Undi Pemimpin Korup. -Hj Idris Hj Ahmad



Tahniah Tan Sri Rafidah Aziz bekas Menteri kabinet  menyeru rakyat supaya tidak mengundi pemimpin politik korup. PAS sokong 120 peratus. PAS tidak kompromi masalah rasuah samaada di dalam parti atau di luar parti. Kenyataan Datuk Paul Low Menteri Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa 71 pemimpin BN dan 21 pemimpin PH manakala pemimpin PAS sifar siasatan kesalahan dalam tempoh 2013 hingga 2017 . Alhamdulillah.

CPI negara semakin merosot, kita dikejutkan dengan berita kedudukan indeks rasuah Malaysia yang kian merosot, dan berkongsi kedudukan di tangga 62 dengan negara Cuba. Menurut laporan Indeks Persepsi Rasuah 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International, kedudukan Malaysia juga merosot daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara.

PAS menentang rasuah bukan kerana marah kepada peribadi. Marah gejala rasuah bukan kerana dedak tidak cukup. Marah kepada rasuah bukan kerana sudah tidak ada kuasa, walau pun sewaktu kita ada kuasa dua kali lima, lima kali  dua sahaja. Marah kepada rasuah bukan  hanya retorik semata-mata, kerana akhirnya diri juga terpalit dengan rasuah.

PAS menentang rasuah kerana ia dilarang oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah ada di dalam neraka”. PAS istiqamah menentang rasuah.

PAS juga menentang politik kronisme, koruption, nepotisme (KNN) istilah yang cukup popular sewaktu zaman reformasi 1998. Cuma sekarang hanya menjadi bahan sejarah sahaja. PAS juga menentang kleptokrasi. Semua ini memusnahkan negara dan rakyat.

PAS menyeru rakyat kepada politik untuk mengubah negara yang lebih sejahtera dan buang pemimpin rasuah. Jenayah rasuah ini amat merbahaya kepada negara dan rakyat. Selain menyebabkan ketirisan dan pembaziran wang negara, turut mempengaruhi imej negara dalam ekosistem perdagangan dan politik antarabangsa.
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS



Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Mana Hudud Dalam Manifesto PAS? -Idris Ahmad.


TERIMA kasih jika yang bertanya, jikalau benar-benar ikhlas untuk melihat hukum Allah SWT ditegakkan. Kalau hanya hendak perli semata-mata maka ini jawapannya.
Daripada 20 tawaran Gagasan Sejahtera yang dibaca oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, perkataan hudud yang dicari. Bagi mereka yang perli ini, adakah mereka hendak sokong?
RUU 355 yang tidak mengubah prinsip apa-apa pun hiruk pikuk. Pada hal Mahkamah Syariah yang sama, hakim yang sama, pendakwa yang sama. Cuma hendak ditingkatkan bidang kuasa saja daripada 6 rotan kepada 100 sebatan syariah (bukan sebatan mahkamah sivil).
Terlalu marah dengan PAS sehingga sudah hilang rasional. Sila lihat dalam teras keenam, “pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak syariah”.
Sila lihat juga di dalam tawaran kesebelas di dalam manifesto Gagasan Sejahtera “memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan”.
Ertinya ayat yang diguna pakai di dalam teras dan tawaran ini sudah jami’dan mani’ (merangkumi semua). Saya tidak mahu minta mana pula manifesto dan tawaran mereka mengenai untuk memperkasakan syariah. Inilah masalahnya bukan tidak faham, tetapi buat tidak faham.
Untuk pengetahuan semua, Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, bukan sahaja hudud, tetapi juga qisas dan takzir. Hudud sebahagian daripada syariah Islam. Sebagai seorang Islam kita tidak boleh menolak hukum qisas dan takzir. Malahan satu ayat di dalam Al-Quran pun tidak boleh ditolak.
Menunjukkan PAS bukan parti menghukum, tetapi yakin penyelesaian ada bersama Islam. PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hendak membawa negara teokrasi, otokrasi dan revolusi.
PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hendak membentuk negara ala Iran, ala Saudi, bukan IS. Tetapi PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi. PAS dan Gagasan Sejahtera tidak akan memisahkan Islam dalam politik dan bernegara.
Gagasan Sejahtera juga akan mengukuhkan institusi agama yang sedia ada seperti Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam, jauh sekali untuk menghapuskannya. Payah menerangkan kepada golongan yang serba salah ini, mereka fikir PAS ini parti hendak hukum orang ja.
Biar rakyat menilai tawaran Gagasan Sejahtera berbanding dengan BN dan PH.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
22 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 22/3/2018

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Rasuah: Solusi Sejahtera. -Presiden PAS.




SEPERTI yang kita maklum dan paham dan perlu difahami, Islam bukan sahaja agama atau religion seperti yang difahami oleh orang yang bukan Islam, Islam adalah sempurna dan lengkap. 



Isu rasuah ini bukan sahaja perkara politik pentadbiran, termasuk dalam perkara agama. Disebut dalam Quran, disebut dalam Hadis-hadis Nabi S.A.W, bukan sahaja secara hukum, bahkan mendedahkan umat yang dilaknat oleh Allah orang Yahudi Bani Israil, diantaranya penyakit rasuah. 

Menangani rasuah

Dalam menangani masalah rasuah ini, Islam berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia. Kerana hukum Islam itu melibatkan undang-undang yang zahir termasuk undang-undang yang bersifat spiritual. Bukan sahaja salah dari segi undang-undang, termasuk berkait dengan dosa yang akan dikira pada hari akhirat.

Seorang yang tak dihukum di dunia kerana bijak dia melarikan daripada rasuah, tak lepas di akhirat. Ini perbezaan antara Islam dan bukan Islam. Dengan sebab itu pemerintah Islam di zaman awal berjaya menangani rasuah dan membersihkan kerajaannya daripada rasuah dengan kesempurnaan aspek ini yang berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia. 

Adapun laporan media asing, kita mesti menerima secara positif. Yang pertama kita terima kasih kepada media asing kerana mungkin mereka menyenaraikan tindakan-tindakan yang banyak diambil oleh kerajaan. Ataupun mereka melaporkan rasuah secara berita, sepatutnya mereka beritahu secara detail supaya kerajaan boleh bertindak.

Tidak dinafikan dalam dunia ini ada negara yang banyak rasuah, tapi disembunyikan, disembunyikan, bukan sahaja media asing termasuk media dalam negeri. Dengan sebab itu kita mengalu-alukan sebarang laporan tentang rasuah sama ada laporan tindakan yang banyak diambil ataupun melaporkan perlunya kalangan bertindak, tetapi mesti dilaporkan dengan betul. Jadi kita terima secara positif dan negatif. 

Jangan menghukum sebelum dibuktikan

Mengikut ingatan saya rasuah ini berlaku sejak zaman Tunku Abdul Rahman. Bukan sahaja zaman sekarang. Zaman peristiwa yang berantai, yang sambung-menyambung.

Malangnya dalam tahun 80-an, banyak pendedahan rasuah ini berhenti di tengah jalan, tak diambil tindakan. Yang berkait dengan BMF, berkait dengan KWSP, berkait dengan Tabung Haji, berkait dengan macam-macam lagi, Skyhawk dan lain-lain. Dan kita harap isu 1MDB ini kerajaan bertindak, bertindak dengan cara yang adil dan telus. Dan kepada kita, kita tidak mahu tuduhan sahaja, mesti kena ada bukti yang terang dan nyata. 

Pihak masyarakat, pihak media jangan menghukum sebelum dibuktikan. Kerana mengikut kaedah Islam, kaedah Islam, orang yang dituduh dianggap tidak bersalah selagi tidak ada bukti. Jadi masalah kitanya kita tidak tunjukkan bukti-bukti. Dengan sebab itu mesti ada bukti dan ada tindakan yang adil dan telus mesti diambil. Kita berharap kerajaan yang ada ini tidak mengulangi kerajaan yang sebelumnya yang terhenti di tengah jalan. 

Di zaman Tunku Abdul Rahman, saya masih ingat ada Menteri yang dipecat, ada Menteri yang diturunkan, tak perlu disebut namalah, takut aib keluarga dia. Tapi zaman selepas itu kita melihat apabila timbul isu tak ada Menteri yang diberhenti, tak ada Menteri yang diambil tindakan, tak ada. Yang adanya ialah ikan-ikan bilis yang kecil (diambil tindakan). Jerung yang besar tak ada (diambil tindakan). 

Laksana secara praktikal

Yang pertama dalam menangani masalah rasuah ini kita bukan sahaja cakap, kita laksanakan secara praktikal. PAS pernah memerintah kerajaan negeri, Kelantan, Terengganu tahun 1959 sehingga tahun 1979 di Kelantan, tahun 1990 kita perintah balik sehingga hari ini. Dan kita pernah memerintah Terengganu satu penggal tahun 1999 - 2004. Kita pernah memimpin kerajaan Negeri Kedah, dan kita pernah terlibat dalam kerajaan campuran. Dan tak ada laporan tentang pemimpin kita yang terlibat dengan rasuah. Itu secara praktikal, secara amali. 

Yang kedua secara ucapan boleh dirujuk kepada ucapan-ucapan di Parlimen dan ucapan Dewan Negeri, tiap-tiap penggal pemimpin kita membuat ucapan dan menegur tentang rasuah. Tetapi tidak mendapat liputan daripada media. Kita tak penting liputan media ini, apa yang penting ialah kita menjalankan tugas kita dan kita tak berhenti dalam masalah ini. Begitu juga termasuk guru-guru ugama kita, pensyarah kita dalam ucapannya selalu sebut masalah rasuah ini. 

Pendidikan

Untuk menangani rasuah ini bukan sahaja melalui tindakan undang-undang, termasuklah juga melalui pendidikan, tarbiyah dan pelajaran. Apa yang berlaku menunjukkan kegagalan pendidikan dan tarbiyah kita dalam menjiwai rakyat supaya menganggap rasuah ini suatu perkara yang haram. Bukan sekadar salah dari segi undang-undang sahaja. 

Tindakan mendidik hanya salah dari segi undang-undang sahaja tak ada aspek agama dalam pendidikan ini menyebabkan lemahnya roh, aspek rohani dalam diri, dalam keluarga, ini menimbulkan ruang-ruang untuk dilakukan rasuah itu berlaku.

Sama ada melalui secara langsung pemimpin, keluarga pemimpin, mereka yang ada hubungan dengan pemimpin. Ini dilaporkan oleh al-Quranul Karim, al-Quran menyebut kisah-kisah yang banyak bagaimana rasuah ini berlaku bukan sahaja melalui tokoh, termasuklah isteri, termasuklah keluarga tokoh diriwayatkan ulama-ulama tafsir.

Di sini menunjukkan bahawa perlunya tarbiyah secara umum, secara menyeluruh. Kita melihat bagaimana Nabi kita Muhammad S.A.W yang mengharamkan keluarga dia menerima zakat, boleh terima sedekah sahaja. Bila seorang cucu dia makan buah tamar daripada zakat, terus dibuang daripada mulutnya. Cucu dia sendiri itu sebiji buah tamar sahaja, itu aspek pendidikan kepada anak-anak yang ditunjuk oleh Nabi S.A.W. 

Dan termasuk dalam satu kisah bila seorang Sahabat yang ditugaskan untuk memungut hasil di satu daerah, lalu pulang ke Madinah. Sahabat itu mengatakan wahai Rasulullah, yang ini (hasil) tugas saya, yang (hasil satu lagi) ini orang bagi kepada saya. 

Lalu Nabi menegur dan Nabi sebut dalam ucapan, tak sebut nama yang buat itu, Nabi kata ada orang kalangan kita ini dia pulang telah ditugaskan untuk memungut hasil, yang ini adalah (hasil) tugas saya, yang (hasil satu lagi) ini untuk saya. Adakah sekiranya dia tidak memegang jawatan ini, dia akan diberi hadiah ini? Barangsiapa yang mengambil secara haram, dia ambil itu adalah perkara yang diharamkan. Itulah lebih kurang maksud Hadis. Itu Nabi mendidik Sahabat-sahabat dia, bukan hanya mendidik dari segi undang-undang, termasuk mendidik dari segi agama, ada perhitungan dosa dan pahala.

Kita diajar dalam Islam, bukan sahaja adanya penguatkuasa, termasuklah adanya malaikat yang menjaga, yang mencatit amalan kita, bukan sahaja amalan ibadat, termasuk amalan mentadbir, mengurus negara. Semua akan dihisab di hadapan Allah Taala. 

Jadi aspek mendidik secara iman, ini perlu, penting, bukan secara budiman, kena ada iman. Bukan secara akhlak, tetapi kena ada akidah, percaya kepada Allah dan hari akhirat. Percaya kepada perkara yang ghaib. Aspek ini tak ada dalam idealogi, tak ada dalam undang-undang ciptaan manusia. 

Baiah

Yang pertama saya bersyukur kepada Allah Taala yang telah menyelamatkan pimpinan PAS yang diberi amanah untuk memerintah negara daripada disiasat. Yang kedua saya ucap terima kasih kepada Menteri yang berkenaan kerana memberi jawapan yang terbuka. Kita tak mahu berbangga diri. Apa yang perlu ialah supaya pihak lain berkongsi kefahaman dalam masalah ini. 

Yang terpenting kita menganggap bahawa Islam adalah sempurna, semua perkara dalam kehidupan kita ada kait dengan agama, ada kait dengan dosa dan pahala, bukan perkara ibadat sahaja, termasuklah yang berkait dengan politik.

Di sinilah tiap-tiap orang wakil rakyat PAS dan tiap-tiap petugas PAS dibaiahkan, dibaiah. Dibaiah yakni diikat setiakan perjanjian dengan nama Allah supaya menunaikan tanggungjawab di atas nama agama, patuh kepada perintah agama, tidak khianat. Bukan sahaja dalam aspek-aspek yang sempit, termasuklah dalam ruang yang luas, dalam menjalankan tugas-tugas mereka bila diberi amanah untuk memerintah negara. 

Di mana tiap-tiap orang kalangan kita bila dilantik jadi wakil rakyat, dilantik jadi pemimpin menganggap ini perkara agama. Dan dia tidak melakukan kesalahan sama ada di hadapan mata manusia ataupun tak ada manusia. Kerana kita menganggap ini perkara yang berkait dengan Allah Taala, berkait dengan hari akhirat, berkait dengan percaya kepada yang ghaib. 

Saya sebut sebagai satu contoh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, biar saya dedahkan di sini pernah menceritakan kepada saya, ketika beliau baru jadi Menteri Besar Negeri Kelantan, ada orang datang berjumpa dengannya nak bagi duit dengan jumlah yang begitu besar, begitu besar antara Tok Guru dengan orang itu sahaja, orang itu sahaja. Maknanya orang tak tahu. SPRM tak ada. 

Tok Guru menunjukkan muka yang masam dan marah, geram. Dia cerita kepada saya, celakalah orang ini. Dia ingat aku ini siapa. Tok Guru ingat pada Allah Taala, Allah Taala. Ini satu contoh. Itu orang yang sudah mati, kita kena ambil pengajaran, yang hidup ini kena ikut dialah. Jadi kita ambil contoh daripada orang yang sudah mati meninggal dunia. Itu satu contoh.

Dan dengan berkat ini kita boleh memerintah Kelantan sampai 27 tahun, masuk 28. Walaupun dalam keadaan kewangan yang begitu disekat, begitu ditahan, tetapi ada berkatnya. Berkat Kelantan boleh hidup. Begitulah negeri yang kita perintah, kita jatuh bukan dengan sebab rasuah. Jatuh dengan sebab hal-hal yang salah laku pihak yang lain terhadap kita. 

Hisbah

Hisbah adalah satu institusi yang ditubuh oleh kerajaan Islam untuk melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar. Bukan sahaja melibatkan rakyat, termasuk melibatkan pemimpin kerajaan dan semua jentera kerajaan yang diberi bidang kuasa perundangan, dilindungi oleh undang-undang. Sehingga boleh bertindak terhadap ketua negara, boleh bertindak terhadap ketua pentadbiran, boleh bertindak terhadap siapa. 

Menerima pengaduan kerajaan yang menghadapi masalah-masalah kerenah rakyat dan menerima pengaduan rakyat yang menghadapi kerenah-kerenah kerajaan. Ini luasnya bidang kuasa hisbah,ombudsman kalau tak silap saya. Ha ombudsman

Di mana bidang ini tak ada dalam pentadbiran negara sekular. Ini wujud dalam Islam. Bila kita memerintah Terengganu, oleh kerana Terengganu itu dia punya bidang kuasa politik dan kedudukannya agak lebih terbuka daripada negeri yang lain, kita cuba menubuhkan hisbah dilantik Exco hisbah, Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara dilantik menjadi Exco yang jaga hisbah, dan beliau telah membentuk badan yang khusus dilantik daripada kalangan kehakiman, kalangan polis yang bersara duduk dalam badan ini untuk meneliti segala tingkah laku kerajaan.

Tetapi malangnya tidak ada kuasa polis, tak ada kuasa kehakiman, kerana banyak peruntukannya di bawah kuasa Kerajaan Pusat. Menyebabkan kita tak boleh melaksanakan dengan cara yang sepenuhnya.

Alangkah baiknya kalau kita dapat di peringkat Pusat, dapat melaksanakan sistem ini yang boleh diubah. Ini termasuk dalam perkara ijtihad. Perkara ijtihad yang boleh kita ubah mengikut keadaan-keadaan semasa, realiti dan situasi masyarakat mengikut keadaan yang berubah.

Pemerintahan Islam

Kepada umat Islam, penganut Islam, menjadi kewajipan kepada mereka untuk menghidupkan dan menyedarkan kembali pemerintahan Islam yang disebut oleh Quran, dan dilaksanakan oleh Nabi S.A.W. Kita hidup ini jadi kewajipan kepada orang Islam. 

Yang kedua kepada kalangan bukan Islam, jangan takut kepada Islam. Islam-lah adil dan rahmat kepada semua, seluruh manusia sebagaimana Islam tidak memaksa dalam perkara agama, Islam juga tak memaksa orang bukan Islam ikut undang-undang yang ada pada ugama mereka. Di sana perkara yang luas, perkara yang terperinci mengikut agama masing-masing. Dengan sebab itu beri peluang kepada Islam untuk memerintah dan mentadbir. 

Selama kita memerintah Kelantan, yang paling lama, kita mendapat respon yang sangat positif dari kalangan orang yang bukan Islam, sehingga menyebabkan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS. Ini respon orang bukan Islam terhadap kejayaan kita di Negeri Kelantan khusus yang kita memerintah dalam masa begitu panjang.

Yang kedua, rakyat Kelantan terus memberi kepercayaan kepada PAS, dua kali. Kali yang pertama 1959 hingga 1979. Dan tak boleh dijatuhkan Kelantan melainkan secara khusus diisytiharkan darurat oleh Kerajaan Pusat, secara pintu belakang. 

Kemudian kita ambil balik tahun 1990 dan kita berjaya memerintah Kelantan dalam keadaan menghadapi kepungan pentadbiran, kepungan yang tidak menghormati konsep Federalisma. Tapi kita berjaya memerintah Kelantan dengan semangat umat Islam Kelantan yang dididik dengan agama. 

Dengan sebab itu negeri-negeri lain jangan takut, jangan takut untuk memberi ruang kepada kita. Insyaa Allah sekiranya kita mendapat kuasa yang lebih, banyak lagi boleh kita buktikan Islam adalah terbaik.

(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHARHARAKAHDAILY 23/3/2018
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Pakatan DAP Hina Penjawat Awam




I’m Malaysian – Mereka kata penjawat awam ini: “Kucing kurap”, “dead weight”, “monkey”, “bloated”, “nak kurangkan bilangan penjawat awam”…… maka lebih daripada separuh penjawat awam perlu diberhentikan.
“Kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali aniaya penjawat awam, malah akan terus pertahan dan bela nasib mereka sebagai tulang belakang negara.” – PM Najib
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails