Saturday, April 21, 2018

Pembunuhan Imam Palestin, K'jaan Perlu Siasat. -PAS Kecam.


PAS mengecam pembunuhan ke atas Dr. Fadi M. Albatsh, imam Palestin yang juga pensyarah Universiti Kuala Lumpur, ketika dalam perjalanan menunaikan solat subuh di surau kawasan kediamannya hari ini.
Kita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhum dan akan membantu mengambil tanggungjawab menyelesaikan urusannya.
Kita sedih dengan pembunuhan warga Palestin yang berlaku di Malaysia. Sepatutnya kita memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada mereka.
Asas bahawa berkemungkinan Mossad dan Zionis sedang berkeliaran dan menembusi sempadan negara adalah sangat mengganggu ketenteraman rakyat negara ini.
Apatah lagi sekiranya dilihat pada sejarah lalu, telah menjadi amalan Mossad untuk melakukan pembunuhan terhadap pimpinan umat Islam di seluruh pelosok dunia termasuk di negara barat, sebelumnya di Emirates, Tunisia dan Beirut. Kita percaya apa yang berlaku ini ada kaitan dan dalang di sebaliknya.
Kerajaan perlu melakukan penyiasatan terhadap pembunuhan tersebut dan mengingatkan berhati-hati dengan Israel yang mengamalkan keganasan dan dilindungi oleh kuasa-kuasa besar. Kerajaan mesti berani dan jangan takut dengan sebarang tekanan.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Syaaban 1439 / 21 April 2018 – HARAKAHDAILY 21/4/2018

Lagu PAS Irama Melayu asli


S'gor: Tidak Mustahil BN-PAS Bergabung. -Bekas MB, Muhammad M/Taib

Hasil carian imej untuk Muhammad Muhammad Taib
SHAH ALAM, 21 April — Ada kemungkinan Barisan Nasional (BN) bergabung dengan PAS jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tergantung.

Bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata perkara itu tidak mustahil jika BN atau Pakatan Harapan gagal membentuk kerajaan.

“Kalau ada ‘hung’ [tergantung] boleh ada usaha untuk membentuk kerajaan bersama,” katanya dalam temu ramah bersama ProjekMMO baru-baru ini.

“Perkara itu tidak mustahil dalam sistem demokrasi dan boleh berlaku di seluruh dunia.”

Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 44 daripada 56 kerusi, sementara BN hanya menang 12 kerusi.

PKR mendapat 14 kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi, sebelum dua wakil parti Islam itu meninggalkan parti dalam krisis 2014.

Namun kedudukan PH, gabungan baru selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, dilihat goyah. PAS bagaimanapun kekal dalam pentadbiran negeri.

Pada pilihan raya kali ini, PAS mahu bertanding 42 kerusi negeri, menentang bekas rakan sekutunya PKR dan DAP, yang kini bergabung dengan serpihannya Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dilaporkan berminat bergabung dengan parti lain untuk membentuk kerajaan campuran.

Mengulas lanjut, Muhammad yang kini aktif turun padang membantu kempen BN sejak September tahun lalu melihat perubahan sokongan rakyat.

Mengakui pengundi bandar yang masih memihak PH dan pengaruh BN kuat di luar bandar, beliau menggesa BN meletakkan calon yang bermutu.

“Kalau tidak [tiada calon bermutu], rakyat tiada selera nak pilih.

“Cuba tengok pembangkang, mereka ada doktor, jurutera, peguam. Azmin [Ali], Nik Nazmi [Nik Ahmad], Dr Mariah [Mahmud] mereka semua bermutu.

“Kalau nak bersaing tapi letak calon lekeh yang hanya ada SPM macam mana rakyat nak selera tengok calon kita?” katanya, bekas seorang pendidik.

Selain latar belakang yang baik, tambahnya, seseorang calon juga perlu aktif menyantuni rakyat, berketerampilan dan bijak mengetengahkan idea.

Ditanya sama ada BN bersedia mengambil semula Selangor, bekas menteri kabinet itu berkata terpulang kepada pemimpin memberi tawaran yang baik.

“Tidak seperti negeri lain, rakyat Selangor bijak menilai yang terbaik.

“Mereka tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong, mata dan telinga mereka terbuka luas melihat semuanya,” katanya di kediamannya di sini.

“Tetapi [kali] ini sudah dua penggal, saya rasa mereka (BN) sudah bersedia jadi kerajaan yang lebih baik.”

– Malay Mail



கனவுலகின் கதாநாயகரே நிஜ வாழ்க்கைக்கு திருப்புவது எப்போது?




கோலாலம்பூர் – மனிதன் கனவு காண்பது இயல்பான ஒன்று ஆனால் ஒரு சிலர் கனவுலகில் மட்டுமே வாழ்கின்றனர். அதிலும் வேதமூர்த்தி அவ்வுலகத்தின் கதாநாகயர் போலும். ஆதலால் தான் எப்போதும் உண்மைக்கு புறம்பான அடிப்படை இல்லாதக் குற்றச்சாட்டை ம.இ.காவின் மீது திணிக்கிறார்.
அன்மையில் ம.இ.கா வெளியிட்ட இந்தியர்களுக்கான 14-வது பொதுத்தேர்தல் கொள்கை அறிக்கை நிகழ்ச்சியில் உறையாற்றிய ம.இ.கா தேசிய தலைவர் கூறுகையில், தேசிய முன்னணியின் மீது இந்தியர்களின் நம்பிக்கை 60% மேல் உயர்ந்துள்ளது என்றுக் குறிப்பிட்டர். அக்கணிப்பனது நாட்டில் உள்ள 800,000 இந்திய வாக்களர்களிடம் நடத்தப்பட்ட 
கருத்துகணிப்பாகும். ஆனால் அக்கணிப்பில் உண்மை இல்லை என்றும் கனவுலகில் வாழ்கிறது ம.இ.கா என்றும் தமிழ் பத்திரிகை ஒன்றில் கூறியது வேடிக்கையாக உள்ளது.

அவர் மேலும் தெரிவிக்கையில் அக்கணிப்பானது கடந்த தேர்தலை காட்டிலும் அதிகம் என்றும் கடந்த தேர்தலில் ஹிண்ட்ராப் தேசிய முன்னணியுடன் கைக்கோர்த்ததால் தான் அதிகரித்ததே தவிர ம.இ.காவினால் இல்லை என்றும் தெரிவித்தார்.
எத்தனை காலத்திற்குத்தான் இப்படி மக்களை குழப்ப நினைகின்றார் இந்த வேதமூர்த்தி. முதலில், உங்களது நிலைபாடுதான் என்ன. ஏனென்றால் ஆரம்பக்கட்ட போராட்டத்தில் முன்னால் பிரதமர் துன் மகாதீர் ஒட்டுமொத்த இந்தியர்களையும் ஏமாற்றிவிட்டதாக கூறினார். பின்பு நமது பிரதமருடன் இணங்குகிறேன் என்றுக் கூறி துணைப்பிரதமர் பதவியும் பெற்றுக்கொண்டார். அடுத்து அப்பதவியையும் ராஜினாமா செய்தார். இன்று மீண்டும் நம்பிக்கைக் கூட்டனியுடன் கைக்கோர்த்து விட்டார்.
இப்படி ஒவ்வொரு நேரமும் தன்னிலை அற்று கட்சித்தாவும் தாங்களா இந்தியர்களை வழி நடத்தி நல்ல தலைமைத்துவத்தை உறுவாக்கப்போகிறீர். உங்களது சுய நலத்திற்கு நீங்கள் பலிகொடுத்தவர்களை மறந்துவிட்டீரா அல்லது மக்கள்தான் இனியும் உங்களது கபட 
நாடகத்திற்கு இசைபாடுவார்களா என்று. மேலும், ம.இ.கா இதுநாள் வரை இந்தியர்களுக்கு என்ன செய்தது என்றுக் கேள்விக்கேட்க முதலில் உங்களுக்கு என்ன தகுதி இருக்கிறது. நமது பிரதமரின் தலைமைத்துவத்தின் கீழ் ம.இ.கா எத்தனையோ நற்செயல்களை அவ்வண்னம் செய்துக்கொண்டுதான் இருக்கிறது. அதில் ஒன்றுதான் அன்மைய நிலவரமானது நாட்டின் 525 புதிய தமிழ்ப்பள்ளி கட்டிமுடித்து கல்வி இலாக்காவிடம் ஒப்படைக்கப்பட்டது ஆகும். சொல்லின் செல்வனாய் நடப்பு தமிழ்ப்பள்ளியின் எண்ணிக்கையை அதிகரித்துள்ளனர். அந்த அளவில், உங்களது கேள்விக்கு இந்த ஒரு சான்றே போதுமானதாகும்.
ஆக, இந்தியர்களின் கல்வி, சமுதாயம் மற்றும் பொருளாதார முன்னேற்றத்திற்கு அயராது உழைப்பது ம.இ.காதான் என்றால் அது மிகையாகாது. அதனால் தான் உண்மை நிலவரம் என்ன என்பதை மக்கள் நன்குணர்ந்து இன்று தேசிய முன்னணி மீதும் ம.இ.காவின் மீதும் நம்பிக்கையை அதிகரித்துள்ளனர். இது உங்கள் கண்ணில் தெண்படவில்லை என்பதனால் ம.இ.காவை கனவு காண்கிறது என்றுக் கூறுவது சிந்தனைக்கு ஒவ்வாது. ஆதலால் இனியும் உங்களது வியாக்யானம் இந்தியர்கள் மத்தியில் செல்லாது என்பதனை அறிந்திடுக.

 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

Lagu PAS Irama Melayu asli



Enggan Jabat Tangan, Wanita Muslim Dinafikan Kerakyatan. Lagi Kezaliman Negara Barat!

Hasil carian imej untuk Paris, Perancis: Seorang wanita Muslim Algeria yang menetap di Perancis dinafikan kerakyatan Perancis selepas enggan berjabat tangan ...

Seorang wanita Muslim Algeria yang menetap di Perancis dinafikan kerakyatan Perancis selepas enggan berjabat tangan dengan para pegawai dalam Majlis Penyerahan Kerakyatan yang berlangsung pada bulan Jun 2016 yang lalu. 

Kerajaan Perancis mendakwa salah satu sebab wanita Muslim tersebut dinafikan kerakyatan adalah kerana perbuatan tersebut menunjukkan dia tidak berasimilasi dalam komuniti Perancis. 

Menurut Free Malaysia Today, keputusan yang baru diputuskan baru-baru ini datang daripada mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis walaupun wanita berkenaan telah menyatakan sebab untuk tidak berjabat tangan adalah kerana kepercayaan agamanya melarang berjabat tangan dengan bukan mahram. 

Susulan itu, wanita yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Perancis sejak tahun 2010 itu merayu keputusan yang telah dibuat pada April 2017 lalu yang disifatkannya sebagai salah guna kuasa. Dan Majlis Negara, mahkamah rayuan terakhir menyatakan bahawa kerajaan “tidak menggunakan undang-undang dengan sewajarnya”. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah kezaliman negara barat. Di mana hak kebebasan agama atau hak persamaan dan asasi manusia?

Hasil carian imej untuk bendera pas di kelantan

Lihat..

Tak Sanggup Jadi Pendusta Untuk Kekal Calon – Dr Tan Seng Giaw




AIDCNews -20/04/18 –Ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal Dr Tan Seng Giaw berkata beliau tidak sanggup menjadi pendusta dengan memutarbelitkan kebenaran semata-mata untuk kekal menjadi calon DAP dalam pilihan raya umum (PRU).
Misalnya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beliau berkata hasil siasatan mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak bersalah walaupun ia bertentangan dengan kehendak partinya sendiri.
Dr Tan berkata beliau tidak sanggup melawan kedaulatan undang-undang, sanggup menjadi pendusta dengan menjadi sumber penyebar berita palsu serta menolak kebenaran semata-mata untuk menjatuhkan musuh politik partinya.
“Adakah anda mahu revolusi di Malaysia? Saya tidak mahu. Saya tidak fikir anda mahu revolusi di Malaysia berlaku. Kerana anda tidak mahu revolusi, maka anda perlu mempunyai perjuangan yang damai, yang kita panggil ‘perjuangan perlembagaan’ melalui aturan undang-undang.
“Dalam kedaulatan undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dia terbukti sedemikian oleh pengadilan hukum.
“Apabila laporan Ketua Audit Negara keluar, saya membacanya berkali-kali.
“Laporan itu disimpan di bawah OSA. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB membuat banyak kesilapan. Kami telah meminta siasatan lanjut untuk mengetahui kebenarannya. Tetapi untuk menyabitkannya dengan orang lain dan mengatakan seseorang itu bersalah, anda tidak boleh berbuat demikian.
“Dalam kedaulatan undang-undang, anda perlu mengeluarkan bukti, maka kita akan tahu kebenarannya,”katanya ketika ditermubual Fernando Fong dari NST.
Beliau turut mengesahkan pendiriannya berkaitan dengan isu IMDB yang tidak sealiran dengan kehendak DAP merupakan salah satu sebab beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU.
“Saya telah mendengar perkara ini di media sosial, khususnya daripada orang Mahathir, Matthias Chang.
“Pada masa ini, ramai yang memanggil saya sebagai ‘running dog’, seorang pengkhianat dan juga menghina keturunan bangsa saya.
“Orang-orang Kepong boleh membaca komen-komen ini di media sosial dan mereka boleh menilai sendiri.
“Masa akan menentukan siapa yang bercakap benar,”katanya.Dikir Marilah Undi Bule

Hospital Wanita Patuh Syariah Pertama Di K'tan, Jadi Contoh!

Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan Mohd Amar (dua, kanan) diiringi Izani (dua, kiri) dan Wan Zawawi (tengah) melihat model Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ yang akan dibangunkan di Padang Tembak.


KOTA BHARU - Sebuah hospital wanita dan kanak-kanak berkonsepkan patuh syariah pertama di Kelantan akan dibangunkan dengan kos RM100 juta, bermula Januari tahun depan.

Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Dr Izani Husin berkata, hospital yang dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan PKB itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Menurutnya, bangunan hospital berkenaan setinggi lapan tingkat itu mempunyai kapasiti 80 katil bagi menggantikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ sedia ada yang terletak di pusat bandar.

Beliau yakin selepas siap, hospital tersebut bukan sahaja muncul selaku mercu tanda baharu tetapi dalam masa membawa imej patuh syariah serta menjadi contoh kepada hospital lain.

“Tenaga perubatan terdiri pakar-pakar wanita khusus rawatan perbidanan dan sakit puan serta jururawat dan kakitangan sokongan wanita berpengalaman akan memberikan keselesaan kepada pesakit dan keluarga.
“Ini sekali gus akan mewujudkan prasarana kondusif dan komprehensif serta memberikan nilai tambah kepada golongan wanita dan anak-anak dalam perkhidmatan perubatan lengkap serta moden,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pengkalan Chepa, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail. (SH)

Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan - YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=wytvz_lqDuk
8 jam lalu - Dimuat naik oleh NewsPortal
Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan Mohd Amar (dua, kanan) diiringi Izani (dua, kiri) dan ...

Hasil carian imej untuk bendera pas di kelantan

Lihat..

Kerajaan DAP Belanja RM 3 Juta Untuk Pusat Antara Agama Bukan Islam?



Kerajaan Pakatan harapan yang memerintah Pulau Pinang telah menubuhkan portfolio untuk agama-agama selain Islam dan telah memperuntukkan tanah-tanah untuk rumah ibadah selain Islam serta telah membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk rumah-rumah ibadah tersebut semenjak 2008. 

Dalam pada itu, baru-baru ini Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah melancarkan pusat harmoni untuk badan-badan agama bukan Islam di negeri itu. 

Menurut laporan oleh The Malay Mail Online, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM3 juta untuk mengubahsuai dan mengembangkan pusat tersebut yang terletak di sebuah rumah banglo seluas 4,300 kaki persegi di Jalan Scotland.

 “Ianya akan menjadi rumah kedua bagi semua badan agama selain Islam di Pulau Pinang,” kata Lim Guan Eng ketika pelancaran. 

Pusat ini bertujuan membolehkan semua badan agama selain Islam melangsungkan aktiviti mereka seperti kelas yoga, sesi meditasi, muzik dan sastera, ceramah keagamaan dan seminar, konvensyen serta mesyuarat. 

Pusat ini akan diuruskan oleh Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas portfolio agama-agama selain Islam di Pulau Pinang. Setakat pembubaran Dewan Undangan Negeri, jawatan tersebut telah disandang oleh Lim Guan Eng. 

Kata Lim Guan Eng lagi, bangunan baru seluas 2,800 kaki persegi akan dibina bersebelahan bangunan sedia ada dan akan digunakan sebagai dewan orang ramai. Pusat ini dijangka beroperasi pada bulan Februari 2019. (Menara)


Kenapa PAS Nak Hapus GST? Menurut Manifesto Gagasan Sejahtera.

Hasil carian imej untuk gst menurut pas

KENAPA PAS nak hapus GST?
Banyak sebab. Antara yang paling besar adalah kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Konsep cukai dalam Islam adalah sama seperti zakat, iaitu mengenakan kepada golongan berada sahaja. Sedangkan GST dikenakan kepada semua rakyat yang bertindak sebagai pengguna akhir tidak kira kaya ataupun miskin.
Sepatutnya dengan alasan ini sahaja, orang Muslim tidak patut mempertikaikannya lagi. Walaupun ia memberi manfaat kepada negara, tetapi hukum tetap hukum. Menolak GST sama seperti menolak judi, menolak perbankan riba dan perniagaan arak meskipun ia menguntungkan.
Selain isu hukum, GST juga telah menbebankan rakyat. Terdapat industri kecil yang gulung tikar seawal sistem GST diperkenalkan lagi kerana tidak mampu menanggung kos pemasangan. GST telah menaikkan harga barang dan menyebabkan inflasi. Kos sara hidup semakin membebankan dalam keadaan pendapatan rakyat tidak bertambah. Justeru ia adalah cukai yang zalim.

Bagaimana nak tampung kehilangan perolehan negara daripada GST?
PAS mencadangkan dua bentuk cukai sebagamaina yang diperincikan di dalam Dokumen Hijau Siri 1 iaitu Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham.
Cukai Simpanan Korporat dikenakan kepada simpanan badan korporat di mana-mana institusi kewangan negara dalam bentuk yang pelbagai. Mengikut maklumat yang diperolehi, nilai semasa simpanan korporat di Malaysia adalah kira-kira RM 500 - 600 billion. Cadangan supaya cukai ini dikutip pada kadar 2.5 peratus selari dengan kadar zakat simpanan.
Cukai Pegangan Saham pula dikenakan atas saham yang berada di Bursa Saham Nasional. Ia terbahagi kepada dua; sama ada dicukaikan atas nilai saham jika pegangan melebihi satu haul (tahun), ataupun dikenakan terus ke atas keuntungan transaksi saham jika pegangan kurang daripada satu haul. Sebagai maklumat, nilaian saham di Bursa hari ini mencecah kira-kira RM 1 - 2 trillion.
Jika dikenakan 2.5 peratus daripada kedua-dua saham ini, negara bakal menjana pendapatan baharu sebanyak RM 50 - 60 billion! Sedangkan GST hanya menyumbang RM 43 billion sahaja kepada negara. Dengan bentuk percukaian baharu ini, negara berjaya menambah lebih RM 10 billion dari pendapatan sedia ada.
Itu belum termasuk beberapa bentuk cukai baharu yang sedang dalam kajian. Contohnya cukai ke atas barangan mewah. Mengikut maklumat daripada kastam, item atau barang yang dikategorikan sebagai barangan mewah diniagakan di dalam Malaysia pada tahun lepas berjumlah lebih kurang RM 400 billion. Sekiranya dikenakan 5 peratus sahaja daripada jumlah tersebut, negara akan menambah pendapatan baharu sebanyak RM 20 billion lagi.
Selain itu, dasar penjimatan dan penskrukturan semula kontrak dan tender-tender kerajaan boleh membantu menambah pendapatan negara lagi. berdasarkan Laporan Audit Negara selama 10 tahun lepas berturut-turut, negara mengalami kadar ketirisan yang amat besar. Kita menganggarkan seikiranya ketirisan berjaya diatasi, jumlah pendapatan negara boleh ditambah dalam anggaran RM 10 ke RM 20 billion lagi.

Ada kemungkinan pasaran Saham dan kemasukan pelabur ke Malaysia akan berkurangan sekiranya cukai dikenakan kepada para Kapitalis dan golongan korporat. Mereka akan memindahkan wang mereka ke Bursa negara lain yang lebih mesra Kapitalis. Bagaimana PAS melihat perkara ini?
Ia sekadar andaian semata-mata. Banyak negara yang telah mengenakan cukai ke atas Saham, seperti cukai CGT (Capital Gain Tax) di New Zealand dan Share Capital Gain Tax di UK, namun tidak berlakumarket crash sebagainya yang digembar-gemburkan. Kadar 2.5 peratus adalah kadar yang boleh diterima. Ada negara yang mengenakan dengan lebih tinggi tetapi pasaran Saham masih lagi stabil.
Selain dari kadar cukai, banyak lagi faktor ekosistem lain yang boleh mengikat pelabur kepada pasaran Malaysia. Contohnya iklim pelaburan dan pertumbuhan yang rancak, keselamatan, jenayah, political risk, kemudahan berurus niaga, ketelusan, pool of talents dan chain of supplies and vendors. Maka 2.5 peratus semata-mata tidak terlalu membawa kepada market crash. Kalau ada pun mungkin market shocksahaja, dan kebiasaannya akan pulih dalam tempoh yang singkat.

Antara pemegang Saham terbesar di Bursa adalah GLC dan syarikat yang berkait dengan kepentingan awam seperti KWSP, PNB dan Tabung Haji. Cukai yang dikenakan bakal memberi kesan kepada kadar Dividen dari caruman orang ramai. Bagaimana keadaan ini boleh diatasi?
PAS melihat dan mengambil kira sudut ini. Antara cadangan yang dipertimbangkan adalah dengan mengecualikan cukai kepada syarikat - syarikat yang berkaitan. Walau bagaimanapun, boleh dikenakan cukai terus kepada pencarum yang memiliki simpanan dalam amaun yang besar mencecah ratusan ribu ringgit.
Sudah tentu dapatan hasil negara akan berkurangan dari yang diunjurkan di atas. Walau bagaimanapun, ia tetap akan dapat menampung perbelanjaan negara dengan beberapa lagi cadangan sumber pendapatan tambahan negara sebagaimana yang dinyatakan juga di atas.

Berkenaan Cukai Simpanan Korporat, bagaimana kalau cukai-cukai syarikat ini tidak diletakkan di dalam simpanan akaun FD sebaliknya dialihkan kepada instrumen seperti bond/sukuk ataupun money market. Bagaimana cara untuk atasi masalah ini?
Perkara tersebut mudah diatasi dengan menetapkan definisi ‘Simpanan’ itu termasuk juga dalam bentuk akaun money market, sukuk/bond, atau apa-apa instrumen pelaburan yang dikenalpasti. Bahkan mengikut asas perakaunan, pelaburan dalam money marketboleh juga diperakaunkan sebagai FD. Bond/Sukuk pula biasanya diperakaunkan sebagai “available for sale invesment”, “investment held to maturity” dan sebagainya yang masih boleh dikategorikan sebagai simpanan. Apa yang penting adalah pendefinisian simpanan.
Penerangan ini berdasarkan maklum balas yang diterima daripada orang ramai. Soalan terkumpul dibincangkan bersama kumpulan Teknokrat PAS di bidang ekonomi, kewangan dan bisnes. Sebarang soalan susulan boleh diajukan dan akan dijawab menerusi siri seterusnya.
3 Syaaban 1439

19 April 2018

(ALANG IBN SHUKRIMUN)HARAKAHDAILY 20/4/2018

Video: Dokumen Hijau PAS


Dokumen Hijau PAS - YouTube


https://www.youtube.com/watch?v=I2Wt5G2zvoU
25 Sep 2017 - Dimuat naik oleh Mohd Ridzuan Bakar
Dokumen Hijau adalah gagasan PAS dalam penyelesaian masalah ekonomi negara.


UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?


Lagu Tema PAS

Zaid Ibrahim Kena Belajar Bagaimana Jadi Barua DAP Dengan AMANAH



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melabelkan DAP sebagai 'parti Cina' selepas setahun menyertai parti itu.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun twitter peribadinya, Zaid mendakwa 'parti Cina' dalam Pakatan Harapan telah mengumumkan dua bakal menteri sementara parti Melayu pula berdiam diri dalam perkara ini.

Kenyataan Zaid itu dibuat selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming akan dilantik sebagai menteri jika Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambi alih pentadbiran kerajaan pusat.
Kekecewaan  Zaid Ibrahim kerana dia tidak disenarai sebagai calon DAP. Zaid silap dan tidak emmahami bagaimana ingin menjadi macai dalam DAP. Dia kena belajar dengan parti AMANAH (PAN), apa sahaja kata DAP mesti angguk dan taat. Untuk memahaminya pembaca boleh baca tulisan lebai yang lalu berkenaan DAP dan Melayu pada artikel "Masuk DAP Memang Tak Jadi Kapir..... Tapi jadi Bodoh"

Aspan Alias
Nasib Zaid Ibrahim sama dengan penulis terkenal Aspan Alias bekas ahli UMNO yang menyertai DAP pada 2012. Pada 19 Jun 2013 (sila baca di sini) Aspan bertindak mengkritik parti DAP kerana hanya meletakkan sebilangan kecil ahli bukan Cina sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Aspan sendiri merupakan antara yang tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya. Malah beliau yang juga bekas Veteran Umno Negeri Sembilan membidas DAP kerana mempunyai terlalu sedikit orang bukan Cina memegang jawatan penting dalam parti.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Jika anda mengatakan bahawa anda sedang berjuang untuk rakyat berbilang kaum, anda mesti menunjukkan bahawa parti ini sememangnya diwakili Melayu, Cina dan India," katanya kepada The Star.


Aspan menyertai DAP bersama Adun Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Aspan menulis dalam blognya memuji PAS. Katanya PAS sahaja yang memberikan ruang kepada orang lain yang menyertainya untuk bertanding. Ahli-ahli PAS sangat berdisipilin serta taat dan tahu mana yang patut dibuat demi untuk sesuatu kerjayaan.

Asapan ada menulis "Justeru itu, kita menyedari sekarang yang PAS secara tidak disedari oleh parti itu sendiri, pimpinan mereka bukan lagi bertuankan kepada pucuk pimpinan PAS, disebaliknya ramai diantara pemimpin PAS rupa-rupanya lebih memberikan ‘allegiance’  Anwar dan betul lah tuduhan setengah pihak yang PAS dipenuhi dengan apa yang dikatakan sebagai ‘Anwaris’ di dalamnya."  - 21 Ogos 2014

Dharmala NS
Lebai setuju dengan pendapat kawan-kawan Dinsman dalam penulisan Dinsman berkenaan kemasukkan A Samad Said kedalam DAP. "Kemasukannya dalam DAP itu akan merosakkan pengiktirafan awam bahawa kedudukan atau statusnya adalah di atas dan mengatasi mana-mana parti politik". 

Sajak A. Samad Said yang lalu sebagai panduan jangan dia meludah tapi ludahan itu terpencik ke muka sendiri. (Sajak ini telah diulas oleh penulis Nordin Ali anda boleh baca di sini)


Sama dengan Dinsman, kemasukkan A. Samad Said bukan orang baru dalam dunia sasterawan dan budayawan berada dalam DAP. Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud (gambar sebelah) meninggal dunia 12 Ogos 2009 akibat sakit jantung. Beliau mengendalikan blog Warga Prihatin Malaysia (Prima). Apa Pak Dharma buat dalam DAP, dia macam Aspan Alias insan yang dipinggir oleh DAP setalah DAP memeras mereka untuk menarik undi MELAYU.

Melati Rahim
Kita masih ingat lagi gadis Jamila Rahim (lebih dikenali nama pena/samaran Melati Rahim) yang berpurdah masuk parti DAP yang kononnya parti DAP lebih dekat dengan keadilan serta meletakkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang dan teras utama, yang juga merupakan salah satu asas dalam ajaran agama Islam katanya. Mungkin ini juga alasan geng PAN & IKRAM sanggup memperHAMBAkan(pinjam pakai ayat A. Samad Said) diri kepada DAP.
Wanita Islam dikehendaki membatasi diri dengan bukan mahram. Wanita yang memakai purdah pula biasa lebih lagi bertujuan menjaga dirinya daripada bukan mahram. Tapi bila masuk dalam DAP akhirnya DIPERBODOHKAN dengan amalan Islam liberal, yang sebenarnya DAP anti-Islam secara tersembunyi.

Apa terjadi dengan Melati Rahim setelah kejadian berbuka dengan bukan mahram dan makan setalam pula... Setelah kejadiaan "BODOH" ini Melati Rahim sudah macam menghilangkan diri.

A. Samad Said

Awal Ramadan baru-baru ini A. Samad Said telah dipergunakan oleh DAP untuk membela Hannah Yeoh setelah didedahkan gerakan kristianisasi oleh Dr Kamarul Azman Yusoff pensyarah UUM.

Pada majlis sebelum berbuka A. Samad Said diminta mengulas tentang Hannah Yeoh oleh Lim Kit Siang. Kalau anda lihat keadaan A. Samad Said pada masa itu banyak tutup muka dengan tangan yang mengambarkan keadaan di'perbodoh'kan. Ini sesuailah bila dia mahu menyertai DAP dia kata dia hanya mahu jadi hamba DAP sahaja. "Hamba" dalam bahasa klasik Melayu moden ialah diperbodohkan...

A. Samad Said ada menulis...

“Yang disorot hanya bahagian terkhusus kerana kebetulan Hannah seorang mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal dan kini dalam dunia siasah tanah air.”
“Yang dinampak—atau diserang—tampaknya sengaja tertumpu kepada pergerakan agamanya untuk sesuai mendakwa DAP mempunyai hasrat, kononnya, berazam menafirkan Melayu.”
“Pendeknya, yang dinampak atau sengaja ingin dinampakkan, ialah hajat siasah Hannah Yeoh, lebih-lebih lagi DAP, untuk mengembangkan agama Kristian.”
Hanya mereka yang memahami bahasa tersirat boleh membaca apa yang tersirat dalam hati seseorang yang sudah tersilap langkah.

Dr. Ariffin Omar

Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian. Beliau mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Dr Ariffin adalah pengasas pergerakan NGO bukan politik, ALIRAN masuk DAP tahun 2011 dan sekarang adalah Naib Presiden DAP setelah bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah digugurkan daripada jawatan senator seterusnya keluar DAP kerana wujud banyak penyelewengan dalam organasasi DAP.

Kalau anda melihat kepada pendidikan dan penglibatan Dr. Arifin Omar sudah pasti anda akan dapati dia bukan sebarang orang, tapi malangnya DAP memperbodohkan dia dengan agamanya sendiri walaupun pendidikan sudah sangat tinggi.

Pertubuhan IKRAM
Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta. Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat untuk kemajuan Islam.

Betul ke? Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?

Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.  Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009. Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.

Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama? Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.

Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur. Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!
Rekod bacaan lebai setakat ini hanya PAN @ AMANAH sahaja yang boleh jadi macai/barua DAP yang taat. Tapi biasalah perkara ini tidak lama setelah DAP dapat apa yang dikehendaki DAP akan "sembelih" seorang demi seorang pimpinan parti AMANAH untuk dijadikan sajian pemujaan mereka.

Kita tunggu dan lihat...
Hanya Islam sahaja pilihan kita tidak boleh tidak melainkan ISLAM
Sesiapa yang mengenepikan Islam akan menunggu masa untuk "binasa"

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com


 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

Lagu PAS Irama Melayu asli