Saturday, May 19, 2018

Royalti: NGO Harap PM Tunai Janji. -Presiden R, Nazri Deraman


KOTA BHARU: Royalti (R) Kelantan mengucapkan terima kasih di atas pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu.
Presiden R, Nazri Deraman berkata, bagi memahami isu tuntutan royalti khususnya Kelantan, terdapat 3 perkara yang perlu diberikan perhatian.
Katanya, Perjanjian Kelantan - Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 & Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyatakan Kelantan akan mendapat 5 % dari jumlah pengeluaran minyak.
Kata beliau bayaran tunai hendaklah dibayar kepada Perbendaharaan Negeri dengan kekerapan bayaran 2 kali setahun.
"Manifesto Pakatan Harapan (PH) menjanjikan Kelantan akan menerima bayaran royalti 20% dari jumlah pengeluaran jika sekiranya PH berjaya mentadbir Malaysia.


"Tunggakan bayaran royalti yang bermula semenjak pengeluaran pertama petroleum di telaga minyak milik Kelantan. Jumlah yg dianggarkan tertunggak sehingga kini adalah RM12- RM14 billion.

"Jumlah sebenar akan ditentukan berdasarkan maklumat dari Petronas dan Jabatan Kastam. Jumlah tersebut akan disahkan oleh pakar-pakar yg akan dilantik kemudian," katanya di sini.
Bagaimana pun katanya, R menunggu pembentukan kabinet PH masih belum mencecah 100 hari.
Menurutnya juga, Kelantan dan Terengganu tidak diperintah PH di peringkat Dun, menyebabkan rakyat tertanya tanya adakah PH akan mengotakan janjinya.
"Kami berdoa agar segala urusan negara dipermudahkan oleh Allah swt termasuk urusan pembayaran royalti kepada yang berhak.
"Terima kasih PM dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan yang tidak pernah jemu dan tidak pernah gentar memperjuangkan hak mereka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/5/2018

MB T'ganu Yang Sederhana, Lihat Semalam Di Pasar Bersama Rakyat....



MARANG: Jawatan yang tinggi dalam kerajaan negeri tidaklah menjadikan pemimpin PAS mudah lupa diri. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu tidak berubah seperti kehidupan harian sebelumnya.

Semalam, beliau dan isteri meninjau di pasar mingguan di Kampung Rusila yang menjadi tumpuan ribuan rakyat setiap minggu. Rutinnya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula menyampaikan kuliah pagi Jumaat di masjid berkenaan sejak lebih 30 tahun lalu.


Namun, apa yang menariknya Menteri Besar itu bersama isterinya turut berbelanja dapur membeli sayuran dan buah-buahan. Orang ramai yang berada di pasar tersebut turut teruja apabila melihat pemimpin nombor ‘wahid’ negeri Terengganu itu tidak janggal turun sendiri ke pasar.
Malah, Harakah sempat merakamkan Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang berbelanja di pasar itu. Maka, kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Terengganu itu wajar dicontohi oleh mana-mana pemimpin dan rakyat sekalipun.
Selepas selesai kuliah itu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi turut mengimamkan solat dua jenazah di Masjid Rusila, Marang. - HARAKAHDAILY 19/5/2018
k wudukDr Ahmad Samsuri mengambil wuduk di kolah Masjid Rusila.
k santuni peniagaDr Ahmad Samsuri menyantuni peniaga di pasar pagi Jumaat Rusila.
k sayurBersama isteri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman membeli sayur.
k kopiMembeli serbuk kopi.
k stokinMemilih stokin.
k hadirin 1
Menyantuni orang ramai yang berada di pekarangan Masjid Rusila.

K'tan, T'ganu Akan Dapat Royalti Petroleum, Kata PM. Kita Kenal Lama Tun M..


Kelantan akan mula terima royalti, begitu juga Terengganu akan terima semula, kata Tun Mahathir.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, Kelantan dan Terengganu akan menerima royalti petroleum selepas ini.
“Mereka akan mendapat royalti petroleum selepas ini. Mereka akan menjadi kaya raya,” kata Mahathir dalam dialog dengan media Pakatan Harapan di Yayasan Al Bukhary hari ini, lapor Malaysia Decides.
Menurut Mahathir, kerajaan persekutuan juga menerima sebahagian royalti petroleum sekarang ini.
Kerajaan negeri Terengganu telah menerima 5% royalti petroleum dari Petronas namun ia ditamatkan selepas empat bulan PAS memenangi kerajaan negeri pada tahun 1999 ketika Mahathir adalah perdana menteri.
Ekoran itu, kerajaan negeri Terengganu telah menyaman Petronas dan kerajaan persekutuan namun selepas BN memenangi balik kerajaan negeri selepas 2004, saman ini ditarik balik.
Kerajaan negeri Kelantan pula berpendapat negeri itu berhak mendapat royalti petroleum sebagaimana Terengganu.
Ia diperjuangkan oleh kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui exco kananya Husam Musa.
Menjelang PRU 14 baru-baru ini, Mahathir bersetuju untuk memberikan Kelantan royalti petroleum jika PH memenangi kerajaan negeri dan pusat. (malaysiadateline)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Betul ke.. Kelantan, Terengganu akan dapat royalti Petroleum. Beri, tapi pusing-pusing? Kita kenal lama Tun M..

Tangguh-Batal 12 Undang2 Ini Segera. Desak Atheist, NGO, Siti Kassim Dll. Bahaya!



Tangguh &Batal 12 Undang-Undang Segera – Atheist Malaysia & Gabungan NGO 

Kuala Lumpur: Beberapa gerakan dan perseorangan termasuk kumpulan atheist tempatan mengeluarkan kenyataan bersama menggesa kerajaan baru Pakatan Harapan supaya tidak bersikap ragu-ragu dalam memenuhi komitmen mereka untuk pentadbiran dan hak kemanusiaan yang baik. 

Kenyataan bersama kumpulan ini juga mendesak pihak kerajaan baru ini untuk menegaskan semula komitmen mereka untuk menghapuskan atau meminda undang-undang yang bersifat ‘draconian’ di sidang Parlimen yang terdekat ini, di samping menangguh undang-undang ‘draconian’ seperti berikut dengan segera:

  • – Akta Hasutan 1948 
  • – Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 
  • – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 
  • – Akta Pencegahan Jenayah 1959 
  • – Akta Pencegahan Keganasan 2015 
  • – Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 
  • – Seksyen 211 & 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2012 
  • – Akta Perhimpunan Aman 2012 
  • – Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 
  • – Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan 
  • – Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 
  • – Bab VI Kanun Keseksaan bagi sesiapa yang melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen 
  • – Hukuman mati mandatori 
  • – Dan gantung operasi Majlis Keselamatan Negara sepertimana yang digariskan oleh Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 
Mereka menggesa agar pihak kerajaan Pakatan Harapan dapat memastikan bahawa undang-undang di atas akan dibawa ke sidang Parlimen yang bakal berlangsung untuk dibatalkan atau ditunda, setelah menangguhkan undang-undang tersebut secara serta-merta. 

Kenyataan bersama ini adalah dari 
  • Siti Kasim, 
  • Malaysian Atheists and Secular Humanists (Mash), 
  • Bersih 2.0, 
  • Sisters in Islam (SIS), 
  • Pelangi Campaign, 
  • Suara Rakyat Malaysia (Suaram), 
  • Seed Malaysia, 
  • Justice for Sisters, 
  • Lawyers for Liberty (LFL), 
  • National Human Rights Society (Hakam), 
  • Agora Society, 
  • Aliran, 
  • All Women’s Action Society (Awam), 
  • Baramkini, 
  • Centre for Independent Journalism Malaysia (CIJ), 
  • Civicus (World Alliance for Citizen Participation), 
  • Civil Rights Committee KLSCAH, Johor Yellow Flame, 
  • Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (KRYSS),
  • Malaysian Physicians for Social Responsibility, 
  • Malaysians Against death Penalty and Torture (Madpet), 
  • Mamas Bersih, 
  • Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), 
  • Persatuan Sahabat Wanita Selangor, 
  • Pusat Komas, 
  • Save Rivers, 
  • Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), 
  • Sinar Project, 
  • Sunflower Electoral Education, 
  • Tenaganita, 
  • Teoh Beng Hock Trust for Democracy,
  • dan Women’s Aid Organisation.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awas, bahaya kalau antara tuntutan-tuntutan begini diluluskan..
(Menara)

Bangkitkan Semula Orang Mati. -MB K'tan.


Oleh: USTAZ DATO' AHMAD YAKOB 

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 2


TAFAKKUR hari ini memfokuskan keagungan serta kuasa Allah S.W.T dalam membangkitkan semula orang mati. Dalam juz kedua ada dinyatakan melalui sepotong ayat berkenaan kisah penduduk sebuah kampung yang lari daripada penyakit taun kerana bimbangkan kematian.
Lalu setelah berhijrah ke perkampungan lain, Allah mematikan mereka. Seorang Nabi yang melalui kawasan berkenaan dikatakan namanya adalah Nabi Syam'un telah berdoa agar Allah menghidupkan mereka semula. Kisah ini dirakamkan melalui firman Allah:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ الْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ اللَّهُ مُوتُوا ثُمَّ أَحْيَاهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ
"Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka: 'Matilah kamu' kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." [Al-Baqarah:243]
Setengah riwayat menyatakan jumlah mereka mencecah 30 ribu orang dan ada pendapat jumlah mereka 4 ribu dan 8 ribu orang. Mereka enggan keluar berjihad kerana takutkan mati lantas Allah mematikan mereka dan menghidupkan semula agar mereka melihat kekuasaan Allah dan menjadi hamba yang bersyukur.
Sangat mudah bagi Allah menghidupkan semula orang mati walaupun jasad manusia sudah hancur. Kita semua maklum, apabila seseorang manusia mati, jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah. Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermula pada sel otak dan berakhir pada sel kulit.
Setelah manusia yang mati dikebumikan, jasadnya semakin hari akan hancur dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Apa yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi. Akhirnya tulang juga akan hancur.
Dengan kuasa-Nya, manusia boleh hidup semula dan kekal di alam akhirat sama ada berada di Syurga atau di kediaman menakutkan Neraka. Marilah kita memohon kepada Allah S.W.T agar membebaskan kita daripada ancaman Neraka sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita semua tenang berhadapan dengan kematian dan ketika hidup setelah kematian kelak.
Hasil carian imej untuk mB Kelantan
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
02 Ramadhan 1439H - HARAKAHDAILY 18/5/2018

“KEPALA BAPAK HANG” Anwar -Zulhazmi


Berpada-padalah Anwar, jangan lajak sangat.

Hai… nama aku Zulhazmi… aku berumur 42 tahun.. aku dilahirkan di Kampung Kota Bukit , Kedah dalam keluarga yang menentang Umno. Kami sekeluarga penyokong Pas melawan Umno.
Semakin remaja di alam sekolah menengah, aku masih menyokong Pas dengan seluruh keluarga aku. Di mana ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, aku dengan abang-abang akan ikut ayah turun menyumbang tenaga untuk menumbangkan Umno yang bagi kami zalim. Tahun 1990 paling seronok kerana muncul gabungan Angkatan Perpaduan Ummah antara Pas dengan Semangat 46 hingga berjaya menjatuhkan Umno di Kelantan.


Meningkat dewasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1993 – 1999 aku tak aktif politik dalam kampus sebab bagi aku politik kampus ni poyo saja. Ramai kawan-kawan aku di sekolah dan di kampung aktif dalam politik kampus sehingga menjadi antara pimpinan tinggi persatuan mahasiswa dalam kampus. Aku tak terlibat dalam politik kampus tapi bila balik dari kampus ke kempung, aku adalah penyokong Pas.
Tahun 1997 – 1998, berlaku pergolakan politik dalam Umno hingga Anwar dipecat dan dibicarakan. Waktu tu aku antara orang yg paling seronok memadanmukakan Anwar!!! Padan muka hang kata aku waktu tu. Masa hang jadik TPM, hang belagak
bukan main, apa hang tak kata kat kami orang-orang Pas ni.
Anwar buat reformasi dalam Umno/BN..?? Ehhh ya ka? Bersepah skandal Anwar masa dia Ketua Pemuda sehingga di TPM.
Tapi bila Anwar dihina, dilayan bagai manusia tak ada nilai, aku yang ketika itu adalah pelajar di fakulti undang-undang, aku tahu menilai mana yang zalim mana yang adil. Bagi aku, sejahat mana manusia selagak Firaun pun, dia tetap maanusia dan tidak layak dilayan seperti itu.
Aku menyokong Pas dan GERAK yang digerakkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Aku lupakan saja sejarah Anwar semasa dia dalam Umno walaupun masih terngiang-ngiang di kepala hinaan dan cercaan dia pada Pas dan ahli-ahli Pas termasuk aku.
Anwar dilayan begitu teruk oleh Umno yang diketuai Tun Dr. Mahathir ketika itu.. semuanya fakta sejarah yang semua orang tau.
Kemudian Anwar kembali gagah mengetuai pakatan pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat. Terus melawan Umno/BN.
Pernah juga Anwar cuba deal dengan Najib untuk Konsensus Nasional pada PRU13 disaksikan Pak Jusuf Kalla dengan ditawarkan tempat dalam kabinet tapi gagal kerana DAP dan Pas tak setuju.
Aku kemudian keluar Pas dan sertai DAP. Aku keluar Pas kerana Pas tidak lagi lawan Umno sebaliknya barua Umno. Aku sertai DAP sebab DAP istiqamah lawan Umno dan nak menjadikan Malaysia milik semua.
Dipendekkan tulisan…
Sekarang Pakatan Harapan berjaya jatuhkan Umno/BN. Anwar bebas setelah pengampunan Diraja.
Keluar Anwar mendakwa inilah perjuangan rakyat selama 20 tahun bermula 1998 bila dia dipecat. Ehhh? Perjuangan rakyat?
Aku cuma nak kata “KEPALA BAPAK HANG”
Hang seorang saja ka rakyat Malaysia?? Selama kami lawan Umno sedari hang dalam Umno tak kira kami ni rakyat?
Hang saja hero dalam Malaysia ni? Semuanya hang?
Berpada-padalah Datuk Seri Anwar.
Jangan diulang kesilapan lalu.
Sejarah lama jadikan pedoman dan teladan.
Jangan lajak sangat.
Yang nak masuk mai komen (dalam FB) sat lagi tu, pikiaq dalam-dalam… hangpa lawan Umno sebab Umno jahat atau sebab Anwar atau sebab Tun…. guna akal bukan otak…
Hormat orang lain sama sebab Malaysia ini hak aku, hak warganegara Malaysia!
Aku
Zulhazmi Shariff
17052018
Bandar Tasik Selatan.

Video: Apa? Kepala bapak kau!


Nik Abduh Jelaskan Isu Masjid Pulau Melaka &Nik Omar..

Imej yang berkaitan
Salam Ramadhan
Saya sahkan viral berkaitan pengakuan kekanda saya, al fadhil Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz bahawa beliau disekat daripada menjadi imam solat 5 waktu dan menjadi tenaga kuliah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.
Ia adalah keputusan mesyuarat keluarga besar NikmatiLlah beberapa hari lepas sebelum bulan Ramadhan.
Ia adalah sekatan bersifat sementara, iaitu SEHINGGALAH al fadhil Ustaz Nik Omar mendapat restu bondanya.
Sebagai tambahan yang berguna, isu restu ibu sepatutnya bersifat dalaman. Tetapi umum sedia maklum bahawa al fadhil Ustaz Nik Omar sendiri yang memberitahu umum melalui siaran akhbar bahawa beliau tidak mendapat restu bonda untuk bertanding sebagai calon pilihan raya. Selang beberapa minggu kemudian, beliau SENDIRI bertindak sebaliknya, yang membawa maksud nyata bahawa beliau melanggar restu bondanya secara TERBUKA.
Ia memberi kesan yang amat besar kepada seorang ibu yang terpaksa menanggung rasa malu yang teramat apabila bersua dengan masyarakat awam. Ia membawa kepada tindak balas keras daripada bonda yang tidak pernah kami lihat dalam hidup kami sebelum ini. Ia terus memanjang sehingga hari ini. Tidak perlu saya perincikan.
Sekatan ini tiada hubungan dengan pemutusan hubungan silaturrahim. Hubungan kami akan berjalan seperti biasa. Setiap hujung minggu kami keluarga al Aziziah sentiasa berkumpul untuk makan malam bersama bonda di rumah. Di situ keakraban akan terus terjalin.
Kami adik beradik sentiasa mendoakan 'al rusyd' untuk beliau. Kami kenal beliau sebagaimana beliau kenal kami berbanding orang lain. Apatahlah bonda kami sendiri.
Dalam sebuah masyarakat yang bebas, isu ini mungkin kecil. Tetapi dalam keluarga kami yang telah diasuh dengan didikan agama oleh datuk dan ayahanda kami, mentaati bonda adalah agama sepenuhnya. Restu seorang ibu adalah lebih besar daripada restu 5 atau 10 juta rakyat Malaysia. Ibu takkan tewas di sisi Allah. Ibu adalah hujah Allah di muka bumi ke atas anak-anak.
Semoga rakan-rakan muslimin dan muslimat, seluruh pencinta Allah turut juga berdoa untuk kami sekeluarga di bulan yang penuh berkat ini. Kami akan mengaminkannya setiap malam insya Allah.
Semoga penjelasan ini memadai insya Allah. - HARAKAHDAILY 19/5/2018

Kekal Atau Lepas Jawatan MB, Azmin Temui Sultan S'gor Hari Ini.



PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi menentukan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor, selepas namanya diumumkan sebagai menteri persekutuan hari ini.

Pegawai Komunikasi Strategik di Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong berkata pertemuan esok akan menentukan sama ada Azmin kekal sebagai menteri besar atau ke Putrajaya.

“Azmin akan bertemu perdana menteri secepat mungkin dan bertemu Sultan Selangor esok bagi menentukan kedudukan sama ada kekal menerajui Selangor atau membantu pentadbiran Putrajaya sebagai menteri hal ehwal ekonomi,” katanya kepada FMT.

Senarai menteri persekutuan baru yang diterima dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyebabkan kejutan apabila ia mengumumkan nama Azmin, 54, yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor 11 Mei lalu.

Penyokong Pakatan Harapan mengatakan kemenangan besar di Selangor pada pilihan raya baru-baru ini merupakan perakuan kepada prestasi Azmin sebagai menteri besar dari 2010.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata Azmin perlu melepaskan jawatan menteri besar jika ingin membantu pentadbiran Dr Mahathir, yang memenangi pilihan raya dengan bergaya atas platform reformasi.

“Logiknya begitulah,” katanya, tetapi mengakui dia tidak tahu butiran perkembangan ini.

Exco Selangor Amiruddin Shaari ketika dihubungi tidak pasti langkah Azmin seterusnya, manakala Naib Presiden PKR Xavier Jayakumar tidak mahu mengulas. (FMT)

Akhirnya, Dr M Akui PM Tak Boleh Pegang 2 Portfolio. Tapi?


DR Mahathir mengakui Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio lain dalam Kabinet berdasarkan manifesto PH. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio lain dalam Kabinet berdasarkan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, beliau sedia menerima portfolio terbabit jika ada permintaan.

"(Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio lain) sudah termaktub dalam manifesto PH dan saya tidak boleh memungkiri (manifesto) itu buat masa ini.


"Sudah tentu jika ada permintaan, saya akan mengambil portfolio pendidikan," katanya pada sesi wawancara yang dimuatkan dalam Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.
Ditanya sama ada portfolio itu diserahkan kepada timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Perdana Menteri berkata, itu tidak akan berlaku kerana Dr Wan Azizah sudah mempunyai kementeriannya sendiri.
Selain Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah turut menerajui Kementerian Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan.
"Saya tidak menyerahkan (portfolio pendidikan) kepada timbalan saya kerana beliau sudah diberikan kementeriannya sendiri.
"Tiada halangan untuk Timbalan Perdana Menteri memegang lebih daripada satu portfolio, halangan itu hanya membabitkan Perdana Menteri," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, secara tradisi, orang nombor satu dan dua dalam pentadbiran kerajaan akan memegang lebih dari satu portfolio sama ada Kementerian Pertahanan atau Kementerian Dalam Negeri.
"Saya berminat (pegang dua portfolio) kalau tidak kenapa saya memilih kementerian itu. Sebelum ini, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bersilih ganti memegang Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
"Jika Perdana Menteri memegang (portfolio) Pertahanan, timbalannya akan memegang portfolio Dalam Negeri atau sebaliknya.
"Kini berbeza, (portfolio) Pertahanan dipegang Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) memegang portfolio Dalam Negeri," katanya.
Tindakan Dr Mahathir menamakan dirinya sebagai Menteri Pendidikan jelas bertentangan dengan manifesto PH yang menyatakan Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain terutama Menteri Kewangan.
Malah, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salehuddin Ayub, berkata kepemimpinan PH akan berbincang berhubung keputusan Dr Mahathir dalam tempoh terdekat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akhirnya, Dr M akui PM tak boleh pegang 2 portfolio. Tapi boleh buat jadi boleh.. kerana guna semboyan 'Malaysia Boleh'?

Najib Mesti Dilayan Secara Bermaruah – Daim




KUALA LUMPUR – Datuk Srei Najib Tun Razak harus diberi layanan secara bermaruah dan kesamarataan sebagaimana warga negara Malaysia yang lain sungguhpun ditengah-tengah operasi penggeledahan oleh pihak berkuasa di kediaman peribadi beliau sejak 48 jam yang lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

“Semua orang harus dihormati dan diperlakukan seperti manusia terutama bekas perdana menteri. . Mereka (para pegawai) harus membiarkan orang tidur,” katanya pada sidang akhir di pejabatnya di sini.
Bekas menteri kewangan itu ditanya mengenai operasi penggeledahan itu yang laporkan bermula pada tengah malam sehingga awal pagi.
Beliau menekankan bahawa sungguhpun operasi penggeledahan dijalankan, semua orang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
“Sekiranya ada kes, langkah seterusnya ialah pendakwaan. Ini merupakan proses untuk semua orang tanpa pengecualian,” tambah beliau.
Terdahulu Daim bertemu pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda, Mazlan Aliman, di mana majlis penasihat itu bersetuju mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan diraja sebagai cara untuk meneliti secara mendalam status kewangan Felda.
Majlis penasihat itu diberi taklimat oleh bekas ketua pengarah Felda Datuk Hanapi Suhada, pengerusi Perbadanan Pelaburan Felda Sdn Bhd, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim and Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Zulkarnain Md Eusope. — BERNAMA

Mendominasi Agihan Kerusi Exco, DAP P/Pinang Tamak? -Datuk Patrick Oo

DAP Pulau Pinang tamak?


GEORGETOWN – DAP Pulau Pinang disifatkan sebagai tamak apabila terus mendominasi agihan kerusi Exco kerajaan Pulau Pinang dan tidak diberikan sama rata kepada rakan dalam Pakatan Harapan.

Presiden Penang Front Party (PFP), Datuk Patrick Ooi berkata, perkara itu dapat dibuktikan apabila tiada wakil daripada Amanah dan Bersatu dilantik dalam barisan Exco yang baharu.

“Bagi saya, ini adalah balasan DAP terhadap rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan. Walaupun mereka menang besar di banyak negeri, tapi mereka hanya dapat jawatan Exco dan ketua menteri di Pulau Pinang.
“Ia kelihatan seolah-olah DAP cuba membalas dendam terhadap Pakatan Harapan kerana logo DAP tidak digunakan dalam PRU14. Itu yang kita nampak.
“Mereka cuba mengukuhkan kuasa mereka di Pulau Pinang walaupun DAP menang besar di lima negeri, tetapi hanya satu negeri diberi sebagai ketua menteri,” katanya.
Menurutnya, peperangan dalaman Pakatan Harapan kelihatan mula tercetus dari Pulau Pinang.
“DAP juga seolah-olah tidak puas hati kepada Amanah kerana wakil pemimpin parti itu dilantik sebagai menteri pertahanan.
“Saya beranggapan ini mungkin satu tindakan balas dendam terhadap rakan sejawatannya dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan barisan Exco yang baharu.

Senarai itu memperlihatkan sebanyak lima muka baharu ditampilkan sebagai exco serta mengekalkan enam Exco sedia ada daripada DAP dan PKR.

Namun, tiada mana-mana wakil daripada Amanah dan Bersatu dilantik sebagai exco walaupun perbincangan mengenai perkara itu telah berlangsung pada sebelum ini.

Ketiadaan wakil Exco daripada Amanah dan Bersatu turut menimbulkan persoalan terhadap kedua-dua parti itu. (SH)

Peti Besi Rumah Najib Berjaya Dibuka, 8 Lagi Belum Dibuka. Apa Isinya?


Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka
Trak PDRM yang digunakan untuk membawa barangan dari kediaman Najib semalam. 

Pihak polis berjaya membuka peti besi di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu, lapor media tempatan

Sinar Harian melaporkan akhbar itu difahamkan dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman di Taman Duta itu.

Lapan lagi peti besi akan dibuka Difahamkan kelapan-lapan peti besi berkenaan kini berada di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya. - Foto Sinar Harian

Menurut sumber, peti besi lama keluarga itu tidak dapat dibuka sebelum ini kerana kuncinya telah hilang.

"Tugasan buka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi wang tunai," sumber memberitahu Sinar Harian.

Bagaimanapun, dilaporkan terdapat lapan lagi peti besi yang belum dibuka di Seri Perdana, Putrajaya.
-malaysiakini

Ini, Kerajaan PH Umum Senarai Menteri Kabinet



KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baharu.

Pelantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.” Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018. Senarai nama yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:

Perdana Menteri
1. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu – Langkawi)

Timbalan Perdana Menteri
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Pandan)

Menteri

BERSATU
3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)
PKR:
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)
DAP:
9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran (Ipoh Barat)
AMANAH:
13. Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)


Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.-(IH)

Friday, May 18, 2018

Negara Kebajikan Ikut Acuan Islam, Rakyat Diseru Menyumbang -Presuden PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang


KUALA TERENGGANU – Rakyat perlu bersama-sama menyumbang kepada negeri jika ingin memastikan konsep negara berkebajikan mengikut acuan Islam berjaya mencapai matlamatnya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata rakyat perlu meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan diri dengan membenarkan kerajaan melaksanakan dahulu pentadbiran mengikut ajaran Islam sebelum bertindak meminta apa- apa sahaja demi memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi masing- masing.
“Yang penting ialah melaksanakan hukum Allah dahulu. Jangan pula bila dah menang kena dengar permohonan aku (rakyat) nak mintak tanah, nak itu nak minta ini. Inilah perangai orang Yahudi yang di zaman dahulu terhadap rasul dan nabi yang menyeru ke jalan Allah. Mereka bukan nak menegakkan agama Allah tetapi berjuang untuk kepentingan diri sendiri.
“Dalam negara berkebajikan, Islam menggalakkan rakyatnya membuat kebajikan, bukan tunggu sahaja negara buat kebajikan. Kita tengok zaman dahulu, semangat umat Islam bina masjid pakat guna duit sendiri kerana nakkan pahala dengan titik peluh mereka;” katanya ketika menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, hari ini.
Tambahnya, memang tidak dinafikan kerajaan bertanggungjawab untuk buat kebajikan tetapi ia jadi lebih sempurna jika semua pihak memainkan peranan.
Dalam pada itu, Abdul Hadi juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih peka terhadap masalah umat Islam di seluruh dunia yang sedang menderita akibat kekejaman sesetengah orang kafir seperti di Palestin, Rohingya dan lain- lain dengan cuba membantu sama ada melalui doa mahupun wang ringgit.
“Umat Islam yang beriman ialah apabila mendengarkan saudaranya ditimpa kesusahan dia akan turut merasa sakitnya dan cuba membantu setakat yang ada. Kita lhat dahulu apabila Bosnia diserang oleh orang kafir, Turki membantu dan begitulah yang lain-lain,” katanya. – BERNAMA

Keganasan Di Gaza: “PBB sudah berakhir. Ia ‘keletihan’ dan runtuh'. -Erdogan,




Ankara – Bagi Presiden Turki, Tayyip Erdogan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah runtuh berikutan kegagalannya menangani keganasan di Gaza yang menyebabkan lebuh 60 penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel.

Keganasan yang berpunca daripada tunjuk perasaan membantah pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis itu dikecam antarabangsa berikutan tindakan Israel menggunakan peluru hidup terhadap pendudul Palestin yang tidak bersenjata.
Reuters melaporkan, menurut Erdogan, majoriti masyarakat antarabangsa gagal bertindak terhadap keganasan di Gaza dan memberi amaran, jika terus berdiam diri, ia akan membuka pintu yang lebih bahaya.
“PBB sudah berakhir. Ia ‘keletihan’ dan runtuh.
“Jika keganasan Israel berterusan didiamkan, dunia akan terseret menjadi huru-hara,” katanya.
Sementara itu di Ottawa, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa siasatan bebas diadakan berikutan lebih 60 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel sejak Isnin lalu.
“Keganasan melampau dan penggunaan peluru hidup sesuatu yang tidak boleh diterima. Amat penting untuk kita mengetahui fakta mengenai apa yang berlaku di Gaza.
“Kanada mendesak siasatan bebas segera dijalankan untuk mengkaji secara menyeluruh fakta di lapangan, termasuk hasutan, keganasan dan penggunaan kekerasan berlebihan,” katanya yang dilaporkan AFP. – Agensi

PAS Ketuai Bantahan Di Kedutaan AS. Apa Pendirian PKR &DAP?



KUALA LUMPUR: Izinkan kami mara serapat mungkin ke kedutaan Amerika Syarikat bagi menunjukkan bantahan kami terhadap kezaliman di bumi al-Aqsa, demikian kata Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim.
Beliau memohon kerjasama daripada pihak penguatkuasa untuk mara di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat yang dua minit kemudian pihak berkuasa membenarkannya.
Pasukan polis yang mengawal ketenteraman awam di sekitar Himpuan Bantah Kekejaman Zionis mengizinkan lori membawa para pewakilan Dewan Pemuda PAS merapati seberang jalan hadapan kedutaan tersebut.
Sebentar tadi berlangsung Himpunan Bantah Kekejaman Israel terhadap tindakan biadab Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis dan pembunuhan berlaku setiap hari di bumi Palestin.
Turut berucap pada petang ini adalah Presiden GAMIS, Faizuddin Zai menyeru Perdana Menteri melakukan sesuatu dengan menyatukan negara  Islam dan memberikan tekanan yang cukup kepada Amerika Syarikat dan Israel.
Himpunan bermula tetap jam 2 petang selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, di sini dan tamat tepat jam 3 petang dengan ucapan terakhir dari Presiden Geng Ustaz, Ustaz Norazli Musa ditutup dengan doa dari Ustaz Mohd Dusuki Abdul Rani.
Sekitar 300 umat Islam hadir membantah tindakan kejam Zionis dan hadir sama pada himpunan adalah Naib Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga  Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, NGO Ummah dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 18/5/2018

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana parti-parti politik lain di Malaysia yang cintakan pembebasan dan keadilan menentang kezaliman di Palestin? Apa pendirian sebuah kerajaan pimpinan PKR?

Lebih RM35,000 Wang Ceramah Dicuri Sukarelawan DAP.

Hasil carian imej untuk sukarelawan   daP -ceramah


PETALING JAYA, 2 Ramadan 1439H, Jumaat – Seorang sukarelawan wanita DAP dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang hasil kutipan ceramah parti berjumlah RM35,019.45, minggu lalu.
Chung Siew Kim, 41, seorang peniaga dalam talian itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.
Wanita itu didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM34,428.45, dua keping cek bernilai masing-masing RM500 dan RM75, mata wang Thailand 100 baht (RM12) dan mata wang Amerika Syarikat US$1 (RM4) di Pejabat DAP, Damansara Servis Center, No 55M, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, di sini, pada 4 petang, 9 Mei lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dengan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Syazwan Mohd Hassan memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya bekerja sendiri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai untuk sebutan semula kes.- Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails