Saturday, June 02, 2018

Robert Kuok Mengaku Taja Umno &MCA Sejak 1957. Dah Mula Beralih?

Robert Kuok


TIBA-TIBA media pengampu BN (Binasa Negara) dan jenteranya menyerang orang paling kaya di Malaysia, Robert Kuok dengan mendakwa kononnya beliau telah menyumbang kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

DAP digambarkan seolah-olah jahat dan khianat kerana telah menerima dana dari Robert Kuok.

Namun perkara itu telah dinafikan oleh Kuok, yang juga terkenal dengan gelaran "Raja Gula" kerana sebelum ini memonopoli pasaran gula negara sehingga berjaya menjadi manusia paling kaya di Malaysia.

Namun jika kita meneliti buku "Memoir Robert Kuok" beliau mengaku telah menyumbang dana yang besar kepada parti United Malay National Organization (Umno) dan Parti Orang Cina Malaysia (MCA).



Malah Kuok mengaku telah menyumbang kepada kedua-dua parti komponen BN (Binasa Negara) itu sejak selepas Merdeka tahu 1957 lagi.



"I was often asked to give substantial donations to the ruling parties, Umno and Mca after independent 1957. I gave willingly, happily and freely, (saya sering diminta untuk memberi derma-derma yang besar kepada parti-parti pemerintah, Umno dan Mca selepas merdeka 1957. Saya telah menderma dengan rela, gembira dan bebas," dedahnya pada muka surat 260 buku tersebut.



Robert Kuok


Jadi jika DAP digambarkan sebagai pihak yang jahat dan khianat kerana menerima dana dari hartawan terkenal Robert Kuok, perkara yang sudah dinafikan oleh empunya diri, bagaimana pula Umno dan Mca yang telah menerima sumbangan besar dari orang yang sama saja zaman selepas merdeka lagi?

Dulu Umno dan MCA mentekedarah duit Robert Kuok berpuluh tahun sejak merdeka, tak jahat pulak? (Milosuam)

banner kena sabotaj

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin sesumpah boleh hidup di demua keadaan. Kini giliran orang lain pula.. Yang lama dah mula suam?


Agensi Islam Pusat Perlu Diletakkan Di Bawah Agong – Mufti



Kuantan: “Sudah sampai masanya Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” demikian cadangan Sohibus Samahah Mufti Pahang Dato`Sri Dr Haji Abd Rahman bin Haji Othman.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan berkenaan pihak-pihak seperti pertubuhan tidak berdaftar G25 yang sedang mendesak supaya institusi-institusi Islam yang ditubuhkan bawah perkenan Majlis Raja-raja itu dibubarkan. 

Menurutnya, cadangan pihak berkenaan untuk menghapuskan JAKIM dan IKSIM ini saya rasa adalah tindakan yang tidak bijak kerana kesannya ia akan membawa kepada kesusahan kepada kefahaman, penyelarasan, pentadbiran dalam agama Islam itu kelak. 

Ujar beliau, kerajaan yang ada sepatutnya tidak campur tangan kerana agensi agama Islam ini ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-raja. 

“Kita tahu JAKIM tidak ada kuasa melainkan kuasa agamanya di bawah menteri dan Tuanku Sultan yang mempunyai kuasa di bawah bidang kuasa negeri, walau bagaimanapun untuk menyelaraskan agama Islam di dalam setiap negeri kita memerlukan satu jabatan atau satu pihak yang boleh membantu penyelarasan maka disebabkan itulah ditubuhkan JAKIM yang turut diperkenankan oleh Majlis Raja-raja juga dan untuk menghapuskannya juga mesti memohon perkenan Majlis Raja-raja terlebih dahulu.

“Kita ambil contoh, misalnya isu falak untuk menentukan Hari Raya, kalau mengikut negeri, Pahang boleh buat keputusan sendiri untuk tentukan bila hendak raya dan sebab itu pernah berlaku dahulu ada negeri yang sambut raya dahulu dan ada negeri yang tidak raya kerana pengistiharan dan ketetapannya tidak seragam.” 

“Maka inisiatif inilah peranan JAKIM diwujudkan bagi menyelaras semua pandangan berkaitan agama bagi setiap negeri-negeri dengan perkenan Majlis Raja-raja.” 

“Bermakna jika tidak ada yang memainkan peranan seperti JAKIM maka siapa yang akan bertanggungjawab?”katanya. 

Menjelaskan mengenai IKSIM pula, Dato’ Sri Dr Haji Abd Rahman berkata, IKSIM ini merupakan satu badan yang memberikan kefahaman kita terhadap perlembagaan Malaysia dan peranan besar IKSIM ini begitu diperlukan supaya tidak berlaku salah faham sehingga menimbulkan perpecahan di negara ini. 

“Sebab kita tahu keistimewaan negara ini tidak ada pada negara Singapura misalnya yang tidak membezakan agama Islam dengan agama lain.” 

“Di sana setiap agama sama sahaja tidak ada mengutamakan mana-mana agama dan berlainan dengan kita di Malaysia, Islam sudah termaktub di dalam perlembagaan sebagai Agama Persekutuan.” 

Maka jelas beliau, menjadi tugas dan peranan IKSIM untuk memberikan kefahaman supaya rakyat Malaysia faham bahawa kebebasan beragama wujud tetapi tertakluk kepada Perkara 3(1) Perlembagaan di mana, agama-agama lain turut boleh diamalkan dengan aman damai dan memberi kesedaran bahawa agama-agama lain tidak boleh mengambil keistimewaan seperti agama Islam. 

Menurutnya, itu merupakan peranan yang besar yang dipertanggungjawabkan kepada IKSIM dan samalah juga seperti JAKIM yang menyelaraskan dari segi perlaksanaan termasuk dari segi pentadbiran. 

Beliau berkata, IKSIM ini berperanan membantu JAKIM dalam memastikan kefahaman terhadap agama Islam tentang perlembagaan dapat disampaikan kepada keseluruhan masyarakat berbilang kaum dan agama dan ini sudah cukup jelas kedua-dua institusi agama ini mempunyai peranan yang cukup besar. 

Beliau turut berpesan kepada pemerintah yang baru agar tidak lupa peranan kerajaan dalam memartabatkan Islam di Malaysia. Menurutnya, yang penting sekarang ini kita mengemaskini peranan yang ada itu supaya tidak ada campur tangan politik. 

Jelas beliau, mungkin cadangan Perdana menteri untuk mengemaskini JAKIM dan IKSIM sesuatu yang boleh saya bersetuju. 

“Tetapi untuk menghapuskan JAKIM dan IKSIM ini sekali lagi saya katakan ia adalah tindakan yang tidak bijak.” Ujar beliau lagi, Majlis Agama Islam di bawah Raja-raja dan bagi pendapat saya JAKIM dan IKSIM ini pula perlu dikemaskinikan dan diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong. 

“Ini disebabkan hal-hal berkaitan agama Islam ini akan berlaku campur tangan jika berlaku pertukaran pemerintahan di masa akan datang.” 

Justeru, adalah lebih baik agensi-agensi yang berkaitan agama iIslam diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong tanpa boleh diganggu gugat. 

“Sebab ia berkaitan agama dan sepatutnya kerajaan yang ada tidak boleh berbincang mengenainya, jika mahu berbincang bawalah kepada Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong bukan badan politik,”katanya. 

Menurut beliau, beliau merasakan terdapat satu bentuk usaha yang sedang giat dijalankan cuba untuk menghapuskan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Menurut beliau, ia dijalankan dengan tidak secara langsung diresapkan kepada pihak-pihak tertentu yang apabila hasrat ini tercapai, maka sasaran untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara sekular menjadi kenyataan. 

Ditanya, bagaimana pula dengan tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen Islam di dalam kerajaan untuk memastikan supaya ada semak dan imbang kepada tuntutan kumpulan-kumpulan pro sekular dan liberal dalam negara beliau berkata, 

“sepatutnya hal-hal dan keputusan berkaitan agama tidak boleh dibawa ke dalam parlimen, kalau diikutkan begitulah, sebab tidak boleh difahamkan satu isu agama dalam parlimen kecuali kita kena ubahnya.” 

“Misalnya, kita hendak bawa RUU, banyak orang pertikaikan asal berkaitan RUU enakmen agama ini dan bagi pendapat saya itu tidak boleh, kerana ia sepatutnya dibawa ke Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan. 

“Saya rasa dalam hal-hal berkaitan agama ini kita perlu kembalikan kepada Majlis Raja-raja dan apabila Raja-raja bersetuju bolehlah dibawa ke Parlimen untuk dibentuk rang undang-undang ataupun satu pindaan dibuat dan kalau melibatkan orang-orang Islam tidak perlu campur tangan orang-orang bukan Islam.” (IH)

Politik “Aneh” Di Terengganu. Apa Yang Aneh? Jom Lihat!

Foto Profesional Istiqamah.

SAMADA tuan tuan suka atau tidak, sepanjang 3 minggu pertama pemerintahan kerajaan2 baru di Malaysia, kita cukup susah mendengar perkara perkara selain positif tentang apa yang berlaku di Terengganu.

Iklim politik negeri saya ini cukup sejuk dan menenangkan. Terengganu adalah negeri terawal membentuk kerajaan dengan MB dan barisan exco mengangkat sumpah dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman kemenangan rasmi. Tiada ayam laga yang bertarung dan pergelutan kuasa juga tidak berlaku. Berbeza dengan kerajaan Pusat. Aneh.
Beberapa hari selepas tu, bekas Menteri Besar DS Ahmad Razif pula melakukan serah tugas rasmi kepada Dr Samsuri. Serah tugas perjawatan ini sangat susah dilihat bila melibatkan parti yang berlainan. Ia kemudian menjadi contoh ikutan menteri menteri di peringkat Pusat. Aneh.
Faktor penenang seterusnya berlaku apabila Dr Samsuri menyantuni lawatan Pengerusi PH negeri iaitu YM Raja Bahrin. Membawa bersama komitmen bagi membantu memulihkan projek projek gajah putih di negeri ini. Raja Bahrin ialah antara arkitek terawal di negeri Terengganu, ketika arkitek masih dikenali sebagai 'Master Builder". Aneh.

Kebiasaannya dahulu, pertukaran MB walaupun melibatkan parti yang sama akan menyebabkan pertukaran pegawai pegawai tinggi kerajaan. Sebahagiannya di "sejuk bekukan". Hal ini tidak berlaku kali ini. Pentadbiran berjalan seperti biasa dengan suasana politik kasih sayang yang diterapkan oleh kerajaan baru. 

Malahan kerajaan negeri tidak langsung mencurigai kesetiaan pegawai2 kerajaan walaupun berbeza pendirian politik. Berbeza dengan kerajaan Pusat apabila PM sendiri mengeluarkan kenyataan sidang media menuntut kesetiaan pegawai kerajaan. Seolah olah ramai pegawai kerajaan ini adalah pengkhianat negara. Aneh.

Lantikan lantikan politik oleh kerajaan lama tidak dipecat seperti yang berlaku di Pusat. Tugas berjalan seperti biasa dengan sebahagiannya mengalami perubahan skop tugasan. Aneh.
Pentadbiran baru langsung tidak menghentam kerajaan lama. Kesalahan kerajaan lama bukan sedikit dan ia menjadi rahsia umum rakyat. Hutang kerajaan negeri melebihi RM 800 juta (rujuk di sini) atau yang ketiga tertinggi selepas Pahang dan Kedah. Tetapi pentadbiran baru langsung tidak bercakap mengenai hutang tinggalan BN. 

Malahan meneruskan pelaksanaan manifesto dalam keadaan kekangan kewangan yang tidak berada pada tahap sepatutnya. Setakat 3 minggu pertama, sekurang kurangnya 4 daripada 20 manifesto telah dilaksanakan dengan komitmen pelaksanaan 1 manifesto setiap minggu. 

Kerajaan negeri langsung tidak menggunakan alasan kewangan yang tenat atau "menambah nambah" jumlah hutang semata mata untuk mengelak melaksanakan janji pilihanraya. Aneh.
Kebiasaannya dahulu apabila berlaku pertukaran MB walaupun daripada parti yang sama, projek MB sebelumnya akan rosak dan terabai. Tuan tuan boleh lihat apabila DS Ahmad Said menjadi MB pada 2008, Projek Taman Ilmu yang menjadi pet project DS Idris Jusoh terabai dan menjadi gajah putih. 

Apabila DS Razif menjadi MB pada 2014, maka pet project DS Ahmad pula terbengkalai seperti Zoo Kemaman dan Pulau Bebas Cukai Kenyir. Sekarang, walaupun parti pemerintah telah bertukar, pentadbiran baru berusaha menyelamatkan semua projek projek ini tanpa langsung mengeluarkan kenyataan menyalahkan pentadbiran lama. Lawatan2 rasmi ke projek projek sakit dan menyakitkan hati ini berlaku dan perancangan membetulkannya dibuat tanpa menjajanya kepada umum. Tiada usaha mengambil political mileage  dari isu ini. Aneh.
Di saat logo logo 1 Malaysia yang menjadi prinsip kerajaan Ds Najib ditanggalkan dengan tergesa gesa di pejabat kerajaan persekutuan, perkara sebaliknya berlaku di Terengganu. Logo TTB (Transformasi Terengganu Baharu)cetusan politik kerajaan lama masih lagi tersergam di sebahagian besar pejabat agensi kerajaan negeri. 

Pentadbiran lama tidak mengupah kontraktor atau kren bagi membuang logo logo ini ke tong sampah. Aneh.
Di saat kerajaan pusat membatalkan projek projek mega yang telah dirancang oleh kerajaan BN sehingga ke tahap sanggup membayar pampasan ratusan juta ringgit, hal sebaliknya berlaku di Terengganu. Saya bagi satu contoh. Saya terlibat dalam perancangan satu projek mega di negeri ini. 

Apabila kerajaan negeri bertukar, kami merasakan ia adalah satu penamat memandangkan projek tersebut adalah salah satu modal pilihanraya BN Terengganu. Peliknya apabila perjumpaan dengan MB baru berlaku, beliau sangat berminat untuk meneruskan projek ini dan prosedur untuk menjayakan projek ini lebih mudah dengan kerajaan baru berbanding birokrasi kerajaan lama. Aneh.

Kebiasaannya ahli politik akan banyak bercakap dari bekerja. Tuan tuan boleh lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengadakan sidang media hampir setiap hari. Sebahagiannya macam tak ada faedah melainkan buat modal "bergaduh mulut" dengan parti pembangkang (BN). 

Berbeza pentadbiran negeri Terengganu, lawatan MB pun kadang kadang disenyapkan supaya gambaran masalah sebenar diperoleh. Bila dah tahu punca, senyap senyap pula balik ke pejabat selesaikan masalah tanpa membuat kenyataan media menyalahkan si A atau si B. Aneh

Politik yang menenangkan sememangnya aneh di negara ini.
Sumber FB
Foto Profesional Istiqamah.
Foto Profesional Istiqamah.
Foto Profesional Istiqamah.

Kahwin Paksa Lelaki Cina Dengan Muslimah Uighur. Apa Sikap PH?


TAIWAN, 17 Ramadan 1439H, Sabtu – Penindasan terhadap etnik Islam Uighur tidak pernah terhenti, malah saban hari ada sahaja tindakan China yang melampaui had kemanusiaan.
Terbaharu, kerajaan China dipercayai memaksa wanita Islam Uighur berkahwin dengan lelaki Cina tanpa kerelaan, menerusi video yang tersebar di laman media sosial.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan China yang begitu kejam, lebih-lebih lagi melihat wanita Uighur itu dalam kesedihan .
Difahamkan tindakan itu adalah sebahagian rangka untuk mengasimilasikan dan melemahkan etnik minoriti muslim di Xinjiang.
Pemuat video berkenaan berkata, kehidupan entik minoriti itu terlalu tertekan dalam segala aspek.
“Selepas penjarakan semua lelaki Uyghur dalam kem konsentrasi, China kini memaksa wanita Uyghur mengahwini lelaki Cina. Pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku secara terang-terangan.
“Apa yang dikesalkan, komuniti antarabangsa termasuk negara Islam yang lain hanya mengabaikan saja tangisan saudara muslim Uyghur”, tulisnya.
Sebelum ini dilaporkan, kerajaan China sentiasa menindas muslim Uighur di Xinjiang, antaranya tidak membenarkan setiap kakitangan, guru dan pelajar berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bulan suci ini.
Bahkan, muslim Uighur juga tidak dibenarkan untuk memakai tudung, membela janggut, memakai lambang bulan sabit dan bintang di pakaian atau pengangkutan awam.
Bukan itu sahaja, mereka juga menghadapai kesukaran untuk mendapatkan passport terutama ketika ingin menunaikan haji.
Lebih teruk apabila kerajaan China yang menentukan imam, bahan ceramah dalam aktiviti keagamaan, tempat untuk diadakan segala aktiviti keagamaan dan versi Al-Quran yang digunakan. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sikap Malaysia PH ke atas kezaliman dan penindasan umat Islam di luar negara? Contohnya seperti di negara China ini, kan Islam itu bersaudara. Cubit paha kanan, kiri pun terasa sama.. Allahu Akbar!
Hasil carian imej untuk ibnu hasyim di china
Atas: Ibnu Hasyim semasa berada di negara China bersama peniaga-peniaga Islam berbangsa Melayu.
Bawah: Ibnu Hasyim di tengah masyarakat di China.
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Hasil carian imej untuk ibnu hasyim di china

Harapan Rakyat Kini Makin Pudar Terhadap Kerajaan PH


SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah dilaksanakan kerajaan baharu yang dapat dirasai oleh rakyat.

Sepuluh janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam masa 100 hari itupun menurut dalih kerajaan PH akan mengambil masa lama pula. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji mereka.

Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas. 

Malangnya sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah diumumkan hanya akan dapat ditentukan semula oleh pentadbiran baharu yang tentunya tidak terikat langsung dengan kerajaan terdahulu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dipetik media berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib itu kali ini terpulang pula kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan isu tersebut. 

“KGT itu sebenarnya adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukan. Kita perlu ikut manifesto dibuat kerajaan sekarang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu,” kata beliau.

Maka jelaslah kini semakin pudarlah harapan rakyat terutama 1.6 juta penjawat awam untuk dapat merasakan khabar gembira yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia selama lima tahun ini.

Hakikatnya tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan PRU lepas semakin panjang. Silap hari bulan, bak kata Mahathir sendiri ketika diwawancara akhbar The Straits Times Singapura, mereka tidak mampu penuhi semua janji.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) entah bila akan dimansuh sekali tetapi bakal diganti cukai lama 10 peratus, harga minyak entah bila turun jadi RM1.50, kenaikan kadar BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar.

Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.

Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru KAFA di Kelantan juga kena buang. Ini belum lagi kira pelbagai agensi akan dibubarkan!

Paling pelik ribuan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dipecat walhal Perdana Menteri tidak berhak membubarkan Jasa kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.

Ketika itu ia dinamakan Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Tujuan asal penubuhannya adalah untuk memelihara serta mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan yang memerintah daripada pihak anasir tertentu.

Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih lagi di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada tahun 2000, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan jabatan baru.

Agensi tersebut diletakkan terus di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar namanya kepada Jasa mulai tahun 2004.

Justeru, jangan kerana nasihat DAP dalam PH, maka Jasa dibubarkan. Bahkan jangan kerana nasihat DAP, maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mempunyai ribuan pekerja terpaksa dibuang begitu sahaja.

Agensi ini tidak sama bidang kuasanya daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta badan penguatkuasaan lain seperti polis trafik yang agak jauh beza fungsinya.

Mahathir sebaliknya umum potong 10% daripada gaji menteri tetapi hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, itu baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun pula baru jimat RM369,600 sahaja!

Bolehkah jumlah ciput itu hendak bayar hutang kerajaan konon RM1 trilion yang diwarisi daripada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dengan cemerlang selama 60 tahun? Sebenarnya potong gaji itu tidak beri kesan pun.

Menjelang Hari Raya Puasa, kenaikan gaji sudahlah tidak dapat, harga minyak tidak turun tetapi kekal, GST tidak dimansuh namun baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6% GST, dapat 10% SST. Itu yang rakyat hendak?

Sebetulnya yang menjadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak menawan kerajaan ialah rakyat apabila terpesona dan mengundi calon mereka. Hasilnya beribu-ribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguh. Berbaloikah?

Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung perbendaharaan negara sekarang adalah hasil usaha Najib. Tetapi kini berbilion-bilion ringgit dana ekuiti pelaburan asing sudah ditarik keluar dari Bursa Malaysia.

Saham jadi tidak menentu selama 13 hari urus niaga dagangan. Apakah hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang? Proton yang dulu kata konon China jajah, sekarang kekal sama malah kerajaan PH enggan membelinya balik.

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dulu kata gadai kepada China, kini masih sama. Lebih lucu kos projek mega itu naik daripada RM55 bilion kepada RM66 bilion walhal dulu pernah kata boleh kurang separuh.


Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat elaun RM1,200 sebulan pun tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi pada Jun ini untuk menyambut Syawal.
Maka moral ceritanya, undilah lagi ikut emosi, dan inilah padahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Perutusan Nuzul Al-Quran 1439H -Presiden PAS.




BULAN Ramadan bukan sekadar mengingatkan kita dengan berpuasa di siang hari, tetapi bulan ini juga mengingatkan kita dengan bulan Al-Quran, mukjizat ilmu paling agung kepada umat akhir zaman sehingga ternyata kebenarannya melalui kajian sains dan berjaya mengalahkan teori falsafah barat. Firman-Nya:
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185[
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185]
Umat Islam mengalami zaman kelemahan apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W serta salah cara melaksanakannya kerana tidak berilmu dan meninggalkan budaya ilmu.
Sepatutnya dalam kita menikmati hidup di Bulan Al-Quran, menyedarkan setiap manusia betapa pentingnya kembali kepada pelaksanaan Al-Quran yang sempurna dan menyeluruh sama ada dalam aspek ibadat, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan dan sebagainya.
Al-Quran dan As-Sunnah wajib diangkat menjadi hukum tertinggi negara melangkaui Perlembagaan Persekutuan dan segala hukum ciptaan manusia, kerana menjadi tanggungjawab bagi sesiapa berkuasa meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempatnya yang tertinggi. Inilah tanggungjawab generasi terkini setelah generasi terdahulu berjaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1439H kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran, menghayati maknanya dan melaksanakan kandungannya dalam seluruh kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS - HARAKAHDAILY 2/6/2018


Mengapa Kes Guan Eng Tidak Diselesai Sebelum PRU? -Subky Latif.



MENJADI  tanda tanya buat mahkamah dan SPRM tidak menyegerakan kes rasuah terhadap Lim Guan Eng hingga Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah jadi Menteri Kewangan sekarang.

Guan Eng sudah didakwa di mahkamah dan DAP pun sudah menyediakan calon ganti Ketua Menteri jika belaku sesuatu yang tidak memihak kepadanya.
SPRM tentulah yakin ia ada hujah kuat untuk mensabitkannya. Ia tidak sekadar main-main atau berjenaka untuk menyusahkan politik pemimpin DAP itu. 

Kes yang melibat maruah seseorang dan parti politik baik pembangkang atau orang yang tidak digemari kerajaan tidak dijadikan mainan kerana ia melibatkan kerajaan kehidupan rakyat.

Guan Eng sebagai orang politik maka kesnya perlu disegarakan, tidak boleh ambil masa selesa untuk menyelesaikannya. Bila berlama-lamaan kes iu ditangguh menyebabkan rakyat gelisah apakah mereka diperintah orang rasuah atau tidak?
Kita sudah ada pengalaman dengan kes DS Anwar Ibrahim. Sekitar 20 tahun rakyat berteka teki tentang maruahnya, sahihkah atau tidak?

Bila Guan Eng didakwa ia mesti diselesai segera kerana dia adalah calon yang dalam PRU14. Maka ia seboleh-bolehnya diselesaikan sebelum PRU.

Soal BN dan Najib ditohmah berpolitik dengan kes itu tidak berbangkit lagi. Bila seorang politik besar didakwa rasuah tentu menyebabkan ada tohmah politik. Itulah yang kata terhadap kes Dato’ Harun Idris dan Anwar dulu. Betul politik atau tidak, tidak dapat hilang sangkaan orang ia bermotif politik. Tetapi SPRM dan mahkamah atas peranan mengatasi semua prasangka politik. Apa orang sangka adalah masalah lain. Mahkamah dan SPRM bebas jalankan kerjanya.

Kes Guan Eng dikatakan cukup saksi, ada tuan rumah yang disewanya menjual rumah itu dikatakan dengan harga yang murah dari harga pasaran. Payah memikir orang lain boleh dapat harga serendah yang disetujui.

Bagi masyarakat yang peka rasuah kejadian dikatakan berlaku itu menarik perhatian untuk ditakwil, apa lagi Guan Eng dan partinya DAP adalah juara anti rasuah. Ada yang mengira ia seimbas kes Dr. Khir Toyo dulu. Biarlah apa orang kata tapi mahkamah kearifan tak sama mentafsir dan menghakimi yang seimbas. Lain hakim lain tafsirnya. Umumnya mengira apapun keputusan hakim ada arif.

Masa cukup bagi kes itu dibicarakan sebelum PRU. Hakim Raja Azlan Shah tidak teragak-agak menghakimi kes Dato’ Harun yang disayangi ramai masa itu. Kerajaan dan hakim-hakim tidak teragak-agak membicara dan menghakimi kes Anwar yang ditangis ribuan orang.

Tetapi mengapa kes Guan Eng dilambat-lambatkan. Kita bukan hendak melihat Guan Eng dipenjarakan, tetapi kita tidak mahu Guan Eng tergantung-gantung menunggu kesnya. Dia banyak kerja dan jika boleh jangan ia mengganggu tugas dan gerak politiknya.
Jawapan tidak ada.

Dengan dia sudah dijadikan menteri kewangan sekarang, maka lebih memayahkan semuanya untuk mengendalikan perkara itu.

Adakah kesnya akan terus sedang dari sekarang menghadapi tugas besar menyelesaikan kes 1MDB dan pemulihan ekonomi negara yang dikatakan tenat?

Perdana Menteri Mahathir adalah pintar dengan dalih-dalih mengapa ia mesi diteruskan dan mengapa tidak diteruskan. Tiada kisah baginya kerajaan ada moral atau tidak. Tetapi dia yang membersihkan apa yang sangka para penyangkat masa lampau, memulakan kerajaan baru dengan membiarkan menteri kewangan memikul kes rasuah yang tidak selesai.

Apakah pantas mahkamah dan SPRM memeram saja kes itu dan membiarkan Guan Eng mati dengan rasuah yang tidak selesai? –HARAKAHDAILY 1/6/2018

Polis Ditahan, Lebih RM1Juta Diitemui. Jangan Guru Kencing Berdiri?




KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah bengkel kereta di Subang Jaya, semalam.
Pegawai yang berkhidmat di bahagian Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, itu masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan.
Sumber SPRM berkata, kedua-dua suspek berada di lokasi bersama seorang awam ketika serbuan dilakukan.
"Pemeriksaan menemui wang berjumlah RM341,000 di kedai berkenaan.
"Pegawai SPRM kemudian membawa kedua-dua lelaki itu ke sebuah kondominium milik seorang daripada suspek dan menemui wang tunai anggaran RM400,000 hingga RM700,00," katanya kepada NSTP, hari ini.
Sumber berkata, kedua-dua pegawai polis berkenaan kemudian dibawa ke pejabat STAGG di Pusat Latihan (PULAPOL) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.
"Pemeriksaan di pejabat berkenaan menemui wang dianggarkan lebih RM225,000.
"Pemeriksaan dan serbuan selesai kira-kira jam 6.40 petang dan kedua-dua pegawai kanan polis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semua rakyat miskin benci rasuah. Ajarkan segera supaya pegawai kerajaan baru PH jangan 'guru tidak kencing lari pecut, kerana muridnya baru kencing berdiri.' Kencing berdiri pun sudah lebih RM1 Juta?

Surabaya Diserang Saspek Pengganas, 41 Ditahan.

serangan
Kenderaan yang musnah akibat serangan pengganas.


SURABAYA – Pihak berkuasa Indonesia hari ini menahan 41 suspek pengganas yang disyaki mempunyai kaitan dengan beberapa serangan bom di Surabaya.
CNA memetik laporan Antara News sebagai berkata, Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian memaklumkan empat suspek turut ditembak mati kerana melawan ketika cuba ditahan.
“Kami bertindak pantas selepas insiden pengeboman nekad di Surabaya dan Sidoarjo, pada 13 dan 14 Mei dan mengenal pasti beberapa suspek.
“Seorang suspek pengganas di Probolinggo menyerah diri kepada polis tempatan disebabkan sering dikejar pihak berkuasa,” katanya.
Tito berkata, 13 suspek pengganas dan 14 penduduk awam terbunuh dalam serangan terhadap tiga gereja dan sebuah ibu pejabat polis itu manakala kira-kira 40 mangsa lain turut cedera.
Pada 25 Mei lalu, Indonesia meluluskan satu undang-undang baharu yang memberikan polis kuasa lebih besar untuk mengambil langkah pencegahan terhadap suspek keganasan. – MalaysiaGazette

Surat Terbuka Kepada Bangsa Cina M'sia.


Ye Lin-Sheng

Sahabatku kaum Cina, tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyalakan api perkauman tetapi sebagai peringatan dan muhasabah diri untuk membetulkan kesilapan yang mungkin telah kita lakukan demi untuk kehidupan yang harmoni di dalam sebuah negara berbilang kaum...

Tahun 2003, seorang ahli perniagaan yang berasal dari negara China serta mempunyai rangkaian perniagaan di serata dunia seperti Malaysia, Hong Kong, Australia, Thailand, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat menulis buku 'The Chinese Dilemma' yang di terbitkan oleh East West Publishing, Australia...

Secara jujur tapi agak kritis, Ye Lin-Sheng berikan pandangan beliau terhadap keadaan anak bangsa beliau di Malaysia...

Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang luas berurusan dgn berbagai bangsa terutamanya dgn bangsa Cina yg bukan saja dari negara Cina malah dari segala pelusuk dunia, eloklah sahabat2 kita yg berbangsa Cina di Malaysia nie mencari kebenaran dari buah fikiran beliau...

Memang agak pahit utk di telan terutamanya oleh sahabat2 kita berbangsa Cins tapi yg pahit itulah yg selalunya menjadi penawar utk kita...

Bangsa Cina di Malaysia Sepatutnya Merasa Bertuah Kerana Mereka Di Terima Dengan Baik





Untuk memastikan negara aman dan rakyat hidup dalam keadaan harmoni, rakyat Malaysia tidak kira apa kaum mestilah mengetahui, memahami dan menghormati kontrak sosial yg dah di persetujui oleh ketiga2 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India...

Dalam kontrak sosial jelas tergambar sikap tolak ansur pemimpin2 berbilang bangsa di zaman pra merdeka...

Atas kekuatan muafakat inilah, British, bangsa penjajah era itu terpaksa tunduk dengan desakan kemerdekaan Tanah Melayu...

Untuk mengetahui selanjutnya tentang kontrak sosial baca di sini :

https://www.slideshare.net/mobile/sftee4/kontrak-sosial

Persetujuan Dalam Kontrak Sosial Yang Membawa Kepada Perlembagaan Tanah Melayu Dan Kemerdekaan


Dalam kontrak sosial antara 3 kaum utama di Tanah Melayu ketika itu jelas di nyatakan :

》Bangsa Melayu sebagai pribumi di akui hak2 dan keistimewaan mereka oleh bangsa pendatanh (Cina dan India) malah hak2 itu akan di lindungi di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan...

》Ugama Islam di perakui sebagai ugama resmi Persekutuan Tanah Melayu...

》Kedudukan dan kedaulatan raja2 Melayu tidak boleh di persoalkan...

》Bahasa Melayu di iktiraf sebagai bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu...

Bagi kaum pendatang (Cina dan India) pula mereka mempunyai 2 pilihan :

》Sekiranya tak bersetuju dengan kontrak sosial maka mereka bebas untuk pulang ke tanah air asal mereka...

》Sekiranya bersetuju maka mereka akan di berikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat yang cukup longgar mengikut jus soli...

Jus soli berasal dari perkataan latin yang membawa maksud pemberian taraf kerakyatan mengikut tempat kelahiran...

Selanjutnya baca di sini :

http://bicaramentari.blogspot.com/2017/01/jus.html?m=1


Setelah pribumi menerima malah memberikan kerakyatan kepada bangsa Cina, mutakhir nie ada gerakan2 dari bangsa Cina yang mempertikaikan kobtrak sosial malah perkara 153 Perlembagaan Persekutuan...

Inilah yang di maksudkan oleh Ye Lin-Shing di dalam buku tulisannya bila mengkritik bangsa Cina di Malaysia sebagai tidak bersyukur, kejam dan mengkhianati perjanjian (perlembagaan)...

Pengiktirafan Orang Cina

Bangsa Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang- orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat...

Tetapi bangsa Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu...


Mana2 orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik...


Keangkuhan Orang Cina

Keangkuhan orang Cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum Cina Malaysia ini.

Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini.

Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka.

Mana2 orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa Cina!!!

Perkauman Orang Cina

Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu...

Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial...

Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia daripada orang Melayu...

Apa yang ada di minda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini adalah kerana orang Cina...


Sebab itu orang Cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan Cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini...

Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis...

Penghinaan Orang Cina Terhadap Melayu

Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah 'menghina' terhadap orang Melayu.

Dalam dialek Cina yg tertentu, orang Melayu di panggil dengan nama yang bermakna 'orang hutan' atau 'orang liar'.

Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun..


Malahan orang Cina yang memeluk Islam dikatakan telah 'masuk Melayu'.

Baca kisah ini :

https://infoje.com/saya-masuk-islam-bukan-masuk-melayu-dialog-antara-guru-mualaf-ini-berjaya-ubah-persepsi-rakannya-tentang-peluk-islam/


Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan hanya eksklusif kepada kaum Melayu sahaja...

Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun...

Umumnya, orang Cina boleh menerima ketuanan orang putih kerana menganggap tamadun dan budaya barat lebih bagus tapi tidak terhadap tamadun Melayu -Bumiputera...

Sikap Negatif Orang Cina Malaysia


Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis...

Baca di sini :

https://utaranews.wordpress.com/2016/04/20/pkr-sahkan-kerajaan-dap-pulau-pinang-tak-iktiraf-kejayaan-anak-melayu/amp/

Ia biasanya di kaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang di beri kepada mereka...

Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat2 Melayu...

Di mana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang Cina berniaga...

Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan di capai menerusi kerja keras mereka...

Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat...

Isu Tuan Rumah

Siapakah tuan rumah negara Malaysia?

Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah, dan orang Cina dan India sebenarnya hanya
lah sbg tetamu ataupun di panggil menumpang kerana tiada tempat.

Orang Cina Malaysia sepatutnya berasa malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas itu diberikan kerakyatan....


Sebaliknya mereka cuba hendak merampas serta menindas tuan rumah - bangsa Melayu.

Baca di sini :

http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2010/02/bukti-kerajaan-dap-tindas-penjaja.html?m=1

Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar dan ramai.

Jika saya, Ye Lin- Sheng, penulis buku,  adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan Perlembagaan dan Kontrak Sosial dicabar.

Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar!!!

Bangsa Melayu Sebenarnya Sedang Di Jajah Oleh Bangsa Cina Malaysia

Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah satu bangsa yang bersopan santun dan kaya dgn kesabaran...






Sudahlah mereka bersusah payah berjuang bermati- matian untuk membebaskan diri dari bangsa penjajah.

Sekarang mereka perlu bersusah payah pula untuk merampas dari orang Cina yang memegang kuasa ekonomi di tanah air mereka sendiri...


Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana mereka sudah di beri peluang utk mendapat kerakyatan tetapi saya selaku orang asal dari negara China berasa malu dengan sikap bangsa saya sendiri yang tinggal di Malaysia.

Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina Malaysia terlalu keras, ekstrim serta perkauman.

Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak lagi menerima ideologi komunis tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamalkannya serta menyebarkan ideologi komunis sehingga kini...

Sebenarnya jujur saya katakan orang Cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu...

Mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh mereka yang nyata!!!

Saling Menghormati Hak Bangsa Lain Untuk Mengelakkan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 Berulang



Keharmornian dan perpaduan sesama kaum pernah musnah dalam negara kita...

Tragedi 13 Mei 1969 menjadi bukti bagaimana sikap tak menghormati hak kaum yang lain akan mendatangkan kesan yang amat buruk...




Kepada semua bangsa di Malaysia, Melayu, Cina, India dll, jangan lagi kita biarkan diri kita terpengaruh dengan ahli politik yang sentiasa meniupkan api perkauman demi kerana tamakkan kuasa...

Seandainya tragedi yg sama berulang lagi, yang akan menderita ialah rakyat marhaen iaitu kita sedangkan ahli politik yang meniupkan api perkauman tadi tetap akan selamat kerana bersembunyi di dalam mahligai mereka yang pastinya akan di kawal rapi...

Buktinya ada, ribuan rakyat yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina malahan India terbunuh dalam tragedi 13 Mei 1969 tapi ahli politik yang mencetuskan tragedi itu tetap hidup sihat sampai sekarang!!!


Petikan dari buku The Chinese Dilemma tulisan Ye Lin-Sheng (
https://babab.net/out/surat-terbuka-kepada-bangsa-cina-malaysia.html)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails