▼
Saturday, July 21, 2018
Pemberian Royalti 20%, Ini Belit Pertama Mahathir..
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekali lagi menekankan pembayaran royalti 20% kepada negeri-negeri akan dikira berdasarkan keuntungan daripada hasil yang diperoleh di negeri berkenaan.
“Royalti adalah keuntungan. Ia bergantung kepada keuntungan Petronas di kawasan itu. Apa yang kita dapat dari Terengganu tidak akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.
Terdahulu, penyelidik Perjanjian Malaysia 1963, Zainnal Ajamain mempersoalkan kewajaran kiraan berdasarkan keuntungan kerana ia tidak mengiktiraf negeri sebagai pemilik sumber minyak dan gas.
“Jika ia keuntungan, itu bayaran tunai dan ia bertentangan dengan janji PH untuk 20% royalti minyak,” katanya.
Perdana menteri mendedahkan kiraan bayaran royalti kepada negeri akan dibuat berdasarkan kepada keuntungan Petronas di negeri-negeri berkenaan di Dewan Rakyat semalam.
Pembayaran royalti 20% daripada “pembayaran tunai” 5% kepada negeri dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 mei lepas.
Pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini menggesa kerajaan menetapkan tarikh pembayaran royalti agar negeri tahu bila wang akan disalurkan.
MR : Mahathir ada orang kata otaknya sentiasa berputar untuk menipu atau berbelit. Musuh boleh kawan dan kawan boleh jadi musuh asalkan matlamatnya tercapai....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
300 NGO Ajak M/Pendidikan Minum Petang 28 Julai..
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia dan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menjemput Menteri Pendidikan minum petang bersama-sama himpunan rakyat yang membantah kenyataan beliau pada 12 Julai di PICC lalu, yang menyatakan akan mengiktiraf Sistem Pendidikan Sekolah Cina UEC.
Beliau dijemput hadir bersama-sama dengan rakyat bagi mendengar sendiri ucapan pimpinan dan tokoh-tokoh pendidikan, bahasa, akademik sejarawan dan aktivis NGO pendidikan berkaitan keresahan rakyat yang membantah UEC diiktiraf.
Ini jemputan kami sebagai membalas jemputan Menteri kepada MAPPIM dan UMMAH apabila beliau memberi respon kepada satu soalan media berkaitan himpunan bantahan rakyat pada 28 Julai nanti di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, "Saya ajak minum teh tarik dan makan di kedai mamak". Walaupun ini suatu jemputan yang menjengkelkan daripada seorang Menteri, MAPPIM dan UMMAH bersedia tetap menerima undangan tersebut, cumanya jangan jemputan ajak-ajak ayam, nyatakan di mana dan jam berapa kami pimpinan UMMAH akan hadir.
MAPPIM dan UMMAH menyatakan bahawa, kami juga bergerak atas dasar dan landasan "Happiness love and mutual respect" sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri, dan sebab itu kita menyambut baik ruang yang dibuka oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PH) bahawa rakyat adalah"King" dan pimpinan kerajaan mesti peka dan 'Respect' serta terbuka kepada semua tuntutan rakyat.
MAPPIM dan UMMAH bersedia untuk membina ruang berdialog secara khusus dan lebih berkesan demi memperkasakan dan memperkukuhkan halatuju Pendidikan Negara bagi menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Negara.
MOHD ZAI MUSTAFA
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) -HARAKAHDAILY 20/7/2018
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) -HARAKAHDAILY 20/7/2018
Hanya 3 Kilang Padi Di T'ganu, 40 Di Kedah. Kenapa?
KETIDAKSAMARATAAN pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat memang sangat ketara.
Lori padi yang menunggu nak buang padi di Kilang Bernas Bukit Kenak Besut terpaksa beratur sampai sehari semalam menunggu giliran. Kita di Terengganu hanya ada 3 kilang padi yang beroperasi sedangkan di Kedah ada 40 kilang padi.
Jumlah kilang padi di seluruh negara sebenarnya mencukupi, tapi taburannya tak mengikut keperluan. Akibatnya di Kedah kilang tak cukup padi nak diproses sementara di Terengganu padi tak cukup kilang.
Padi di Terengganu terpaksa dihantar dengan lori ke Kedah dalam jumlah yang banyak untuk diproses. Naik bukit turun bukit Jalan Raya Timur Barat baru sampai ke Kedah. Kemudian orang Terengganu terpaksa pula beli beras dari Kedah. Sekali lagi beras terpaksa naik bukit turun bukit untuk mari ke Terengganu. Main pergi mari yang memerlukan kos tinggi untuk pengangkutan. Inilah antara punca kenapa harga beras mahal.
YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 20/7/2018
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 20/7/2018
7 Sifat Cina M'sia, Melayu Kena Jaga -Ye Lin-Sheng
Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.
Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:
1. Pengiktirafan orang cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat.
Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
2. Keangkuhan orang cina:
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini.
Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
3. Perkauman orang cina:
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial.
Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
4. Penghinaan orang cina:
"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’.
Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
5. Sikap negatif orang cina:
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga.
Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
6. Isu Tuan Rumah:
"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta.
Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
7. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula.
Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman.
Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
MR : Sebenar orang Cina di Malaysia tak ada masalah, yang masalahnya DAP menanam sikap perkauaman tebal secara tersembunyi dan suatu matlamat menguasai Malaysia demi anak cucu mereka.. itulah titik orang Cina buka Islam menaruh curiga kepada Melayu Islam yang benar-benar nak mendekati agamanya....
MINDARAKYAT
Lihat sebelum ini..
- Surat Terbuka Kepada Bangsa Cina M'sia.
- E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..
Tak Perlu Ikut Manifesto PH Kerana Bukan Quran Atau Bible. Tun M Elok Mohon Maaf.
KUALA LUMPUR – Lebih elok pemimpin kerajaan termasuk Tun Dr. Mahathir Moahamad memohon maaf sahaja kepada rakyat berbanding memberikan alasan yang manifesto Pakatan Harapan (PH) bukan al-Quran atau Bible sehingga perlu diikuti 100 peratus.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, jika tempoh 100 hari untuk kerajaan PH melaksanakan semua 10 janji itu tidak mencukupi, maka Dr. Mahathir perlu jelaskan kepada rakyat kenapa memerlukan lebih masa untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun dalam hal ini, katanya, kerajaan tetap berhutang dengan rakyat dan rakyat berhak menagih janji-janji itu untuk ditunaikan seperti yang terkandung dalam manifesto PH.
“Kalau tidak boleh lakukan, minta maaf sahaja, kalau masa tidak izinkan, beliau (Dr. Mahathir) perlu mohon kepada rakyat supaya tangguhkan dahulu perkara yang dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Dr. Mahathir yang mengaku dalam tempoh 70 hari beliau mentadbir negara, hanya dua daripada 10 janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan (PH) telah dilaksanakan dengan enam lagi masih di peringkat pelaksanaan.
Video: Manifesto Bukan Bible, Kata Dr Mahathir
Dr. Mahathir berkata, jika berdosa kerana gagal melaksanakan manifesto itu, beliau dan PH akan menanggung dosa tersebut tetapi tidak menganggap manifesto itu sebagai al-Quran atau Bible. Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, setiap manifesto yang dijanjikan kepada pengundi wajib ditunaikan oleh pemimpin terutama mereka yang beragama Islam memandangkan kegagalan berbuat demikian boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat.Beliau berkata, kepentingan mengenai umat Islam untuk menunaikan janji telah disebut di dalam surah al-Maidah ayat 1, maka kewajipan untuk memenuhi janji adalah merupakan perintah Allah.
“Janji sama ada janji yang berkaitan dengan hal keduniaan atau akhirat wajib ditepati, sesiapa yang tidak tepati janji adalah satu pengkhianatan kepada orang lain.
“Selain itu, salah satu tanda munafik ialah manusia yang tidak tepati janji, sebagai orang Islam kita tidak boleh ada sifat munafik,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, secara moralnya kerajaan PH bertanggungjawab menunaikan janji manifesto itu bagi membentuk keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
“Kalau tidak mampu tunaikan, rakyat kena diberi makluman agar mereka faham kenapa kerajaan tidak dapat tunaikan janji tersebut,” katanya, Tambah beliau, sewajarnya apa yang berlaku kini dijadikan pengajaran kepada setiap parti politik untuk menjalankan kajian dengan lebih mendalam sebelum mengumumkan manifesto parti masing-masing dan menjanjikan sesuatu perkara berdasarkan kemampuan selepas ini. – UTUSAN
Jahil Perlembagaan Punca Sokong UEC -Dr. Khoo Kay Kim
KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin kerajaan yang berusaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai jahil tentang Perlembagaan Malaysia. Tokoh sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, jika mereka memahami tentang Perlembagaan Malaysia sudah tentu usaha untuk mengiktiraf UEC tidak dilakukan.
Katanya, mana-mana pihak tidak perlu menggunakan alasan pengiktrafan UEC oleh negara-negara luar untuk ‘membawa’ ia dalam sistem Malaysia kerana ia amat bertentangan dengan Perlembagaan. Apabila disebut bertentangan dengan Perlembagaan membawa maksud mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak sah.
Kenalah menghormati Perlembagaan negara. Itu wajib. Kalau pemimpin tidak menghormati Perlembagaan mereka telah memberi isyarat yang salah kepada generasi muda. Jangan kita mengajar generasi muda, generasi masa depan tidak menghormati undang-undang negara.
“Fahami Perlembagaan, hayati Rukun Negara. Rukun Negara bukan sekadar jadi sebutan tetapi perlu disematkan di hati, di jiwa. Bila kita menghayati semua ini, jati diri, semangat cintakan Malaysia kuat dan tanggungjawab terhadap negara bangsa teguh.
“Bila semuanya kuat, tidak akan melakukan sesuatu yang merepek, yang boleh meruntuhkan apa yang dipertahankan selama ini. Kalau pemimpin tidak tahu menghormati undang-undang negara, memang susahlah,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Khoo berkata, kerajaan jangan melihat penentangan pengiktirafan UEC sebagai satu bentuk prejudis kepada mana-mana kaum tetapi lihat ia sebagai satu penghormatan dalam mempertahankan sistem sebuah negara. Sambil menyifatkan situasi yang berlaku ini sebagai ‘hasil’ terlalu mengutamakan subjek-subjek yang berkemahiran tinggi seperti sains dan matematik, Khoo mengakui beliau sedih apabila wujud segelintir pemimpin dan generasi muda yang tidak tahu tentang sejarah Malaysia.
Jelasnya, Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu adalah sebuah negara hebat. Dalam negara-negara di bawah empayar Birtish, Tanah Melayu adalah tanah jajahannya yang paling kaya, mengatasi India dan Australia, lantaran itu negara ini sering menjadi perhatian dunia. Malah, dalam sejarah juga tercatat Tanah Melayu pernah menjadi juara badminton dunia dalam tahun 1949.
Tanah Melayu juga pernah mengambil bahagian dalam sukan olimpik sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
“Tahun 2018 Croatia memasuki Piala Dunia, tapi di mana Malaysia sekarang? Tatkala negara lain berlumba-lumba mengejar kehebatan, kita masih berjuang tentang UEC, tentang bahasa, masih ada pula yang tidak memahami Perlembagaan,” katanya.
Jelas beliau, Singapura yang maju dalam aspek ekonomi, rakyatnya berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik pun, kalau ditanya apa bahasa kebangsaan mereka, jawapan mereka tetap sama iaitu bahasa Melayu. Itu jelas menunjukkan kemodenan dan status negara tidak boleh dijadikan alasan mengubah jati diri rakyat dan sistem sesebuah negara.
Ditanya apakah harapannya dalam isu UEC, Khoo berkata:
“Pemimpin yang berada dalam kerajaan perlu sedar, mereka bukan individu yang dipilih untuk memberi arahan tetapi berkhidmat kepada rakyat dan negara".
“Zaman dahulu, gabenor-gabenor negara dalam surat rasmi mereka akan menggunakan perkataan “I am obedient servant’. Itulah sebenar kedudukan pemimpin dan penjawat awam.
“Anda berkhidmat kepada rakyat, jadi berkhidmatlah sebaik-baiknya dan bukan memberi arahan,” tegasnya.
MR : Cina yang faham perlembangaan pun tahu mana yang betul........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
M'sia Sebagai Negara Islam Contoh -Subky Latif.
SELAMA-lamanya sejak merdeka baik semasa pentadbiran 22 tahun Dr. Mahathir Malaysia mendakwa daulah Islam contoh tetapi di bawah pentadbirannya yang baru dia tidak puas hati prestasi Pusat Islam hingga jika ikut hari terasa dia hendak menutupnya.
Apapun kerajaan baru itu kini mahu Islam di Malaysia kaedahnya sendiri, tidak terikut dengan lain Negara Islam, biar menjadi model bagi dunia Islam.
Suatu yang baik itu sayugia dialu oleh semua tetapi apakah kaedah yang tidak seperti Saudi, Mesir, Turki, Brunei Darussalam, Indonesia dan rantau Teluk yang hendak dicari itu.
Apakah sedikit sebanyak yang terlaksana di Kelantan sejak tahun 1990 tidak dimasukkan dalam perhatian? Jika Pusat Islam menghampakannya, apakah Perkim sejak diambilnya dari Tun Taib Mahmud dapat jadi perhatian. Logiknya pencapainya di Perkimlah model ikutan.
Memang Islam Mesir, Saudi dan lain-lain tidak dapat jadi model daulah Islamiyah semesta, dan tidak juga pengurusan kerajaan dan demokrasinya. Mesir yang seribu tahun Universiti Azharnya mengeluar ribuan ulama seluruh dunia tidak lagi jadi tumpuan umat.
Tetapi yang Mahathir mahu sekrang, biar Malaysia tidak Syiah, tidak WAhabi, tidak seperti Mesir, idak macam Jordan dan lain-lain. Tetapi ada pegangan contoh sebagai ahli sunnah wal jamaah, mungkin tidak terikat dengan fiqah empat mazhab yang diterima kini – Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi dan tidak terkeluar daripadanya.
Kita tunggu apa nasihat jamaah penasihat Islamnya bersama menterinya. Tidak diketahui wakil Majlis Syura Ulamak PAS diperlukan, tetapi lembaga penasihatnya itu tidaklah seperti Penasihat Agama Perdana Menteri sejak zaman pentadbirannya dulu yang tidak dipastikan dia penasihat Perdana Menteri atau Perdana Menteri menasihatkannya.
Ternyata kini tidak diketahui kesan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program islamisasi dan penerapan nillai Islam dalam semua bidang, Islam Hadhari dan Wasatiyah dan maqasid syariyah Najib tidak banyak menolong. Semuanya itu adalah mahu menjadikan Malaysia Negara Islam contoh.
Islam itu sudah sempurna setelah 23 tahun kerasulan Nabi Muhammad SAW, Negara Islam Madinah yang baginda asaskan itu adalah model untuk semua sepanjang zaman, pentadbiran dan sirah Khalifah ar-Rasyidin model siyasah dan pemerintahan yang wajar dipelajari dan ditambah pula dengan pencapaian Khalifah Umar Abdul Aziz (bukan Nik Omar Nik Aziz) yang jadi kegembiraan sekalian umat.
Adalah benar zaman mereka tidak secanggih dan sepantas kemajuan dunia sekarang, tetapi Nabi dan khalifahnya yang empat itu adalah model untuk dunia Islam hingga kiamat. Tidak perlu al-Malik Faisal kata Islam Saudi lebih baik dari Mesir dan Anwar Sadat kata Islam Mesir lebih baik dari Saudi.
Maka kita pula terikut-ikut menjadi model Islam serba serbi bagi semua dunia. Jika kita manfaatkan Pusat Kajian al-Malik Salman yang dicadangkan di Malaysia, gunakan semua kemudahan membuat kajian semua perkembangan ilmu dan kemajuan dunia dan akhirat di semua zaman sejak Plato hingga pencapaian Tabung Haji, maka Islam banyak perkara yang baik bagi sepanjang semesta.
Jangan Islam yang hendak jadi contoh itu tidak berani mengatakan anti hadis Kassim Ahmad itu salah dan biar jelas antara Mahathir dan Kasim seiras. Biar ada ketegasan Islam itu tiada liberal dan pluralnya. Yang dirasakan sebelum ini Perdana Menteri itu sendiri keliru.
Biar Islam yang hendak diperkasa itu yang bermodel kepada Rasulullah SAW dan bukan yang Mahathir fikir semirip Kassim dulu. – HARAKAHDAILY 18/7/2018
Friday, July 20, 2018
Misteri Kasut Berwarna Hitam, Disiplin &Gudang Kasut. Dedah Rais Yatim
Antara Disiplin Dan Kasut Mana Lebih Mustahak?
SHAH ALAM – Bekas Menteri Kanan, Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai pemakaian kasut sekolah berwarna hitam bagi pelajar sekolah mulai tahun depan.
Katanya, soal disiplin pelajar di sekolah merupakan lebih penting berbanding dengan pemakaian kasut hitam
“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam. Tak ada hal ehwal yg lebih pentingkah?
“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak. Bukan kasut hitam,” katanya dalam catatan di Twitter miliknya.
Semalam dalam program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian Maszlee mengumumkan pelajar sekolah tidak lagi memakai kasut sekolah berwarna putih mulai tahun depan, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.
Menurutnya, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa.
Mengulas lanjut, Rais berkata, pengumuman berkaitan pemakaian kasut hitam merupakan satu berita baik bagi gudang kasut.
“Dengan 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350 hingga RM400 juta,” katanya. – Sinar Online
Cucu Tun M Seksi. Ini Contoh Keluarga Pemimipin Negara Umat Islam?
KECAM… Selepas beberapa cucu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikutuk netizen tempatan atas pelbagai sebab, kali ini seorang lagi keturunan beliau menjadi bahan kecaman.
Sebelum ini pengguna media sosial mencela gaya hidup mewah seorang cucu perempuan Mahathir yang lepak santai di atas sebuah bot persiaran eksklusif selain cucu lelakinya tidur di tilam sambil ditemani beberapa ekor anjing.
Tidak ketinggalan dapat perhatian netizen sehingga tular ialah beberapa gambar memaparkan lagak seseorang cucunya yang kelihatan seperti tomboy sedang ceria meneguk arak dan mengucup pasangannya tanpa rasa malu.
Kali ini, seorang lagi cucu pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu yang hanya dikenali sebagai Melia Serena, tidak terlepas dikritik ramai netizen Muslim dari seluruh dunia kerana penampilan dirinya dikatakan begitu seksi.
Anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu diselar kerana memuat naik gambar dia berada di London, Britain baru-baru ini mengenakan pakaian agak kurang sesuai dengan norma budaya tempatan.
Baca: Murid Naik Bot Redah Bah, Cucu Tun Santai Bot Mewah
Dan: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing
Juga: “Suami Yang Larang Saya Bertudung” – Siti Hasmah
Meskipun menerima lebih 5,000 tanda suka, puluhan komen negatif dapat disaksikan menerusi laman Instagram Melia Serena, 17, kerana gaya busana yang dikenakan itu menyerlahkan kehidupan mewah cucu perdana menteri.
Ini jauh berbeza dengan tohmahan Mahathir sendiri kononnya Malaysia di ambang muflis akibat tanggung hutang cecah RM1 trilion sehingga terpaksa wujudkan sebuah tabung khas untuk kutip derma daripada rakyat marhaen.
“Awak tu cucu perdana menteri… Pakailah baju elok sikit aduhhh”, komen seorang netizen dikenali sebagai Faez Dzulkarnain tetapi dibalas semula Melia Serena dengan jawab: “look at my story kubur kau ke kubur saya sia”.
Mungkinkah gadis ini bergurau, namun jawapan diberikan itu menggambarkan tahap personaliti dirinya kurang sensitif dengan status dirinya sebagai anak menteri besar dan cucu kepada perdana menteri sebuah negara Islam.
Apakah Allah SWT hendak tunjukkan bagaimana liberal keluarga Mahathir yang memang diketahui agak bebas sehinggakan isterinya sendiri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali mahu berhijab pun dilarangnya? – Mynewshub.TV
Menurut Tun, Pengguna Tak Payah Makan Dan Pakai. Apa Punya Cara Fikir..
Kerajaan PH (Pakatan Hancing) Pertahankan Cukai SST
(Saya Sayang Tun) Yang Di Perkenalkan
Kalau Tak Nak Kena Cukai, Jangan Beli Barang
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST)...
Mahathir menambah, "kadar cukai jualan sebanyak 10% akan di kenakan sekiranya pengguna membuat pembelian kalau tiada pembelian, tidak perlu menjelaskan cukai"...
Berbanding GST, ia cukai nilai tambah... Sama ada beli atau tidak, harga akan meningkat,” katanya kepada media di bangunan Parlimen hari ini... Kerajaan dah umumkan kadar sifar terhadap GST... Sekarang kerajaan nak pastikan parlimen mansuhkan GST...
Menurutnya, kerajaan juga perlu menguji dahulu pelaksanaan SST...
PH Kata 10% Lebih Baik Dari 6%
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Akta SST yang bakal dilaksanakan pada 1 September depan, cukai jualan di cadangkan adalah 10%... Manakala untuk cukai perkhidmatan pula, dicadangkan sebanyak 6%... Guan Eng berkata, Akta SST itu di jangka di bentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum di luluskan dan seterusnya di laksanakan...
Guan Eng juga berkata SST 10% dan cukai perkhidmatan 6% yang di kenakan tak akan membebankan rakyat mcm regim GST mantan kerajaan BN... Kenyataannya, sama ada cukai tu di kenakan di peringkat pengilang atau peringkat mana sekali pun, rakyat sebagai pengguna akhir yg akan menanggungnya... Rakyat mahu setiap sen yang di keluarkan mestilah di menafaatkan semula utk negara dan tak ada ketirisan...
Baca di sini :
SST Buka Ruang Yang Luas Untuk Peniaga Menipu
Rakyat dah tertekan dan bosan dgn dasar2 yg kerajaan PH perkenalkan dan jangan di tambah penderitaan rakyat lagi... Bagaimana caranya meminimakan ketirisan adalah tanggungjawab kerajaan..
(http://theunspinners.blogspot.com)
Jet Israel Bom Anak Palestin Main Lelayang. Apa Pendirian PH?
TEL AVIV - ISRAEL. Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bannet (gambar) mengeluarkan kenyataan biadab apabila mencadangkan jet tempur Zionis mengebom kanak-kanak Palestin yang menyertai tunjuk perasaan di pagar sempadan.
Katanya lagi, tindakan itu perlu diambil bagi mengekang kanak-kanak terbabit menerbangkan layang-layang membawa api ke wilayah diduduki Zionis. Bannet berkata demikian semasa mesyuarat Kabinet Keselamatan Israel pada Ahad.
"Kita tidak boleh membiarkan mereka menerbangkan bom layang-layang ke kawasan Israel.
"Mereka adalah pengganas, jadi kita perlu beri pengajaran. Daripada melepaskan tembakan amaran, apa kata kita bom sahaja kepala mereka," katanya.
Seramai 140 rakyat Palestin maut ditembak pihak berkuasa Israel sejak tunjuk perasaan besar-besaran bermula 30 Mac lalu. Difahamkan, ribuan lagi cedera akibat terkena peluru hidup dan gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Zionis. - Middle East Monitor
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jet Israel bom anak Palestin main lelayang. Apa pendirian PH? Sama saja sikap BN dengan PH. Rakyat Malaysia kena tahu sikap pengecut kerajaan Malaysia dulu dan sekarang..
Jahannam Israel!
Jahannam Israel!
Jahannam Israel!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam tidak akan hapus, walaupun dikatakan serangan terburuk Gaza sejak 2014.. Islam terus diserang dari berbagai arah oleh para musuhnya, di pojokkan oleh media, para ulama di jadikan tertuduh. Ya, Islam seakan terlihat kalah, Islam tidak kalah tapi, masih banyaknya muslim yang lengah, tidak peduli dengan keadaan agamanya, keadaan umat.
Kelengahan inilah yang di manfaatkan para pembenci Islam untuk menjadikan cahaya Islam semakin redup. Tapi camkan ini, sekuat dan sekeras apapun para musuh Islam untuk memadamkan cahaya islam, Allah SWT justru menyempurnakan cahayaNya dan Allah SWT akan menggagalkan rencana keji mereka.
- “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". QS. Ash Shaff : 8
- “Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik”.
Allah SWT melaksanakan janji ini, segala puji dan karunia hanyalah milik-Nya. Dalam kitabash-Shahih diriwayatkan Rosulullah SWT bersabada:
- “Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala telah membentangkan bumi kepadaku sehingga aku dapat melihat belahan timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menacapai belahan bumi yang telah dibenatangkan kepadaku itu.” (Tafsir Ibnu Katsir 6.1, juz 18, hal 95, pdf)
Percayalah dan yakinlah akan janji Allah SWT Janji-Nya bukan janji palsu ataupun abal-abal, janji-Nya pasti akan terlaksana. Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
- “Dan barangsiapa mengambil Allah, rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, Maka Sesungguhnya pengikut (agama) Allah Itulah yang pasti menang”. QS. Al Maidah : 56
Tidak ada salahnya kita melihat perkataan, Kardinal Simon (orang kedua setelah Paus di Vatikan) mengatakan:
”Andai umat Islam bersatu padu di seluruh dunia dan menyatukan seluruh aspirasinya, saling membantu melepaskan diri dari cengkraman Eropah (Kristen/Yahudi/Israel) lalu mereka berkiblat dan mematuhi segala syariatnya (Islam), maka mereka akan mamapu bangkit dan mengalahkan kita (Kristen/Yahudi/Israel).Dan wajiblah bagi kita (Kristen/Yahudi/Israel) untuk menyusun program demi memecah belah, menghalangi kebangkitan mereka”. (Majalah As Salam edisi kedua, September 2002)