Saturday, August 04, 2018

Kerajaan Atas Kerajaan, Di Kelantan. -Subki Latif


Hasil carian imej untuk subky latif
KERAJAAN BN/Umno sudah dibuang dan Kerajaan Pusat sudah tidak ada kerajaan atas kerajaan lagi di Kelantan. Sekalipun Umno tidak memerintah Kelantan, tetapi ia ada anggota parlimen dan Adun di Kelantan.

Maka dengan benih-benih Umno itulah BN membentuk Kerajaan Pusat atas Kerajaan Kelantan bagi mengurus urusan Kerajaan Pusat di Kelantan. Apa jua peruntukan dan jabatan persekutuan di Kelantan dikecualikan dari Kerajaan Kelantan sedang di negeri-negeri yang diperintah BN tidak semestinya ditangani secara menangani Kelantan.

Kuasa itu dikira sebagai wujudnya kerajaan atas kerajaan.

Sekarang kerajaan Harapan tidak ada apa-apa di Kelantan. Adun tak ada, MP pun tidak ada. Adakah Kelantan itu dibiarkan saja kepada kebijaksanaan Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Pusat wujudkan pula adakan juga satu sistem menyambung sistem Umno dulu dengan menyerahkan bantuan dan peruntukan ke Kelantan kepada urusan parti Harapan Kelantan?

Antara yang Harapan Kelantan bernafsu besar moga-moga ia diperkenan PM Dr. Mahathir ialah pemberian 5 peratus royalti petrol/gas kepada negeri itu yang persetujuan pada dasarnya terkandung dalam manifesto Harapan.

Selamanya Umno dan Mahathir tiada sebarang takwil atas hak royalti kepada Terengganu dulu hinggalah Terengganu ditadbir PAS tahun 2000. Atas nafsu dan hasutan Umno Terengganu, Mahathir setuju merampasnya dari Kerajaan Terengganu.

Ada tanda-tanda Harapan Kelantan menghasut Perdana Menterinya, orang yang sama merampas royalti Terengganu itu dulu menyekat hak itu diserahkan kepada Kerajaan Kelantan. Jika Mahathir itu Mahathir dulu juga kalis reformasi dan kalis transformasi, maka sistem Umno yang sudah dibuang oleh rakyat itu akan diteruskan dan diserahkan kepada pemimpin Harapan Kelantan.

PAS menolak jemputan Mahathir untuk menumbang Najib pra PRU14 dulu, kerana PAS bukan sekadar untuk membuang orang tetapi membuang sistem. Orang dan parti yang beramal negatif itu sudah dibuang, sistemnya mahu diteruskan. 

Bagai yang dipercayai, yang bertukar orang dan parti, sistem pakai yang lama juga. Sistem itulah yang menjerumuskan kerajaan rasuah, kebocoran dan selewengan.

Jika urusan Kelantan diserahkan kepada Harapan, itulah kemahuan Mahathir supaya royalti 5 peratus yang war-warkan bukan atas pengeluaran tetapi atas keuntungan. Yang PAS, rakyat dan Kelantan mahu ialah atas pengeluaran.

Apakah hak yang Sabah, Sarawak dan Terengganu peroleh dulu atas pengeluaran atau atas keuntungan?

Jika sistem yang tidak bertunjang kepada hak dan keadilan itu dipakai lagi untuk Kelantan, maka Harapan bukan sekdar ditolak di Kelantan, bahkan ia ditolak di Terengganu, Pahang dan Perlis. Apakah Harapan Terengganu, Pahang dan Perlis akan diberi hak mentadbir mengendalikan urusan kerajaan federal di negeri-negeri itu?

Harapan tidak diberi mandat di Kelanan. Atas kapasiti apa mereka diberi hak? Tentunya ia atas jawatan politik. Kerajaan baru membuang berbelas ribu penjawat politik di Jabatan Pedana Menteri, maka sekarang mahu memberi jawatan politik pula kepada orang Harapan?

Jika Mahathir setuju, mungkin faktor usia dia tidak seimbang dalam semua perkara. Dan jika Harapan Kelantan pula setuju, itu nama tidak pemalu.

Demi memastikan kerajaan baru berada dalam sistem yang betul, Mahathir melantik beberapa orang penasihat diketuai oleh Tun Daim Zainuddin bagi menyediakan urusan pokok, maka Tun Daim wajar beri nasihat yang tepat kepada rakan sepanjang hidupnya itu.

Biar Harapan Kelantan belajar pahit maung perjuangan dulu supaya belajar payahnya perjuangan. – HARAKAHDAILY 4/8/2018

LGE Gelabah? Gagal Jelaskan Isu Hutang. Hansard Parlimen Mendedahkan!




KUALA LUMPUR – Berita ‘Khairy Jamaluddin dan Wee Ka Siong terduduk mendengar jawapan Lim Guan Eng’ berhubung isu hutang negara yang dibangkitkan di Dewan Rakyat Rabu lalu menjadi perbualan apabila ia tular di media sosial kelmarin.
Ahli Parlimen Rembau dan Ayer Hitam itu kononnya terkejut sehingga tidak terkata apabila Menteri Kewangan itu mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar sebanyak RM7 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun berita yang dilaporkan tidak seperti apa yang berlaku.
Nasib baik ada hansard Parlimen.
Melalui hansard itu, Lim Guan Eng sebenarnya gagal menjelaskan mengenai hutang-hutang kerajaan yang didakwa mencecah RM1 trilion walaupun isu itu ‘diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh’ sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan.
Realitinya, bukan kedua-dua ahli Parlimen itu terduduk tetapi ahli Parlimen Bagan itu yang tidak menjawab tiga soalan yang dibangkitkan oleh Ka Siong.
Ka Siong telah meminta Guan Eng menjawab adakah dua komponen hutang iaitu contigent liability (hutang bersyarat) berjumlah RM199.1 bilion dan pembayaran sewa (lease payment) RM201.4 bilion telah disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Ahli Parlimen itu turut bertanyakan pengiraan hutang yang manakah mengikut takrifan Tabung Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan standard antarabangsa serta Bank Negara Malaysia – sama ada hutang yang berjumlah RM686 bilion atau RM1.087 bilion.
Beliau turut bertanya mengapa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak masukkan dalam pengiraan hutang yang mencecah lebih RM1 trilion itu.
Berdasarkan hansard Parlimen, Guan Eng tidak menjawab satu pun daripada tiga soalan Ka Siong itu.
Guan Eng sebaliknya mengelak dengan mengasak soalan yang sama secara bertalu-talu kepada ahli Parlimen Ayer Hitam itu sama ada beliau tahu atau tidak Kerajaan Persekutuan telah membayar hutang 1MDB sebanyak RM7 bilion sebelum ini.
Hansard Parlimen itu boleh dibaca dari muka surat 119 melalui https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-3107018.pdf
Sebelum pertanyaan itu dikemukakan oleh Ka Siong, Guan Eng yang membuat ucapan penggulangan titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kewangan berkata, aspek hutang yang sebenarnya ditanggung dan mulai dibayar oleh Kerajaan Persekutuan iaitu apabila kerajaan mengambil kira hutang, contingent liability dan jaminan Kerajaan Persekutuan.
Guan Eng menjelaskan hutang rasmi mengikut takrifan RM687 bilion tidak mencerminkan kedudukan hutang yang sebenarnya.
“Ini kerana apabila anda menjadi penjamin peminjam dan peminjam tidak boleh bayar, bukankah anda sudah menjadi peminjam utama ataupun pembayar hutang utama.
“Itulah sebabnya seperti yang mula didedahkan oleh Perdana Menteri, sebenarnya hutang Kerajaan Persekutuan adalah RM1,087 bilion, mencecah RM1 trilion.
“Kalau kita lihat pecahannya Tuan Yang di-Pertua, jumlah jaminan Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun 2017 adalah sebanyak RM238 bilion atau 7.6 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar),” katanya.
Menurut Guan Eng lagi, angka-angka hutang yang disebutkan belum merangkumi hutang 1MBD yang dijamin oleh kerajaan sebanyak RM5 bilion sedangkan jumlah obligasi hutang kepada Kerajaan Persekutuan akibat perjanjian dengan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan surat sokongan yang bersifat jaminan adalah berjumlah RM38 bilion.
Selain itu, dakwanya, jumlah itu termasuk RM7 bilion faedah dan hutang pokok yang telah dibiayai oleh kerajaan bagi pihak 1MDB.
Tambahnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar RM50 bilion sehingga tahun 2039 mendakwa jaminan yang dinyatakan sebanyak RM5 bilion sebelum ini adalah satu penipuan.
Meskipun Ka Siong menuntut jawapan bagi ketiga-tiga soalannya, Guan Eng seakan-akan tidak mahu melayan, sebaliknya terus mengasak dengan soalan – sama ada ahli Parlimen itu tahu atau tidak jumlah RM7 bilion yang sudah dibayar oleh kerajaan.
Sehingga satu peringkat, Ka Siong berkata, Parlimen bukan mahkamah yang memerlukan dia berjawab ya atau tidak terhadap soalan Guan Eng.
Malah, pada satu masa ketika Ka Siong hendak menjawab, Guan Eng memintanya duduk.
Ka Siong turut bertanya mengenai apakah aset daripada contigent liability kerana Menteri Kewangan tidak boleh bercakap tentang hutang sahaja, tetapi Guan Eng masih menuntut jawapan pada soalan yang sama.
Akhirnya, Ka Siong berkata, dia terima apa sahaja yang Guan Eng katakan – mungkin malas hendak melayan gelagat Guan Eng yang disifatkan hanya bermain politik. – MalaysiaGazette



Ketua Sami, Ahli Parti Komunis Paksa Rahib Seks Dengannya..

 Pihak berkuasa agama China menyiasat dakwaan terhadap ketua sami Xuecheng yang dituduhu memaksa beberapa rahib melakukan hubungan seks dengannya. – Gambar AFP, 3 Ogos, 2018.


BEIJING: Satu siasatan menyeluruh oleh lembaga keagamaan China dilancarkan semalam, susulan dakwaan dua bekas sami bahawa seorang ketua sami Buddha ternama yang juga ahli Parti Komunis memaksa beberapa rahib mengadakan hubungan seks bersamanya.

Kes berprofil tinggi membabitkan dakwaan terhadap Xuecheng dan Biara Longquan Beijing itu menjadi perhatian ramai apabila dokumen setebal 95 muka surat hasil tulisan bekas sami tular di internet awal minggu ini, antara lain mendakwa biara berkenaan turut mengalami kemelut kewangan.

Xuecheng dituduh menghantar mesej lucah kepada sekurang-kurangnya enam wanita, merangsang atau mengugut mereka supaya mengadakan hubungan seks dengannya.


Laporan itu menyebut, empat daripada enam wanita berkenaan menunaikan permintaan Xuecheng dan lelaki terbabit turut didakwa cuba menguasai fikiran mangsa dengan berkata, seks adalah sebahagian daripada pengajian agama Buddha yang mereka pelajari.
Hasil carian imej untuk Ketua Sami Ugut Rahib Lakukan Seks Disiasat
Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Keagamaan menerusi satu kenyataan berkata, mereka telah menerima beberapa bahan dan sedang menjalankan proses siasatan serta pengesahan untuk semua dakwaan itu.

Jabatan berkenaan menambah, mereka mengambil serius kesemua tuduhan berkenaan.

Biara berkenaan pada Rabu lalu menyelar penyebaran dokumen berkenaan dengan mendakwa ia mengandungi bukti palsu dan menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan untuk mencemarkan imej Xuecheng serta reputasi biara terbabit.

“Bukti palsu itu adalah cubaan berterusan untuk merosakkan imej Guru Xuecheng dan boleh dianggap satu jenayah,” kata biara berkenaan dalam satu kenyataan menggunakan akaun Twitter Xuecheng.


 (AFP)

Tun M 'Selamatkan M'sia?' Jadi Bos Khazanah Ada Aset RM157 Bilion, Bukan Rugi RM80 Juta..


SEJAK Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terbukti berjaya ‘Selamatkan Malaysia’ dalam masa kurang 100 hari.

Khazanah Nasional Berhad umpamanya, ditinggalkan untuk diwarisi era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  dengan nilai aset melebihi daripada kerugian dicatatkan.

Ironi, kerana mahu rakyat benci Barisan Nasional (BN) dan khususnya Najib, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali semalam cuba perbesar angka rugi bisnes coli dan seluar dalam wanita sebanyak RM80 juta.

Justeru, ia mewajarkan pimpinan atasan Khazanah yang tiada tali persaudaraan dengan Najib tiba-tiba diarahkan untuk lepas jawatan masing-masing pada minggu lalu. Ada yang lihat ia sebagai usaha terancang cukup sistematik.

Ada pihak ugut mereka supaya kosongkan jawatan. Kebenaran kisah ini tidak dapat dipastikan. Sekadar berlegar di sembang warung politik sahaja. Lucunya Mahathir boleh pula lantik dirinya sendiri untuk jadi Pengerusi Khazanah!

Hakikatnya komuniti bisnes seluruh dunia terkejut besar dengar berita pengunduran serentak ramai bos Khazanah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar sendiri yang sepatutnya berakhir kontrak sekitar Mei 2019!

Apa yang pasti, sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu pada hari ini sebenarnya memiliki aset mewah kira-kira RM157 bilion, sejak Azman mengambil alih Khazanah daripada hanya RM65 bilion pada 2004 lalu! Banyak tu!

Najib ada bertanya di dalam Dewan Rakyat mengenai isu pengunduran ramai peneraju Khazanah, Azmin cuma jawab konon ia rugi RM80 juta bagi pelaburan pakaian dalam. Kata orang, dalam berniaga tentu ada untung rugi.

Andai kata angka RM80 juta itu mahu dibandingkan dengan RM150 bilion, apakah kerajaan PH telah secara tidak langsung mengatakan Khazanah telah pun mengalami kerugian secara keseluruhannya berbanding aset dimilikinya?

Bertambah pelik, Mahathir selamba umum melantik diri sendiri sebagai Pengerusi Khazanah manakala Azmin pula sebagai orang nombor dua walhal ia jelas bertentangan dengan janji manifesto PH sendiri untuk kempen PRU lepas.

Apabila netizen mula persoal tentang manifesto blok parti itu untuk bebas GLC daripada pengaruh orang politik, pemimpin PH dengan tanpa rasa bersalah buat-buat tidak tahu bahkan menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

Ibarat kata, dulu babi haram dimakan. Tapi jika babi ada depan mata, selamba ratah. Hakikatnya Khazanah selama ini tidak pernah menerima suntikan modal tetap daripada pihak kerajaan BN sejak diwujudkan puluhan tahun lalu.

Kisah kejayaan Azman sebenarnya sudah bermula lama beberapa tahun sebelum ini. Memang ada suara yang mahukan ‘kerusi’ beliau. Iyalah, aset sah ada beratus-ratus bilion ringgit yang dikumpul.

Ini membuatkan ramai kelabu mata seperti harimau renung daging. Kecemerlangan Khazanah jauh berbeza dengan Temasek Holdings, sayap pelaburan kerajaan Singapura yang rugi besar akibat campur tangan politik keterlaluan.

Tidak seperti entiti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Tabung Haji, Khazanah tidak menerima suntikan modal tetap, selain ia laksana pelaburan pemangkin di dalam dan luar negara – serta inisiatif pembangunan untuk negara.

Ia menjayakan modal insan melalui Yayasan Hasanah ditubuh pada 2015 dengan RM3 bilion dicagar sebagai biaya bagi pacu agenda pembangunan bangsa memajukan Malaysia menjadi negara berdaya saing di peringkat global.

Modal ini dilindungi dan hanya faedah digunakan untuk memastikan kemapanannya. Tahun lalu sahaja, yayasan tersebut hanya membelanjakan kira-kira RM125 juta, dengan sebahagian besarnya untuk fokus bidang pendidikan.

Dan, ia akan terus melaksanakannya selain pujian wajar diberikan kepada Najib dan Ahli Lembaga Khazanah atas kebijaksanaan dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang tiada dibuat di negara lain.

“Pelaburan ini mungkin berupa wang yang boleh diisytiharkan sebagai dividen. Justeru, pengkritik perlu membuat analisis yang tepat sebelum membuat anggapan dan kesimpulan sempit,” kata sumber rapat dengan Khazanah.

Satu daya usaha CSR yang boleh dibanggakan pihak Khazanah ialah menerusi Skim Latihan 1Malaysia, dengan menyediakan latihan kemahiran kepada siswazah menganggur untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka.

Setakat ini, ia sudah melatih kira-kira 4,200 graduan dengan kos RM20,000 seorang, bahkan ada khabar gembira apabila lebih daripada 80 peratus siswazah menganggur ini sudah berjaya mendapat pekerjaan yang bersesuaian.

Melihat kepada situasi ini, apa yang hendak diselamatkan? Atau Mahathir sebenarnya mahu menyelamatkan harta negara bukan untuk rakyat sebaliknya untuk diri sendiri, anak beranak dan kroni-kroni? – Agensi/Mynewshub.TV


MR : Perebutan kuasa antara BN, Bersatu, PKR adalah perbalahan anak beranak berebut kuasa dan kekayaan. DAP dan AMANAH tumpang sekaki cari manafaat DAP dapat habuan AMANAH yang sekadar balaci DAP dapat sedikit habuan.... 

MINDARAKYAT

Pasangan Khalwat Naik Van Jenazah. Apa Sebenarnya Khalwat...

Hasil carian imej untuk Pasangan Khalwat Naik Van Jenazah
ANGGOTA Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim membawa pasangan menaiki van jenazah sebelum dibawa ke Balai Polis, bagi membuat laporan dan rekod tangkapan. - Foto Azahar Hashim

KULIM: Tiga pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel bajet sekitar daerah ini malam tadi, diarah menaiki van jenazah sebelum dibawa ke Balai Polis di sini, bagi membuat laporan dan rekod tangkapan.

Dalam serbuan Ops Bajet 2 yang dilakukan Pejabat Agama Daerah Kulim, Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi itu, dua pasangan ditahan dalam keadaan mencurigakan di sebuah hotel di Lunas dan satu pasangan di Keladi.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad, berkata pekerja hotel di Lunas pada mulanya enggan berkerjasama apabila mendakwa semua bilik di premis berkenaan kosong.

"Bagaimanapun pemeriksaan di bilik pertama menemui remaja perempuan berusia 16 tahun dan lelaki berusia 21 tahun berada dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan di bilik kedua kemudian menemui satu lagi pasangan membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 19 tahun," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kedua-dua pasangan pasangan terbabit mendakwa datang ke daerah ini untuk bersiar dan makan malam sebelum berehat di hotel berkenaan yang turut menyewakan bilik pada kadar RM25 sejam. Anwar berkata, serbuan kemudian dilakukan di sebuah hotel bajet di Keladi, menemui seorang wanita berusia 23 tahun dan lelaki berusia 44 tahun tanpa ikatan perkahwinan sah.

"Semua pasangan yang ditahan dibawa menaiki van jenazah ke Balai Polis Kulim bagi membuat laporan tangkapan dan rekod.
"Kedua-dua hotel ini memang menjadi sasaran pasangan melakukan maksiat kerana mengenakan kadar sewa mengikut jam dan sudah sering diserbu pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, soal siasat awal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun juga mendapati dia yang tidak lagi bersekolah datang bersama pasangannya dari Selama, Perak ke Kulim bagi melakukan kegiatan tidak bermoral.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 25(a)(b)Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.
"Kita akan terus memantau kegiatan jenayah syariah di daerah ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berlakunya maksiat boleh memaklumkan kepada kami," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Imbas Erti Khalwat..

Pengertian khalwat adalah sebagimana yang dikatakan di dalam kamus al-Muhîth:
واسْتَخْلَى المَلِكَ، فأخْلاهُ، و به، واسْتَخْلَى به، وخَلا به، و إليه، و معه، خَلْواً وخَلاءً وخَلْوَةً سألَه أن يَجْتَمِعَ به في خَلْوَةٍ فَفَعَلَ
Dia meminta berduaan dengan raja, maka raja pun menyendiri dengannya; khalâ bihi, khalâ ilayhi dan khalâ ma’ahu (mashdarnya) khalwan, khalâ’an dan khalwat[an], (maknanya adalah) memintanya untuk bertemu berduaan saja, lalu ia pun melakukannya.
Dalam mausû’ah al fiqhiyyah dinyatakan:
وَخَلاَ الرَّجُلُ بِصَاحِبِهِ وَإِلَيْهِ وَمَعَهُ خُلُوًّا وَخَلاَءً وَخَلْوَةً : انْفَرَدَ بِهِ وَاجْتَمَعَ مَعَهُ فِي خِلْوَةٍ
Khalâ ar rajulu bi shâhibihi wa ilaihi wa ma’ahu khuluwwan wa khalâan wa khalwatan: sendirian bersamanya dan berkumpul dengannya di tempat yg sunyi.
Sedangkan ungkapan نِسَاءٌ خَالِيَاتٌ maknanya adalah wanita yang tidak memiliki suami dan anak.
Penggunaan kata khalwat oleh para fuqoha tidaklah terlepas dari pengertian secara bahasa, yakni menyendiri ditempat yang tidak ada orang lain (tidak ada kontrol dari orang lain).
Hukum Khalwat
Khalwat dalam makna menyepi sendirian (satu orang) di tempat yang sunyi hukum asalnya adalah boleh (jawaz), bahkan boleh menjadi mustahab (disenangi) jika menyendiri dalam rangka berdzikir dan beribadah, sebagaimana kegemaran Muhammad SAW sebelum beliau diangkat sebagai Nabi & Rasul beliau sering berkhalwat di gua Hira’. Imam An Nawawi berkata:
الْخَلْوَةُ شَأْنُ الصَّالِحِينَ وَعِبَادِ اللَّهِ الْعَارِفِينَ
Khalwat adalah keperluan orang-orang shalih dan hamba-hamba Allah yg ‘ârif
Khalwat dalam makna dua orang menyendiri di suatu tempat yang sunyi hukumnya boleh bagi:
  1. Laki-laki dengan laki-laki.
  2. Perempuan dengan perempuan.
  3. Laki-laki dengan wanita yang menjadi mahramnya.
  4. Lelaki dengan isterinya.
  5. Laki-laki dengan wanita yang bukan mahram tetapi mereka berdua di hadapan manusia yang lain pada tempat yang tidak terlindung (terhijab) dari pandangan manusia yg lain, manusia yang lain masih dapat melihat mereka namun tidak mendengar apa yg mereka berdua bicarakan, sebagaimana yang dilakukan Rasulullah dengan wanita Anshar dalam hadits riwayat Imam Bukhari dari Anas ibn Malik :
جَاءَتْ امْرَأَةٌ مِنْ الانْصَارِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَلاَ بِهَا فَقَالَ وَاللَّهِ إِنَّكُنَّ لاَحَبُّ النَّاسِ إِلَيَّ
Telah datang seorang wanita Anshar kepada Nabi SAW Maka Nabi bersendirian (khalaa) dengan wanita itu, dan berkata,”Demi Allah Sesungguhnya kalian (wahai Anshar) merupakan orang-orang yang paling aku cintai”. (HR Bukhari No. 4833).
Dalam hadits riwayat Bukhari No. 502 disebutkan bahwa wanita tersebut membawa bayinya (وَمَعَهَا صَبِيٌّ لَهَا). Ibnu Hajar Al Asqalany menjelaskan bahawa menyendirinya Nabi bukan berarti tidak ada orang lain sama sekali, melainkan orang lain tidak mendengar apa yg dibicarakan oleh Nabi dg wanita tsb, buktinya Anas masih mendengar salah satu perkataan nabi yang menyatakan cintanya kepada kaum Anshar.
Khalwat dalam makna menyendirinya seorang pria dengan seorang wanita asing di suatu tempat yang tidak memungkinkan orang lain untuk bergabung dengan keduanya, kecuali dengan izin keduanya, para ‘ulama sepakat menyatakan hukumnya haram walaupun mereka menyendiri untuk melakukan shalat sekalipun (An Nawawi, Syarh Shahih Muslim), kecuali dalam kondisi darurat misalnya wanita asing yang tersesat yang dikhawatirkan dia akan celaka kalau ditinggalkan seorang diri, seperti kasus tertinggalnya Aisyah dari rombongan Rasulullah SAW.
Rincian Hukum Khalwat dengan Wanita Asing
Yang dimaksud dengan wanita asing (ajnabiyyah) adalah wanita yang bukan isteri dan bukan mahram. Yang dimaksud dg mahram adalah org yang haram menikahinya secara permanen, baik kerana ikatan kerabat (saudara, ayah, dst), persusuan, atau perkawinan (mertua dst). Berarti mahramnya wanita adalah lelaki yg haram menikahi wanita tersebut secara permanen. Hadist-hadits yang membicarakan khalwat antara lain:
إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الانْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ
1. “Jauhilah masuk (kerumah) wanita (sendirian)”. Maka seorang sahabat Anshar bertanya,”Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu dg lelaki keluarga dekat suaminya(ipar)?” Rasulullah menjawab,”Lelaki keluarga dekat suami (ipar) itu kematian (berbahaya) !” (HR. Bukhari nomor 4831, dari ‘Uqbah ibn ‘Amir).
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَخْلُوَنَّ بِامْرَأَةٍ لَيْسَ مَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ مِنْهَا فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
2. barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir janganlah berkhalwat dg seorang wanita tanpa mahramnya (wanita tersebut) karena yg ketiga adalah syaitan (HR Ahmad No. 14124, dari Jabir bin Abdullah)
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ امْرَأَتِي خَرَجَتْ حَاجَّةً وَاكْتُتِبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا قَالَ ارْجِعْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ
3. ”Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita (asing) kecuali bersama mahramnya. Maka seorang sahabat berdiri lantas berkata,”Wahai Rasulullah, bagaimana kalau isteriku sedang keluar rumah untuk berhaji sementara aku harus mengikuti perang ini atau itu”. Rasulullah menjawab,”Kembalilah dari perang dan temani isterimu berhaji.(HR. Bukhari nomor 4832, dari Ibn ‘Abbas).
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ وَلاَ تُسَافِرَنَّ امْرَأَةٌ إِلاَ وَمَعَهَا مَحْرَمٌ فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اكْتُتِبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا وَخَرَجَتْ امْرَأَتِي حَاجَّةً قَالَ اذْهَبْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ
4. “Janganlah seorang laki-laki bersendirian bersama wanita dan janganlah seorang wanita melakukan safar (perjalanan jauh) kecuali bersama mahramnya. Maka seorang sahabat berkata,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin ikut serta dalam pasukan ini atau itu sementara isteriku ingin berhaji”. Maka Rasulullah menjawab,”Pergilah kemudian berhajilah bersama isterimu”. (HR. Bukhari nomor 2784, dari Ibn ‘Abbas)
أَلاَ لاَ يَبِيتَنَّ رَجُلٌ عِنْدَ امْرَأَةٍ ثَيِّبٍ إِلاَ أَنْ يَكُونَ نَاكِحًا أَوْ ذَا مَحْرَمٍ
5. “Ingatlah, Janganlah seorang laki-laki menginap bersama dengan seorang wanita janda, kecuali jika dia itu menikahinya atau mahramnya”. (HR. Muslim nomor 4063, dari Jabir)
أَنَّ نَفَرًا مِنْ بَنِي هَاشِمٍ دَخَلُوا عَلَى أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ فَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ وَهِيَ تَحْتَهُ يَوْمَئِذٍ فَرَآهُمْ فَكَرِهَ ذَلِكَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ لَمْ أَرَ إِلاَ خَيْرًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَرَّأَهَا مِنْ ذَلِكَ ثُمَّ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ لاَ يَدْخُلَنَّ رَجُلٌ بَعْدَ يَوْمِي هَذَا عَلَى مُغِيبَةٍ إِلاَ وَمَعَهُ رَجُلٌ أَوْ اثْنَانِ
6. Sekelompok (laki-laki) Bani Hasyim menemui Asma’ binti ‘Umais (dan Asma’ sedang sendirian), maka Abu Bakr setelah itu kebetulan masuk juga ke tempat Asma’, saat itu Asma’ merupakan hamba milik Abu Bakr.. Melihat para lelaki itu, Abu Bakr jadi tidak suka. Maka Abu Bakr pun melaporkan kejadian tersebut kepada Nabi. Abu Bakr berkata,”Saya tidak melihat (mereka) kecuali (mereka berbuat) kebaikan”. Maka Rasulullah berkata,”Sesungguhnya Allah berlepas tangan dalam kejadian semacam itu”.Kemudian Rasulullah bangkit menuju mimbar dan bersabda,”Janganlah sekali-kali seorang laki-laki, sesudah hari ini, masuk menemani seorang wanita yang sedang sendirian,kecuali jika laki-laki itu ditemani seorang laki-laki lain atau ditemani dua laki-laki lain”. (HR Muslim, nomor 4039, dari Abdullah ibn’Amr ibn al-‘Ash)
Dari hadits-hadits tersebut diatas, akan ada pertentangan kalau difahami masing-masing secara terpisah. Dapat dipahami dari hadits 1 bahwa kalau ada 3 orang yang berkumpul maka boleh, tanpa syarat harus mahram, namun dari hadits no 2, 3, 4, 5, dan 6, banyak orang yang berkumpul tidak otomatis menjadikan hukumnya boleh, namun disyaratkan harus ada laki-laki yang menjadi mahram wanita (salah satu wanita) tersebut. Oleh sebab itu sepertinya bukan kapasitas saya untuk berijtihad dalam hal ini, saya hanya akan menyampaikan beberapa pendapat ‘ulama berkaitan dengan hal ini.
Para fuqaha (ahli fiqh) sepakat bahawa haram berkhalwat seorang lelaki dan seorang wanita asing (jadi jumlah orangnya hanya dua orang). Namun mereka berbeda pendapat kalau jumlah orangnya lebih dari 2, yakni:
Satu: Para ‘Ulama Madzhab Syafi’i:
  1. Imamul Haramain : satu laki laki dg dua wanita atau lebih, wanitanya tanpa mahram maka hukumnya haram menyendiri dengan mereka. Jika salah satu wanita tersebut adalah mahram bagi laki-laki tersebut maka boleh hukumnya. Begitu juga jika satu wanita dengan 2 atau lebih laki-laki, dan salah satu laki-laki adalah mahram wanita tsb maka boleh hukumnya. Intinya dalam semua kasus khalwat baik satu laki-laki dg banyak wanita, satu wanita dengan banyak lelaki, atau banyak wanita dengan banyak lelaki, salah satu wanita yang berkhalwat haruslah bersama mahramnya.
  2. As Syafi’i menulis bahwa tidak boleh seorang lelaki shalat bersama seorang wanita kecuali wanita tsb bersama mahramnya, juga tidak boleh seorang lelaki dengan banyak wanita menyendiri tanpa ada mahram dari salah satu wanita. Dari Al Qoffal juga dinyatakan seperti pendapat Imam Al Haramain.
  3. Penulis kitab Al Majmu’ (Imam An Nawawi) membolehkan seorang lelaki berkhalwat dengan banyak wanita tanpa mahram, namun mengharamkan banyak lelaki berkhalwat dengan satu wanita tanpa mahram, dan dikatakan juga jika mereka (para lelaki) aman dari berbuat keji maka boleh. Hal ini juga disebut dalam kitab Hasyiyah Al Jamal.
Dua: Ulama Madzhab Hanafi

Boleh berkhalwat jika ada pihak ketiga (jumlah totalnya minimal 3 orang), baik orang ke-3 tersebut mahram bagi laki-laki, maupun wanita yang tsiqot (yang bisa dipercaya) yang bukan mahram.
Tiga: Ulama Madzhab Maliki: 

Makruh hukumnya satu laki-laki shalat dg banyak wanita, dan juga sebaliknya, walaupun ada mahramnya.
Empat: Ulama Madzhab Hanbali: 

Haram berkhalwat satu laki-laki dengan banyak wanita atau satu wanita dengan banyak lelaki (yang wanitanya tanpa mahram).
Khalwat dengan Tunangan
Para ulama telah sepakat bahwa tunangan (wanita yang telah di khitbah—belum nikah) hukumnya seperti wanita asing, sehingga haram berduaan dengannya.
Khalwat Untuk Pengubatan
Haram hukumnya berkhalwat dengan wanita walaupun untuk pengobatan walaupun darurat. Boleh pengobatan selama wanita tadi bersama mahramnya, suaminya atau wanita yang tsiqot yang bisa menemaninya, ini pendapat Syafi’iyyah, Malikiyyah dan Hanabilah.
Khalwat Saat Walimah Pernikahan
Syafi’iyyah dan Malikiyyah mengharamkan mendatangi walimah jika terdapat khalwat yang diharamkan.
Khalwat Dengan Anak Belum Baligh
Diharamkan berkhalwat dengan anak (perempuan) yang belum baligh jika dikhawatirkan akan terjadi fitnah. As Syafi’i juga mengharamkannya walaupun anak-anaknya banyak, kecuali jika aman dari fitnah seperti di jalan raya atau di masjid.
Khalwat Dengan Mahram
Hukumnya boleh jika aman dari fitnah, akan tetapi jika dia menyimpan ‘perasaan’ dengan mahramnya maka haram.
Khalwat Dengan Isteri yg telah di Cerai
Jika talak raj’i (masih bisa kembali) dalam masa ‘iddah maka hukumnya boleh, akan tetapi jika talaknya talak ba’in (talak 3) maka haram.
Demikian beberapa hukum berkaitan dengan khalwat, mudah-mudahan Allah menjaga kita dari musibah besar ini, musibah yang telah banyak meluluh-lantakkan pergaulan kaum muslimin saat ini. (IH)

Penyokong PH Mulai Luah Rasa Sesal..



KOTA BHARU: Mengambil luahan netizen di media sosial sekarang dapat digambarkan ramai yang meluahkan perasaan sesal membantu Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, beliau percaya sebilangan besar pengundi meluahkan perasaan menyesal.
Katanya, perkembangan yang berlaku di bawah kerajaan PH sekarang agak membimbangkan berkaitan isu ketuanan Melayu dan Islam.
“Contohnya pelantikan jawatan penting dalam bidang kehakiman. Bekas-bekas pemimpin PAS yang kini bersama PH pun mungkin tidak suka apa yang berlaku itu ketika mereka masih pembangkang.
“Namun sekarang berbeza jauh, mereka sudah berpihak. Jadi terpaksalah mereka mencari seribu alasan bagi menghalalkan segala tindak tanduk kerajaan PH,” katanya di sini.
Begitu juga kata beliau media baharu proPH terpaksa membandingkan mana lebih baik seorang bukan Islam yang jujur, telus dan integriti berbanding dengan orang Islam tidak jujur dilantik jawatan penting negara.
“Mengapa hendak banding dengan orang Islam yang rasuah dan tiada integriti. Sedangkan masih ramai orang Islam yang ada integriti,” ujarnya yang juga anggota parlimen Tumpat. - HARAKAHDAILY 3/8/2018

6 Sebab BERSATU Ragui Klip Audio ‘Anwar’. Ada Kaitan Audio Klik Nik Abdul (h)?


PETALING JAYA: Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM PPBM, Datuk Rais Hussin memberi 6 sebab beliau tidak percaya suara dalam beberapa klip audio pendek yang tersebar di media sosial hari ini, milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ia jelas bukan kerja ketua umum PKR itu.

“Pertama, rakaman suara itu belum disahkan dari mana puncanya atau konteks.
“Kedua, ia dikeluarkan tanpa konteks dan ketiga, masa rakaman ini dibuat tidak diketahui.
“Keempat, ada elemen potong dan tampal kepada rakaman suara ini.
“Kelima, disebabkan masanya yang dekat dengan pemilihan PKR, sudah tentu ada niat jahat dalam menyebarkan rakaman itu.
“Keenam, ada teknik suara untuk meniru bermacam-macam suara manusia melalui perisian. Ada juga pelakon yang boleh ‘meniru’ suara sesiapa sahaja,” kata Rais kepada FMT hari ini.

Beliau berkata, 6 alasan itu cukup untuk menolak klip itu sebagai “kebenaran al-Quran”.

Yang peliknya semasa tersebar audio klik Nik Abdul Nik Abdul Aziz, mereka mempercayainya dan tidak pula dibahaskan 6 sebab sedangkan klik audio Nik Abdul tiada pengesahan punca, rakaman dibuat tidak diketahui, wujud elemen potong dan sama juga ada teknik peniruan.

Pemimpin PKR, termasuk isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan klip audio itu sebagai palsu. 

Dalam satu daripada rakaman itu, suara menyerupai Anwar kedengaran mengecam Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali sebagai barua Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengaku meminta Rafizi Ramli bertanding jawatan timbalan presiden PKR yang disandang Azmin.

Azmin sehingga kini belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya atau bertanding jawatan lain. Klip audio itu dipercayai dirakam tidak lebih 3 hari kerana ia turut membangkitkan keputusan Dr Mahathir mengetuai Khazanah Nasional Berhad yang diumumkan Isnin lalu, susulan peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan itu pada 26 Julai lalu.

“Dia lantik diri dia jadi pengerusi Khazanah. Apa ni, rakyat rugi, MAS rugi, Khazanah rugi.”

Satu lagi klip audio berbunyi: “Dulu dia tuduh saya liwat…dia jangan lupa, apa jadi pada kes forex dia RM30 bilion” merujuk kerugian dialami Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an, ketika Dr Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri. Rais berkata, adalah baik untuk Anwar menjelaskan sama ada suara dalam rakaman audio itu miliknya.

“Anda tidak dapat sampai ke destinasi anda jika anda berhenti dan melemparkan batu pada setiap anjing yang mengetuk,” katanya, memetik Winston Churchill.

Mahathir sejak itu keluar untuk mengatakan bahawa dia tidak akan campur tangan dalam hal ehwal PKR dan menafikan bahawa dia telah bercakap negatif mengenai Anwar.

“Anda tidak akan sampai ke destinasi, jika anda berhenti dan melempar batu pada setiap ekor anjing yang menyalak,” katanya memetik kenyataan Winston Churchill.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan PKR dan menafikan pernah bercakap buruk mengenai Anwar.

MR : Ini dipanggil hukum karma, selepas tuduhan kepada Nik Abdul keluar audio Mat Sabu dan kini keluar audio Anwar.. tidak mustahil akan keluar pula suara Mahathir sebagai penamat perang dalam PH.... 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/