Inilah kalimat lamaran yang dituliskan petani asal Aberdeen, Scotland , Chris Gospel kepada tunangannya, Eilidh Fraser.(cascadenews.co.uk via Daily Mirror)
JOM KREATIF
ABERDEEN- Seorang petani di Aberdeenshire, Scotland , melamar kekasihnya dengan menggunakan seekor lembu.
Daily Mirror memberitakan Khamis (30/8/2018), lelaki itu, Chris Gospel itu menuliskan kalimat ajakan berkahwin di badan seekor sapi.
Gospel berkata kekasihnya, Eilidh Fraser, sangat menyukai lembu bernama Curlytop itu dan melewatkan setiap malam dengannya.
Fakta itu membuat lelaki 30 tahun tersebut mempunyai idea untuk menulis kalimat lamaran tersebut dengan tinta warna biru di badan Curlytop.
Gospel kemudian meminta si pacar untuk menuju ladang selepas pulang.
Ketika itulah, Fraser melihat kalimat "Maukah Kau Menikah Denganku?" di badan Curlytop.
"Eilidh terkejut dan bertanya 'apa yang kau lakukan?'. Ketika dia berbalik, saya langsung berlutut dan memberikan cincin kepada dia," ujar Gospel.
Fraser menuturkan, dia sangat menyukai Curlytop kerana memberi makan lembu itu sejak kecil.
"Jujur saya sangat terkejut dengan cara lamaran ini," tuturnya.
Pasangan itu mengatakan, mereka merancang membawa Curlytop jika menemukan lokasi bangunan perkahwinan yang mengizinkan.
Gospel dan Fraser bukan satu-satunya pasangan di dunia yang melakukan lamaran dengan cara yang luar biasa. (Tribunnews) Lihat sebelum ini.. Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4 E-Buku IH-10: Siri 1 E-Buku IH-53: Siri 2 E-Buku IH-68: Siri 3
KETUA bahagian parti politik di Kelantan antara beberapa individu yang dipercayai mengetuai kumpulan Syiah di negeri ini, ditahan oleh pihak berkuasa pada malam sambutan Hari Kebangsaan.
Sumber memberitahu NSTP, lelaki berusia 65 tahun itu antara 50 individu termasuk 21 wanita dan kanak-kanak dipercayai pengikut Syiah yang ditahan dalam satu operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu.
Dalam operasi kira-kira sejam itu yang bermula 10.30 malam dengan kerjasama polis, beberapa jenis buku juga dirampas. "Pihak berkuasa agama negeri ini bersama pihak penguatkuasaan lain sudah melakukan intipan selama beberapa tahun tetapi gagal menahan mereka yang terbabit kerana setiap kali cuba untuk menjejaki kumpulan ini, mereka berjaya melarikan diri.
"Tetapi nasib tidak menyebelahi sebahagian dari mereka apabila 50 termasuk ketua bahagian parti politik itu ditahan pada malam sambutan Hari Kebangsaan," kata sumber itu.
Usaha mendapatkan pengarah JAHEAIK negeri, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, hari ini, masih belum berjaya. Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media khas esok mengenai perkara ini.
Selain kumpulan Syiah terbabit, pihak berkuasa juga mengesan beberapa lagi kumpulan ajaran sesat yang bergiat aktif di negeri ini sejak lebih lapan tahun lalu.
HALAMAN HIBURAN Maaf tak boleh basuh maruah saya yang dah hancur berkecai - Vida
PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman enggan tunduk dengan desakan juara Gegar Vaganza musim 4 (GV4), Aishah yang mahu beliau memohon maaf kerana didakwa menipu dalam pemberian barang kemas bertatahkan batu permata.
"Saya tak akan sesekali mohon maaf. Maaf bukan boleh membasuh maruah saya yang sudah tercalar. Perkataan maaf walaupun senang diungkapkan tapi reputasi saya jatuh hancur berkecai.
"Adakah dengan memohon maaf itu boleh menggembalikan kepercayaan orang ramai? Saya berbesar hati nak bagi hadiah kalung itu tapi akhirnya kebaikan saya itu memakan diri.
"Ia ibarat mahu berjasa tapi nyawa hilang. Kalau ikutkan pemberian ikhlas saya itu tidak sepatutnya dijadikan isu sebenarnya," katanya kepada mStar Online.
Pada masa sama, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata, sekiranya permohonan maaf dibuat, tindakan itu tidak akan menghentikan tohmahan netizen terhadap dirinya.
"Gara-gara kalung itu satu Malaysia kutuk saya. Bukan (permohonan) maaf itu satu benda yang boleh mengubah keadaan dan kekeruhan yang berlaku," katanya.
Vida sekali lagi menegaskan bahawa rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu.
"Itu barang kemas tulen. Saya tak tahu kalau ia palsu seperti didakwa Aishah, bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
"Namun saya berserah kepada Allah dan anggap kontroversi ini sebagai satu hikmah yang diberikan kepada saya," katanya.
Usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu juga mahu pihak Astro mengaturkan pertemuan antara dirinya dan juga Aishah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
"Sebenarnya saya nak Astro temukan saya dengan Aishah kerana saya ingin jelaskan hadiah ini ikut suka hati saya nak bagi.
"Saya bukan ada kedai jual berlian, saya jual emas. Patut dulu saya bagi bagi emas promote produk saya. Tapi saya berbesar hati beri rantai tersebut dan tak sangka begini pula jadinya," kata Vida.
Terdahulu Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung rantai tersebut.
Malah penyanyi Janji Manis Mu itu turut menegur Vida supaya tidak memperlakukan golongan artis seumpama itu.
"Bacalah report ini baik-baik DSV, saya keluarkan ini bukan nak aibkan awak, cuma saya minta janganlah buat kami golongan artis begini.
"Ya mungkin Allah bagi awak jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan awak menipu kami. Saya tak nak apa-apa daripada awak sekadar mohon maaf di atas penipuan ini.
"Simpanlah Lavida coin awak tu. Jangan ingat orang yang tak kaya macam awak tak ada maruah," katanya. (mStar)
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N32 Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Dr Halimah Ali. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Kemudahan laluan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di kawasan perumahan bertingkat dan klinik sekitar Kelana Jaya dan Petaling Jaya antara perkara yang akan diperjuangkan calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali.
Katanya, beliau mengambil serius isu berkenaan yang dilihat sebagai keperluan penting terutama bagi penduduk kawasan pangsapuri yang tiada kemudahan lif.
"Saya turut mendapat aduan terdapat klinik kesihatan di sini yang tidak menyediakan kemudahan laluan OKU menyebabkan warga emas terutama yang berkerusi roda sukar mendapatkan rawatan fisioterapi.
"Insya-Allah saya sendiri akan mengangkat suara mewakili penduduk dalam Sidang DUN sekiranya memenangi PRK untuk menyelesaikan isu ini.
"Amat menyedihkan melihat keadaan penduduk terutama yang sudah berusia dan uzur berulang alik ke klinik dan hospital menggunakan tangga," katanya ketika lawatan ke Apartment Seri Menanti, Petaling Jaya, di sini, hari ini.
PRK DUN Seri Setia diadakan susulan kematian penyandang, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin kerana barah usus, pada 2 Ogos lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yusoff Haniff, Mohd Ghazali Daud dari PAS dan calon Bebas, Dr S Vignes.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Balakong dan Seri Setia diadakan serentak pada 8 September ini sementara undi awal pada 4 September.
PRK DUN Seri Setia pada 8 September ini bakal menyaksikan pertembungan antara Dr Halimah dan calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar. (BH)
Jika Petron boleh, kenapa Caltex, BHP diketepikan?
BANGI, 19 Zulhijjah 1439H, Jumaat – Timbul konflik moral apabila melantik Petron sebagai salah satu pembekal minyak untuk kenderaan Kerajaan Pusat, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, semua maklum Petron Corporation adalah syarikat Mirzan Mahathir, anak kepada Perdana Menteri yang menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah.
“Ini yang berlegar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.
“Jika alasannya adalah untuk kemudahan, mengapa Caltex dan BHP diketepikan, sedangkan mereka mempunyai bilangan stesen yang hampir sama dengan Petron?,” soalnya.
Menerusi gambar yang tular semalam, surat bertarikh 3 Ogos 2018 menyatakan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju melantik Petron Fuel International Sdn Bhd sebagai pembekal bahan api bagi kenderaan kerajaan, menggunakan kad inden iaitu kad elektronik yang digunakan untuk membuat transaksi bekalan bahan api kenderaan.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) bukan satu-satunya syarikat minyak yang dilantik menjadi pembekal bahan api kepada kerajaan.
Sebaliknya, MOF berkata, Petronas dan Shell juga menjadi pembekal kepada kenderaan Kerajaan Pusat.
Mengulas lanjut, Najib mempersoal syarikat milik negara dan rakyat Malaysia, Petronas yang seolah-olah diganggu gugat.
“Mengapa Petronas dibenarkan diganggu sumber pendapatannya melalui perbelanjaan kerajaan, tidak lain tidak bukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.
“Petronas mempunyai stesen di hampir semua kawasan di Malaysia dan sudah tentu bersama dengan Shell, merupakan kombinasi yang memadai untuk kenderaan kerajaan Malaysia,” katanya. (.ismaweb.net)
PASIR MAS: Ketika usia Malaysia kini mencecah 61 tahun, namun negara berhadapan penjajahan dalam bentuk baru dan halus sehingga mampu menghakis pegangan umat Islam.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penularan fahaman serta gerakan yang bertentangan dengan Islam semakin berleluasa.
Menurutnya, suasana itu bertambah buruk apabila media baru dalam era globalisasi tanpa sempadan menyebabkan penyebaran ideologi itu semakin mudah.
“Menjadi kerisauan kepada kita sekarang, penjajahan datang dalam bentuk yang baru dan halus melalui media baru yang sangat mudah sebar.
“Oleh itu kita perlu berpegang teguh dengan al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup dan bernegara supaya kuasa penjajah tidak mudah bertapak,” katanya pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri di Mini Stadium Pasir Mas hari ini.
Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdulla Ya’kub, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.
Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan tempur tanpa senjata dan nyanyian sempena kemerdekaan. –HARAKAHDAILY 31/8/2018
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersemangat melaungkan 'Merdeka' bersama rakyat.
KUALA TERENGGANU - Kemerdekaan yang dikecapi oleh generasi kini mestilah dipertahankan dan diisi dengan cara hidup Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah di samping saban tahun mengenang pengorbanan pejuang terdahulu.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mohktar berkata, merdeka yang dilaung-laungkan oleh semua tidak kira pemimpin mahupun rakyat mempunyai identiti sendiri dan sudah pasti Malaysia mengikut identiti Islam yang menjadi agama persekutuan.
"Inilah fasa untuk mengisi kemerdekaan dengan agenda Islam yang adil untuk semua. "Malaysia hari ini dikenali sebagai negara umat Islam yang menjadi contoh kepada dunia. "Justeru, wajar warganegara merdeka memperbaiki sahsiah dengan akhlak dan moral yang baik, serta menjauhi gaya hidup yang tidak sihat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (31 Ogos).
Beliau turut mendoakan pahlawan kemerdekaan yang amat berjasa semoga mendapat ganjaran besar dari Allah.
Suasana majlis meriah apabila pelbagai peringkat lapisan masyarakat berkunjung bagi menyaksikan acara perbarisan penuh semangat patriotisme yang disertai oleh kakitangan kerajaan, agensi dan pelajar sekolah. Majlis disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Negeri Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, yang berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perbarisan. (Teganukita) Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertahan kemerdekaan dengan Islam, kata MB Terengganu. Kalau tak dengan Islam dengan apa bagi negara Malaysia ni? Semasa sebelum merdeka ulama-ulama Islam dan bangsa Melayu bangun mempertahankan negara dengan Agama Islam bukan dengan fahaman komunis dan sosialis. Bagi yang mengaku Islam, nak mati syahid bagaimana, kalau berjuang bukan atas nama Islam atau kerana Allah? Adakah PH mengakui dan bersetuju kita telah pertahan dan akan pertahankan kemerdekaan negara dengan Islam? Adakah Lim Kit Siang dan suku sakat komunisnya mengakui juga? Tun M pula...? Lihat ini..
Marina tegur pendirian Wan Azizah tentang isu LGBT yang didakwa haram
PETALING JAYA: Aktivis sosial Marina Mahathir menegur kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai mereka yang menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Anak sulung kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat teguran itu melalui Twitter apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata dalam satu temu bual bersama pihak stesen radio BFM bahawa dia tidak akan membiarkan gaya hidup masyarakat LGBT, sambil menambah bahawa ia adalah haram. Marina menulis: "Kepada @drwanazizah, adakah anda memanggil ramai orang termasuk saya yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka yang terpinggir oleh masyarakat itu haram? Beliau turut berkongsi pautan di Twitter tentang artikel yang disiarkan Nikkei Asian Review yang memaparkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berkata: "Masyarakat Malaysia mesti hidup dengan kepercayaan dan cara hidup yang berbeza; dan harus menghormati mereka yang berbeza, termasuk golongan gay, biseksual dan transgender." "Bagaimana sekarang @drwanazizah?" tanya Marina. Marina sebelum ini turut menegur Dr Wan Azizah yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiadak tindakan akan diambil ke atas lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang mengahwini gadis 11 tahun di Thailand. - The Star
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Marina Mahathir terus menyerang TPM isteri Anwar Ibrahim.. Adakah ini lanjutan dari 'kemelut dalam senyum' Anwar/Mahathir?
Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
NEW YORK 31 Ogos - Pasangan adik-beradik Venus dan Serena Williams bakal bertemu buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun pada kejohanan Grand Slam di pusingan kalah mati Terbuka Amerika Syarikat (AS), di Stadium Arthur Ashe, Flushing Meadows esok.
Venus mara ke peringkat 16 pemain terakhir selepas menewaskan lawan dari Itali, Camila Giorgi 6-4, 7-5 manakala adiknya mengetepikan cabaran pemain dari Jerman, Carina Witthoft 6-2, 6-2.
“Setidak-tidaknya pertemuan kali ini lebih adil. Kali terakhir kami bertemu (Grand Slam) dua lawan satu,” kata Venus yang merujuk final Terbuka Australia tahun lalu di mana Serena hamil anak perempuannya, Olympia.
Pertemuan itu menyaksikan Serena menang 6-4, 6-4. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Atlet Malaysia yang tak tutup aurat, itulah yang pemimpin PH suka? Dasar PH memang sama seperti BN dulu. Sama seperti sukan-sukan jahiliah yang bukan Islam. Bila PH nak kembangkan sukan begini di kalangan rakyat jelata sebagai misi melanjutkan program antiIslam di Malaysia?
Jangan tunggu lama-lama, biar semua orang tahu sebelum PRU 15 akan datang. Tolak PH dalam PRK Seri Setia sebagai bukti akan ranapnya PH dalam PRU 15 akan datang.
Perarakan Hari Kebangsaan Ke 61 Penuh Warna Warni
Lintas langsung perarakan di hadapan pentas, disaksikan Tengku Muhammad Ismail (duduk tengah). - Foto Harish Fadzillah. K/TERENGGANU - Hari Kebangsaan Sempena Kemerdekaan Negara Ke 61 Peringkat Negeri Terengganu disambut meriah bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah seawal 6.50 pagi dan berakhir di Dataran Batu Burok jam 11.15 pagi 31 Ogos. Dengan tema 'Sayangi Malaysiaku' para peserta bersemangat menyertai kawat perbarisan pasukan masing-masing sehingga selesai.
BISU… Jika sebelum ini, pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim paling lantang kutuk Tun Dr. Mahathir Mohamad terutama isu kekayaan luar biasa anak-anaknya ketika beliau berkuasa dahulu.
Ini termasuk pendedahan berani bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat secara zalim oleh negarawan itu mengenai Mirzan Mahathir yang memiliki syarikat minyak Petron dan pengeluar arak ternama Filipina, San Miguel.
Itu cerita lama tetapi kini, setelah menerima pengampunan diraja hasil usaha Mahathir, 93, selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Anwar kelihatan senyap daripada mengecam Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut.
Ini menyebabkan beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Puad Zarkashi persoal tindakan beliau yang dilihat diam diri berhubung isu pelantikan Petron sebagai antara pembekal bahan bakar api rasmi kenderaan kerajaan.
Tidak ketinggalan ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menyifatkan Presiden PKR itu seolah-olah cuba melindungi salah guna kuasa yang dilakukan Perdana Menteri tertua usianya di dunia tersebut.
“Jadi kita beranggapan, hari ini semua salah laku dan rasuah yang pernah dilakukan Mahathir sudah dilindungi pula oleh Anwar kerana beliau lebih takut jawatan perdana menteri yang bakal beliau sandang akan hilang selepas ini.
“Anwar tidak lagi berani untuk bela nasib rakyat yang dianiaya Mahathir hari ini,” kata Lokman sewaktu ditemui pada Majlis Riadah Merdeka 1Malaysia sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2018 di ibu negara hari ini.
Turut hadir ialah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor yang hadir ke Taman Botani Perdana meluangkan masa selama dua jam bersama pengunjung sambil menjamu selera dan sesi bergambar.
Terdahulu, dilaporkan Kementerian Kewangan awal bulan ini mengumumkan pelantikan Petron sebagai pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan, memetik memorandum yang tersebar menerusi media sosial.
Bagaimanapun kementerian itu terpaksa mempertahankan keputusan pelik tersebut dengan memaklumkan Petron kononnya bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel untuk semua kenderaan kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, Lokman mendakwa Kabinet kerajaan PH sebagai ‘gila korup’ setelah biar pelantikan Petron itu diluluskan dengan berselindung alasan Petronas dan Shell masih lagi menjadi pembekal bahan api sejak 1997.
“Tak kan lah mereka tak tahu, Mirzan tu anak Mahathir? Jadi keseluruhan barisan Kabinet ini gila korup lah. Kalau Anwar berani, dia akan bangkit ‘pukul’ kerajaan PH hari ini, kalau dia berani lah. Saya rasa dia pun tak berani.
Mengulas lanjut Lokman menambah, kini rakyat Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa tindakan dan hanya boleh pasrah menerima semua bentuk penipuan serta reda sahaja salah guna kuasa yang dilakukan pihak kerajaan PH.
“Jadi rakyat Malaysia kena bangkit bersuara dengan bantah sikap kerajaan baharu hari ini dan lawan juga Anwar yang turut menyokong barisan korup kerajaan PH,” tegas beliau. – Agensi/Mynewshub.TV
* Video berikut sekadar sindiran…
Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Manusia dilahirkan merdeka. Bersih bagai kain putih, yang belum dicorakkan. Kerana Islam 'agama fitrah'. Cuma suasana dan keadaan sekeliling yang mencorak, menjadikan fitrah manusia itu tidak bersih lagi.
Kerana itu Allah SWT mengirimkan agen-agen pelaksananya iaitu Nabi-nabi dan Rasul membawa obor atau 'Nur' penerangan untuk membebaskan manusia dari pemikiran yang berserabut kacau kepada pemikiran yang bersih, tenang dan Esa.
Bermula dari Nabi Adam AS, hingga ke Muhammad SAW. nabi akhir zaman. Muhammad menyambung 'agama yang hanif' itu, mempersembahkan hanya 'Islam, Agama Di Sisi Allah' sebagai panduan hidup berupa 'way of life'. Bukan faham sukalarisme yang memisahkan antara Hari Akhirat dengan kehidupan di dunia.
Contoh parti sekular itu yang ada didepan kita ini adalah PH yang bukan berdasarkan Islam. Bukan seperti PAS yang meletakkan Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias mendasari perlembagaan partinya.
Apa yang penting dalam menyambut merdeka, ialah pembebasan manusia dari pemikiran dan cara hidup yang sesat, berserabut, kacau, kepada cara hidup 'fikrah', tenang, up to date lagi benar!
ISTANA negara membatalkan dua acara rasmi bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dijadual pada 9 Sept depan iaitu istiadat hari keputeraan rasmi dan jamuan teh diraja. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam ini. Menurutnya, Sultan Muhammad V juga menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia. "Manakala acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang. "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda bagi tahun 2018," katanya.
MR :Itu sebab kot tiba-tiba Mahathir tutup Tabung Harapan kononnya ada syarikat manipulasi....
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Manusia dilahirkan merdeka. Bersih bagai kain putih, yang belum dicorakkan. Kerana Islam 'agama fitrah'. Cuma suasana dan keadaan sekeliling yang mencorak, menjadikan fitrah manusia itu tidak bersih lagi.
Kerana itu Allah SWT mengirimkan agen-agen pelaksananya iaitu Nabi-nabi dan Rasul membawa obor atau 'Nur' penerangan untuk membebaskan manusia dari pemikiran yang berserabut kacau kepada pemikiran yang bersih, tenang dan Esa.
Bermula dari Nabi Adam AS, hingga ke Muhammad SAW. nabi akhir zaman. Muhammad menyambung 'agama yang hanif' itu, mempersembahkan hanya 'Islam, Agama Di Sisi Allah' sebagai panduan hidup berupa 'way of life'. Bukan faham sukalarisme yang memisahkan antara Hari Akhirat dengan kehidupan di dunia.
Contoh parti sekular itu yang ada didepan kita ini adalah PH yang bukan berdasarkan Islam. Bukan seperti PAS yang meletakkan Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias mendasari perlembagaan partinya.
Apa yang penting dalam menyambut merdeka, ialah pembebasan manusia dari pemikiran dan cara hidup yang sesat, berserabut, kacau, kepada cara hidup 'fikrah', tenang, up to date lagi benar!